CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 19-8-2015 06:13 PM | Show all posts
lurve82 replied at 19-8-2015 01:21 PM
ooo hafia tu ku iz la eh....apo la...poneng hakak...ni lg 1 jantan sewel...

tengku hafiz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2015 06:14 PM | Show all posts
miznieda replied at 19-8-2015 02:38 PM
tt...name penuh ku iz ape?

Tengku Hafiz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-8-2015 07:59 PM

Bunga bungaan cantik berwarna warni tumbuh meliar dipetik lalu disimpan didalam bakul yang dibawa bersama. Niat untuk menggubah kemudian dan dijadikan hiasan rumah agar sejuk mata memandang.

Sekurang kurangnya tidaklah Jie jemu duduk diam tanpa berbuat sesuatu. Dapat menambah kreativiti diri juga.

Shahrul menghalang Jie dari melakukan sebarang kerja rumah hatta menyapu sampah dihalaman sekalipun. Diri dilayan seperti puteri raja. Bosan namun Jie akur. Shahrul inginkan Jie berehat saja.

Shahrul memang lelaki yang baik ! Sempat memuji dalam hati.
Masakan tidak, Shahrul seboleh mungkin cuba memenuhi kemahuan Jie.

Jie bersyukur kerana Shahrul ditakdirkan untuk menemani kala diduga begini.

"Sayang.."

Shahrul menarik Jie untuk duduk dipangkuan. Mengusap perut Jie. Mata memerhati jika ada pergerakan bayi. Teruja.

"Kalau baby ini lelaki sayang nak letak nama apa?"

Kalau dulu Rayyan pernah memanggilnya begitu. Kini bila Shahrul pula menyeru panggilan sama Jie jadi keliru seketika. Adakala bimbang diri jatuh cinta pada Shahrul.

Go with the flow.. Kata hati berbisik.

Jie senyum kemudiannya sambil mata melirik ke arah Shahrul. Bersandar di dada lelaki itu sambil membiarkan saja Shahrul menggenggam erat jari jemari.

"Erm.. Entah ! Tak sempat nak google lagi.." Jawapan bersahaja diberi. Jie sendiri masih buntu memikir nama sesuai.

Shahrul gelak mendengar. Mencuit hidung Jie.

Gurau senda terhenti melihat kedatangan Mak Dara dan Pak Akub. Jie bangkit bersalaman. Shahrul juga begitu. Tanda hormat orang lebih berusia.

"Bertuah kamu Najiha.." Mak Dara menyentuh bahu Jie.

"Shah sanggup bersekang mata menjaga kamu semalaman.. Sayang benar dia pada kamu !"

Jelas terpancar kebimbangan di wajah Shahrul sewaktu melihat Jie tidak sedarkan diri.

"Siapa tak sayang isteri, Mak Dara.. Bukan senang nak dapatkan dia.. Orang cantiklah katakan.."

Mata Shahrul leka memerhatikan Jie disebelah. Berniat mengusik. Wajah Jie dilihat memerah. Segan mungkin.  


"Kalau dah jodoh.. Dulu Pak Akub pun apa kurangnya..Terpaksalah berebut nakkan Mak Dara kamu.. Alhamdulillah dapat juga akhirnya ! Kekal bersama sampai sekarang.."

Giliran Pak Akub pula membuka rahsia lama. Memeluk erat Mak Dara. Itulah cinta sejati baginya.

"Tapi nak buat macam mana, Mak Dara ni mandul.. Kesian Pak Akub tak berzuriat. "

Mak Dara kesal kerana gagal menghadiahkan cahaya mata buat suami tercinta. Titis jernih merembes.

"Ayang jangan cakap macam tu ! Abang bersyukur dapat hidup dengan Ayang.. Tak mahu sedih sedih.. Malulah Shah dengan Najiha kan ada ni.."

Pak Akub memujuk isterinya. Faham benar kekecewaan yang ditanggung Mak Dara. Pernah Mak Dara memaksa Pak Akub untuk bernikah dua untuk mendapatkan zuriat, namun Pak Akub sendiri menolak. Enggan melukakan hati isteri tercinta.

