Penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah telah melancarkan klip video untuk single terbarunya, 'Aku Maafkan Kamu' yang menampilkan Malique sebagai artis undangan. Namun untuk klip video ini, kelibat Malique tidak kelihatan sebaliknya diganti oleh pelawak, Zizan yang 'menyanyikan' bahagian yang sepatutnya dinyanyikan oleh Malique. Aku Maafkan Kamu dipetik daripada album terbaru Jamal Abdillah yang berjudul 'Raja Pop 2'.