CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 17-4-2013 02:30 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-4-2013 02:25 PM
Masuk team Jiha? Bukan hang memang watak utama citer ni ke?  

hahahahah.cheq watak utama ke?
Lupa pulakkk




nota kaki : dah tahu gender ke? Jangan letak nama fred sudah.Heheee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2013 03:06 PM | Show all posts
Mak aihhh! Gigihnya memasing...

Bior nye lah Jiha tu lemau. Sesuweiii dah dengan mamat estet yg berkarisma itewww


Mesti bengkek je kan? kan?


Btw, Jiha belum pun setahun jagung jadi kaunselor. Lama-lama kelemauannya tu semakin berkurang lerr... Aishhh.... macam ler awak2 setat setat kerje mencanak performen!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:09 PM | Show all posts
setuju dengar skrip lady...

walaupun sebagai kaunselor, jiha adalah manusia biasa yang layak ada perasan sedih, risau, kecewa, dsb...
tapi dengan kerjayanya sebagai kaunselor, jiha boleh bangkit dengan cepat selepas mencari penawarnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 03:09 PM | Show all posts
ok... meh sambung yerrr?

---

Sekinchan.

Sudah dua hari aku berada di kampung.  Setiap petang aku mengambil angin di tepi sawah. Damai rasa hati melihat pemandangan hijau dengan butiran padi yang sedang memancarkan kilauan emas dari jauh. Baru saja mengetahui rahsia Fahmi, aku dikejutkan pula dengan 'rahsia' Rahul. Dituduh perampas oleh Lili, masih lagi aku boleh terima tapi apabila dituduh sanggup murtad kerana cinta oleh Kak Syirah sangat-sangat menjeruk rasa. Aku bukanlah sebodoh itu. Dan aku bukanlah “desperado” sampai nak main rembat saja jantan mana.

Aku akui akan kata-kata Ustazah Wardah untuk memberi ruang dan peluang kepada Rahul. Tapi, nantilah bila aku sudah kembali ke Kuala Lumpur. Buat masa sekarang aku mahu bersendiri. Dengan bertemankan emak dan ayah sudah cukup menyeronokkan. Sekurang-kurangnya dapat juga mengubat rasa rindu kepada mereka.

“Mungkin Dona tak tahu apa-apa tentang kegiatan abangnya itu. Dona memang ikhlas nak peluk Islam. Cuma abangnya tu saja penipu. Kalau Dona tahu sikap sebenar abangnya, mesti Dona sedih.” Dalam pada aku menerima saranan Ustazah Wardah, masih lagi aku mahu berburuk sangka terhadap Rahul.

“Macamlah aku tergilakan sangat lelaki tak sunat itu. Err... hari tu dia kata dah potong semasa di US. Hek eleh... Kau boleh belahlah Rahul!”

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 03:16 PM | Show all posts
“Dari mana Jiha?” Soal emak sebaik emak melihat aku menapak balik ke rumah sesudah puas mengambil angin tepi sawah.

“Jalan-jalan mak, ambil angin.” Aku  hampiri emak yang sedang duduk di pangkin depan halaman. Aku labuhkan pula duduk di sisi emak.

“Tiba-tiba saja Jiha ambil cuti, kenapa?”

“Jiha rindukan mak dengan ayah. Lagi pun Jiha dah lama tak balik. Penatlah mak, asyik kerja aje.”

“Ya lah... tak kan sampai seminggu?”

Aku tak jawab soalan dari emak. Mataku memerhatikan bunga-bunga di halaman rumah. "Cantik bunga ros tu mak."

“Tak payah nak ubah topik. Jiha, kalau ada masalah cakap dengan mak.” Aku menunduk sebaik mata redup emak jatuh ke wajah aku.

“Dona telefon tadi...”

“Dona? Dia nak apa?” Aku mendongak dan pandang ke muka emak.

