CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: totokreturn

[Tempatan] VERSI 4 - EDISI KHAS PILIHANRAYA UMUM KE-13 - 5 MAY 2013.

 Close [Copy link]
Post time 23-4-2013 08:45 AM | Show all posts
duritajam posted on 23-4-2013 01:27 AM
tiunaseng....

Ingat lah 90% kakitangan awan org melayu, Islam, bumiputra...apa lagi agenda DAP ini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 08:45 AM | Show all posts
ini fakta ke auta?

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 08:48 AM | Show all posts
semoga pas menang. amin

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 08:48 AM | Show all posts
miss_kikilala posted on 22-4-2013 11:45 PM

bukan kah ini biadap nama nya...tak nampak aku org buat isteri anwar atau mana mana pemimpin pembangkang mcm ini...jangan fitnah org tak baik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 08:51 AM | Show all posts
zainuddinmaidin posted on 22-4-2013 11:40 PM

tak habis habis potosop...kan dah kena warning semalam...jangan ada potosop...dasar penyokong DAP/PKR/PAS...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 08:53 AM | Show all posts
Simunggu posted on 23-4-2013 08:45 AM
Ingat lah 90% kakitangan awan org melayu, Islam, bumiputra...apa lagi agenda DAP ini..

Apa kata PAS pulak? ingat, DAP tak boleh memerintah Persekutuan kalau tak join dengan PKR dan PAS. Aku percaya PAS tak kan menganiaya orang melayu kakitangan awam ni. Lagi satu, sejak DAP take over Pulau Pinang, dah berapa ribu kakitangan awam kena buang kerja?

PAS: Kakitangan awam akan diselaras, bukan kurangkan

Perkhidmatan kakitangan awam akan diselaraskan dan bukan dikurangkan jumlah mereka sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-13, kata ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

NONEKatanya, penyelarasan tugas yang efisyen dengan sistem timbang-tara yang baik dapat meningkatkan sikap kebertanggungjawaban dalam jabatan-jabatan kerajaan.

"Ini bakal dapat mengurangkan jumlah insiden ketirisan, keborosan dan elemen rasuah yang dilaporkan dalam Laporan Audit setiap tahun.

“Itulah fokus utama Pakatan Rakyat untuk mengubah nasib kakitangan awam sekiranya diberi mandat berkuasa nanti dan bukannya soal mengecilkan jumlah kakitangan awam," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Tuan Ibrahim, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Pahang, masalah utama yang melanda kakitangan awam hari ini adalah ketidakselarasan tenaga kerja yang menyebabkan wujudnya pertindanan tugas antara jabatan-jabatan.

NONE"Sebagai contoh, dalam penguatkuasaan di jalanraya sahaja, terdapat pelbagai agensi yang terlibat - antaranya polis, peronda lebuhraya, Jabatan Pengangkutan Awam, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain.

“PAS yakin sekiranya tugasan tersebut dapat diselaraskan, ia akan dapat mewujudkan dan meningkatkan keberkesanan dalam perkhidmatan awam yang secara langsung juga akan meningkatkan daya saing kerajaan," katanya.

Tidak efisien

Kenyataan Tuan Ibrahim dipercayai merujuk laporan media-media arus perdana yang mensensasikan kenyataan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (bawah, kanan) baru-baru ini yang berkata Pakatan akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

NONEKatanya, PAS yakin rakyat terutamanya para kakitangan awam bakal mengecapi pulangan yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan BN sekiranya Pakan mengambilalih tampuk pemerintahan nanti selepas PRU-13.

"Dengan pentadbiran bersih dan kebolehan Pakatan seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri kuasaan mereka, sekiranya diberi mandat nanti, PAS yakin pendapatan dan bajet kerajaan akan bertambah sihat dengan pengurangan hutang negara secara berperingkat.

“Pada masa itu, rakyat, terutamanya para kakitangan awam bakal mengecapi pulangan yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan BN. InsyaAllah," katanya.

Oleh itu, menurut Tuan Ibrahim, apa yang penting sekarang ialah untuk menyedarkan seluruh kakitangan awam bahawa mereka perlu bangkit membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik.

"Soal pengecilan (downsizing) atau penambahan (upsizing) kakitangan awam bergantung kepada kepentingan dan keperluan masa depan negara.

azlan“Soal mengecilkan jumlah kakitangan awam tidak timbul kerana prospek keperluan mana-mana negara akan diselaraskan dengan keperluan pembangunan negara yang sentiasa bertambah tahun ke tahun," katanya lagi.

