|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 28
[Copy link]
|
|
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 687 kes (39.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 541 kes (78.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 303 kes (17.4 peratus) dan Johor sebanyak 295 kes (16.9 peratus).
Sebanyak 32 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (10 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Tembok Choh (6 kes), Kluster Tembok Gajah (3 kes), Kluster Tembok (2 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan GK Tawau (1 kes).
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Sehingga kini, terdapat 122 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 501 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital/ Tempat Kematian Latar Belakang
495 72926 Sabah Lelaki (WN) 65 Hospital Tawau Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
496 90554 Johor Lelaki (WN) 67 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Penyakit darah tinggi
497 106846 Sabah Perempuan (WN) 83 Hospital Lahad Datu Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
498 108319 Pahang Lelaki (WN) 45 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Penyakit hati dan Retroviral
499 108646 Sabah Perempuan (WN) 50 Hospital Keningau –
500 118341 Selangor Perempuan (WN) 68 Hospital Ampang Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
501 118722 Johor Perempuan (WN) 60 Hospital Segamat Penyakit kencing manis dan darah tinggi
*WN merujuk kepada warganegara. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 4 Januari 2021, terdapat sebanyak 537 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 306 kluster termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Sembilan, Kluster Saguking, Kluster Monsoon, Kluster Buntar, Kluster Sky Coklat, dan Kluster Gading. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 231 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Duyong (95 kes), Kluster Jalan Perindustrian (81 kes) dan Kluster Hentian (73 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER JALAN DUYONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 536 individu telah disaring, di mana 110 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PASAR JALAN SENTOSA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118272) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN NAKHODA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER EHSAN IBOL
Kluster ini melibatkan daerah Hulu Perak, Larut, Matang, dan Selama di Perak serta daerah Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-111642) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TELOK MAS
Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan di daerah Melaka Tengah di Melaka. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114991 dan kes ke-114993) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perincian 1,741 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Januari 2021 adalah seperti berikut: - Selangor: 687 kes
- 267 kes daripada kluster-kluster, termasuk 109 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Duyong dan Kluster Pasar Jalan Sentosa;
- 274 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 144 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 303 kes
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 220 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 77 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 295 kes
- 174 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 74 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 150 kes
- 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Nakhoda;
- 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Lima (5) kes import dari luar negara; dan
- 55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 56 kes
- 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 55 kes
- 33 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
- 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 50 kes
- 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 45 kes
- 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 34 kes
- 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ehsan Ibol;
- 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 34 kes
- 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Telok Mas; dan
- 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Pahang: 12 kes
- Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: Lapan (8) kes
- Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Empat (4) kes
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
- Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Manja2 camtu laki mmg suka...
|
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 4-1-2021 07:05 PM
Hang revise rate ke? Yela after 3 thn kne rate lain la..
Dah revise harga.. Bukan harga lama. Ikut harga latest sejam rm13.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 4-1-2021 07:31 PM
Dah revise harga.. Bukan harga lama. Ikut harga latest sejam rm13..
Ok.. Good for you.. moga murah rezeki hang di tahun baru..
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 4-1-2021 07:23 PM
Manja2 camtu laki mmg suka...
Ms depa nk start nyanyi tu kemain duduk rapat2.. xikut sop pun |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 4-1-2021 07:34 PM
Ok.. Good for you.. moga murah rezeki hang di tahun baru..
Aamiin ya rabb.. |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 4-1-2021 06:35 PM
Ms depa nk start nyanyi tu kemain duduk rapat2.. xikut sop pun
Mami siap salam Ajai katanya...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 4-1-2021 08:04 PM
Mami siap salam Ajai katanya...huhu...
Lepas mami ngan ajai nyanyi.. depa nk ke blkg, nk turun tangga mami pegang ajai.. yela kang pakai hi heels.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 4-1-2021 07:39 PM
Aamiin ya rabb..
Keypo beli ni smlm. Tp sedap lagi oldtown |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 4-1-2021 08:53 PM
Keypo beli ni smlm. Tp sedap lagi oldtown
Hihihi.. Ni ingat nak order MCD.. Teringin. |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 4-1-2021 06:13 PM
Umur depa? Nmpk khareez mcm muda skit
Kali ni xde stated umur plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Kapel pun diri dekat2 x de penjarakkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 4-1-2021 09:03 PM
Hihihi.. Ni ingat nak order MCD.. Teringin.
Order apa? Prosperity burger ke? Alamak.. hujan2 ni lapar plak rasa |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 4-1-2021 09:03 PM
Hihihi.. Ni ingat nak order MCD.. Teringin.
Oh btw hang dah pindah, mesti pakcik lex yg selalu hantar brg tu rindu hang hihi |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 4-1-2021 09:23 PM
Kali ni xde stated umur plak...
Baru tgk brothers vs brothers epi 5.. rupanya keypo terlepas epi 4.. ms jasmine jadi juri.. yg tu ruang apa ye epi 4 tu |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 4-1-2021 09:24 PM
Kapel pun diri dekat2 x de penjarakkan...
Haah ms last2 amiknhadiah semua kat ats stage tu x jaga jarak pun.. tp ok la juara yg direstui |
|
|
|
|
|
|
| |
|