|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 3
[Copy link]
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-2-2021 06:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 20-2-2021 03:38 PM
Yg Sony UMobile. Tuko screen...xdetect touch...hihu...
Screen retak ke x detect? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 20-2-2021 05:52 PM
Kes positif 2,461 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Februari 2021 adalah seperti berikut:Selangor: 1,001 kes
409 kes daripada kluster-kluster; termasuk 50 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perdana Tiga dan Kluster Jalan Perusahaan Satu;
348 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
244 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 257 kes
196 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Johor: 233 kes
106 kes daripada kluster-kluster, termasuk 56 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tanjung Enam, Kluster Jalan Wawasan 14, Kluster Batu Dua Setengah, dan Kluster Jalan Lapangan Terbang;
73 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 230 kes
89 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Sarawak: 134 kes
43 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Sabah: 109 kes
49 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pasar;
40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Perak: 108 kes
95 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Sebelas dan Kluster Jalan Pelabuhan;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Kedah: 101 kes
10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
82 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Negeri Sembilan: 89 kes
21 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Kasia;
21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Pulau Pinang: 87 kes
35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Pahang: 42 kes
34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Melaka: 32 kes
15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Terengganu: 22 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Wilayah Persekutuan Putrajaya: 13 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Perlis: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu RM40 ke bawah le ![](static/image/smiley/default/victory.gif) ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 20-2-2021 06:39 PM
Wow mahal gak ye...MK kale RM40++ biasanya...awal musim ye...
Ni MK dlm bekas ni.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah siap kuah & masuk bendi ketupat sotong siap...nasi + ramen standby ...buat dah cendol & ayo nyo...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 20-2-2021 06:46 PM
Tunggu RM40 ke bawah le
Dah beli sebenarnya dah mkn...hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
dapnyerrr...enjois kak noor...
|
|
|
|
|
|
|
|
Xde...cam dah loose...kurang kuasa detection kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nunggu berbuka ni ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 20-2-2021 06:49 PM
dapnyerrr...enjois kak noor...
Orang yg jual ni betul2 jaga kualiti.... kira puas hati beli...dan hantar sampai ke rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 20-2-2021 06:51 PM
Nunggu berbuka ni
Rajinnya berpuasa...selamat berbuka cikseri.... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nampak...elok cantik isi tu ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Esok beraya ![](static/image/smiley/onion/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kuihbakar replied at 20-2-2021 06:22 PM
@seribulan @Kak-Leen hasil tangkapan tadi. Rm223 segram. Alhamdulillah. Boleh la dari takde kan
wahhh crown!!! |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 20-2-2021 07:00 PM
Esok beraya
Selamat hari raya.....tahniah.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 20-2-2021 03:06 PM
Skrg dah back to ACV +honey, green tea & lemon + ginger. Plain water sebaik celik mata. Standby ai ...
aah luka luka.. dah mandi dah lawa dah.. mata snow ni dua color biru and grey.. apa nama dia lupa. Teror kak leen ni minum air... good. Saya ni payah minum air kosong.... mak buat kuih talam... sedapp walau xde daun pisang... lontong?? sedap tu.
Kaki dila x sakit dah.. ni skipping.. nasib masih boleh skipping. Tadi main roller blade dgn adam and si sche and MJ sebut mr queen dah tertengok ni.... berkebun tadi... tanam kacang and daun sup. My lettuce dah berbunga.. tapi xtaula.. roselle pun dah ada kuntum bunga tu.. ulam raja je mcm layu... beli baja tahi ayam je tadi... yg mahal mybe dila x reti.. tabur banyak sgt kot.... malam dinner apa kak leen? |
|
|
|
|
|
|
|
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
20 FEBRUARI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 4,782 kes (244,753 kes kumulatif, 87.3%);
Kes baharu : 2,461 kes (280,272 kes kumulatif);
Kes import : Tiada
Kes tempatan : 2,461 kes [1,589 warganegara (64.6%); 872 bukan warganegara (35.4%)];
Kes aktif : 34,468 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 207 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 91 kes; dan
Kes kematian : 8 kes (1,051 kes kumulatif, 0.37%).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,001 kes (40.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 757 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 257 kes (10.4 peratus) dan Johor sebanyak 233 kes (9.5 peratus).
