CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

[Lain-Lain] THE PASSION OF THE CHRIST

[Copy link]
Post time 29-3-2004 05:46 PM | Show all posts

Rahmat Jesus Christ - Menyiksa & Menggoyah

OK...aku tau ada thread pesal Passion of Christ ni...cuma buat seketika aku ingin sampaikan ulasan filem yg ditulis oleh Fadz dan mahu tahu apa komen org lain terhadapnya....dalam masa seminggu aku akan merged thread nie dengan thread "Passion" yg sudah sedia ada....

Rahmat Jesus Christ - Menyiksa & Menggoyah



Oleh : Fadz (www.tontonfilem.blog-city.com)

Aku tidak akan guna nama Nabi Isa a.s. dalam perbualan ini kerana mengguna nama itu (atau Masihi Isa seperti dalam al-Qur'an) menggambarkan apa, siapa dan mengapa Nabi Isa a.s. sebenarnya pada aku. Jadi biarlah aku guna nama Jesus Christ kali ini, kerana sekurang-kurangnya ia terjemahan orang Nasrani (walaupun kita tahu, ia lebih ke arah ideologi Mel Gibson dan Benedict Fitzgerald) terhadap rasul, tuhan dan penyelamat mereka.

Menonton filem ini, dari satu babak ke satu babak, seakan-akan menelaah 'Pendidikan Asas Agama Nasrani' di sekolah. Mungkin bagi seorang Islam seperti aku, sebagai orang luar yang tidak faham akan signifikasi potret-potret yang dilukis oleh Mel Gibson dan Caleb Deschanel (dan aku kata, kanvas yang mereka lukis amat cantik, puitis dan telanjang), aku dapat juga mencerna 'kenapa Jesus Christ memilih untuk dirinya disalib walaupun umatnya tahu dia boleh memilih untuk selamatkan dirinya'. Memang benarlah, ada beberapa babak yang aku takkan peduli, kenapa 'watak itu' mahu beri air pada Jesus, kenapa 'watak itu' pula menangis akan Jesus bila melihat Jesus menyeret salib, siapa itu yang sentiasa mengikut Mary dan Magdalene (sepertimana kalau orang Nasrani menonton The Message, tidak akan faham signifikasi kenapa Rasulullah s.a.w. tidak ditonjolkan) dan siksa Jesus sendiri kerana 'memaksa' dirinya mengambil 'beban' itu. Oleh kerana itu juga, aku mendapat kelebihan kerana aku tidak perlu memiliki iman dan pengetahuan Nasrani tentang apa yang berlaku di depan aku, untuk merasa kekuasaan 'mis-en-scene'nya menyentuh aku. Maka orang akan tanya, adakah ia menyentuh? Aku akan berterus-terang, filem ini agak menyentuh (hiba sebenarnya) kerana penonjolan-penonjolan kesan yang dipaparkan. Apa yang kita lihat di depan kita adalah satu pengorbanan seseorang yang terpaksa diharunginya terhadap satu hukuman yang dia tidak lakukan (sekurang-kurangnya pada perspektif penulis skripnya), dan orang-orang yang berkait dengannya (yang mengikutinya juga membencinya).

Ia bermula dengan Jesus, di ceruk sebuah hutan, sedang ber'sembahyang', memohon pada Tuhannya, mencari persoalan dan petunjuk dariNya bagi menampung segala dosa yang manusia sudah dan akan lakukan di dunia ini. Kemudian, dari babak itu, selepas Judas bersongkol dengan para ketua agama dan undang-undang Yahudi, Jesus Christ ditangkap dan mula disiksa dan dicela. Mulai dari saat itu, filem ini seakan mengajak kita memakai destar berduri yang dipakai oleh Jesus dalam babak-babak yang akan menyusul. Cengkaman duri itu benar-benar mengganggu dan aku sedar, dan dapat rasa, itulah kekuatan efek Mel Gibson untuk membawa kita tersentuh dengan 'rahmat' yang dibawa Jesus Christ.
Kekejaman-kekejaman fizikal yang dilakukan terhadapa Jesus tersangatlah grafik (ironinya, kesan 'gore' ini lebih seram dari Dawn of the Dead sebenarnya!). Kau boleh muntah kerana menonton realistiknya cara pembikin filem ini mendekatinya.