"Mak Dara dah anggap Najiha dan Shah macam anak sendiri.. Janji kalian takkan berpisah dan sentiasa bersama dalam suka atau duka.."

Melihat kasih sayang antara dua anak muda dihadapannya, Mak Dara yakin kebahagiaan abadi bakal menjadi milik mereka. Tambah pula dengan kehadiran zuriat pengikat kasih Jie dan Shahrul.

Jie tersentak. Sayu dirasakan tiba tiba. Andai saja Pak Akub dan Mak Dara tahu kebenaran..

"Jangan risau, Mak Dara, Pak Akub.. Doakan jodoh kami kekal sehingga ajal menjemput..."

Lidah Shahrul lancar sahaja bertutur begitu.

"Pak Akub dan Mak Dara doakan Shah dan Najiha bahagia bersama dunia akhirat.. Dapat anak comel comel dan dimurahkan rezeki.. Amin !"

Meski baru mengenali Shahrul, hati tua Pak Akub sangat menyenangi karakter anak muda itu. Berharap sangat Shahrul sudi menerima pelawaannya untuk menetap disini.

Amin ! Mudahan mudahan kita dapat bersama selamanya...

Shahrul mengaminkan doa Mak Dara dan Pak Akub dalam hati. Tiada yang mustahil dengan izin-Nya. Maka jadilah ia.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 19-8-2015 10:17 PM

Duduk berbual santai ditepi air terjun. Sesekali hilai tawa kedengaran gamat. Kegembiraan jelas terukir meski dalam keadaan serba kekurangan. Burung burung berkicauan riang diudara.

Mak Dara serta Pak Akub meminta diri untuk pulang meninggalkan Shahrul dan Jie berduaan. Berpesan kepada Shahrul supaya bertandang ke rumah sebentar lagi.

"Syok kan duduk dekat sini sayang.. Kalau nak makan ulam petik saja depan rumah.. Kalau teringinkan buah, pergi kebun.. Padi pun tuai sendiri.. Abang suka macam ini.. Tenang !"

Sungguh Shahrul terpikat dengan kehijauan kampung ini. Dapat menghirup udara segar. Cuaca juga sentiasa teduh. Berbeza dengan suasana di kota.

Jie mengakui kebenaran kata kata Shahrul. Pasti diri akan merindui kedamaian kampung apabila pulang ke kota kelak.

"Kalau ada kamera, at least kita boleh ambil gambar untuk buat kenangan.."

Satu keluhan dilepaskan Jie. Ralat kerana gagal mengabadikan panorama indah disini.

Shahrul melangkah setapak mendekati Jie. Memeluk mesra.

"Semua memori berharga tersimpan disini.." Mencapai tangan Jie lalu diletak ke dada. Petanda segala saat berdua akan kekal bersemadi dalam diri. Buat selamanya.

"Abang cintakan sayang !"

Bisikan halus menampar cuping telinga Jie.

Sejenak diri terpana. Lidah kelu untuk berbicara. Hanya mata mengungkap rahsia hati.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 11:08 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 19-8-2015 11:13 PM

Puas berkelah tadi mereka ke mari pula. Menikmati petang di bendang. Padi melambai berayun mengikut gerak angin. Shahrul mengupas kulit mangga muda yang dipetik di kebun lalu dihiris halus. Menghulurkan hirisan buah kepada Jie. Kicap bercampur cili padi menambah keenakan.

"Khas untuk Mahsuri Celup tersayang.. "

Shahrul menyakat. Suka melihat wajah Jie bertukar masam mencuka. Tetap cantik dipandang.

"Abang tahu tak, kalau Sayang lah Mahsuri, Sayang sumpah Abang jadi air cond.. Boleh letak dekat rumah.. Barulah sejuk !"

Rumah milik Pak Akub yang mereka duduki memang agak bahang diwaktu malam walau struktur binaan adalah berasaskan kayu.

