Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 September 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 20,201 kes (1,591,028 kes kumulatif, 85.4%);
- Kes baharu : 17,352 kes (1,862,187 kes kumulatif);
- Kes import : 8 kes (5 warganegara; 3 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 17,344 kes [15,122 warganegara (87.2%); 2,222 bukan warganegara (12.8%)];
- Kes aktif : 252,668 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,355 kes (975 kes COVID-19; 380 kes suspected, probable dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 745 kes (435 kes COVID-19; 310 kes suspected, probable dan kes dalam siasatan);
- Kes kematian : 272 kes [18,491 kes kumulatif, 0.99%; 227 warganegara, 45 bukan warganegara; 81 kes BID (56 warganegara; 25 bukan warganegara)];
- Jumlah kluster : 4,921 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 3,468 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 1,453 kluster.
Daripada 17,352 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, - adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin atau telah menerima dua (2) dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua; manakala
- mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.
Daripada 268 kes kategori 3 hingga kategori 5, sebanyak 191 kes (71.3 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 77 kes (28.7 peratus) daripada mereka yang telah lengkap di vaksinasi. Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini. NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 6 September 2021 @ 6:45 petang. LAMPIRAN 1 Rajah 2 Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri di Malaysia
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3 Perincian 17,352 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN | SARAWAK | 3,714 | 178 | 2,555 | – | 981 | SELANGOR | 2,126 | 74 | 1,147 | – | 905 | JOHOR | 2,101 | 565 | 920 | 2 | 614 | SABAH | 1,844 | 77 | 1,104 | – | 663 | KEDAH | 1,599 | 9 | 1,008 | – | 582 | PULAU PINANG | 1,558 | 106 | 542 | – | 910 | KELANTAN | 1,213 | 41 | 843 | – | 329 | PERAK | 1,082 | 139 | 279 | – | 664 | TERENGGANU | 700 | 10 | 549 | – | 141 | PAHANG | 463 | 65 | 303 | – | 95 | WP KUALA LUMPUR | 398 | 4 | 170 | 6 | 218 | MELAKA | 295 | 59 | 153 | – | 83 | NEGERI SEMBILAN | 193 | 48 | 100 | – | 45 | PERLIS | 38 | – | 15 | – | 23 | WP PUTRAJAYA | 23 | – | 21 | – | 2 | WP LABUAN | 5 | 1 | 4 | – | – | JUMLAH KESELURUHAN | 17,352 | 1,376 | 9,713 | 8 | 6,255 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara LAMPIRAN 4 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 6 SEPTEMBER 2021 NONAMA KLUSTERKATEGORIKLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina Gerbang SelatanTempat KerjaJohorJohor Bahru117183
2Parit Kadir DaratTempat KerjaJohorMuar97138
3Perindustrian Petaling LarkinTempat KerjaJohorJohor Bahru93240
4Industri Kampung Jawa SegamatTempat KerjaJohorSegamat4863
5Industri Mega Satu CemerlangTempat KerjaJohorJohor Bahru23172
6Jalan Perniagaan Setia SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru1163
7Jalan Tanjung BalauTempat KerjaJohorKota Tinggi10110
8GalaxyTempat KerjaSarawakBintulu47166
9Jalan Bulan SabitTempat KerjaSarawakMiri1786
10Sawit 16Tempat KerjaSarawakBeluru1231
11Industri Integrasi Rawang Tiga 2Tempat KerjaSelangorGombak2739
12Tapak Bina Jalan Myra AlamTempat KerjaSelangorKuala Selangor18159
13Jalan PersinggahanTempat KerjaTerengganuKuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, dan Hulu Terengganu35133
14Jalan Taman MelatiTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa1933
15Tapak Bina Jalan LembahTempat KerjaPulau PinangTimur Laut64103
16Sawit Simpang Batu 38Tempat KerjaSabahNabawan87309
17Kampung Padang NipahKomunitiKelantanBachok1531
18Kampung Apa ApaKomunitiKelantanKota Bharu dan Pasir Mas1523
19Kampung RupekKomunitiKelantanKota Bharu915
20Kampung Tasek Bakong HuluKomunitiKelantanPasir Mas55
21Tanah MawangKomunitiSarawakSerian7395
22Annah RaisKomunitiSarawakKuching3250
23Kampung MarasKomunitiTerengganuKuala Nerus dan Kuala Terengganu107827
24Jalan Sungai PulauKumpulan Berisiko TinggiPerakLarut, Matang, dan Selama44112
25Jalan LasahKumpulan Berisiko TinggiPerakKuala Kangsar2336
26Jalan Haji WahabKumpulan Berisiko TinggiPerakPerak Tengah1251
27Jalan Batu LintangKumpulan Berisiko TinggiSarawakKuching1114
28Jalan Habab Kota TinggiInstitusi Pendidikan Swasta Yang Berdaftar di Bawah KPMJohorKota Tinggi666
29Jalan Rantau PanjangInstitusi Pendidikan Swasta Yang Berdaftar di Bawah KPMSelangorKlang2556
30Bawah BayuPusat TahananSabahTuaran dan Kota Kinabalu6363
LAMPIRAN 5 NILAI RT MENGIKUT NEGERI BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 6 SEPTEMBER 2021 NEGERI | NILAI R[size=12.375px]T | SARAWAK | 1.17 | PERLIS | 1.15 | JOHOR | 1.10 | TERENGGANU | 1.08 | PULAU PINANG | 1.06 | PERAK | 1.06 | KELANTAN | 1.03 | SABAH | 1.01 | KEDAH | 0.98 | PAHANG | 0.97 | WP PUTRAJAYA | 0.95 | SELANGOR | 0.88 | MELAKA | 0.86 | WP KUALA LUMPUR | 0.82 | NEGERI SEMBILAN | 0.81 | WP LABUAN | 0 | MALAYSIA | 0.96 |
|