CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 19-5-2011 12:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 19-5-2011 12:41
Apa saya patut buat? Jika ditegur, nanti ada yg kecil hati,malu terus jd dingin. Tak pasal2 bergaduh ipar duai. Utk pengetahuan mrk ber2 bbp kali bergaduh antara suami isteri. Mrk juga memang tidak bersolat...Saya dah adukan pd isteri saya, maka teresak2lah menangis kenang nasib kakaknya. Isteri sy mengesahkan ada terdengar perbualan telefon abg iparnya dan bunyi ayatnya kawannya bertanyakan ttg result.Tlg bg jalan apa sy patut buat.
mat_tempe Post at 17-5-2011 06:38


Salam...

Yang saya gariskan di atas tu saya rasa punca utama.

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar. Dan sesungguhnya berzikrullah (mengingati Allah, antaranya bersolat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat lain). Dan Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut, 45)

Saya cadangkan cari jalan untuk dekatkan diri kepada Allah, dimulakan dengan SOLAT 5 WAKTU. Ajak bersama-sama ke arah kebaikan. Insha Allah kemungkaran itu akan sendirinya akan ditinggalkan. Ini sebahagian dari berdakwah, dan menerusi dakwah, hifazat (perlindungan) akan diberikan oleh Allah.

Jika setelah berdakwah (berdakwah juga termasuk amalan mencegah kemungkaran secara tak langsung) juga tidak berkesan, maka kaedah yang lebih keras (seperti melalui kuasa oleh pihak ketiga) boleh diambil.

Berkaitan hasil makan-minum yang diperolehi tu serahlah kepada Allah, dengan doa dan tawakkal, selagi belum jelas duit itu duit haram.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 02:05 PM | Show all posts
Time kasih kepada mnm77 kerana memberi nasihat kepada saya.  Masalahnye suami saya ni banyak berlebih kepada keperluan (yang xperlu) diri sendiri seperti membeli h/p yang mahal2 boleh untuk diri sendiri tapi untuk makan dan minum isteri dan anak dia abaikan.  Cener tu ustad.  Saya benar2 kecewa dengannye dan kadang terfikir untuk berundur diri saje.  Kami terlah berkahwin lebih kurang 25 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 02:15 PM | Show all posts
untuk pengetahuan ustad  selama dua bulan ini dia xpernah menyentuh saya lagi dan kami berbual pada hal2 yang penting sahaja, walaupun tidur sebilik.  apakah hukumnye
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 04:10 PM | Show all posts
Masalahnye suami saya ni banyak berlebih kepada keperluan (yang xperlu) diri sendiri seperti membeli h/p yang mahal2 boleh untuk diri sendiri tapi untuk makan dan minum isteri dan anak dia abaikan.  Cener tu ustad.  Saya benar2 kecewa dengannye dan kadang terfikir untuk berundur diri saje.  Kami terlah berkahwin lebih kurang 25 tahun
senoritas Post at 19-5-2011 14:05

selama dua bulan ini dia xpernah menyentuh saya lagi dan kami berbual pada hal2 yang penting sahaja, walaupun tidur sebilik.  apakah hukumnye


Salam...

Saya rasa ada baiknya puan berbincang dengan orang yang puan dan suami puan percaya dalam hal ini, kerana ia melibatkan aib dan kelemahan tanggungjawab suami dari pandangan puan. Di sini saya dengar sebelah pihak saja, dan saya hanya boleh sarankan berdasarkan rintihan sebelah pihak sahaja. Bukan saya kata puan bersalah atau tidak, saya takut bercakap pasal hukum bila mendengar hanya dari sebelah pihak.

Kenapa jadi begini? Tentu ada sebab dan puncanya. Samada punca itu dari suami, isteri atau ada faktor lain, kesemua itu perlu diambil kira. Dari segi hukum, kalian masih pasangan suami isteri.   
   
WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2011 09:52 PM | Show all posts
asalamualaikum,
saya nak bertanya, katakan la kita suruh kawan kita delete gambar2 lama kita yg tak bertudung dari album facebook dia, then dia jawab mcm ni...

xleh delete... kawan kami (ustazah) cakap, takpe lau gmbr tak btudung.. bukan x btudung in real.. ianya seolah2 kita tgk bayangan dalam air.. so, no problem beb.

so betul ke apa dia kata ni?? really nak kan penjelasan.. thanks
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 01:43 AM | Show all posts
apalah salahnya kalau tersilap post kat tred lain pun, bod sama gak...cerita pasal agama, lainla kalau agama aku ngan agama ko lain2...jangan la berkata mendabik dada jika kerana sebab sebesar biji sawi kelak tidur di bawah sana.....ai! berkira sangat ke nak jawab? kalau bab mengata cepat orang cepat je nak jawab, ni bertanya perkara yang kurang pasti pun nak berkira sangat...maaf la sapa yang terasa, sbb ustaz kat jakim pun kena mcm ni...dia suruhnya aku google? dah...tolong jawab je la...

assalamulaikum....saya nak tumpang tanya sket..harap sesapa boleh membantu..lagi2 yang mahir arabic dan bukan jawapan yg digoogle sbb kalau google, saya pun boleh google...

saya nak namakan anak yang bakal lahir dengan nama Muhammad Khalil Qusyairi,
1) adakah ejaan tersebut betul atau sebaliknya? halil ? khalil? kholil? khaleel? khusyairi? qusyairi? khusairi?

2) apakah maksud bagi nama tersebut?

harap dapat membantu..wassalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2011 07:55 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan selamat pagi pada semua pembaca, saya ada soalan yang menjadi kemuskilan saya, jika ada sesiapa yang arif tentang soalan saya ni, tolong beri bantuan.

Bolehkah sesaorang yang jahil tentang hukum2 agama dan tidak mendirikan solat fardu dan mereka berhajat untuk menunaikan umrah? niat menunaikan umrah tu!
mungkin dea telah mendapat kesedaran atau saja untuk jalan2 atau ingin memohon kerdhaan Ilahi supaya diberi petunjuk? ataupun lain2 hal. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 01:50 AM | Show all posts
Reply 1627# sebby
Bolehkah sesaorang yang jahil tentang hukum2 agama dan tidak mendirikan solat fardu dan mereka berhajat untuk menunaikan umrah? niat menunaikan umrah tu!

boleh je dia nak p buat umrah. sebab tidak mendirikan solat fardhu tak semestinya tak reti. cuma malas nak buat. sebelum dia p buat umrah tu, dia wajib isi kejahilan agama dia tentang umrah dan solat. jadi takla terkial2 mcm rusa masuk kampung bila da sampai kat tanah haram tu kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2011 11:16 AM | Show all posts
Assalamualaikum.
a) soalan sy ni berkisar ttg zina.zina disiang hari pd bulan ramadhan.harus taubat nasuha dan brjnji tidak akan sesekali berulang lg..soaln sy, perlukah byar denda? dan perlukah bernikah dgn org sama? sekiranya si perempuan hendak brkahwin selain dri org yg sama, haruskah beritahu pd bkl sumainya ttg masa silamnye itu? adakah dosa zina ini dosa yg plg besar?

b) apakah hukumnye jika si ibu menggunakan wang nafkah anak2 yg diberi oleh bekas suaminye? mksudnye, si ibu tumpang sekali tanpa pengetahuan anak2nye yg kecil.

c) sekiranya ada anak agkt perempuan(bayi), dan di bintikn dengan nama ayah angkat..mcm mana? cntoh siti binti ali tertera di dalam mykid..apa hukumnye?

d) seorg ayah yg acap kali tidak pergi berjumaat. sbgai anak apa perlu buat utk bantu ayahnye?

harap ade yg tlg jwbkn...kpale kompius dgn mslah org sekeliling..utk pedoman diri n fmly juga..heheh..tq
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:53 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua
Saya nak minta pendapat sikit..... 2 tahun lepas, saya mengerjakan umrah bersama anak sulung saya berumur 16 tahun pada waktu itu. Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma, ada satu hari tu, selesai solat isya', anak saya bagitau yang dia ada bermimpi yang saya nak bukak cawangan perniagaan yang kedua (bermakna, yg 1st tu berjaya la kot...). Anak saya bermimpi ni sewaktu dia terlelap dalam masjid ketika menunggu masuk waktu maghrib. Untuk makluman, saya tiada sebarang bisnes dan saya berkerja dengan kerajaan. Adakah ini petunjuk dari Allah swt memandangkan saya memang teringin nak berniaga sendiri sejak suami meninggal sebelum saya ke Mekah dulu...supaya dapat saya memberi tumpuan yang lebih kepada anak2 saya?
Harap dapat memberikan pandangan...saya takut untuk menceburi bidang baru memandangkan saya sole breadwinner dkm famili sekrg.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 11:17 AM | Show all posts
Betul ke dosa syirik tu tidak terampun? bukan kah allah tu maha pengampun ?.... selagi hidup , selagi kita berusaha bertaubat, pasti ada jalan kan? bagi pencerahan sedikit.. untuk pengetahuan diri sendiri dan orang lain juga...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 11:20 AM | Show all posts
pas2 nak tanya .penah baca kalau kat arab fatwa kalau lelaki minum susu isteri hukumnya ikatan nikah ...
areenarena Post at 30-4-2011 01:44


