|
anything to share,your thoughts,feelings anything under the sun....
[Copy link]
|
|
Berita Harian
Singapura : 16 Mac 2009
PROGRAM CEGAH KENCING DI TEMPAT AWAM DILANCAR
SATU program mendidik penduduk Kreta Ayer-Kim Seng tentang peri pentingnya memelihara estet perumahan itu agar bersih daripada bau kencing dilancarkan semalam.
Program yang dikenali sebagai Program Teladan Masyarakat Antibuang Air Kecil di Tempat Awam (Community Led Anti Public Urination Program) (CLAP2) itu dilancarkan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Lily Neo, semalam.
Objektif program itu ialah mendidik penduduk tentang pentingnya tidak membuang air kecil di tempattempat awam di estet perumahan; menyedarkan mereka masalah kesihatan dan masalah-masalah lain yang timbul akibat perbuatan itu.
Penduduk juga akan diberitahu mengenai kesalahan kencing di tempat-tempat awam.
Projek yang disasarkan di zonzon Kreta Ayer-Kim Seng itu dijangka berakhir Mei ini.
Apabila dihubungi, Pengerusi Kumpulan Belia Pusat Masyarakat Kreta Ayer, Encik Yap Shinn, berkata selain mendidik penduduk mengenai masalah kencing di tempattempat awam, program itu juga diharap dapat mendidik penduduk tentang aspek kebersihan keseluruhannya.
'Kami akan mendidik penduduk bagaimana memastikan kebersihan persekitaran estet.
'Pihak kami juga bekerjasama dengan pihak Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central,' ujar Encik Yap.
Beliau menerangkan bahawa ini adalah fasa pertama program itu.
'Pada fasa yang kedua, kami akan menaikkan sepanduk dan poster serta mengedarkan risalah-risalah kepada penduduk,' katanya.
Menurut beliau, risalah-risalah itu akan diedarkan di majlis-majlis di blok yang akan diadakan oleh Jawatankuasa Penduduk (RC).
Beliau menambah RC juga akan memberi risalah-risalah itu semasa mereka mengadakan lawatan dari rumah ke rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
ngantuknyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian
Singapura : 28 Mac 2009
NASIB BERSUAMIKAN LELAKI NIGERIA
Melayu membentuk jumlah tertinggi wanita Singapura yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah oleh sindiket dadah Afrika Barat. Namun, tidak semua wanita Melayu yang mendampingi lelaki Afrika Barat, kebanyakannya warga Nigeria, terjebak dalam kancah dadah. SHAMSUL JANGARODIN menemui mereka yang berkongsi pandangan dan mengadu kepayahan yang dilalui akibat bersuamikan warga Nigeria.
SEEKOR kerbau berkubang, sekandang kena luluknya.
Inilah seolah-olah yang dialami dua wanita Melayu Singapura yang bersuamikan lelaki Nigeria.
Sejak berita tentang wanita Melayu diperalat sindiket dadah Afrika Barat didedahkan Sabtu lalu, telefon bimbit Cik Siti (bukan nama sebenar) berdering tidak henti-henti.
Ada yang menelefon kerana prihatin, tetapi ada juga menyuruh beliau 'memikir semula' tentang keadaan rumah tangganya.
'Ibu saya sendiri berleterkan saya kerana dia bimbangkan keselamatan saya dan dia menyoalkan identiti suami saya walaupun dia sudah beberapa kali menemuinya,' keluh Cik Siti, 33 tahun.
Sudah hampir empat tahun beliau mendirikan rumah tangga dengan suami itu, seorang usahawan berusia 37 tahun.
Mereka ditemukan pada 2004 oleh seorang kenalan dan bernikah di Nigeria setahun kemudian.
Sekembali ke sini, mereka mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM).
Pada awalnya, keluarga Cik Siti tidak dapat menerima perkahwinan beliau. Namun, beliau cekalkan hati dan cuba menjernihkan keadaan dengan merapatkan hubungan antara suami dan anggota keluarganya.
Setelah berumah tangga, Cik Siti bersama suaminya menubuhkan sebuah syarikat yang membawa masuk bahan-bahan makanan Afrika ke sini.
