ciksurie posted on 10-1-2013 08:07 PM
tebang buluh nak buat rakit
kena diikat tak boleh dipaku
bantal habuk pembawa penyakit
tebang buluh nak buat rakit
kena diikat tak boleh dipaku
bantal habuk pembawa penyakit
kalu nak jual sah2x tak laku
-------------------------------- jalan-jalan sampai kuala kubu
berjumpa pula dengan pak abu
campur habuk dengan kekabu
mereka tenguk macam gebu
Tashu posted on 11-1-2013 08:11 PM
senyuman manis jadi perhatian
wajah berseri umpama bulan
kerjasama itu satu kemestian
senyuman manis jadi perhatian
wajah berseri umpama bulan
kerjasama itu satu kemestian
kalau tak kerja pasti tak jalan
================= membeli basikal di pekan lama
pening memikir pilih yang mana
bercakap tetang isu kerjasama
tahun baru cina ini nak kemana?
Tashu posted on 11-1-2013 08:16 PM
seronok bershopping tak kira waktu
perut lapar tiada orang nak jamu
belum cukup lagikah tacang i ...
seronok bershopping tak kira waktu
perut lapar tiada orang nak jamu
belum cukup lagikah tacang itu?
sungguh tamak rupanya kamu
*************************
hari sabtu kena kerja
perisian baru mahu dicuba
bukan setakat tamak sahaja
rasernye saya dah jadi haloba
ciksurie posted on 12-1-2013 09:10 AM
jalan-jalan sampai kuala kubu
berjumpa pula dengan pak abu
campur habuk dengan kekabu
pohon mangga tepi sena
lebat pula berdaun rendang
gebu begitu tidaklah berguna
resepi mat gebu sedap dipandang
=================== musim hujan tanah menjadi mendap
begitulah rungutan makcik habiba
resepinya memang nampak sedap
resepi yang mana satu pernah dicuba?
Tashu posted on 12-1-2013 06:27 PM
puas ku cari kamu tapi tiada di sana
rupa-rupanya tengah berangan
rasanya saya tak ke mana- ...
puas ku cari kamu tapi tiada di sana
rupa-rupanya tengah berangan
rasanya saya tak ke mana-mana
moy pula apa perancangan?
================= rutin askar pagi-pagi kena kawad
sempat juga membeli sibiji pau
banyak program yang nak dibuat
salah satunya nak kutip angpow
Tashu posted on 12-1-2013 10:34 PM
setiap perkataan harus betul dieja
baru tiada yg boleh bangkang
apa kelas kutip angpow sahaja
setiap perkataan harus betul dieja
baru tiada yg boleh bangkang
apa kelas kutip angpow sahaja
rasanya best lagi kutip tacang
================= pat-pat siku siapa yang berlipat
sudah berlipat siku pula bertatu
sekarang kacang susah nak dapat
pemberian kacang siap bercatu
moyas posted on 12-1-2013 07:55 PM
pohon mangga tepi sena
lebat pula berdaun rendang
gebu begitu tidaklah berguna
musim hujan tanah menjadi mendap
begitulah rungutan makcik habiba
resepinya memang nampak sedap
resepi yang mana satu pernah dicuba?
*******************************
hari ini masak kari
sebab ayah makan tak lalu
ikan bakar portugis memikat hari
cuba sekali raser nak selalu
ciksurie posted on 13-1-2013 08:46 AM
musim hujan tanah menjadi mendap
begitulah rungutan makcik habiba
resepinya memang nampak sedap
...
hari ini masak kari
sebab ayah makan tak lalu
ikan bakar portugis memikat hari
cuba sekali raser nak selalu
================ ada apa dengan minyak dhab
adakah ia binatang yang ganas
ikan bakar portugis memang sedap
dimakan dengan nasi yang panas
moyas posted on 14-1-2013 02:18 PM
hari ini masak kari
sebab ayah makan tak lalu
ikan bakar portugis memikat hari
ada apa dengan minyak dhab
adakah ia binatang yang ganas
ikan bakar portugis memang sedap
dimakan dengan nasi yang panas
****************************
dari mana mahu ke mana
orang jauh mahu ditunggu
resepi dia tak susah mana
boleh dibuat dihujung minggu
ciksurie posted on 14-1-2013 02:24 PM
ada apa dengan minyak dhab
adakah ia binatang yang ganas
ikan bakar portugis memang sedap
dari mana mahu ke mana
orang jauh mahu ditunggu
resepi dia tak susah mana
boleh dibuat dihujung minggu
================= pasal memasak memang pakar
dia pakar juga memasak kari
tak semua ikan sedap dibakar
ikan apa pilihan hati cik suri
ciksurie posted on 14-1-2013 02:56 PM
pasal memasak memang pakar
dia pakar juga memasak kari
tak semua ikan sedap dibakar
duduk melepak ditepi kali
anak dara lalu mata dikenyit
cencaru sedap disumbat cili
kembung kalau berlumur kunyit
================== daging lembu daging rusa
makan dengan ulam pengaga
ikan terubuk pernah rasa?
kalau dibakar sedap juga
Tashu posted on 13-1-2013 09:58 AM
berjumpa ibu mohon ampun
harus segera agar tiada kesalan
moy dah penuh balang pun
berjumpa ibu mohon ampun
harus segera agar tiada kesalan
moy dah penuh balang pun
saya ni masih jauh ketinggalan
================ burung merpati burung puyuh
di kurung dalam bakul tembaga
silalah pelan-pelan berkayuh
nanti kacang bertambah juga