CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 4-1-2011 03:12 AM | Show all posts
cikgu amir ni..bila nak mulakan langkah pertama kemain lembap..tapi bila dah mula
terus derect to the point..takde hint2..terus je ke arah tujuan.

nak perangkap FB..itu yg tak sabar nak tunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2011 08:08 AM | Show all posts
Reply  wwannurr
CAFC dengan FCCA sama ke?

jgn lupa buat tema utk majlis

tp tak tau bila ...
sang_arjuna Post at 3-1-2011 18:16


berehhh bohhhh
   
CAFC = cekgu amir fan club } sama jeee dua2 tu
FCCA = fan club cekgu amir  } hehehehe,,, saja nak buat gimit;)
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 08:10 AM | Show all posts
Reply 1579# bb_75


   biasa ar tu bb,,, lamo  doh dok make nasi minyak kawoh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 08:16 AM | Show all posts
Reply 1590# midar


   cik pai terima ke idak???

mula2 aku tengok dia gini

lepas tu gini plak.... setujuk kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 09:01 AM | Show all posts
salam semua... ada N3??
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 09:50 AM | Show all posts
seronok!!!

x sabar nk tggu misi menjatuhkan FB tuh..

mesti pengsan cikgu zul dibuatnye..

go CA n Lia!! go! go!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2011 09:53 AM | Show all posts
salam n morning sume..
den datang punch card..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 09:55 AM | Show all posts
Reply 1607# pura


    waalaikum salam & selamat pagi pura
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2011 10:27 AM | Show all posts
smiley...sambung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 10:56 AM | Show all posts
direct terus je cikgu amir..dh x de kaver line2 lagi dah...
smiley cepat sambung...
ai dh terbau2  ...
sakura2503 Post at 4-1-2011 00:00



    bagus tak payah cover2 kann ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 11:28 AM | Show all posts
bilalah tembelang FB pecah bebetul nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 11:35 AM | Show all posts
sambung sikit je
..............................................
“ Huh? Apa?” Dahlia terpempan.

“ Tolong jadi isteri I” ulangnya sepatah sepatah. Loud and clear.

Amir tersenyum melihat Dahlia terpisat pisat. Pelbagai emosi terpapar di wajahnya. Malu, terkejut, terharu, blur.  Matanya menukur ke tanah.

“ Sudi tak? I minta maaf sebab tak bawa Dahlia ke tempat special, tak ada bunga, tak ada hadiah istimewa tapi niat I tulus dan jujur. This heart is yours.”  Suaranya tenang dan lembut sambil menyentuh dada sebelah kiri.

Oh My God ! Jangan  cair…. Jangan cair. Dahlia mencarik carik kertas pembalut Cornetto menutup kegugupan. Amir menggenggam jemarinya.

“ You rasa nak carik carik hati I macam you carik kertas tu kah? You tak boleh bagi I peluang lagi? ” Cukup romantis suaranya.

“ Jangan main main lah Cikgu Amir” desis Dahlia. Apa ni, aku nak menggunakan dia  tapi aku yang terkena.

“ I’m serious. I tak main main. Lepas kahwin nanti baru boleh main main, okay?”

“ Lawak bodoh! Bencilah!” Dahlia terus bangun dan melangkah pergi. Tapi mana aku nak pergi? Aku tumpang kereta Cikgu Amir tadi. Takkan nak jalan kaki sampai rumah atau balik kedai. Hailaa… tak jadi pula babak drama swasta.  Kena gostan balik. Aku tak ada pilihan

Seraya itu Cikgu Amir mendekatinya. “Lia nak lari ke mana? Jom, naik kereta. Babah Lia dah telefon. Dia suruh kita jemput dia kat hospital.”

Alamak, aku terlupa terus pasal Babah. Terpaksa juga aku naik kereta Cikgu Amir. Kereta Amir menderu ke arah hospital. Sepi beraja di antara mereka buat beberapa ketika. Cikgu Amir nampak tenang saja. Susah aku nak tafsir tindakannya. Kenapa tiba tiba dia nak kahwin dengan aku? Apa muslihatnya? Kalau sebulan lalu aku pasti ber somersault dan berpompom kalau di lamar oleh Cikgu Amir tapi sekarang bila aku dah tahu siapa dia sebenarnya, hati aku tawar. Nak kata tak suka, tipulah. Cikgu Amir punya ciri ciri lelaki idaman. Tapi nak kahwin…er… aku kena fikir sepuluh kali. Cerita  Cikgu Amir pasal Puan Sri Sabihah dan kerenah orang kaya amat menggerunkan.

