CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Harry Potter

Mari berpantun bersama sama (Merge thread: harry potter & BeeBuzz)

[Copy link]
Lilo This user has been deleted
Post time 25-3-2004 09:43 AM | Show all posts
bunga dedap kembang di taman?

amorist aku nak jawap pantun ko tapi aku tak tau apa benda tu... bunga ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2004 09:56 AM | Show all posts
bunga dedap - perempuan yang cantik tapi berperangai buruk

(bunga) kembang ditaman - mekar dihati; menjadi pujaan ramai
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2004 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by amorist at 25/3/04 09:56 AM:
bunga dedap - perempuan yang cantik tapi berperangai buruk

(bunga) kembang ditaman - mekar dihati; menjadi pujaan ramai


oooooooooooooooooooooooooooo
sia try jawab ya......

bunga dedap kembang di taman,
jd hiasan puncak larangan,
sudah lumrah hidup berzaman,
indah pujaan buruk kutukan......
Reply

Use magic Report

Lilo This user has been deleted
Post time 25-3-2004 01:06 PM | Show all posts
Pakai tudung tapi bertelanjang,
Itulah gaya orang sekarang,
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang,
Yang mana kendur yang mana tegang."

Ha ini adalah pantun seloka yang dihantar oleh sedara paiseh. Pantun seloka ini cerita pasal fesyen remaja sekarang khususnya yang bertudung. Bukan nak mengata, ini nasihat buat semua muslimah kat luar tu. Anak dara ke, janda ke, yang pasti, nasihat dalam pantun seloka ni patut direnung-renungkan. Jangan sampai menyesal di kemudian hari. P/s: Penghasil sebenar karya ini tidak diketahui dan mungkin telah terpapar di laman web lain. Ia sekadar renungan untuk dikongsi bersama. Baca seterusnya untuk pantun lengkap.

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2004 01:17 PM | Show all posts
lilo.. pantun mu indah dlm tatapan,
buat hatiku terdiam minda berteman,
panjangnya ia jadi pedoman,
terima kasih utk mu dgn senyuman :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2004 01:31 PM | Show all posts
Semua perhitungan di hari akhirat,
segala amalan akan dibawa,
Pantunmu Lilo...pantun nasihat,
Jadi pedoman buat semua kaum Hawa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Lilo This user has been deleted
Post time 25-3-2004 01:59 PM | Show all posts
mengenali pembaca berita ..
jadi minat dalam bidang baru ..
pertemuan pertama antara kita ..
membuatkan fikiranku jadi celaru ..

dari jauh melihat dia berlari ..
mengejar cinta dengan berani ..
hatiku mula tertanya sendiri ..
apakah kau sudah dimiliki kini ..

hatiku kosong jiwa makin lembut ..
dengan mudah tembus ditusuk belati ..
salam perkenalanku kini bersambut ..
nampak peluang bagai cerah menanti ..

berjalan berdua belanjalah makan ..
sambil itu boleh juga kita bercerita ..
hanya untukmu laguku dendangkan ..
menjadi pengikat utuh persahabatan kita ..

perasaan didada terbuku ..
mengaharap diriku agar laku ..
hanya kau berada dihatiku ..
tiada lain , percayalah kataku ..

jauhilah pusat serenti ..
melawat bukan makna diami ..
hanya kau yang kini ku nanti ..
kerana diriku hanya kau fahami ..

jatuh cinta sukar yang dirasa ..
janagn sedih jika kaukan dilupa..
bila tidak berjumpa gelisah rasa ..
cintaku hanyalah untukmu tiada siapa ..

sakit bila bertemu bahu ..
apakah kau dan aku buta ..
hanya kau yang ku mahu ..
hanya kaulah yang ku cinta ..

rasa hatiku kian berang ..
mahu dicari entah dimana ..
hanya untukmulah seorang ..
yang kini berada di selatan sana ..
Reply

Use magic Report

Lilo This user has been deleted
Post time 25-3-2004 02:05 PM | Show all posts
Cincin emas cincin suasa
Dipakai oleh teruna dara
Dalam hati tak pernahku lupa
Dikau seorang pujaan hamba

Dipetang hari pasang pelita
Pelita diletak dihujung sana
Dikau pergi tanpa berita
Hingga kini tidak menjelma

Dingin malam sudah terasa
Angin berderu diluar sana
Hilang kasih hilang segala
Hati terguris tambah sengsara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2004 01:30 PM | Show all posts

sempena penghulu hari.... pesanan untuk AKU......yg selalu MALAS :bgrin:

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak b******g,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

pst: minum kopi & makan pasta.....