Mereka membuka juga sebuah restoran makanan Afrika di Malaysia kerana, menurut Cik Siti, masyarakat Afrika di sana lebih besar daripada di Singapura.
'Selama beberapa tahun selepas itu kami menyara hidup kami dengan sempurna. Saya dan suami saya berulang-alik antara Singapura dan Malaysia bagi menguruskan perniagaan kami,' kata Cik Siti, yang belum dikurnia cahaya mata.
Namun sekitar tahun lalu, keadaan rumah tangga Cik Siti porak-peranda apabila pas pekerjaan suaminya di sini tidak dilanjutkan setelah dua kali beliau membuat permohonan.
September lalu pula, suaminya terpaksa pulang ke Nigeria apabila visa penginapannya di sini tidak dilanjutkan.
Menurut Cik Siti, suaminya kini menguruskan perniagaannya di Lagos, ibu kota Nigeria, sementara menantikan waktu sesuai untuk kembali ke Singapura dengan visa lawatan sosial.
Ditanya mengapa pas pekerjaan dan visa suaminya tidak dilanjutkan, Cik Siti berkata ia mungkin disebabkan ramai warga Nigeria terlibat dalam sindiket dadah Afrika Barat yang kian berleluasa.
Malah, beliau mendedahkan restorannya di Malaysia telah beberapa kali diserbu pihak berkuasa kerana disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket-sindiket dadah itu.
'Kami menyediakan makanan Afrika dan sudah tentu restoran kami sering didatangi orang Afrika. Dan saya tidak nafikan ada sesetengah pelanggan saya mungkin terjebak dalam sindiket dadah.
'Tapi tidak semua orang Nigeria jahat. Ada yang baik. Tapi disebabkan kelakuan buruk sesetengah warga Nigeria di sini, suami saya turut menerima tempias pandangan negatif ini.
'Ini memenatkan kerana sedang saya cuba menjernihkan keadaan, ia semakin keruh akibat aktiviti-aktiviti negatif yang dilakukan sesetengah masyarakat Nigeria di sini,' keluh Cik Siti.
Buat masa ini, Cik Siti, yang berkata beliau mempunyai ijazah sarjana muda undang-undang daripada universiti privet, terpaksa menguruskan syarikatnya sendirian.
Seorang kawan Cik Siti, Cik Maria (bukan nama sebenar), memikul beban yang sama.
Beliau terpaksa menyara hidup sendirian setelah suaminya, juga seorang warga Nigeria, dikehendaki pulang apabila visa penginapan panjangnya di sini tidak dilanjutkan.
Dengan tiga orang anak berusia daripada dua hingga enam tahun, dua daripadanya menerusi perkahwinannya dengan lelaki Nigeria itu, Cik Maria kini perlu berjimat dan menyewakan sebuah bilik flatnya sebanyak $770 sebulan demi menyara hidup mereka berempat.
'Saya pun tidak tahu mengapa visa penginapannya di sini tidak dilanjutkan. Buat masa ini, saya hanya perlu bertahan sendiri dan melihat keadaan seterusnya,' kata Cik Maria, 27 tahun.
Menurut beliau, suaminya, yang datang ke sini pada 2004, bekerja secara sambilan sebagai seorang jurulatih bola sepak di beberapa sekolah antarabangsa dan pengadil bola sepak.
Mereka berkenalan di Stadium Jalan Besar, tempat suaminya sering mengadakan latihan, dan mendirikan rumah tangga pada 2005.
'Apa yang buat saya terpaut padanya ialah keikhlasannya menerima anak saya daripada perkahwinan pertama saya. Dia membelai anak saya dengan penuh kasih sayang walaupun dia bukan anak kandungnya,' kata Cik Maria.
Ditanya tentang sindiket dadah yang didalangi warga Nigeria, Cik Siti dan Cik Maria berkata mereka ada mendengar mengenainya kerana mereka banyak bergaul dengan teman-teman senegara suami mereka.
'Bila kami dengar tentang pelibatan teman-teman suami kami dalam dadah, kami jauhkan diri. Tak mahu campur. Suami saya pun tak suka campur.
