CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84954|Reply: 95

[Tempatan] Ratusan penuntut UiTM tiada tempat tinggal

[Copy link]
Post time 15-9-2024 10:22 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa ratusan pelajar sebuah universiti di Raub, Pahang  tidak mendapat asrama sehingga menyukarkan mereka meneruskan pengajian di sana.


Menurutnya, perkara itu diadukan oleh ibu bapa penuntut institut pengajian tinggi terbabit selepas aduan dan rayuan kepada pihak universiti didakwa dibalas dengan memo ugutan.


Susulan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil maklum perkara ini dan pada masa sama menggesa pihak universiti terbabit lebih prihatin dengan kesusahan dihadapi pelajarnya.


“”Apakah pihak universiti lupa akan tanggung jawab mereka? Adakah mereka mengutamakan pengambilan semata tanpa memikirkan kebajikan pelajar?” soal Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan.


Nadzim berkata kumpulan pelajar dan ibu bapa yang membawa perkara itu ke PPIM mendakwa jumlah rumah sewa berdekatan kampus juga amat terhad, selain tiada  pengangkutan awam untuk ke kampus turut membelenggu mereka.


“Setiap pelajar perlu membayar sewa antara RM300 hingga RM500 seorang, tidak termasuk kos sara diri, pembelian barang keperluan lain seperti capaian internet dan pengangkutan yang boleh mencecah sehingga RM1,000 sebulan,” katanya.


Tambahnya, bantuan sara diri pelajar yang diterima pelajar hanya RM300-RM500 sebulan dan rata-rata mereka yang terkesan bukanlah dari keluarga yang berkemampuan.


Justeru, PPIM menyeru pihak universiti yang berkenaan untuk mempertimbangkan alternatif lain termasuk pengajian atas talian atau penukaran pelajar ke kampus yang mempunyai kapasiti asrama lebih besar.


Sehingga kini PPIM dimaklumkan hampir 500 orang pelajar universiti berkenaan masih belum mendapat tempat di asrama atau rumah sewa.


“Aduan dan rayuan kepada pihak universiti pula dibalas dengan memo ugutan tindakan tatatertib jika perkara ini sampai kepada pengetahuan media. Mereka tiada tempat untuk mengadu, bantulah mereka,” ujar beliau.


Baru-baru ini tular di media sosial keluhan ibu bapa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub mengenai penempatan pelajar.


Kumpulan ibu bapa itu mendakwa universiti awam itu tidak prihatin tentang keperluan pelajar dan perkara itu bukan hanya berlaku di kampus di Pahang dan ia sudah berlarutan berpuluh-puluh tahun. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2024 12:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok nak tanya berpuluh tahun mmg macam tu dgn itm dan juga dgn ipta.  First sem dapat hostel lepas tu kau carilah sendirik..dr zaman iols lagi awal 90an.  Kalau tak betul x mampu mmg x terima sbb kena kuar banyk $$$.  Dulu lagi manade ptptn la bagai.  Buat rayuan atas rayuan atas rayun sampai tumpang kasan pun ada squatting.  Tiba2 sekarang mcm entitled much patutlah budak2 zaman sekarang lembik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 11:05 AM | Show all posts
ramai jer kawan2 squating bilik aku dulu... klu ada pemeriksaan ramai2 pulak escape hahaah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 11:10 AM | Show all posts
UITM nie murah bayar yuran je
yang lain2 tu bila di tambah2
sama aje dengan IPTA - IPTA lain
btw selain UTM
U mana yang boleh duk dalam
sampai habis pengajian ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa meols sekolah dlo, ms tu itm bkn uitm lagi. Dengar cikgu2 meolz cite. Yg geng2 itm buat surat mtk tanah sblh itm tu utk jadi milik itm. Jadi boleh sediakan byk fasiliti utk pelajar2. Tapi sultan xbagi. Skg xtau apa jd status tanah sblh tu. Kalau dpt tanah yg tu mgkin pelajar xperlu menyewa dekat luar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 15-9-2024 11:05 AM
ramai jer kawan2 squating bilik aku dulu... klu ada pemeriksaan ramai2 pulak escape hahaah

Kan... Boleh je buat kalau sanggup.  Balik tuk tido je most of the time. Ni nak ada tu nak ada ni eh baik la kau masuk private uni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 12:35 PM | Show all posts
Edited by monreyes at 15-9-2024 12:36 PM

my son 2nd sem dah x nak duduk dlm...bukan dia je...majority kot..
padahal dpt je bilik..cuma x selesa lah...
pastu nak bwk kete..pc gaming ..byk tmpt mkn...so dok luar lah...
kalau aku jadi pihak pengurusan UiTM, mmg x kuasa la aku nak peningkan kepala...
korang sendiri yg nak sangat hidup bebas kat luar....
anak bongsu aku masuk kolej under MARA je..
dekat gila dgn rumah...
xde sewa2, pepagi bekpes ngan aku otw pegi keje...lunch kekadang je kat kolej..dinner kat umah...mmg convenient...
kadang2 overthinking ni bagus juga...
dah lama aku merancang nak menyenangkan hidup aku...
umur dah meningkat, tak koser lah nak hantar jemput jauh2...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2024 12:49 PM | Show all posts
monreyes replied at 15-9-2024 12:35 PM
my son 2nd sem dah x nak duduk dlm...bukan dia je...majority kot..
padahal dpt je bilik..cuma x sele ...

