CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

[Tempatan] Kaki Kanak-Kanak Terperangkap di Eskalator Sebuah Pasaraya di Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 2-11-2015 06:43 PM | Show all posts
Sebagai orang yg takde anak.. aku rajin juga perati cara parents jaga anak. ada parents yang jenis biar anak eksplore, in fact, ada sorang dua siblings aku yg jenis biar anak eksplore. so kalau gi mall ke apa.. mmg berlari berkejaran la mereka.  kadang2 seram juga aku tengok.. aku ngaku, anak2 sedara aku ni ada yang 'monyet' sikit.  cuma yang bagusnya, siblings aku yg jenis biar anak eksplore tak kecik ati kalau org tegur anak dia.

tapi kalau ayah aku, and sorang sibling aku ni.. jenis sangat protective. Especially ayah aku. kalau kt rumah, budak (anak ke, cucu ke, anak orang ke) ayah aku tak kisah. tapi kalau dia bawak budak tu gi mana2 tempat awam macam kedai or pejabat pos, mmg dia sangat jaga and pantau budak tu. mulut tak berhenti bebel. Budak tu nak usik apa2 dia tak bagi. Penyudahnya, budak tu dok diam2 macam malaikat hahaha... tapi kalau kawasan ayah aku sendiri - kawasan rumah, ladang dia, mmg dia bagi budak tu explore, but within safe limit lah.

Aku pulak, kalau bawak anak2 sedara jalan2... mungkin sbb anak orang kot.. aku jadi sangat particular. Lagi2 waktu naik or turun escalator. Budak2 ni, pada aku lah.. nak terlalu control sangat pun, nanti dia bosan. Kadang2 kena bagi dia peluang untuk buat silap and feel the consequences. TAPI, ada certain things yang kita tak boleh biar sbb consequences dia sangat bahaya ataupun boleh mengganggu ketenteraman awam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 07:37 PM | Show all posts
klu slh management...sue the management tapi klu slh mak bpk sue mereka n tptkan anak mereka dlm rumah kebajikkan klu bela anak cam bajingan. Semalam i g basuh kain2 dlm kat dobi lyn diri, ada kapel tu bwk ank 2 ekor...masyaAllah....lari sana lari sini cam playground tekan butang macam sakai siap mak dia ajar lah konon macam mana nak tekan bagai. Dah lah mak bapak tua, ada anak kecik2 lak tu...heiii...klu ditegur bukan nak dgr pon. besok klu anak dah ilang sibuk letak kat wall masing2 meraung2 cam dunia ni gelap tanpa mereka. Harkkktuiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 08:19 PM | Show all posts
Kaki seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di eskalator di sebuah pasaraya terkemuka di ibu kota kira-kira jam 7.35 petang tadi.


tulis jelah klcc
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dewimalam78 at 2-11-2015 08:25 PM

Salah satu sb anak2 lasak tak duduk diam di malls or di tmpt berbelanja..sb diorg jarang keluar rmh pi tempat main. Weekdays parents busy keja. So anak2 byk di sekolah dan di nursery. Weekends parents bbwa pi keluar mkn atau window shopping. Ofkos budak2 excited bonarr dpt keluar jalan.

Cuba bawa budak2 tu pi playground or park atau indoor play area. Bagi budak2 tu lepas tension main puas2. Dpt sejam pun ok. Malls tu bkn tempat budak2 pun.
Tp ai akui la budak2 msia ni buas dan ganas. Ai ada sorg anak kecik. Klu pi indoor playcentre kt jusco during weekend...masya allah..punya ganas budak2 baling2 toys sesama sendiri siap jerit2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 08:38 PM | Show all posts
parent jenis batak smartphone ni.. tengah layan watsapp group sekolah menengah tahun 90an..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak suka parents jenis buat tak tau anak2 dok melompat2 dlm kedai ke apa..ada sekali tu aku kat kedai makan,ada air kosong free utk customers, bleh bdk2 tu dok cuci tgn, lwn2 simbah..parents tgk je.aishhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2015 11:23 PM | Show all posts
Ni bkn bdk2 je... kdg2 tgk org tua selalu mcm losing balance atas escalator tu.... pergerakan diorg kan dah slow... mak saya salah seorg.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 08:43 AM | Show all posts
nour2001 replied at 2-11-2015 11:58 AM
Betul..sbb kena Kat btg hidung..jenuh menunggu dpn lift Kat klcc tu rata2 yg keluar lif org dewasa ...