Mungkin kadang-kadang Mel Gibson agak 'terlalu' (adakah Mel Gibson seorang yang suka sadis?), tetapi kerana gaya arahannya yang memasukkan 'cross-cut' (dan bukan kerana kesan teknik suntingan John Wright tetapi teknik yang pernah dilakukan Gibson dalam Braveheart pada adegan William Wallace dihukum yang bagi aku lebih berkesan dari segi kuasa sinematiknya) pada detik-detik yang lebih 'senyap' (cth: peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum Jesus ditangkap atau perkara-perkara kecil seperti burung merpati di langit, tangisan Mary, darah Jesus meleleh dari palang salib ke tanah, Jesus merenung sepatu askar Rom) pada setiap adegan 'chaos' dan Jesus disiksa- secara tidak sedar ia benar-benar membuat kita bergerak bersama dengan rintihan dan siksaan Jesus sebelum dia disalib pun. Kerana itu, mungkin aku agak 'melebih', tetapi kerana gaya ini yang dilakukan oleh Gibson, memancarkan kesan 'siksa itu seni'.

Kadang-kadang ada juga babak yang dibuat secara 'slow motion', menelanjangkan perasaan dan perilaku watak-watak dalam latar sejarah filem ini, penuh gambar manusianya (baik atau dikira jahat). Ada juga beberapa penggambaran 'slow motion' Jesus disalib, tersungkur dan diangkat, yang menampakkan, walaupun seru melihatnya: antara gambaran-gambaran paling indah pernah aku tonton dalam pemilihan perspektif, tata cahanya, ton dan warnanya. Malah mata coklat James Caviezel yang berlakon sebagai Jesus (dia memakai 'contact lense' untuknya; yang dikatakan dalam sejarah, Jesus bermata coklat) dipersembahkan kepada kita dengan amat berkesan. Sudah tentu juga kerana integriti lakonan Caviezel dalam peranan ini, penggambaran mata ini menunjukkan betapa Jesus itu hidup (roh dan keimanannya) dan agung di sebalik mata itu, walaupun perasaan kita berbaur melihat kekejaman yang berlaku terhadapnya.

Secara tidak sedar, filem ini juga 'boleh' menimbulkan perasaan anti-yahudi jika ia tidak ditonton dengan berfikir dan berhati. Memang 'the bad guy' dalam filem ini yahudi (3 sebenarnya- para ketua agama, penduduk yahudi yang disogok untuk merusuh, polis 'zionis' khas yahudi). Tetapi jangan lupa, pengikut dan Jesus sendiri datang dari umat Bani Israel. Memang boleh disangkal, cara Mel Gibson lakarkan 'bad guy'nya hingga ia tampak sungguh 'hitam' seperti stereotaip zaman Hollywood dulu (tanpa dinamik dan mengapa mereka membuat 'dajal' kerana ada sebab yang berjustifikasi). Ini ditambah lagi dengan bapa segala 'bad guy' adalah Iblis (yang dilakonkan dengan melankoli dan cantik oleh Rosaliinda Celentano. Aku suka terjemahan Mel Gibson terhadap imej syaitannya. Syaitannya kelihatan moden, cantik, seksual, bermisteri, sofistikated dan dekaden. Ini berlawan dengan imej Jesus dalam filem ini yang amat sederhana. Bukankah itu bermakna, senangnya syaitan menarik pengikut?). Iblis dalam filem ini sentiasa menggoda (Jesus juga) orang-orang jahat, dengan teknik yang sama dalam Braveheart bila Isteri William Wallace berjalan sayu melintas orang ramai. Simbolisme Iblis dalam filem ini penting, kerana 'godaanya' memberi alasan, kenapa manusia (seperti dalam filem ini) melakukan sesuatu yang tidak patut mereka lakukan terhadap manusia lain- bukan sahaja kerana psikologi, atau sejarah, tetapi kerana dengan ayat yang senang: kita sangat lemah.