'Kesimpulannya, saya rasa wanita-wanita itulah yang harus dipersalah atas tingkah laku mereka.
'Kalau nak buat kawan, okay, tapi haruslah pandai menggariskan had dan berfikir secara rasional jika mereka disuruh melakukan penyeludupan dadah,' kata Cik Siti. |
|
|
|
|
|
|
|
buat para ibu di sini.....
manalah tau, satu masa nanti bila dah tak lagi kerja...kemudian nak duduk2 di masjid pulak dengar2 kuliah....buatlah hal dengar kuliah. Tumpukanlah perhatian kalian nanti pada apa yg ustaz atau ustazah yg di depan tu cakap...
sebab fatz kata gitu...one time after Jumaat, fatz pegi ke sebuah masjid lain utk jumpa kawan, sebab dah janji nak meet situ ....kebetulan ustazah habsah ngah bagi ceramah
bila dah tahiyyat masjid, fatz keluar dan jalan la ke belakang masjid...melintas la pintu masuk utk pompan ke dewan serbaguna, tempat ustazah bagi ceramah tu....
tah mcmana,...mata ni boleh stayed lama pulak bila pandang ke dalam ...
what I saw really surprised me....tah makcik2 atau kakak2 ke...sikit punya bagus tengah passing2 bungkusan plastik. Bila plastik tu sampai pada org yg dituju, org tu bukak...dan keluarkan tudung...mcm2 kaler...
dan lagi satu tempat pulak, di lain plastik, org tu keluarkan kain
dan org yg di mana plastik tu landed...sikit punya bagus memilih...and all that while, ustazah kat depan ada la terjerit bagi ceramah...
so....kalau nak berjual beli pun....sabar2 la sampai ustazah tu habis bagi ceramah...hormat la sikit majlis 'ilmu... |
|
|
|
|
|
|
|
bencilah nari April Fools Day..aku paling benci ini hari....tadi pepagi je dah kena... :@
And I hated this day 10yrs ago...sejarah silam dgn hubby masa tu.. pape pon aku tak suka! Hope no more jokes later today........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1605 skgerl's post
masih ada yg kenkn org on April Fools Day ni??
tmpt hom...dah takde...Alhamdulillah.. people dah faham erti April Fool sebenarnya... |
|
|
|
|
|
|
|
i was at croc sale(isetan scotts) last saturday...tapi tak banyak size for me, my hubby or my 2 boys. .my girl ah untung, dpt 2 pasang..
nari balik office, my kolig baru bilang...ade FJ sale kat hyatt..
:@ alamak, asal tak bilang....boleh cross over.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian....
PANDANGAN
DI SEBALIK KERACUNAN MAKANAN DI GEYLANG
Oleh
Maarof Salleh
KEADAAN rawan di Thailand yang menjejas Sidang Puncak Asean ke-14 di Pattaya turut melanda keghairahan warga Singapura yang merancang bercuti di negara gajah putih itu.
Bagaimanapun, mereka yang menghabiskan masa cuti dalam negeri pun agak terganggu dek peristiwa keracunan makanan daripada sebuah gerai rojak India di pasar Geylang Serai.
Mudah difahami mengapa peristiwa keracunan makanan itu menjadi berita besar dan menimbulkan keresahan.
Singapura dikenal dengan imej sebuah negara bandar yang bersih dan 'syurga juadah' yang menawarkan beraneka makanan - daripada pusat penjaja hinggalah restoran. Daya tarik ini bukan saja untuk pelancong malah penduduk negara ini.
Akhbar ini melaporkannya secara meluas kesan keracunan tadi. Antaranya kemerosotan pelanggan ke Pasar Sementara Geylang Serai (PSGS).
Kesannya, para pegerai PSGS mengeluh kerana jualan mereka terjejas teruk sehingga merosot 60 peratus! Ini memaksa mereka menurunkan harga sampai 30 peratus bagi memujuk para pelanggan kembali.
Lebih malang lagi apabila sebahagian besar pegerai dikatakan berasa kecewa akibat status kebersihan gerai masing-masing diturunkan ke gred C selepas kerja pembersihan selesai dijalankan.
