CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dino

Thread Borak Board Mawi Vs 14 - Edisi Dino di liwati ???

 Close [Copy link]
Post time 2-7-2008 08:24 AM | Show all posts

Reply #1592 houdini's post

ni pic kat atas ni menarik
dan
yg menarik jugak ialah anwar kelentong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2008 08:32 AM | Show all posts

Reply #1594 niy's post


Tak nampak pun gambar tu niy
Memang Ina bertuah dapat Suhaimi, tapi Mawi apa kurangnya...
bertuah jugak dapat Ikin

Anwar memang kaki kelentong pun dari dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 08:45 AM | Show all posts

assalamualaikum

ohaiyogozaimasu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 08:45 AM | Show all posts

Reply #1595 houdini's post

tak nampak ke pic keluarga bahagia tu?
kenapa pulak tak nampak.. aku paste cam biasa buat
artikel tu dari kosmo

isu kedua : komen ngan doa n harapan semoga mawi dijodohkan dgn perempuan yg baik di dunia n di akhirat... utk dini jugaklah doa ni

kaki kelentong ek anwar ni?
aku dah bingung ngan politik malaysianya.. especiali bila baca posting mr bourne
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 08:47 AM | Show all posts

Reply #1593 niy's post

baguslah dah ada anak

apa lagi.. berenti lah jadik penyanyi
<dah la suara cam katak bawah tong>
jaga anak ngan laki ko kat umah jer dah cukup

bagi laki ko jer lah yg nyanyi..
kata nak jadik isteri yg solehah

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 08:48 AM | Show all posts

Reply #1596 chekshu's post

waalaikumsalam

cheksu nampak tak pic yg aku paste kat posting #1593
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2008 08:49 AM | Show all posts

Reply #1597 niy's post

politik untuk si kaki kelentong.... penipu

if niy tak paham dan dah pening ngan politik malaysia ni
don't worry lah
mean u are not kaki kelentong or penipu....
tu sebab pening dan tak paham

hak hak hak
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 08:52 AM | Show all posts

Reply #1599 niy's post

nampak

kat berita haruan pun ada...


BAHAGIA: Suhaimi dan Ina bersama anak lelaki mereka Ehmad Hadie Elfardie yang berusia dua bulan.



Ehmad Hadie Elfardie perukuh kasih Suhaimi, Ina

SEJAK kehadiran Ehmad Hadie Elfardie ke dunia dua bulan lalu, kehidupan pasangan Mohd Suhaimi Saad dan Nor Diana Mohd Naim turut berubah. Bukan saja memberi gelaran baru buat mereka, tetapi turut meletakkan keduanya ke dalam fasa baru kehidupan berkeluarga.

Baru kini mereka tahu bagaimana perasaan seseorang yang bergelar ibu dan ayah. Dan, baru kini juga mereka merasakan betapa besarnya tanggungjawab sebagai ibu dan ayah terhadap anak yang dianggap sebagai amanah dari Allah.

Selepas lebih dua bulan menggalas gelaran itu, Suhaimi dan Nor Diana atau Ina sedia berkongsi pengalaman, bercerita detik manis bersama si kecil yang comel itu.

Cerita Suhaimi, tempoh sepuluh bulan yang dilalui iaitu sejak anaknya itu masih lagi di dalam kandungan, dia begitu bersyukur kerana belum lagi diberi ujian yang hebat.

"Alhamdulillah, setakat ini kehidupan berumahtangga semuanya berjalan dengan lancar dan bergelar bapa sudah semestinya memberikan pengalaman paling manis buat saya. Diakui, baru kini saya menyedari erti pengorbanan seorang bapa kepada anaknya.



BANGGA: Suhaimi dan Hisham berkolaborasi menerbitkan album Kalamak.


"Kalau dulu saya tak berapa faham, kini selepas melaluinya sendiri barulah saya tahu mengapa ibu bapa kita sebelum ini begitu berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anaknya. Walaupun ada yang tidak mampu, namun mereka tetap juga usahakan supaya anak mereka sama seperti anak orang lain," katanya dalam nada teruja.

Enggan meletakkan tanggungjawab menguruskan anaknya itu sepenuhnya di bahu Ina, Suhaimi berkata ada kala dia turut menyinsing lengan membantu isterinya.