Maka filem ini bukanlah mengutuk orang yahudi sebenarnya. Ia lebih mengutuk peperangan dan kebencian terhadap sesama manusia. Kerana jelas, antara mesej singkat tapi berkesan yang disampaikan oleh Jesus sewaktu detik-detik akhirnya bersama pengikutnya (seperti pentingnya pengertian mesej Rasulullah s.a.w. dalam wasiat terakhirnya) di meja makan. Jesus berkata: "Sayangilah kamu, antara satu sama lain, tidak kira siapa". Lalu adegan itu diselang-selikan dengan Jesus disalib tanpa 'melawan'.

Kelakar aku bandingkan 'graphic violence' Dawn dengan The Passion. Kerana kalau aku bandingkan kedua-dua filem ini sekali lagi, Dawn merealisasikan satu 'pengakhiran' dalam permulaan peristiwa yang berlaku dalam filem itu, menterjemah 'kemurkaan Tuhan pada manusia'. Sedangkan The Passion merealisasikan satu 'permulaan' dalan pengakhiran satu peristiwa, menterjemah 'keRahmatan Tuhan'. 'Rahmat' ini berjaya menyentuh aku, memberi perasaan hormat terhadap tafsiran Nasrani tentang Jesus. Kesan 'rahmat' juga ini tidak akan berlaku jika tidak kerana kehebatan pelakon-pelakonnya. Malah lakonan-lakonan tanpa dialog mereka yang membuahkan 'humanity' dalam kecantikannya. Lebih-lebih lagi lakonan Maia Morgestern sebagai ibu Jesus. Lakonan awal hingga akhirnya sungguh cemerlang sebagai seorang ibu yang sanggup berkorban roh dan badannya untuk anaknya. James Caviezel juga amat memeranjatkan. Dia dengan bersahaja, boleh menjadi sungguh lelaki, 'nabi', beradab, dan agung dalam satu masa, tanpa banyak perlakuan fizikal. Lakonan Hristo Shopov juga sungguh berkesan sebagai Pontius Pilate yang menghadapi konflik di dalam menanggung timbal ajal Jesus.

Ada pengkritik filem mengutuk Mel Gibson dalam melakarkan Raja Herod sebagai homoseksual. Bagi aku, Herod yang digambarkan bukanlah homoseksual tetapi seorang yang hedonis, di mana ia adalah sifat 'stereotaip' perangai raja-raja yang selalu digambarkan jika mereka 'korup' dan 'zalim'.

Antara babak yang membuat bulu roma aku menegak adalah sewaktu Jesus memberitahu pengikutnya bahawa akan datang selepas dia pergi, seorang yang bernama 'Si Penolong' yang akan membawa mereka ke arah kegemilangan. seperti yang sudah diketahui, bahasa yang digunakan dalam filem ini bukan Inggeris tetapi Aramik, Ibrani dan Latin. Maka apabila Jesus mengucap 'Si Penolong' dalam Ibrani, aku dengar semacam 'Ahmad'! Perassan mendengar itu sungguh baik untuk aku, kerana kita tahu, walaupun boleh didebatkan, perkara sebenar yang Jesus maksudkan. Sudah tentu Nasrani akan katakan, ini dikhaskan untuk Jesus selepas 'ressurection' (maka ia sama dengan makna 'Jesus The Saviour'). Ini amat menarik kerana kita sedar, inilah garis perbezaan yang dikatakan oleh Raja Basrah terhadap pengikut Rasulullah s.a.w. tentang Islam dan Nasrani.