[ Last edited by Gadiskampung25 on 26-3-2004 at 01:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2004 03:48 PM | Show all posts
Berlenggang lenggok langkah si Gadis
mata memandang jadi alpa,
Sungguh indah pantunmu Gadis,
Jadi panduan buat yang alpa???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2004 03:52 PM | Show all posts
Sungguh cantik si bunga melati
dipetik orang di sana-sini,
Alangkah terdetik di lubuk hati,
Adakah amalan dan solat diterima selama ini???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2004 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by fatin_ikmal at 26/3/04 03:48 PM:
Berlenggang lenggok langkah si Gadis
mata memandang jadi alpa,
Sungguh indah pantunmu Gadis,
Jadi panduan buat yang alpa???



nyamannyer minum air kelapa,
sambil makan buah nangka....
memang AKUlah manusia alpa,
tegurlah jika tersilap kata....

makan tarap atas bata,
makan dgn buah semangka...
tegurlah jika tersilap kata....
dlm lembut tanpa dipaksa...:bgrin:

[ Last edited by Gadiskampung25 on 26-3-2004 at 04:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Lilo This user has been deleted
Post time 26-3-2004 04:25 PM | Show all posts
buai laju laju
sampai pokok sena
apa dlm baju
eiii ... sendiri mau check lah...

tepuk amai amai
blalang kuman kuman
tepuk biar ramai
jgn tepuk sebelah tangan...

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kami budak baru blajar
blajar mencurik buah cempedak di luar pagar...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2004 04:32 PM | Show all posts
Usah selalu busuk hati
kelak nanti hilang serinya
Pantunmu Lilo, mencuit hati
Dalam tension2...tergelak akhirnya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2004 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by Gadiskampung25 at 26/3/04 04:12 PM:



nyamannyer minum air kelapa,
sambil makan buah nangka....
memang AKUlah manusia alpa,
tegurlah jika tersilap kata....

makan tarap atas bata,
makan dgn buah semangka...
tegurlah jika t ...


Luas terbentang alam belantara,
Ciptaan Allah...tiada bandingan,
Hidup Di Dunia ...hanya sementara,
Berpesan2 kita pada kebenaran & Berpesan2 kita pada kesabaran


[ Last edited by fatin_ikmal on 27-3-2004 at 01:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Lilo This user has been deleted
Post time 29-3-2004 08:55 AM | Show all posts
ikhlas mu menerima suci
kesilapan lalu mengajar diri
kalau bahagia yg kita cari
jgn ada prasangka di dlm hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2004 09:34 AM | Show all posts
jalan ke desa dr perigi
perigi semak tepi jeti
jika cinta yg di cari
jauhi syak dalam hati
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2004 10:56 AM | Show all posts
utk jauhi prasangka di hati
jujur dan ikhlaslah dalam perhubungan
utk diri sentiasa dihormati
jangan lain dibelakang, lain didepan!!!
Reply

Use magic Report

Lilo This user has been deleted
Post time 29-3-2004 11:32 AM | Show all posts
pasang surut air perigi
sejuk dan nyaman penyegar diri
kalau ikhlas hati menyayangi
jangan takut diri di khianati

kerana setitik nila
habis susu sebelanga
hati yg ikhlas tenang sentiasa
bukannya gundah dek dikata mereka

duduk berdua di anak tangga
berbaju kurung si anak dara
peduli apa org kata
hati yg bersih itu yg sempurna
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2004 11:47 AM | Show all posts
Bukannya susah just say Hello
Angkat gagang, contactlah admirer tersayang
betul apa katamu Wahai Lilo
susah nak puaskan hati semua orang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 1.135047 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list