Jadilah nasib mereka bak sudah jatuh ditimpa tangga!
Namun, ada juga suara-suara sinis menyindir bahawa reaksi demikian itu memang menjadi gelagat yang lazim bagi orang Singapura.
Setiap kali ada musibah, mereka akan panik dan cepat membuat azam tidak akan lagi terperangkap oleh musibah yang sama.
Dalam peristiwa keracunan makanan ini umpamanya, akan banyak orang berazam untuk lebih menjaga kebersihan atau tidak menaungi mana-mana gerai yang diragui kebersihannya.
Tetapi, dengan berlalunya masa dan menghilangnya rasa panik, tabiat lama akan kembali muncul, bak kata orang, alah bisa tegal biasa.
Kemungkinan demikian boleh berlaku dalam peristiwa keracunan makanan yang menimbulkan keresahan sekarang.
Lambat-laun, peristiwa itu akhirnya akan dilupakan. Pelanggan akan kembali ke PSGS. Dan para pegerai turut ghairah melariskan jualan mereka. Namun, semua itu tidak menjamin tabiat dan sikap negatif yang lama yang sudah dilazimkan, baik oleh pelanggan mahupun pegerai, akan berubah.
Ini termasuklah sikap mereka terhadap penjagaan kebersihan.
Jadi, tidaklah berlebihan apabila Menteri Kanan Goh Chok Tong perlu mengingatkan rakyat bahawa urusan menjaga kebersihan tidak harus diserahkan hanya kepada pemerintah atau agensi rasmi sahaja, tetapi mesti menjadi tanggungjawab penjual dan pembeli.
Sikap menyerahkan tugas menjaga kebersihan kepada pihak berkuasa nampaknya kian menjadi amalan umum dan boleh dilihat berlaku pada banyak tempat dan suasana.
Nampaknya, kini sukar untuk mendakwa Singapura terus merupakan tempat yang bersih.
Anda hanya perlu melalui kolong flat di banyak kawasan perumahan awam. Lihatlah betapa banyak sepahan sampah di lantai. Sebahagiannya timbul daripada sikap 'tak kuasa' kebanyakan penduduk untuk menggunakan tong sampah bagi membuang 'surat-surat sampah' daripada kotak surat masing-masing.
Alasan mereka, nanti akan ada pekerja pembersihan (biasanya pekerja asing) yang membersihkan kawasan itu.
Seorang rakan guru mengadu betapa pekerja pembersih di sekolahnya sering merungut kerana lama membersihkan sekitaran sekolah yang dicemari sepahan kertas tisu yang diselitkan di sana sini oleh murid-murid. Ini masalah baru penjagaan kebersihan di sekolah yang mungkin ramai orang kurang tahu.
Katanya, murid-murid kini tidak lagi membawa sapu tangan tetapi menggunakan kertas tisu. Malangnya, tisu terpakai tidak langsung dibuang ke dalam bakul sampah.
Alasannya pun sama: nanti akan ada pekerja pembersih yang menguruskannya.
Laporan sebuah tinjauan baru-baru ini pula mendedahkan kecilnya peratusan pengguna tandas awam di sini yang membasuh tangan selepas menggunakan tandas.
Inilah antara gejala yang ketara yang menggambarkan betapa sikap menjaga kebersihan belum mantap menjadi tabiat positif yang terbentuk dalam diri sebahagian besar penduduk kita.
Kekurangan ini bukan sahaja dalam aspek penjagaan kebersihan, malah dirasakan sekali dalam aspek berbudi bahasa. Dua aspek inilah yang sering diuar-uarkan sebagai ciri positif yang menjadi identiti negara ini.
Seperti juga dalam penjagaan kebersihan, banyak usaha memupuk masyarakat berbudi merupakan ikhtiar pemerintah. Namun, beberapa tinjauan mendapati tahap pencapaian masih jauh daripada yang diharapkan.
Kita tidak pasti adakah kehidupan padat di negara bersaiz kecil ini, ditambah dengan persaingan sengit untuk berjaya dalam hidup, dan sifat nafsi-nafsi yang menjadi amalan banyak orang, menjadi antara faktor yang menyukarkan pembinaan budi bahasa yang mantap.
