Shazrina dan Aliff bersantai di taman permainan berhampiran sekolah setelah secara kebetulan mereka bertemu di terminal one Seremban tengahari tadi.. setelah selesai membeli barang keperluan, mereka sama-sama pulang ke rumah masing-masing...
“awak selalu ke keluar sorang-sorang kalau pergi beli barang?” Tegur Aliff sambil menghayun buaian.. nasib baik suasana agak redup, kalau tidak tiadanya dia dan Shazrina mahu menyinggah ke taman permainan terlebih dahulu sebelum balik ke rumah masing-masing.
“biasanya dengan Farah... tapi hari ni dia ada hal dengan family dia, so tak boleh la...lagi pon saya ada barang urgent nak dicari sebab tu pergi jugak walaupun sorang-sorang. Lagipun bukan jauh sangat terminal one tu...” jelas Shazrina.
“kenapa tak pergi dengan mak dengan ayah awak?” Tanya Aliff pula.
“hari sabtu macam ni klinik buka jer... esok baru diorang cuti.”
“bukan apa... bahaya jugak orang perempuan muda macam awak ni jalan sorang-sorang macam tu... next time kalau tak ada kawan, ajak saya pon tak pe..” nasihat Aliff perlahan. Shazrina tersengih mendengar jawapan dari Aliff.. semenjak kejadian yang memalukan di kantin baru-baru ini hubungan dia dan Aliff semakin rapat. Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama... dia, Aliff dan Farah sudah menjadi satu geng study group.
“risau jugak ek awak pasal saya...” usik Shazrina dengan senyuman kecil.
“kalo bukan saya yang risau pasal awak siapa lagi...” balas Aliff selamba. Shazrina terdiam namun jauh disudut hatinya gembira dengan jawapan Aliff yang belum tentu ikhlas.
“lepas SPM nanti awak nak sambung mana?” Aliff memecahkan kesunyian yang tiba-tiba menjengah. Dijeling raut wajah Shazrina yang berada disebelahnya.
“masuk matrik kot... sebab tu je jalan yang paling cepat nak dapat degree.”
“awak?”
“tak pasti lagi...” jawab Aliff tenang.
“awak nak buat degree apa Shaz?”
“insyaAllah pendidikan... saya minat sangat nak jadi cikgu. Kalau boleh cikgu kimia.”Terang Shazrina bersama senyuman mekar dibibir.. terbayang saat-saat dia bakal bergelar seorang guru.
“saya ingatkan awak nak jadi doctor jugak... macam mama dan papa awak... lagi pon dengan keputusan awak sekarang ni memang layak awak nak apply bidang perubatankan.”
“tak minat la... belajar biologi tu pon kadang-kadang macam terpaksa.. inikan pulak nak ambik bidang perubatan... awak pulak nak ambil jurusan apa?” giliran Shazrina pula bertanya. Aliff tersengih-sengih bak kerang busuk mendengar pertanyaan Shazrina.
“kalau saya cakap awak jangan gelak!” minta Aliff dengan wajah yang segan namun jelas ada keceriaan dimatanya.
“apa pulak saya nak gelak... cakap lah.. jangan cakap nak jadi bapak ayam sudah.. tu bukan saya gelak tapi memang kena tepuk sekalilah...”
“sekali jer? Boleh lah kalau macam tu...” Aliff melawak... Shazrina memasamkan mukanya kerana dipermainkan Aliff namun turut sama tergelak apabila mendengar ketawa dari Aliff.
“ala awak ni... serius la.. main-main pulak.” Marah Shazrina namun manja bunyinya.
“ye ye ye... saya nak ambik bidang masakan...” Balas Aliff akhirnya.. Shazrina buat muka tidak percaya...
“lelaki macho macam awak minat memasak?” bukan Shazrina nak memperlekehkan minat Aliff namun kelakar bunyinya.. bukankah memasak lebih sinonim dengan orang perempuan sepertinya.. tapi malang dia tiada kelebihan itu.
“aik...sejak bila lelaki lembut je boleh minat memasak...” Aliff membidas geram.....pantang betul orang mempersendakan minatnya dalam masakan.
“eh bukan macam tu maksud saya... cuma tak sangka jer... saya ingatkan awak ni jenis yang minat wiring, technician sume tu.. memasak rupanya minat awak..”pujuk Shazrina tatkala menyedari Aliff agak marah apabila minatnya dalam bidang masakan dipersoalkan. Aliff mengeluh perlahan dan tersenyum mesra.
“bukan awak je yang terkejut... mak saya pon sama... tak pelik kalau awak fikir macam tu.” Aliff membalas lembut setelah mula terasa bersalah meninggikan suara seketika tadi.... dia tidak mahu berjauh hati dengan kata-kata Shazrina sedangkan ibunya sendiri pernah marahkannya kerana ingin mengambil jurusan masak memasak.
“sekurang-kurangnya awak ada cita-cita... ada aim dalam hidup... kat luar sana tu ramai je pelajar yang sebaya kita tak kiralah cerdik atau pun biasa-biasa je tetapi tiada tujuan dalam belajar... kadang-kadang belajar sebab nak pass exam je... sebab tu diorang tak rasa kemanisan belajar ni.” Ujar Shazrina lembut... matanya memerhati sekitar taman permainan yang agak luas.. kemudahan permainan disini masih lagi elok terjaga dan kemas. Aliff mengangguk tanda setuju... dulu pun dia salah satu kategori yang disebutkan oleh Shazrina dan alhamdullilah dia cepat sedar... dia kini mahu yang terbaik untuk dirinya dan ibunya sahaja.
“jom balik..”ajak Shazrina apabila sedar langit semakin mendung.. awan hitam kelihatan berarak dan hanya menunggu masa sahaja untuk menumpahkan isinya.
“jom la... macam nak hujan je..” sokong Aliff lalu sama-sama Shazrina menuju jalan pulang.
Last edited by misssakura on 26-11-2012 06:23 PM
|