Tentang 'saviour' itu pula, antara kepercayaan orang Nasrani (bahawa kematian Jesus adalah untuk membersihkan dosa umat manusia seluruhnya, maka dia sahaja yang boleh menyelamatkan roh kita sewaktu akhirat nanti), kita tahu bahawa ini bersamaan dengan kepercayaan kita terhadap tawassul Rasulullah s.a.w. (pemberian syafaat Rasulullah s.a.w. terhadap semua makhluk di dunia ini sewaktu akhirat nanti). Kerana itulah dalam filem The Message, seorang pengikutnya berkata: "Muhammad comes here, as the mercy for the world", atau hadis Nabi: "Allah berfirman- Tidak aku ciptakan alam ini Ya Rasulullah selain untuk kamu".

Maka kamu akan tanya, adakah aku masih tersentuh dengan filem ini? Ya, aku sangat tersentuh. Tetapi aku tahu Iman aku tidak akan bergoyah, InsyaAllah (ada orang kata, menonton filem ini boleh membuat kita percaya ketuhanan Jesus lalu ingin masuk Kristian). Dan aku percaya, kalau ia ditayangkan di Malaysia (yang setentunya tidak akan), ramai orang Islam tidak akan murtad selepas menontonnya. Bagi aku, aku masih berpegang pada persoalan rasional: kenapa filem ini berdasarkan pada injil yang ditulis beratus-ratus tahun selepas peristiwa 'salib' ini berlaku dan penulis-penulisnya pun bukan manusia-manusia yang pernah bersama dengan Nabi Isa a.s. secara terus. Maka, aku tonton filem ini dengan persepsi bahawa Judaslah yang dihukum dan disiksa. Maka aku bersimpati dengan Judas kerana aku juga manusia. Aku menangis melihatkan, betapa kecilnya siksa yang aku dapat kerana dosa aku, tidak setimpal dengan beban yang dihadapi oleh Judas. Dan aku percaya dalam hati, dengan siksaan sebegitu yang ditayangkan dalam filem ini, sudah tentu Judas juga diampunkan dan mendapat keRahmatan Allah akhirnya. Dan bukankah itu lebih baik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2004 06:37 PM | Show all posts
hmm .. menarik n ada betulnyer juga kalau menonton semula filem The Passion of The Christ ...

Fly tak prasan aper yg penulis tu tulis n gambarkan mengenai filem tersebut ...
Reply

Use magic Report

Sound_Garden This user has been deleted
Post time 29-3-2004 07:12 PM | Show all posts
:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2004 09:30 AM | Show all posts
er tajuk topik ni menyeramkan sketla gaia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2004 04:00 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 30-3-2004 09:30 AM:
er tajuk topik ni menyeramkan sketla gaia.

:ah::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2004 09:09 PM | Show all posts
eeeee takutnya...tapi nak gak tengok..curious gak aku!:stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2004 09:39 PM | Show all posts
ni yg buat nak tgk nih.. best sangat ker cite ni h??? ish:hmm:
Reply

Use magic Report

whoababy This user has been deleted
Post time 2-4-2004 01:42 PM | Show all posts
GAIA.... thanks for the review... it's very good...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Sound_Garden This user has been deleted
Post time 2-4-2004 01:51 PM | Show all posts
tengok la..
jgn tak tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 09:36 AM | Show all posts
tak tengok lg....

lambat sket dpt vcd nin....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 02:49 PM | Show all posts
umm....menyeramkan ker ? lepas baca isinya taklah seram sangat kots
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2004 01:17 AM | Show all posts
wei kawan2...aku baru habis tengok ah kat wayang...

( kat spore ni show takde censored, untuk 18 ke atas )..


mula2, aku pikir ah, nak tengok kat panggung tak, bayar $6.50 untuk tengok filem yang dikatakan banyak pihak sebagai cerita tulen,
dikatakan menambahkan rasa cinta sebuah penganut agama tu kepada tuhan2 mereka,
dan dikatakan akan menarik minat mereka yang bukan menganut agama tersebut untuk memeluk atau sekurang2nya, mendalami agama tersebut...

tapi lepas tengok ni show,
Aku kalo boleh, nak suruh korang semua pergi tengok ke download ke beli vcd dia ke.

tak payah nak takut2 ke apa ke... pegi ngan fikiran terbuka.

