pada yang lain2, skip jer la tiap kalo orang besi post.. tak payah baca pun takpe..
biarkan dia bermain2 dalam thread nih..
nanti dia dah penat, dia berenti tido..
macam kanak2 pula orang besi nih..
btw, back to topic..
bunyi bunyian yang ada di seluruh donia skang ni..
hangpa semua perasan tak bunyi nya sebijik macam bunyi nih..
haah la..patut rasa macam pernah dengar sound tu...macam bunyi mesin yg sangat besar....ke derang nak realisasikan projek tunjuk UFO kat kita and make us believe there are UFOs out there to catch us..huhuhu
pada yang lain2, skip jer la tiap kalo ora ...
capiloton Post at 30-1-2012 09:50
Pendapat saya, mana2 video yg dibuat dgn menggunakan bunyi yg exactly sama seperti video tu, adalah video fake. Memang agak sukar nak membezakan yg mana video/audio fake, yg mana bukan. Tapi saya yakin banyak yg genuine dan saya yakin audio/video di Samarahan tempohari adalah genuine. Biasanya bunyi yg genuine akan kedengaran seolah2 datang dari jauh & bergaung/bergema (disebabkan oleh lontaran suara, space dan jarak, dan mungkin ada sedikit vibration. Tapi bunyi yg fake akan kedengaran sangat dekat, seolah2 mcm bunyi yg keluar dari loud speaker jer (mcm pasang mp3), dan kadang2 ada banyak sangat vibration/bunyi seperti metal clanking.
Tak silap, gambar di bawah sekali tu dah lama keluar, sejak tahun lepas lagi (mungkin juga itu gambar terbaru). Namun tak dinafikan, sejak akhir2 ni, memang begitu ketara aurora lights di Antartika, di mana terletaknya Neumeyer Station. Ada yg kata ia adalah kerana HAARP experiment, ada yg dikatakan ia adalah disebabkan efek solar flare terhadap magnetosphere, ada yg kata ia adalah tanda2 semakin hampirnya berlaku Pole Shift.
Nah copy & paste dari Thread Peristiwa Dunia sebelah... kot2 ada yg terlepas pandang...
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Radiasi solar daripada ribut matahari terbesar dalam tempoh sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi kelmarin dengan menyebabkan beberapa buah pesawat sebuah syarikat penerbangan terpaksa mengubah laluan.
Syarikat penerbangan AS, Delta Air Lines menyatakan, ia mengubah laluan penerbangan rentas kutub antara Asia dan AS untuk mengelakkan masalah akibat radiasi ribut matahari berkenaan.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) mengesahkan radiasi yang dikenali sebagai Letusan Besar Korona (CME) mula bertembung dengan medan magnetik Bumi sekitar pukul 10 pagi (waktu AS) kelmarin.
Menurut NASA, ribut matahari kali ini dianggap yang terbesar sejak Oktober 2003.
Radiasi ribut matahari tidak membahayakan manusia di Bumi tetapi ia berupaya menjejaskan operasi satelit dan perkhidmatan radio gelombang pendek.
Letusan radiasi itu diramal terus menghentam atmosfera Bumi hingga hari ini.
Seorang ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, ribut matahari itu bermula lewat Ahad lalu dengan letusan api meledak berhampiran pusat matahari. - AFP
itulah akak...bila campur cerita2 luar ni banyak caca merbanya... nak pecah NUR Allah laa..NUR Muhammad la... mana dgn perbendaharaan tersembunyinyer...hizib2, zikir2, ttg roh lagi, pecahan huruf alif lah...wasilah, wasitah, rabitah dan macam2 lagi... pening dan tersangat susah nak faham pun... cam payah bebeno ajaran muhammad tu yer...dah bosan dgn semua tu...at last buat tak tau jer...dan senyumm...tak perlu kata apa-apa
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.
Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas. Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas. Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian. Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini. Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005. Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam. Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi Kosmo
Selain daripada suara aneh di langit yang menjadi fenomena global ketika ini, kita juga tidak harus lupa tentang fenomena Ribut Solar/Suria (Solar Storms) yang juga telah melanda bumi.
Ribut Solar merupakan satu fenomena geofizik melibatkan ganguan medan magnet bumi secara besar-besaran. Terdapat beberapa istilah lain digunakan bagi menjelaskan fenomena ini termasuklah, suar solar (solar flare), ribut geomagnet (geomagnetic storm) dan Pelepasan besar-besaran korona (coronal mass ejection – CME)
Suar solar (Solar flare): Ditafsirkan sebagai proses pelepasan tenaga yang besar sehingga 6×1025 joules tenaga (kira-kira 6 daripada jumlah output tenaga Matahari setiap saat). Semasa ia berlaku cahaya terang dapat diperhatikan di atas permukaan Matahari atau bahagian solar. Suar solar ini melepaskan awan elektron, ion, dan atom melalui korona ke angkasa lepas. Awan ini biasanya mencapai Bumi satu atau dua hari selepas peristiwa itu. (Istilah suar juga digunakan untuk merujuk kepada fenomena yang sama di dalam bintang-bintang yang lain)
Ribut Geomagnet (A geomagnetic storm): Merupakan gangguan sementara magnetosfera Bumi disebabkan oleh gangguan dalam medium antara planet. Ribut geomagnet adalah disebabkan oleh kejutan gelombang angin solar atau awan medan magnet yang berinteraksi dengan medan magnet Bumi. Peningkatan tekanan angin suria pada mulanya memampatkan magnetosfera dan medan magnet angin solar akan berinteraksi dengan medan magnet Bumi dan memindahkan amaun yang meningkat tenaga ke dalam magnetosfera.