anak ai yg kat matrik
nmpaknya mula dah fikir
nak masuk U kat sini je
sonang balik umah
plus U sini mmg stay dalam
sampai habis pengajian
dia kata macam tak sanggup je
nak travel jauh2
nak balik umah
tunggu cuti panjang
dari satu segi macam ok
tapi dekat sgt
sis plak rasa mcm tak berkembang
padahal mak dia nie
kerja kat U nie juga
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Persatuan Balikrumah Setiap Minggu PBSM tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 03:31 PM | Show all posts
sebelum masuk dah tau kan tak dapat asrama..
kenapa kau tak cari awal-awal rumah sewa..
rumah sewa duduk sebulan sorang rm300 ke rm500?
kau cari rumah sewa duduk satu bilik sorang ke apa?
kalau rental rm1000 sebulan duduk satu rumah 8 ke 10 orang, termasuk bil paling pun rm150 sorang..
pandai-pandai la berjimat api air..
memang la budak sekarang lembik..
belajar setakat pandai benda yang ada dalam buku..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 03:47 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-9-2024 03:31 PM
sebelum masuk dah tau kan tak dapat asrama..
kenapa kau tak cari awal-awal rumah sewa..
rumah sewa d ...

kadang - kadang bukan anak2 yang lembik
pada ibu bapa plak yang muakan anak
nak anak belajar selesa katanya
bila nak super selesa
mmg lah bayaran takde kecik
kenalah terima hakikat
percayalah ckp sis
kalau yang biasa susah
dorang tau aje nak survive
idaklah crewet nak mati
yang biasa gini
jenis yang dah super selesa kat umah
jadi semuanya nak senang
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dulu belajar camtu gak. tp area bandar senang cari umah sewa. 1 umah belas2 org. setiap petang kutip RM1 setiap org buat beli lauk basah nk msk mkn mlm. nasi bnyk lauk sikit yg penting kenyang. pagi srpn nasi lemak, ptg mkn goreng pisang. tghari mmg x mkn jimaaat. idup sbg student mmg camtu rata2 dr dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bakawali_04 replied at 15-9-2024 12:49 PM
anak ai yg kat matrik
nmpaknya mula dah fikir
nak masuk U kat sini je

blajar kat mana2 pun sama sis...asal mudah dan selesa..kalau dapat utara selatan pantai timur x mau lah..ulang alik satu hal..sakit pening rasa mcm x sampai2 je nanti...sis skrg dah aman2 je...tgl melayan yg bongsu ni ..abg dia pun dah grad n dah keje..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bakawali_04 replied at 15-9-2024 11:10 AM
UITM nie murah bayar yuran je
yang lain2 tu bila di tambah2
sama aje dengan IPTA - IPTA lain

Ada. UUM. Iols ex student situ. Memang stay kat kolej kediaman dari 1st sem sampai habis. Bas kolej pun ada sediakan untuk ulang alik ke class, cafe kolej murah2 makanan. Memang iols rasa heaven sangat belajar kat situ. Plus tak jauh dengan rumah iols so iols buleh hello2 je kalau nak balik umah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 04:34 PM | Show all posts
monreyes replied at 15-9-2024 04:30 PM
blajar kat mana2 pun sama sis...asal mudah dan selesa..kalau dapat utara selatan pantai timur x ma ...

itulah sis skrg
lebih pada fasa menilai tempat
menilai course
apepun bergantung rezeki
UPU nanti yang menentukan
skrg anak baru sem 1
focus dulu kat matrik
feb 2025 baru kita fikir2 kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2024 04:36 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 15-9-2024 04:32 PM
Ada. UUM. Iols ex student situ. Memang stay kat kolej kediaman dari 1st sem sampai habis. Bas kole ...

UUM kat Sintok Kedah kansis stay kat selatan nie
plus UUM focus kat management kan
anak sis skrg aliran sains
mcm tak bnyk course leh masuk
but terima kasih utk info
atleast ada U lain yang sama dgn UTM
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la dulu2 iols macam pelik bila lect cakap korang semua beruntung sebab masuk u sini. Sebab pihak u ada sediakan kolej kediaman untuk semua student dia termasuk students yang dah berkeluarga. Ada kolej asing untuk yg ada family (macam apartment) . Time tu iols pikir semua u sama macam uum. Rupanya tak ye.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 04:39 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 15-9-2024 04:37 PM
Patut la dulu2 iols macam pelik bila lect cakap korang semua beruntung sebab masuk u sini. Sebab pih ...

itu yang bagusnya
parents tak risau
mmg sah2 ada tempat tinggal
bukan kolej je
tapi transport pun kena ambik kira
yang nyata sape2 ke UITM
itu yang sesak nafas sikit
atleast dari awal kena sedia
biasa tahun 1 je duk dalam
seterusnya kenalah pandai2 survive

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bakawali_04 replied at 15-9-2024 04:36 PM
UUM kat Sintok Kedah kansis stay kat selatan nie
plus UUM focus kat management kan
anak sis skrg a ...

Iye sis. Dekat sintok. Nun jauh di utara.

Ooo aliran sains ye. Uum uni pengurusan. Nampaknya tak de course yang sesuai untuk itu. Wc sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047085 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list