Mungkin ada rasa ngeri part siksaan tu.. Aku pun heran apsal Mel Gibson seret panjang2 bahagian seksaan tu.... Brutal weiii...

Masa dari permulaan show, semakin show tu berjalan, sampai ke penghabisan...

Otak aku pikir je pasal apa yang digambarkan ni... tambah ngan aku tak dengar dialog tapi baca subtitles, jadi lebih pahami apa yang disampaikan.

so untuk aku, ngan tonton filem ni, teringat balik dulu kecik2, bila kita selalu baca kisah2 nabi2.
Macam2 cubaan diterima nabi2 yang kita wajib percaya 25 tu, termasuk pengikut2 mereka.. Masyitah ke sapa tu yang kena buang kat dalam minyak panas ngan baby dia dan cam2 lagi..

Cerita2 yang aku dah lupa sekarang ni.

Tapi, lepas tengok filem ni, cam bersemangat pulak nak mendalami lebih dalam agama kita, sejarah nabi2 kita sendiri termasuk sejarah nabi Isa dan Mariam sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2004 01:54 AM | Show all posts
Humanggg haiiiii.....takut siot nengok citer ni..

Naperlah si Mel Gibson panjangkan sangat time seksaan tu...takut aku nengoknye....kesian pun ada..

Tapi betullah kata deaf tu..pergi dgn fikiran terbuka..tak semestinya nengok film camtu..maknanya kita terarah ke agama diaorg..

Memang cam rasa nak dalami susah payah nabi kita dulu menyebarkan syiar Islam..

P/S : Bab kena sebat dengan kayuberpaku & kena paku kaki & tangan, aku tutop mata...:malu:

[ Last edited by Syndora on 7-4-2004 at 01:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2004 05:28 PM | Show all posts
just watched it back here in us. a different experience all together. tak rasa macam movie pun. as if some documentary actually. go and watch it with an open mind. probably it would serve better if you know sedikit sebanyak history perjalanan hidup jesus so that you'd realise every character in the movie has purpose. bukan sajer2 added in to lengthen the movie. good movie. too bad they wont show it in msia. too many disturbing graphics.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2004 08:01 PM | Show all posts
citer masih lagi dalam carta top 10...
Reply

Use magic Report

john_lennon This user has been deleted
Post time 20-5-2004 03:37 PM | Show all posts

3/5 (rating)

aku dah tgk cerite ni.mmg not bad la walaupon kontroversi gile kan.kite jgn kire kontroversi atau cerite ni pasal jesus ke ape la..just aku suke camne dorang portraykan jesus time kene belasah..mmg cantik shot die.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2004 07:51 PM | Show all posts
Khabarnya.....Passion Of Christ dapat lampu hijau......sila baca artikel dibawah....diambil dari cinemaonline.com.my.....


The Passion is ON!


The long standing assumption that The Passion of the Christ had been banned outright due to the nature or subject of the film has been put to an end. The Home Ministry has revealed in a recent communication that 揟he Film Censor Board had viewed and censored the film and has approved it for viewing to Christians only and at designated cinemas
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2004 09:11 PM | Show all posts
aku ada terbaca news pasal ada org tua tengok citer passion of the christ nie terus mati lepas nengok adegan ngeri tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2004 01:06 AM | Show all posts

kira filem The Passion of Christ adalah filem controversy utk abad ke 21

:hmm: :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2004 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 18-7-2004 07:51 PM:
"Non-Christians should also be allowed to watch it for its achievements as a movie. If you are a true Muslim, Buddhist, Hindu, something like this won't change your beliefs anyway".


:clap: :pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.159033 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list