“Tanyakan Jiha. Katanya puas dia telefon handphone tapi Jiha tak jawab.”

Aku tarik nafas berat. Sekali lagi aku arahkan pandangan ke pasu bunga di laman. Bibirku aku ketap kejap. Aku tahu emak sudah mengesyaki sesuatu.

“Jiha bergaduh dengan Dona pasal Fahmi?”

“Eh, tak lah mak... Jiha dah sedia lepaskan Fahmi. Kenapa pulak Jiha nak bergaduh dengan Dona? Kami ok je...”

“Habis tu, kenapa Jiha tutup terus handphone tu? Jiha sengaja tak nak jawab panggilan sebab Jiha tak nak orang lain tahu Jiha balik kampung?”

Aku telan liur lagi. Terasa kelatnya. Tekaan emak, tidak aku jawab walau pun betul. Aku takut Rahul tahu di mana aku berada. Aku tak pasti bagaimana dia melakukannya tapi aku tahu dia boleh kesan lokasi aku melalui telefon bimbit. Sebab itulah aku matikan terus telefon. Tapi, bila Dona dah telefon ke kampung, maknanya sudah tiada rahsia lagi. Jangan dia muncul kat kampung ni sudah. Memikirkan Rahul tiba-tiba saja berada di Bangi ketika aku menemui Ustazah Wardah, membuatkan aku berasa risau sekali.

“Tapi mak cakap dengan Dona, Jiha tak ada.” Mata emak merenung aku kembali. Rona ceria mula menempati wajah aku. Lega!

“Terima kasih mak!” Aku peluk emak.

“Cuba cakap dengan mak, apa sebenarnya yang berlaku?”

“Nantilah mak. Buat masa ni Jiha belum bersedia lagi.” Aku mendengar bunyi emak mengeluh. Mungkin emak tak berpuas hati dengan sikap aku.

“Mak, kalau ada sesiapa call lagi, jangan cakap Jiha ada kat sini, ye mak?”

“Iya lah!” Aku mengukir senyuman buat emak yang memahami aku.

**********
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:20 PM | Show all posts


ooh...emak...sportingya u...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-4-2013 03:23 PM | Show all posts
Kampung Bharu.

“Syirah! Kau tak nak keluar ke? Malu lah dengan jiran-jiran... Mamat tu dari tadi terjerit-jerit panggil kau.”

“Biarkan dia. Nanti kena halau, baliklah dia.” Insyirah tetap berkeras tidak mahu menemui Rahul. Dia tahu, mesti ada kaitannya dengan Jiha.

“Yang aku hairan, kenapa kau tak nak jumpa dia?”

“Saya nak buat apa jumpa penipu tu?”

“Dah kalau kau betul, kau takut apa?”

Insyirah mencebik mendengar sindiran Lili. “Saya bukan takut. Saya tak nak nanti jiran-jiran kita pandang serong dengan saya. Keluar jumpa jantan malam-malam? Awak dah gila ke?”

“Kalau kau tak nak jumpa dia, biar aku yang pergi.” Lili bingkas dari sofa dan menuju ke muka pintu.

“Lili! Jangan pergi. Biarkan dia. Sampai bila dia nak memekak kat luar tu?” Insyirah menahan.

“Aku kesian dekat dia lah... Dah dekat setengah jam dia menunggu. Kau pun satu... kalau betul dia tu penipu dan melakukan aktiviti memurtadkan perempuan Melayu, kau report aje lah.”

“Saya belum ada bukti.”

“Hai! Dulu kau kata ada?” Lili mempertikaikan kembali tuduhan Insyirah.

“Bukti saya tak cukup kuat.”

“Kau ni....” Wajah Insyirah direnungnya penuh tanda-tanya. Lili mula meragui kata-kata Insyirah. Tanpa bertangguh Lili keluar untuk menemui Rahul.

“Kau nak apa ni terjerit-jerit depan rumah anak dara malam-malam ni?” Soal Lili sebaik sahaja dia mendapatkan Rahul.

