Assalamualaikum dan selamat malam.
Suatu masa dahulu Majlis Tertinggi UMNO pernah mengambil keputusan besar memecat DSAI. Ketika itu Tun M hadir di PWTC dari pintu depan dan beliau tenang walaupun dibaling botol dan dijerit oleh ahli UMNO yg menyokong DSAI. Saya kira itu pendirian bermaruah Tun M yg berani kerana benar.
Hari ini presiden UMNO hadir ke mesyuarat MT yg berura2 memecat beberapa tokoh UMNO termasuk TSMY. Namun begitu, tiada keputusan pemecatan dilakukan kerana saya yakin MT tiada sebab utk menggugurkan keahlian TSMY. Apa yg lebih menghairankan adalah DSN takut utk memasuki ibu pejabat UMNO melalui pintu hadapan. Beliau telah dibawa masuk melalui pintu belakang seperti seorang yg ketakutan.
Bagi saya, manusia hanya takut apabila berbuat salah. Ianya sama seperti tindakan DSN apabila lari dari menghadiri program nothing to hide. Bagaimana seorang presiden UMNO boleh takut utk berhadapan dengan ahli2 UMNO yang sedang menunggu kehadiran pemimpin2 UMNO di pintu hadapan?
Saya ingin tegaskan bahawa DSN tidak perlu takut kepada ahli2 UMNO kerana mereka bukanlah "ISTERI" DSN. Sebaliknya, mereka adalah ahli2 UMNO yg DSN sedang pimpin. Adakah DSN juga memasuki Sri Perdana melalui pintu belakang?
Salam dari pintu hati UMNO,
Anina Saadudin