"Mana-mana yang boleh saya bantu itu, saya bantulah. Cuma waktu menyusu saja tak boleh bantu sebab Ehmad menyusu badan," cerita Suhaimi berseloroh.

Tambah Suhaimi, walau penat macam manapun, dia tetap akan melayan keletah anak lelakinya itu.

"Kalau dulu setiap kali pulang dari bekerja, saya berehat dan terus tidur. Tetapi kini, walau penat macam manapun, saya tetap memberikan tumpuan padanya. Apabila tengok muka dia, masalah yang ada boleh hilang.

"Malah, kalau waktu malam, masa tengah tidur pun tangan saya akan menepuk-nepuk badannya. Itulah perasaan paling indah yang saya alami sejak bergelar bapa ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya berjudul Kalamak di Restoran Puteri, Sungai Penchala Kuala Lumpur, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Strategic Communication Sdn Bhd, Mohd Hisham Abu Lasi iaitu syarikat yang menjalankan kerjasama dengan Suhaimi untuk menerbitkan album itu.

Ditanya apakah dia tidak kekok untuk melakukan tugas menguruskan bayi, jelas Suhaimi perkara itu bukanlah sesuatu yang baru buatnya.

"Sebelum ini saya mempunyai seseorang yang boleh dianggap sebagai anak angkat saya. Dia anak kepada bekas majikan saya. Namanya Muhamad Hanif Ikhmal Mohd Hashim yang sekarang sudah berumur lima tahun.

"Dia boleh dianggap sebagai anak angkat saya. Jadi pengalaman menjaga dan membesarkan dia selama dua tahun membuatkan saya tidak kekok menjaga anak sendiri,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2008 08:57 AM | Show all posts

Reply #1600 chekshu's post

macam tu pulak

legalah sikit dlm kekalutan fikiran ni
sbb aku tak kaki kelentong ..   tq cheksu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 08:59 AM | Show all posts

Reply #1602 niy's post



tu lah kan
kita memang payah nak paham
sebab tak kita tak reti nak kelentong macam politician tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by niy at 2-7-2008 08:23 AM
suhaimi junior = Ehmad Hadie El Fardie



tajuk artikel ni ttp mengancam.."Ina bertuah dapat Suhaimi"

nak perli seseora ...

sweet la,teringat pula thread hangat ina naim yang aku buka dulu kat gossip
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:03 AM | Show all posts

Reply #1601 chekshu's post

aku faham kenapa cheksu nak

sabar cheksu
ini sebahagiannya angkara wartawan
cerita ginipun nak jaja saentaro tanah malaya

budus betul :@

yg kosmo punya tahan sikitlah... byk juga cerita pasal album suhaimi... walaupun ada part yg tak perlu langsung
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:04 AM | Show all posts

Reply #1601 chekshu's post

orang kata suhaimi ni hensem kalo tengok live.ye ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 2-7-2008 09:02 AM

sweet la,teringat pula thread hangat ina naim yang aku buka dulu kat gossip


cray ke yg bukak thread tu?
now, muka ina naim dah kembali kpd asal
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:07 AM | Show all posts

Reply #1607 niy's post

haah aku le tu,zaman buku catatan duka tu,tak tahan wey terpaksa buka terus thread
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:07 AM | Show all posts

Reply #1606 crayzee's post

ye ke? mungkin aku ter'miss' komen tu.. kat bod gosip ke?

nampak mcm suhaimi ni ada masalah rambut jer..
masalah mcm ekin AF3 ...
ampun kalau salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2008 09:09 AM | Show all posts

Reply #1605 niy's post

tQ sebab memahami...

aku kalo bab pompuan sekor ni
memang aku akan bias... prejudis segala

aku menyampah dengan cara dia dulu
dok bukak cerita aib segala :@  
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:10 AM | Show all posts

Reply #1606 crayzee's post

hensem???

mawi yg semak-samun muka dia sekarang jauh lagi hensem
dari mamat biol muka mat bangla ni hokay!

<laki aku
jauhhhhh lagi hensem dr mamat biol nihhhh!>
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:11 AM | Show all posts

Reply #1610 chekshu's post

sabar cheksu.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:12 AM | Show all posts


Berseri-seri wajah Ina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.129420 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list