Pada mulanya Jie kekok membahasakan diri 'sayang' dan memanggil Shahrul sebagai 'abang'.

Namun memandangkan Shahrul menginginkan mereka menggunakan panggilan manja sepanjang disini, Jie turutkan saja.

Lagipula Jie ingin membuat Shahrul bahagia. Lelaki itu sudah banyak bersusah payah untuk dirinya. Giliran Jie membalas budi. Asal tidak melebihi batasan.

"Jangan risau Sayang.. Demi sayang, abang sanggup jadi tukang kipas seumur hidup.." Terkekeh ketawa.

Jie malas mempedulikan Shahrul. Ralit mengunyah mangga muda dicicah kicap. Sedap.

"Comotlah Sayang ni makan.."

Shahrul mencapai sapu tangan lalu dikesat ke bibir Jie yang terkena kicap. Jie tersipu malu.

Senyuman mekar dibibir Shahrul. Bahagia menjalani detik ini.

Hati berat untuk pulang. Kalaulah mereka boleh terus menetap disini.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 19-8-2015 11:49 PM

Bab 67

Tengku Safiah senang melihat hubungan baik antara Lily dan Zack. Sejak kemunculan Lily, Zack tampak lebih bersemangat meneruskan sisa hidup. Anak bongsunya mula mengambil tahu kebajikan Si Kembar. Hanya sedikit masa saja lagi diperlukan supaya Zack kembali ceria dan melupakan kenangan Najiha.

"Kenapa perempuan itu ada dekat sini, Mama?"

Zeeta terkejut melihat Lily sedang bermain piano disamping Zack.

Baru seminggu berkenalan dan Zack membawa wanita itu menghabiskan masa bersama di Villa Safiah? Sukar dipercayai !

Malah, Zack nampak semakin ceria. Mungkin sudah dapat melupakan Jie. Tebak Zeeta.

"Azim dengan Juwita datang melawat Zaf. Lily tu pun ikut sama lah. Tapi Juwita dan Azim tengah berborak dengan Papa dekat taman.."

Jawapan Tengku Safiah melegakan Zeeta. Meminta diri untuk pamit menemui Zack.

Tengku Safiah hanya angguk, setuju. Merenung saja langkahan Zeeta.

"Hi Zafrey.."

Zeeta senyum menggoda. Menjeling sekilas ke arah Lily. Menyampah.

"Hi Zeeta.. You datang seorang ke? Danish mana?" Zack mencari bayangan Danish.

"Danish ada dengan Zul.."

Memang hari ini adalah giliran Danish untuk bersama Umi dan Abi Zulkarnain.

"Oh ya, kenalkan ini Lily.. Lily this is Zeeta.."

Zack memperkenalkan kedua wanita itu.

Lily senyum seraya menghulur tangan bersalaman.

Zeeta menyambut endah tak endah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-8-2015 12:30 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-8-2015 12:35 AM

Ada agenda tersembunyi disebalik tujuan mengajak Lily turut serta melawat Zack. Azim hanya ingin kedua insan itu berkenalan dengan lebih rapat.

Mudah untuk mereka berkongsi derita memandangkan Lily dan Zack senasib.

Hal ini kerana, Lily baru saja kehilangan Shahrul manakala Zack masih lagi meratapi pemergian Jie. Azim yakin masa akan menyembuhkan luka dihati mereka.

Berharap sinar bahagia menerangi hidup kedua insan yang dilanda ujian itu.

Juwita pula simpati melihat keadaan Rayyan. Jelas terpancar kesengsaraan di mata. Hanyut dalam dunia sendiri. Meracau memanggil nama Jie.

Pilu apabila mengenangkan nasib malang menimpa Jie. Juwita takkan lupa jasa baik Jie membebaskannya dari neraka dunia. Memaafkan segala dosa.

Hingga kini sukar percaya Jie sudah tiada lagi didunia. Wanita sebaik Jie menjadi mangsa dendam kesumat.

