Peterpan17 posted on 16-4-2013 02:31 PM
Busuk2 betul umno ni. Kirannya setiap negeri ni BN buat lagu tu gak. Serupa mcm kat Lembah Pantai ...
mcm mana la umno nk ajak pas bersatu kalau peruntukan adun pun dia sekat....mmg busuk tahap bangkai la...sesama melayu pun khianat...apa la nak diharapkan
BN masih lagi letak cina mca bangang ni jd wakil... sesen pun xguna dia ni...
benci betol...harap2 org kampung aku sedar le...Beliau xbawak kemajuan
apa pun.. melawat kg pun tunggu musim PRU je...
PRU-13 ujian kesetiaan ahli BN Johor: Hishammuddin
2013/04/16 - 14:29:50 PM Cetak Emel Kawan
JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini adalah medan ujian kepada kesetiaan ahli Barisan Nasional (BN) negeri Johor, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Sembrong berkata, PRU-13 itu juga adalah yang paling mencabar bagi BN negeri berikutan tumpuan pihak pakatan pembangkang yang membawa masuk ramai calon dari luar untuk bertanding di negeri itu.
"Ini bukan sekadar cabaran yang kuat tetapi juga ujian untuk merapatkanbarisan kita bagi menunjukkan kesetiaan kepada parti," katanya selepas Majlis pelancaran Manifesto BN Johor dan penyerahan watikah calon PRU-13 di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata, pilihan raya kali ini melebihi kepentingan mana-mana individu atau kumpulan tertentu dan ia merupakan masa untuk memastikan kemenangan parti bagi membuktikan Johor adalah tiang seri BN.
Oleh itu, beliau mahu supaya mereka yang tidak dicalon bangkit secepat mungkin daripada kekecewaan mereka dan menguatkan azam serta tekad untuk meneruskan perjuangan parti.
Mengenai kerusi parlimen Gelang Patah, beliau berkata dengan pengumuman Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon 'heavyweight' kawasan itu, BN mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi kawasan parlimen itu kerana beliau mempunyai rekod yang bagus dalam melaksanakan pembangunan di Johor.
Sehubungan itu, Hishammuddin berkata sokongan padu daripada ahli BN Johor terhadap Abdul Ghani penting bagi memastikan kemenangan yang bakal menentukan pembangunan berterusan di Gelang Patah yang berada dalam lingkungan kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.
- BERNAMA
Parlimen Pasir Mas: Che Johan Diumum Calon BN, Ibrahim Ali Calon Bebas
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
Datuk Ibrahim Ali
KOTA BHARU: Spekulasi mengenai penyandang kerusi Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ternyata meleset apabila BN mengumumkan Che Johan Che Pa sebagai calon BN bagi kerusi parlimen itu.
Pengumuman mengenai Che Johan itu dibuat oleh Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Selasa.
Ibrahim Ali akan menjadi calon bebas bagi Parlimen Pasir Mas pada PRU-13.
Che Johan merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen itu manakala Ibrahim Ali menyandang kerusi itu sebagai calon bebas apabila menewaskan Ahmad Rosdi Mahmad dari BN dengan majoriti 8,991 undi pada pilihan raya umum 2008.
tasha posted on 16-4-2013 02:40 PM
PRU13 - Terkini - Senarai Calon BN Wilayah Persekutuan..
besar juga cabaran husam musa ni
Sidang Media di Pejabat Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Jalan Raja Laut.
Butir2 akan dikemaskini kemudian. Malam ini saya akan berada di Kota Bharu & malam esok akan berada di Putrajaya, Ceramah Umum bersama Tuan Guru Haji Hadi & juga Dato' Seri Anwar Ibrahim.