Pelepasan besar-besaran korona (A coronal mass ejection – CME): Proses pemecahan dan pelepasan secara besar-besaran angin solar, plasma isotop cahaya lain dan medan magnet korona ke dalam angkasa lepas. Pelepasan jisim korona sering dikaitkan dengan lain-lain bentuk aktiviti solar. Kebanyakan pelepasan berasal dari kawasan aktif di permukaan Matahari, seperti kumpulan-kumpulan tompok matahari di mana terdapat suar yang kerap terhasil.
Laporan berita menyebut bahawa ribut solar terbesar dalam tempoh 6 tahun telah berlaku pada hari Selasa, 24 Januari 2012. Kesan daripada ribut solar tersebut telah menghasilkan cahaya menakjubkan di langit Hemisfera Utara dinyalakan langit di atas Scotland, Kanada dan Norway. Pengarah seksyen Aurora Persatuan Astronomi British berkata, cahaya menakjubkan yang juga dikenali sebagai aurora ini boleh dilihat untuk beberapa hari lagi.
Terdapat juga maklumat berita mengatakan ribut solat terbesar akan berlaku sekali lagi pada 29 Januari 2012, 11 pm EST. ribut boleh mencapai satu tahap yang boleh menyebabkan paparan cahaya semulajadi boleh dilihat lebih jauh ke selatan, iaitu sehingga Idaho dan New York, bahkan di Illinois dan Oregon, di Amerika Syarikat Amerika Syarikat. Fenomena ini akan menyebabkan bumi bakal dilanda suar solar sebanyak tiga kali dan mendatangkan tiga kesan yang berbeza, iaitu pelepasan sinaran elektromagnet, diikuti oleh radiasi dalam bentuk proton dan terakhir pelepasan korona (plasma dari matahari) secara besar-besaran.Kesan yang diterima bumi hasil daripada ribut solar ini termasuklah, gangguan grid elektrik, medan magnet bumi terganggu, berlaku gangguan biologi bagi sesetengah hidupan, gangguan penghantaran/transmisi radio serta memberi kesan kepada aktiviti geologi. Berkemungkinan juga bunyi/suara aneh di langit yang kedengaran di beberapa tempat di dunia ada kaitan dengan ribut solar yang sedang berlaku sekarang ini. Apapun, ini hanyalah satu lagi pandangan.
Sesiapa yg guna usb modem utk akses ke internet (contoh, Maxis), pasti anda akan perasan tentang gangguan kpd akses internet anda. Dari WCDMA, ia selalu bertukar ke HSPA (weak). Perlahan2, gangguan ini akan meningkat, sehingga akan sampai suatu ketika, kita akan mengalami gangguan pada telefon bimbit (tiada bar).
Ribut solar yg kita hadapi ni, baru tanda2 kecil saja. Bukanlah ribut solar maksimum. Kalau ribut solar maksimum terjadi, tiada satu benda berasaskan elektrik akan berfungsi di dunia ini. Cuba lakukan sedikit penyelidikan di internet, kenapa negara seperti Israel, sudah menyediakan kelengkapan Cage of Faraday? Dan menempah beribu2 pedang Titanium (pedang yg mampu memotong besi)? Dan menanam banyak pokok2 Qharqad?
faraday's cage tu boleh tahan ke dgn EMP????
razhar Post at 30-1-2012 22:36
Tujuan asal memang utk protection against EMP. Dan sebenarnya kita sendiri pun boleh buat kalau nak, cuma it looks complicated for people who are not electrical engineers. It needs to be a nested faraday cage, and has to be shielded with layer upon layer of plastic and foil (at least 2-3 layers, too many layers will backfire).
memang salute andria , seorang perempuan berkeupayaan berbicara hal2 berat seperti ni..daya imaginasi yang tinggi serta kritis dengan fenomena & konspirasi yang sedang berlaku...aku rasa dia ni penulis novel-novel sains fiction tak?
tentang:
gempa bumi/merapi
apa yg nak diherankan
kalau kat jepun, nz indon calefornia
kan tu kawasan jajaran api pasifik, amerika latin
yg heran kalau kat melaysia jadi gempa yg kuat - tu baru le BALA TUHAN!!!!!
ribut solar - baru yg terkuat dlm 7 tahun
dah nak gabra
awal 1900 dah jadi yg lebih hebat
org ramai tak KALUT punnnnnnn
dah selalu jadi dahhhhh, apa nak diherankan
lainlah kalau ribut tu mengakibatkan 1000000 juta org mati
maka aku pun HERAN leeeeeeee
kutub utara n utara magnet
mana da berubah punnnnnn
memang sejak dahulu lagi dah macam tuuuuu
selagi bumi rotate n stii circle around the sun - cam tu leeeee
kalau bumi dah berhenti - hehehe aku pun tak tau pe nak jadi
ada nak tanya lagi ke, ttg apa pulak
nanti free aku jawab wahai budak tadika