Justeru, hanya doa mampu dipohon semoga roh Jie tenang bersemadi disana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-8-2015 07:47 PM

Kehadiran Zulkarnain menerbitkan tanda tanya dalam benak Ku Iz. Penat memandu jauh membuatkan badan keletihan. Kantuk makin dirasakan.  Baring di atas tilam empuk. Niat untuk melelapkan mata terbantut. Ku Iz segera turun semula ke ruang tamu untuk menemui Zulkarnain.

"Mana kau sorokkan Jiha?!"

Zulkarnain terus menghampiri Ku Iz yang sedang menuruni tangga. Kesabaran kian tipis.

"Apa kau mengarut ni? Jiha kan dah tak ada.."

Ku Iz menyoal hairan. Masakan Zulkarnain juga seperti Zack. Hilang akal sehingga menganggap Jie masih bernyawa sedangkan Jie sudah mati.

"Jangan nak menipu, Hafiz ! Aku tahu kaulah dalang sebenar menculik Jiha.. Jiha masih hidup ! Mayat itu bukan dia !"

Zulkarnain tambah emosi melihat raut wajah keliru Ku Iz.

"Kalau mayat tu bukan Jiha.. Mana Jiha sebenarnya ?!"

Ku Iz jadi penasaran.

"Cukuplah dengan lakonan kau ! Mana kau sorokkan Jiha?"

Zulkarnain mengulang soalan yang sama. Menggenggam penumbuk. Tunggu masa untuk meluah kemarahan.

"Serius aku tak tahu !! Kau tuduh tuduh aku ni kenapa?!"

Tingkah Zulkarnain agak keterlaluan. Menuduh Ku Iz menyembunyikan Jie. Sudahlah sedang kepenatan, terpaksa pula menghadap tuduhan Zulkarnain.

"Kau jangan nak menipu lah, Hafiz !!"

Lantaran marah Zulkarnain menyerang Ku Iz.

Tak sempat mengelak. Mereka bergelut. Tiada siapa mahu mengalah. Ego menebal dalam diri.

Ada masa Ku Iz nampak berjaya menumpaskan Zulkarnain. Namun  Zulkarnain lebih mendominasi pergaduhan. Cuma Ku Iz pantang mengalah.

Ruang tamu berselerakan. Habis semua perhiasan kaca berkecai.

Ku Iz terduduk lemah. Sepakan dari Zulkarnain mengenai rusuk. Melemahkan.

"Kau boleh bunuh aku, Zul ! Tapi percayalah aku tak ada kaitan dengan kehilangan Jiha.. Macam mana kau sayangkan Jiha, aku pun sama.. "

Lelah menahan kesakitan. Mata Ku Iz terpejam. Rapat.

"Hafiz..."

Zulkarnain dilanda perasaan bersalah. Menghampiri Ku Iz. Jantung berdetak kencang. Menyentuh pergelangan tangan temannya untuk mengesan denyutan nadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2015 05:36 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-9-2015 01:00 AM

Saat terakhir untuk mereka menghabiskan masa bersama. Shahrul resah memikir. Berbulan duduk bersama Jie , selepas ini mereka perlu kembali ke kehidupan asal. Shahrul mungkin akan mengahwini Lily. Perlu belajar untuk menyesuaikan diri tanpa Jie disisi. Satu keluhan terluah. Tak sedar menghampiri Jie lalu memeluk erat. Mungkin ini kali terakhir wanita itu berada dalam dakapannya.

"Kita nak berangkat sekarang.. Abang dah minta tolong Pak Akub untuk tunjuk jalan ke bandar.  Abang akan simpan kenangan kita dekat sini sampai mati. Thanks for everything, sayang !"

Walaupun Pak Akub memujuk supaya mereka tinggal saja disini sehingga Jie selamat melahirkan, Shahrul tidak tega memungkiri janji yang terucap pada Jie. Cukuplah Jie sudi menemani selama ini. Shahrul bahagia menikmati hidup disamping Jie. Lagipula Jie masih isteri orang. Cuma hati adakala tamak. Masih tak puas bersama.