Mungkinkah juga kehadiran warga asing, terutama daripada kalangan pekerja daripada golongan bukan profesional, membuat warga tempatan lebih terdedah kepada kehidupan yang lasak sehingga kurang menonjolkan ciri-ciri kehalusan budi.
Hakikatnya, di sana sini terdapat contoh-contoh kian lunturnya amalan berbudi bahasa yang membimbangkan.
Misalnya, sikap kurang menimbangkan keselesaan orang lain dalam mengongsi kemudahan awam. Lihat sahaja sikap sesetengah pasangan anak muda yang berdakapan di dalam kereta api MRT tanpa menghormati perasaan orangorang tua yang ada di sekeliling. Atau, mereka yang bercakap dengan suara yang tinggi yang boleh mengganggu tumpuan dan keselesaan penumpang lain.
Cara orang berebutan tempat duduk menimbulkan pertanyaan: Apakah mereka tidak memahami atau enggan mengendahkan notis yang meminta beberapa tempat duduk diberi kepada mereka yang lebih memerlukannya seperti orang tua atau orang cacat?
Seorang kenalan mengirim e-mel lengkap dengan sisipan gambar membuktikan adanya trend sebahagian pemandu yang terlalu mementingkan diri sendiri berebutan mendapatkan ruang meletak kereta di tempat awam.
Ketika berada di tempat meletak kereta bertingkat di sebuah kompleks beli-belah, beliau mendapati seorang wanita berdiri 'cop' ruang parkir dan enggan membenarkan kenalan ini meletakkan keretanya.
Berlakulah pertengkaran kecil: wanita itu mengeluarkan kata-kata kesat dan mencabar kenalan tadi supaya melaporkan sahaja kepada pihak berkuasa!
Sama seperti hal penjagaan kebersihan berkaitan peristiwa keracunan makanan di PSGS, masalah berbudi bahasa akan hanya mendapat perhatian umum apabila tercetus beberapa insiden yang tidak diingini daripadanya. Dan pada ketika itulah masalah mengenainya menjadi reda. Sekali lagi akan timbul azam baru dalam kalangan orang ramai untuk insaf dan kembali berbudi bahasa.
Namun beberapa ketika itu, keadaan dijangkakan kembali ke status quo!
Tentulah komitmen untuk menjaga kebersihan dan melaksanakan amalan berbudi bahasa yang diakui baik untuk semua, masyarakat dan negara, tidak harus bersifat sementara yang hanya tercetus akibat berlakunya sesuatu musibah atau peristiwa yang tidak menyenangkan.
Sebaliknya, usaha berterusan mesti dibuat ke arah menjadikan dua ciri mulia itu, menjaga kebersihan dan berbudi bahasa, sesuatu yang benar-benar difahami dan dihargai lantas dapat dihayati oleh seluruh warga kita secara semula jadi tidak kira masa, tempat dan suasana.
Hanya ketika telah wujudnya keadaan tulen yang demikian, barulah mungkin kita benar-benar boleh berbangga mengenalkan Singapura sebagai negara yang bersih dan berbudi bahasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1613 virgomal's post
jgn nak perasannnnnnnnnnnnnnnnnn... |
|
|
|
|
|
|
|
Niawi tot sensitip skit pasal windu kat kekanda yg jauh dimata..... Kat sane plak netbuat prangai so hubby tak dpt nak bual lame winduuuu bangettttt!!!
Lapar plak peyot bila ngah windu nie |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1615 pocongketot's post
kalau rindu, bukak album la tot
tengok gambar kawin |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1616 fatz\ catat
Kang tgok gambar bobal sorang mcm abg brahim pendek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1617 pocongketot's post
tu dah tahap kronik tu ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by virgomal at 17-4-2009 12:01
tadi boring2 pi klik ni........... from britain got talent 2009
http://sg.video.yahoo.com/watch/4863134/12964979
it bring tears to my eyes....
apsal lah sore dia sedap dari V ni...iskkk
I saw this few days ago..macam nenek2 si Susan Boyle ni tapi fuyoooo... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|