ekekeekek byk2 susu kat pasaran apsal la susu is3 gak yg nak diminum nyer... ekekek ...sori tergelak la pulakkk...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 12:34 PM | Show all posts
ekekeekek byk2 susu kat pasaran apsal la susu is3 gak yg nak diminum nyer... ekekek ...sori terg ...
want2bhappy Post at 7-6-2011 11:20



    hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:05 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan selamat pagi pada semua pembaca, saya ada soalan yang menjadi kemuskilan saya, j ...
sebby Post at 1-6-2011 07:55


serahkan pada ALLAH, tidak semua ada berkemampuan untuk umrah atau naik haji, dia mungkin dah jadi tetamu ALLAH. walaupun akhlak dia rock ke, tetapi kita tak tahu apa yang berlaku sesudah dia sampai di masjidil haram. mungkin dia dapat hidayah disana.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 12:12 PM | Show all posts
Saya nak minta pendapat sikit..... 2 tahun lepas, saya mengerjakan umrah bersama anak sulung saya berumur 16 tahun pada waktu itu. Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma, ada satu hari tu, selesai solat isya', anak saya bagitau yang dia ada bermimpi yang saya nak bukak cawangan perniagaan yang kedua (bermakna, yg 1st tu berjaya la kot...). Anak saya bermimpi ni sewaktu dia terlelap dalam masjid ketika menunggu masuk waktu maghrib. Untuk makluman, saya tiada sebarang bisnes dan saya berkerja dengan kerajaan. Adakah ini petunjuk dari Allah swt memandangkan saya memang teringin nak berniaga sendiri sejak suami meninggal sebelum saya ke Mekah dulu...supaya dapat saya memberi tumpuan yang lebih kepada anak2 saya?
Harap dapat memberikan pandangan...saya takut untuk menceburi bidang baru memandangkan saya sole breadwinner dkm famili sekrg.....
sam0622 Post at 6-6-2011 12:53


Salam...

Pada pendapat saya, anda mungkin akan dapat suami (yang kedua setelah kematian yang pertama)
   
WAllahu a'lam

**sekadar pendapat**
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 05:02 PM | Show all posts
Reply 1630# sam0622


    wa alaikum salam, alhamdulillah, kbanyakn orang dpt ptunjuk n hidayah pd waktu maghrib. Mungkin dulu anda pernah btanya pd Allah business ni (yg awak pernah hajatkn ) adakh maju atau tak? Dr mimpi tu mungkin Allah mjwp soalan anda. Wallah wa'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 09:53 PM | Show all posts
Reply 1629# nik_ira

wa alaikum salam

1) awak boleh rujuk ni tuk jawapan: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/berzina-di-bulan-ramadhan.html

2) yang lebih baik tu beritahu anak2 yang anda mengunakan duit tu, insyaALLAH, mereka redha.

3) tak boleh, hukum dah menetapkan anak mesti ber bin/ binti kan ayah kandung.

   Surah Al-Ahzaab:
"[5] Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri;.."

4)stiap kali jumaat, suruh ayah antarkan dia ke masjid tuk solat jumaat. InsyaALLAH.

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 10:04 PM | Show all posts
Reply 1619# senoritas


   bismillah hir rahman nir rahim
nafkah tu membuka rezeki.

7] Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 10:06 PM | Show all posts
Reply 1625# lipsofanangel
aurat tetap aurat. ckp skali lagi kat dia to delete, if dia tak nak, tu antara dia dengan ALLAH.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 10:16 PM | Show all posts
Reply 1561# pazi

Awak sedekahkan duit tu ke masjid atas nama dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.362494 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list