“Saya nak jumpa Insyirah.”

“Dia tak nak jumpa engkau.”

“Kenapa? Dia ada buat salah dengan saya?” Rahul menyoal sinis.

“Berani kau datang sini, ya?”

“Kenapa saya nak takut? Saya tak buat salah apa-apa. Saya datang dengan niat yang baik. Selain daripada nak tahu di mana Jiha, saya rasa Syirah perlu jelaskan sesuatu kepada saya dan Jiha.”

“Menipu gadis-gadis Melayu dengan tujuan untuk memurtadkan mereka, kau kata tak salah?”

Tawa Rahul pecah. “So... inilah sebabnya Jiha menghilangkan diri? Saya dah agak memang ada kaitan dengan Insyirah.”

Lili hanya memerhatikan Rahul. Ini adalah pertama kali dia bertemu dengan lelaki itu. Nampak segak. Benar kata Insyirah, tak mustahil kalau ramai gadis yang tergoda. Last edited by ladyFinger12 on 17-4-2013 03:34 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 03:27 PM | Show all posts
errr... lady sebenarnya kan cuba nak buat novel ni berjln melalui penceritaan Jiha. Tapi nampaknya tak berjaya. huhu...
Susah nak fikir plot yg bersesuaian.

penyudahnya jadiklah novel hentam kromo!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2013 03:31 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 17-4-2013 03:27 PM
errr... lady sebenarnya kan cuba nak buat novel ni berjln melalui penceritaan Jiha. Tapi nampaknya t ...

Hantam ajelah Labuuuuu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 03:31 PM | Show all posts
“Awak rasa saya ni penipu?”

“Hmm...” Lili mengerut bibir sambil matanya merenung sinis. “Mungkin.” Keningnya dijungkit sebelah.

Tawa Rahul kedengaran lagi. “Kalau saya penipu, saya tak akan datang ke sini. Kalau benar saya ni penipu, suruh Insyirah buat report.”

“Itu aku tak tahulah... Dah dia kata awak tipu dia, aku terima sajalah.”

“Mana Jiha?”

“Mana aku tahu.”

“Tak kan dia tak bagitahu awak dia pergi mana?”

“Selepas kebas boyfriend orang, engkau rasa dia akan bagi tahu ke? Jangan-jangan sedang berseronok dengan Eddie.”

“Saya kasihan dengan Najiha sebab mempunyai dua orang teman serumah sebegini. She doesn't belong here. She really really needs me.”

“Untuk apa? Kau nak murtadkan dia?”

“Apa perlunya saya murtadkan dia sedangkan kami mempunyai akidah yang sama?”

“Maksud engkau?”

“Awak faham maksud saya. Awak tolong beritahu Insyirah... apakah bekas penyembah berhala tegar sama-sekali tak layak menerima hidayah dari Allah? Apakah syurga itu khusus milik orang Melayu sahaja?”

Sejurus dia mengungkapkan kata-kata itu, Rahul meninggalkan perkarangan rumah sewa yang didiami oleh Najiha. Baru dua tapak melangkah, Rahul menoleh semula. “Ah, Lili... Awak tak payah nak cemburu sangatlah hubungan Jiha dengan Eddie tu. Hubungan mereka hanya sekadar pesakit dan kaunselor. For your info, Jiha loves me not Eddie...”

Di pintu pagar, Lili tercegat memerhatikan Rahul sehinggalah lelaki itu hilang dari pandangan matanya.

“Hubungan pesakit dan kaunselor? Eddie sakit apa? Kenapa aku tak pernah tahu pun selama ini?” Lili masih pening memikirkan kata-kata Rahul.

“Tadi dia kata mempunyai akidah yang sama... Maknanya dia dah Islam?” Lili masih tertanya-tanya.

“Tapi Syirah...” Dahinya bergaris berlapis-lapis.