Sebanyak 298 kes (12.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (50 kes), Kluster Tembok Bendera (39 kes), Kluster Tembok Tapah (33 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), Kluster DTI Sepang 2 (8 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (3 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes di Selangor, Sabah, Perak, dan Kelantan. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 20 Februari 2021:
Jumlah kluster : 1,068 kluster;
Jumlah kluster baharu :10 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 558 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Terolak, Kluster Persiaran Tasek, Kluster Jalan Mawila, Kluster Rawa Akasia, Kluster Pasar Baru, Kluster Sawmill Luit, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Kampung Badak, Kluster Jalan Ijuk, Kluster Belati, dan Kluster Setapak Indah;
Jumlah kluster aktif : 510 kluster;
Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 91 kluster; dan
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Sungai Putus (128 kes), dan Kluster Tanjung Suria (64 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, dan kesemua kluster adalah kluster berkaitan tempat kerja.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Jalan Tanjung Enam Johor Tempat Kerja
2 Jalan Wawasan 14 Johor Tempat Kerja
3 Batu Dua Setengah Johor Tempat Kerja
4 Jalan Lapangan Terbang Johor Tempat Kerja
5 Perdana Tiga Selangor Tempat Kerja
6 Jalan Perusahaan Satu Selangor Tempat Kerja
7 Batu Sebelas Perak Tempat Kerja
8 Jalan Pelabuhan Perak Tempat Kerja
9 Jalan Pasar Sabah Tempat Kerja
10 Tapak Bina Kasia Negeri Sembilan Tempat Kerja
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 Februari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 20 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 1,001 93,527
SABAH 109 51,979
JOHOR 233 33,382
WP KUALA LUMPUR 230 33,217
NEGERI SEMBILAN 89 13,862
PULAU PINANG 87 10,461
PERAK 108 8,105
SARAWAK 134 7,758
KEDAH 101 7,454
MELAKA 32 5,786
KELANTAN 257 4,457
PAHANG 42 3,694
TERENGGANU 22 3,119
WP LABUAN 0 2,233
WP PUTRAJAYA 13 1,035
PERLIS 3 203
JUMLAH KESELURUHAN 2,461 280,272
LAMPIRAN 2
Kes positif 2,461 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Februari 2021 adalah seperti berikut:
Selangor: 1,001 kes
409 kes daripada kluster-kluster; termasuk 50 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perdana Tiga dan Kluster Jalan Perusahaan Satu;
348 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
244 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 257 kes
196 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 233 kes
106 kes daripada kluster-kluster, termasuk 56 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tanjung Enam, Kluster Jalan Wawasan 14, Kluster Batu Dua Setengah, dan Kluster Jalan Lapangan Terbang;
73 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 230 kes
89 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: 134 kes
43 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 109 kes
49 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pasar;
40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 108 kes
95 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Sebelas dan Kluster Jalan Pelabuhan;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 101 kes
10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
82 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 89 kes
21 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Kasia;
21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 87 kes
35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 42 kes
34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: 32 kes
15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: 22 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: 13 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perlis: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan lapan (8) kes kematian pada 20 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1044 158122 Sarawak Perempuan (WN) 78 Hospital Sibu Penyakit darah tinggi dan dislipidemia
1045 218917 Sarawak Lelaki (WN) 49 Hospital Miri Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan Critical Limb Ischemia
1046 242026 Sarawak Lelaki (WN) 46 Hospital Bintulu Penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
1047 244987 Perak Lelaki (WN) 67 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Laryngeal cancer
1048 251342 Sarawak Lelaki (WN) 58 Hospital Sibu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1049 266369 Kelantan Perempuan (WN) 70 Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai Penyakit darah tinggi
1050 269875 Selangor Perempuan (WN) 81 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1051 275947 Sabah Lelaki (WN) 81 Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Penyakit darah tinggi
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER JALAN PERUSAHAAN SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan 1, Kawasan Perusahaan Beranang, Hulu Langat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 472 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PERDANA TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Disember 2020 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Industri Rawang Perdana, Rawang. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 52 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN LAPANGAN TERBANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 482 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN TANJUNG ENAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tanjung A/6, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 341 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN WAWASAN 14
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265716) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 14, Kawasan Perindustrian Sri Gading II, Batu Pahat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER BATU DUA SETENGAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-230283) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 2 1/2, Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN PASAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-252809) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan sosial pekerja-pekerja sebuah pasar yang terletak di Kota Belud, Sabah. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini
KLUSTER JALAN PELABUHAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261378) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang tinggal di Jalan Pelabuhan Utama, Taman Perindustrian IKS, Manjung. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini
KLUSTER BATU SEBELAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-271720) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 11, off Jalan Kuala Kangsar, Chemor. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TAPAK BINA KASIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Desa Kasia, Bandar Baru Nilai, Seremban. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 155 individu telah disaring, di mana 51 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 20-2-2021 04:21 PM
Size 20, keypo.
Ni anak yg ketiga. Kakaknya size 19. Akak size 17.
Dompok2 jari kitong.
ait xkanla size dila lagi kecik... |
|
|
|
|
|
|
| |
|