"Sayang sepatutnya cakap macam tu pada abang. Thanks sebab jaga sayang dan baby dalam kandungan sayang.."

Agak sebak kerana Jie tahu selepas ini status antara mereka bakal jadi pemisah. Tunang dan isteri orang tak mungkin bersama. Kadang Jie keliru dengan perasaan sendiri.  Rasa bersalah pada Zack. Jie yakin cinta dalam hati kekal milik Zack. Barangkali Zack jauh dari sisi. Maka Shahrul yang berada dekat dimata sedikit sebanyak membuat Jie goyah.Tambah pula dengan sikap penyayang dan prihatin Shahrul. Tunang Shahrul bertuah mendapat lelaki sebaik Shahrul. Sempat berdoa agar Shahrul hidup bahagia buat selamanya.

Enggan tunduk pada emosi Jie bangkit seraya senyum ke arah Shahrul.

"May be kita kena switch balik panggilan antara kita.. Takut tersasul pulak nanti.." Jie gelak. Menyembunyikan getaran didada. Sebak.

"You will be my sayang forever ! Well, semoga sayang bahagia dengan Zack !" Shahrul ingin sekali mengekalkan panggilan antara mereka, namun apalah daya.. Jie ditenung. Sayu.

"Thanks, Shah ! Jangan lupa jemput I bila you kahwin nanti.. Boleh I jumpa bakal wife you.. You tak pernah kenalkan tunang you pada I.."

Jie segera mengubah topik.

"Insya Allah !"

Shahrul tersenyum pahit.

"Sayang.. Kalau Zack tak pernah wujud dalam hidup sayang, adakah abang berpeluang untuk pikat hati sayang?"

Soalan itu sepatutnya Shahrul tanyakan saat di Ohio dulu. Sayangnya tiada keberanian dalam diri menyebabkan Shahrul hanya mampu memendam rasa.

Entah kenapa Jie jadi dejavu. Pertanyaan Shahrul mencetus suatu peristiwa dalam fikiran. Satu bayangan samar menerpa diminda. Kepala pusing. Pandangan mata berpinar pinar.

Jie terus rebah tidak sedarkan diri !
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la jie..
  dah dok berduaan dgn shahrul.. Cuma blom zina aje lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 06:47 PM | Show all posts
fizamn replied at 21-8-2015 06:40 PM
Dah la jie..
  dah dok berduaan dgn shahrul.. Cuma blom zina aje lagi....

blh lak shahrul thn nafsu puih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 25-8-2015 07:04 PM

Taufik gelak besar. Pasti Hareez sukakan idea menarik yang bermain difikiran. Mempermainkan hidup Najiha. Itu lebih baik faripada mengotorkan tangan membunuh ramai nyawa. Risiko untuk ditangkap juga tiada.

"Bro.. kerja kau tak settle lagi ! Jangan ketawa sangat lah !"

Satu suara menegur sinis. Berang kerana Zulkarnain masih bernyawa. Taufik gagal menyempurnakan arahannya.

Hareez bengang. Memandangkan Taufik itu teman baik maka segala kemarahan dipendam.

"Rileks, brother ! Aku ada idea ! Peluang cerah untuk kau dapatkan Najiha kesayangan kau tu tanpa perlu membunuh sesiapa.. Semua orang akan benci dia dan husband dia sendiri mesti ceraikan dia. Kau tengoklah nanti .."

Ada satu rancangan jahat ingin diutarakan oleh Taufik.

"Maksud kau?! Kau dah dapat maklumat Najiha dekat mana ke? Dia selamat, kan?"

Hareez teruja untuk tahu.

"Dia selamat dengan mamat tu.."

Taufik menghulurkan beberapa keping gambar. Segala pelakuan Shahrul dan Jie berjaya dirakam. Berguna untuk mengenakan Jie semula.

"Perempuan ini memang macam sial ! Kau rasa dia dah tidur ke dengan mamat tak guna ni?!"

