Bila ditanya apa perasaan masuk SFMM dan dah tau tokti mmg tak nyanyi dah kat AJL
"Kita mmg dah tau dengan Kak Iti dengan keadaan dia sekarang, memang takkan dapatlah" - Lucka Sickta
Post time 23-11-2020 02:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
YomiuriLandMae replied at 22-11-2020 11:42 PM
benda dah nak jadi nak buat cane.. hope everyone okay and bole continue after 14 days.. dah x larat ...
Org yg dh biasa buat show besar2 ni dia akan faham kalau sesuatu show atau event yu ditunda atau dicancel sbb sesuatu isu.. pastinya melibatkan ramai org.. jd sikit tak banyak mesti heols rasa bersalah.. walapun semua faham.
Susulan Aliff Satar Positif Covid-19: Rakan Artis Dalam Muzik-Muzik Jalani Ujian
Penundaan hari ketiga peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) yang sepatutnya berlangsung malam tadi bertukar menjadi hari paling 'menakutkan' apabila penyanyi dan pengacara yang terbabit tampil melakukan ujian saringan Covid-19.
Ia susulan penyanyi, Alif Satar yang juga peserta SFMM 35 pada hari pertama, kelmarin disahkan positif Covid-19.
Antara selebrti yang berkongsi melakukan ujian saringan Covid-19 di Instagram mereka malam tadi adalah pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Husni serta penyanyi Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel, Aina Abdul dan Stacy.
Rata-rata meminta semua peminat mendoakan yang terbaik buat mereka serta berharap Alif segera sembuh.
Foto: IG
"Terima kasih atas doa kalian buat kami. Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan juga untuk sahabat baik kami Alif agar cepat sembuh. Seoga kita selamat hendaknya," kata Shery.
"Semoga semua dipermudahkan. Doa yang baik-baik dan jaga diri," kata Hael.
"Alhamdulillah saya, Syamel, Aqilah dan semua team kami sudah selesai melakukan ujian saringan. Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segalanya buat kami. Kami akan menjalani kuarantin selama 14 hari," kata Ernie. -CARI