“Aahhhh! Pening aku!” Kakinya kemudian melangkah menuju ke pintu rumah.

**********
Last edited by ladyFinger12 on 17-4-2013 03:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:36 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-4-2013 03:31 PM
Hantam ajelah Labuuuuu.....

hantam2 pun..asal best dibaca takper kan...



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:39 PM | Show all posts
ja bitte mehr
danke....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 03:40 PM | Show all posts
Gombak.

Where are you Jiha? You should have asked me first! Sebuah keluhan dilepaskannya. Dia agak kesal dengan sikap terburu-buru Najiha. Patutlah telefonnya dimatikan. Najiha sengaja tak mahu menjawab sebarang panggilan.

Gara-gara Insyirah, Najiha menjauhkan diri darinya. Menurut Dona, orang di pejabat Najiha mengatakan Najiha bercuti seminggu. Tapi apabila Dona menelefon emak Najiha di kampung, emaknya mengatakan Najiha tiada di sana.

“She's on leave for a week only. Why are you like this?” Suara Dona menghentikan lamunannya.

“Like what?” Rahul masih mahu berpura-pura.

“Macam orang mati bini!” Dona mentertawakan abangnya. Rahul hanya mampu tersengih kecil.

“Are you sure she's not there?”

“I don't know, but makcik Naimah said Najiha wasn't there.”

“She's there.”

“Go and meet her then. Tell her the truth. I'll go with you, if you want.” Dona menyarankan.

“But I need to confirm it first.”

"How?"

Hanya senyuman sahaja yang diberikannya sebagai jawapan. Dona malas bertanya kerana dia tahu abangnya pasti dapat mengesan lokasi Jiha. Seorang penggodam pasti tahu apa yang harus dia lakukan.

**********
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:42 PM | Show all posts
padan muka Syirah dgn Lili...

Rahul dan Jiha...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:44 PM | Show all posts
Cik marcell..

Sie studieren dort? oder mit Deutsch Kerl verheiratet

ya hampun..gigih usu menerai..

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:46 PM | Show all posts
UsuFie posted on 17-4-2013 03:36 PM
hantam2 pun..asal best dibaca takper kan...

Intresting plot + good storytelling = worth reading / buying.

Komen dan pendapat - sekadar perbincangan....nama pun forum...

Yang penting....Mana Abdul Hadi tak muncul2?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2013 03:47 PM | Show all posts
marcell posted on 17-4-2013 03:39 PM
ja bitte mehr
danke....

selepas diterjemah pacit tranlator...

ya sila lebih
terima kasih ....



ok... ini lebih...

------

Tinggal dua hari saja lagi percutianku di kampung. Telefon bimbit masih tidak aku hidupkan. Cari pasallah kalau aku hidupkan. Tau tau terjengul saja dia nanti. Malam ini terasa ingin melayari Forum Bicara Kita. Hampir seminggu aku langsung tidak membuka laptop, tiba-tiba rasa rindu pula.





Sibuk lah si sengal ni! Meluat aku dengan Mind Teaser. Sejak dia usik aku yang dia jatuh cinta kepada aku, menyampah sungguh aku hendak membaca pos-pos darinya.




Uweekkk! Gila betul!



Epysha mengejek si sengal. “Memang dah parah.” Aku menyetujuipandangan Epysha.




Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:48 PM | Show all posts
UsuFie posted on 17-4-2013 03:44 PM
Cik marcell..

Sie studieren dort? oder mit Deutsch Kerl verheiratet

amboi Usu speking jerman..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:50 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-4-2013 03:46 PM
Intresting plot + good storytelling = worth reading / buying.

Komen dan pendapat - sekadar per ...


ehh..eh...nak like lagi lah...





Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:51 PM | Show all posts
nallepooh posted on 17-4-2013 03:48 PM
amboi Usu speking jerman..



hahaha....

rahul ajor...dulu dia ada aweks german masa kat US...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 3.932557 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list