Malaysia mempunyai lebih sejuta kakitangan awam atau kira-kira 4 peratus daripada jumlah penduduk negara yang dianggap antara tertinggi di dunia.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2013 08:54 AM | Show all posts
Muntz posted on 22-4-2013 11:45 PM
Kreatif betul org2 PAS. Respect!

memalukan org Islam keseluruhan nya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 08:55 AM | Show all posts
Ceramah & Kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Di Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur Malam Tadi Dibanjiri Ribuan Warga KL... Inshaa-Allah UAI Akan Jelajah Seluruh Negara Bagi Membantu Kemenangan Parti Islam (PAS). Takbir!!!





ingatkan 10 org jer mari dengo ceramoh bodo UAI ni Last edited by sitihawa on 23-4-2013 08:56 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 08:56 AM | Show all posts
Astaga.. Dah versi 4 dah Totok??  CHK IN~!!!

Jap nak beglog...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 08:57 AM | Show all posts
bobby2008 posted on 23-4-2013 08:53 AM
Apa kata PAS pulak? ingat, DAP tak boleh memerintah Persekutuan kalau tak join dengan PKR dan PAS. ...

kamu pernah dengan bonika? kuda tunggangan?....duit punya kuasa bro...itu sbb DAP berani komen apa yg PAS cakap...tak ada rasa segan silu sikit pun, respect?..jauh sekali.......hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 08:57 AM | Show all posts
Simunggu posted on 23-4-2013 08:48 AM
bukan kah ini biadap nama nya...tak nampak aku org buat isteri anwar atau mana mana pemimpin pemba ...

jangan buat fitnah, tak baik. yang sedang berjoget bollywood ni bukan Rosmah



yang ni laennnnn, tak memalukan orang Islam kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 08:59 AM | Show all posts
Simunggu posted on 23-4-2013 08:57 AM
kamu pernah dengan bonika? kuda tunggangan?....duit punya kuasa bro...itu sbb DAP berani komen apa ...

Bukti PAS kuda tunggangan DAP

KUALA TERENGGANU 20 Jan. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan tunduk kepada desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Abdul Hadi akan mempertahankan pendirian itu Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkan

Ahmad Samsuri menegaskan, beliau yakin dan pasti bahawa Presiden Pas itu tetap dengan pendirian serta keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulama Pas tempoh hari berhubung isu itu.

"Saya pasti, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama parti (Pas).

"Buat masa ini, beliau (Abdul Hadi) tetap dengan keputusan itu (Majlis Syura Ulama). Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu bagi pihak Presiden Pas berhubung gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... a-DAP#ixzz2RFAlYYq6
© Utusan Melayu (M) Bhd



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:00 AM | Show all posts
singajantan posted on 23-4-2013 04:30 AM
yg penting sape menang pun jangan dapat 2/3

supaya sentiasa on their toes and jaga kepentingan  ...

setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:00 AM | Show all posts
gigih sungguh si munggu sulu ni

apa pon...

check in!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:00 AM | Show all posts


kalau korg pandai jawi mesti tau ape silap banner ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:01 AM | Show all posts
Simunggu posted on 23-4-2013 08:54 AM
memalukan org Islam keseluruhan nya..

kenapa pas memalukan islam pulak?
bukan umno ke yg memalukan agama islam?

contoh:



yg ni agama mana lak yg ajar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 09:02 AM | Show all posts
sitihawa posted on 23-4-2013 08:55 AM
Ceramah & Kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Di Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur Malam Tadi Diba ...

Aku org Desa Pandan.. Semua ni tipu saja... Ceramah lengang kerusi byk kosong...















Rupanya aku yg kena tipu pi ikut ceramah UMNO .. mmg tak ada orang
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:04 AM | Show all posts
bobby2008 posted on 23-4-2013 08:57 AM
jangan buat fitnah, tak baik. yang sedang berjoget bollywood ni bukan Rosmah

kenapa salah berjoget?...kenduri kahwin, barangkali engkau yg paling miang mau berjoget..itu pun kalau kau melayu...tapi kalau ekau bukan melayu..ekau yg paling sebok berdansa gamaknya...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:07 AM | Show all posts

RE: VERSI 4 - EDISI KHAS PILIHANRAYA UMUM KE-13 - 5 MAY 2013.

jeeja07 posted on 23-4-2013 09:02 AM
Aku org Desa Pandan.. Semua ni tipu saja... Ceramah lengang kerusi byk kosong...

xde dapt goodies ke dr kem Dato' Johari?

Dato Jo kan ke popular kat Desa Pandan nih

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:07 AM | Show all posts
sitihawa posted on 23-4-2013 08:42 AM
ya lah , video kami seme bodo, video kamu semua lucah. so, what the?

itu berita betul..org kena tahu...kan kita saling wajib menyampaikan berita betul...watawa saubil hak watawa saubil subr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.110284 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list