Angin satu badan Hareez melihat.  Amarah membara melihat kemesraan Jie disamping Shahrul meski hanya melalui gambar. Ternyata Jie bukan sebaik yang disangka. Sudah bersuami tetapi masih saja curang.

"Sejauh mana hubungan Najiha dengan mamat ni aku tak tahu ! Tapi kalau kau yang bukan suami dia pun marah tengok gambar gambar ni.. Agak agak apa reaksi Zack bila nampak gambar ni? Kau dapat baca tak apa yang ada dalam pemikiran aku?"

Taufik sengaja menduga. Memancing reaksi Hareez.

Hareez kerut dahi. Memikir. Keliru dengan Taufik.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 02:47 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 22-8-2015 04:09 PM

"Kita kena patah balik ke banglo tu !!"

Jie bersuara sebaik saja terjaga dari pengsan.

Ternyata masa silam kelam masih menyelubungi diri. Pertanyaan Shahrul tadi pernah ditanyakan oleh seseorang suatu masa dulu. Dan kini baru Jie sedar. Barangkali ada janji lama yang sudah dilupakan. Satu wajah samar menerpa ingatan.

"I memang jahat, Shah !! I banyak hancurkan hati orang yang sayangkan I !!"

Jie tahu saat pembalasan untuk semua dosa silam makin mendekat. Bukan salah lelaki itu jika masih menagih janji. Khilaf Jie kerana lupakan semua begitu saja.

"Please Sayang.. Kenapa ni?" Cuba memujuk Jie yang keresahan.

Shahrul gusar melihat Jie. Sudahlah tak semena pengsan. Tiba tiba mengajak mereka kembali ke banglo tempat mereka dijadikan tahanan dulu. Satu kerja gila bagi Shahrul !

"I kena hentikan semua ini, Shah! I rasa I kenal siapa penculik kita ! I nak jumpa dia.."

Jie bingkas bangun. Tergesa gesa. Malangnya langkah tersadung lantai kayu terbongkah. Terjelepuk jatuh tanpa sempat ditahan oleh Shahrul.

"Are you okay, sayang?!"

Shahrul pantas bangkit mendapatkan Jie. Cemas. Berderau darah Shahrul melihat keadaan Jie.

Wajah Jie pucat lesi. Perut merasa sakit teramat. Cuba bertahan namun longlai. Rebah semula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 22-8-2015 06:01 PM

Viana membantu Zulkarnain menuam lebam di wajah menggunakan beg ais. Masak benar dengan sikap panas baran lelaki ini. Walaupun mudah marah sehingga terlibat dalam pergaduhan namun Zulkarnain mempunyai tahap kesabaran tinggi bila melibatkan kaum hawa. Prinsip hidup takkan sesekali mengasari wanita kekal dipegang.

"Thanks Vee ! I tak tahu kenapa I boleh bertindak gila macam tu.. I risaukan Jiha.."

Zulkarnain melahirkan kekesalan diatas keterlanjuran perbuatannya tadi.

Mujur, Ku Iz berada dalam keadaan stabil. Enggan dirawat dihospital.

Namun, doktor peribadi yang merawat Ku Iz mengatakan lelaki itu tidak mengalami sebarang cedera parah. Lebam dan luka luka biasa.

"I tak tahu Papa Cu besarkan hal ini ke tak.. Tapi you jangan risau Zul.. I akan sentiasa support you.. I tahu you buat semua ini sebab adik I.."

Viana merujuk kepada Tengku Azhan, yang tampak emosi sewaktu Viana dan Khalid melawat tadi. Papa Cu marah melihat anak sulungnya lunyai dibelasah Zulkarnain. Dato' Hanafi cuba meyakinkan Tengku Azhan supaya melupakan perselisihan faham antara Zulkarnain dan Ku Iz. Meminta Tengku Azhan mengambil tindakan bijak. Bimbang hubungan Tengku Azhan dan Abi Zulkarnain juga berantakan.

Jika konflik ini diperbesarkan, Daddy bimbang hubungan perniagaan yang terjalin sekian lama bakal musnah.