Betul tuh. bulan lepas bwk anak2 dan jugak anak sedara ke aquaria. ada bwk stroller gak. gigih kami tgu lif kosong. Menjang penuh jek lif. semua yg sihat walafiat. bukan 3 or 4 kali lif terpaksa skip. kali ke 6 lif, pun stil tak leh masuk nak muat kan stroller dan sorang adult.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2015 08:45 AM | Show all posts
aku pernah sekali kain mak cik belakang aku tersangkut.. masa naik ekslator ni. betapa kuat kuasa sedutan tu sampai koyak separuh kain dia ..mujur kain kalo ibu jari kaki..alahaiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 09:51 AM | Show all posts
ape kesudahan kaki budak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 10:30 AM | Show all posts
kelip2_07 replied at 2-11-2015 12:03 PM
semlm kt sunway piramid ade bdk laki nangis2...mane mama nie..tp dh bsr la..bdn chubby..dlm darjah 4 ...

Iol pernah sekali jumpa budak kecik rasanya dalam 2 tahun gitu.. jalan2 sorang kat Carefour (la ni Aeon Big).. datang kat iol and tegur. Iol senyum and say hi.. and pusing kiri kanan takdak pulak adult kt aisle tu except iol.. tanya dia mana mama.. dia sengih.. mana ibu dia sengih.. cakap melayu cakap english.. pun sengih jugak.. then iol pegang tangan dia p jenguk aisle sblh2 pun takdak adult jugak kot la tgh pusing2 cari anak.. panggil hubby and mintak dia look around kot ada yang tengah cari anak.. pun takdak.. kami p serah budak tu kt management tmpt tu.. buat announcement.. iol tunggu tepi nk tengok sapa parents.. perents mai buat muka toya marah ke budak tu tak mau pegang.. nakal etc.. mendapat dengan iol la time tu.. terkedu kejap parents tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 10:51 AM | Show all posts
Kaki kanak-kanak tersepit pada eskalator
01/11/2015 11:08pm


Oleh AZZMAN ABDUL JAMAL













KUALA LUMPUR - Kegembiraan seorang kanak-kanak bersiar-siar bersama keluarganya bertukar detik cemas apabila kakinya tersepit pada eskalator selama 40 minit dalam satu kejadian di sebuah pusat beli belah terkemuka di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.35 malam itu, kanak-kanak yang dipercayai warga Timur Tengah berusia dalam lingkungan 5 tahun itu sedang menurun eskalator di tingkat tiga sebelum kaki kirinya tersepit setelah sampai ke tingkat dua berhampiran medan selera di pusat beli belah berkenaan.
Menurut jurucakap bomba dan penyelamat, kejadian dipercayai berpunca apabila kasut mangsa tersepit di celah sebelah kiri tangga bergerak tersebut.
Katanya, seramai 11 pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.39 malam.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.48, kami mendapati, kaki kanak-kanak terbabit tersepit di tingkat dua dan kami mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Tambahnya, mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz3qOQwpM7v
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn pandang buruk sgt pd semua parents tu. Kdg2 parents dh usaha malangnya anak diorg tu tak dengar ckp.
Mcm aku ni..anak kecik umur 3thn. Buat ms ni aku tak bole selalu dukung dia sebab aku mengandung. Dr tak bagi aku bawa benda berat sb aku ada kes gugur. Kesian la kt aku ni haa
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kipaslaju00 replied at 3-11-2015 01:34 PM
Jgn pandang buruk sgt pd semua parents tu. Kdg2 parents dh usaha malangnya anak diorg tu tak dengar  ...

Sian dengar. Dah la anak tgh lasak.. Perut ada sorang lg.. Bertabahlaa.. Syurga ditapak kaki ibu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu bende tu kurang selamat,buat ape pasang juga..adoii..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 10:03 AM | Show all posts
leenali replied at 3-11-2015 10:30 AM
Iol pernah sekali jumpa budak kecik rasanya dalam 2 tahun gitu.. jalan2 sorang kat Carefour (la ni ...

kn...mmg ade yg jnis biar2 jer ank tnpa pengawasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063586 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list