“ I tak ada apa apa hidden agenda Lia. Janganlah you fikir yang bukan bukan. Dari mula lagi I memang jatuh hati pada you. Perempuan yang garang tapi comel ni memang buat I tak lena tidur. “

Dahlia diam mencerna kata kata Cikgu Amir. Amir memperlahankan panduan. Kereta Honda Civic baru itu boleh di overtake oleh basikal penjual aiskrim. Aku kena leraikan semua kekusutan yang bersarang dalam hati Dahlia.

“ Dulu I tak mampu nak buat apa apa. I tak ada family di sini yang nak masuk meminang. Orang tak tau asal usul I . Mustahil bapa you nak terima. Siapa I kalau berbanding dengan Farid anak kawan baik dia. “

“ Percayalah cakap I bila I kata I dah lama cintakan awak, Lia. Masa I jumpa you di kondo abang I di KL I cukup marah dan kecewa sebab I sayangkan you. Sebab itu I melenting. If I didn’t love you, I wouldn’t care. Gasaklah kalau you nak keluar dengan orang tua gatal mana pun. Tapi sebab I dah jatuh cinta dengan you, hati I remuk. I was so hurt. I minta maaf sebab tak selidik dulu.  ”

“ Cikgu Amir, kita lupakan cerita itu. Everybody makes mistakes. Tapi saya tak boleh terima lamaran awak sekarang. Bukan sebab tak percayakan awak tapi kepala saya tengah berserabut. Inilah hari yang paling banyak dugaan untuk saya. Tolong lah, jangan tambahkan tension. Saya boleh masuk Tanjung Rambutan tau. I minta jasa baik you untuk tolong I putuskan pertunangan dengan Farid sebab I dah mati akal. I don’t know who to turn to. Tapi kalau awak tak boleh tolong dengan ikhlas, tak apalah. Saya cari jalan lain” putus Dahlia. Matanya mula bertakung. Amir menjeling bila terdengar sedu. Dia mengeluh.

“ Lia, I’m sorry. I don’t mean to pressure you. Kalau you tak sudi , I tak boleh paksa. Tapi I akan tolong you. Kita settle kan masaalah you dengan Farid dulu.” Silap aku juga sebab terburu buru. Aku kena take it slow and steady. Tak boleh gelojoh. Insyaallah peluang aku masih ada.

“ Betul ni? Terima kasih. Thank you so much”” Wajah Dahlia terus ceria. Spontan tangan Cikgu Amir di paut.

“ Lia, nanti accident!” Sepantas kilat Dahlia melepaskan genggaman. Huishhh … tak sopannya aku. Mukanya rasa tebal semacam.

“ Sorry. I .. I tak sengaja”

“ Tapi satu syaratnya. You kena ikut apa I cakap. Jangan bantah atau banyak songeh.”

“ Yes, boss” Dahlia angkat tabik.

“Cute nya budak ni, aku kidnap  pergi Siam karang” gumam Cikgu Amir perlahan

“ Dahlia tahu tak, Farid pernah upah samseng untuk pukul I. I tak nak apa apa berlaku pada you. We have to be very careful.”  Aku kena minta tolong abang dan kuncu kuncu Ivan kali ini. Mesti ada backup.

Muka Dahlia jadi cuak. Tak sangka Farid sejahat itu. Makin lama makin banyak cerita buruk yang keluar.“ Jahatnya Farid. Tapi kenapa dia suruh orang pukul Cikgu? You tak pernah buat salah kat dia. ”

“ Adalah agaknya. I suka ushar tunang dia” Cikgu Amir tersengih

Mereka sampai di kawasan letak kereta depan hospital. Dahlia dan Amir beriringan masuk ke wad Hj Zul. Tak sampai 10 minit bil di bereskan dan Hj Zul di benarkan pulang.

“ Terimakasih Amir. Banyak awak tolong saya hari ni. Tak tahu macam mana nak balas budi Amir” ucap Hj Zul

“ Tak ada apa apa lah Cikgu. Perkara kecil saja. Cikgu Zul dah banyak tolong saya dalam hal sekolah.” Tapi kalau terima saya jadi menantu pun best juga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 11:35 AM | Show all posts
x dok N3 lagi ke............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 11:36 AM | Show all posts
cerita pasal perangkap farid malam nanti atau besok ya

akak dah mula bz balik
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 11:42 AM | Show all posts
wahhh..best..best...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 11:46 AM | Show all posts
time kasih nanti sambung lagiiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2011 12:07 PM | Show all posts
sikit pun takpe..janji lepas rindu kat cik pai ayam dgn cikgu amir
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 12:14 PM | Show all posts
terima kasih kak smiley
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 12:18 PM | Show all posts
""Tapi kalau terima saya jadi menantu pun best juga.""

alahhh CA oiiii awat hang cakap dalam ati jeee,,, dairek la weiii, ishhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 12:43 PM | Show all posts
Reply 1614# sang_arjuna
takpe kak..take time..
sabar menanti..cuma wan aje dah naik angin tu...hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.164349 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list