Andai Tengku Azhan berkeras membawa perkara ini ke tengah, Viana juga ada cara sendiri untuk membantu Zulkarnain.

"Kalau bukan Hafiz sorokkan Jiha, siapa dalangnya, Vee?"

Zulkarnain meraup wajah. Bingung.

"I dah dapat maklumat lokasi Shahrul dan Jie dibawa selepas diculik. Kalau you nak join I belasah orang malam ni, kita jumpa dekat sini tepat 10 malam.."

Itu adalah tujuan utama Viana mengajak Zulkarnain ke mari. Jauh dari kecurigaan. Khalid memang jarang sekali menjejakkan kaki ke rumah Faridah.

Memandangkan Khalid kini masih berada di kediaman Ku Iz. Viana sudah meminta izin dari Khalid untuk menghabiskan masa bersama Faridah. Mudah untuk Viana bergerak bebas.

"Mana you tahu?"

Segala kekusutan tadi hilang serta merta. Zulkarnain kembali fokus. Bersemangat semula. Misi utama adalah untuk mencari kebenaran tentang Jie.

"I dapat tangkap seorang penyangak dalam rakaman kamera kereta Shahrul dan paksa dia bocorkan semua rahsia..Taufik minta dia culik Jie dan Shahrul.. Hantar ke sebuah banglo terpencil.. Itu saja maklumat baru buat masa ini."

Selepas melalui beberapa fasa siksaan, penjahat itu memberikan kedudukan tepat banglo yang dimaksudkan. Viana yakin dapat menjejaki Jie dan Shahrul. Pasti adiknya masih bernyawa.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 06:33 PM | Show all posts
Bidan diundang untuk merawat Jie mengesahkan Jie dan anak dalam kandungannya stabil. Alhamdulillah tiada berlaku sebarang  pendarahan. Meminta Jie berehat sehingga saat melahirkan. Bimbang berlaku perkara tak diingini.

Shahrul akur dengan segala nasihat yang diberikan oleh Mak Bidan. Mengusap rambut Jie.

"Ni ubat akar kayu untuk pulihkan tenaga dan lancarkan perjalanan darah.. Shah, jangan lupa bagi isteri minum nanti.."

Mak Dara mengingatkan Shahrul sebelum berlalu bersama bidan. Pak Akob juga meminta diri untuk pulang. Lega melihat Jie selamat.

"Sayang rehatlah dulu.."  

Shahrul menghalang Jie dari bangun. Membetulkan kedudukan bantal. Meminta Jie untuk baring semula.

"Sayang tak sedap hati, abang.."

Sedari tadi Jie berdebar tak semena. Trauma untuk menghadap segala dendam. Naluri menyatakan musuh bakal muncul bila bila masa.

"Perasaan saja tu sayang.. Abang yakin lelaki psiko tu takkan jumpa kita disini.. Yang penting sayang tenangkan fikiran.."

Buat masa sekarang Shahrul yakin mereka berada dalam keadaan selamat. Mustahil musuh boleh menjejak jauh ke dalam belukar ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 04:11 PM

Lily teruja menerima pelawaan makan malam dari Tengku Safiah. Dapat melawat Rayyan dan dalam masa sama boleh meluangkan waktu bersama Zack. Pernah menemui si Kembar sekali. Berharap Danny dan Daryl turut serta. Hati memang terpaut sayang pada si Kembar. Kebijakan Daryl dan kelincahan Danny menghiburkan.

Walau mudah untuk Lily bermesra dengan Danny namun Daryl agak sukar didekati. Tidak seperti Danny yang memanggil Lily sebagai Mommy meski pertama kali bersua, Daryl hanya menggelarnya sebagai Aunty.

Itu bukan masalah kepada Lily. Faham mungkin Daryl masih terkesan gara gara kehilangan ibu kandung dalam usia sangat muda. Maka sukar menerima hakikat itu.

"Sorry buat Lily tunggu lama.."

Sapaan Tengku Safiah membuat khayalan Lily terhenti. Berpaling ke arah Tengku Safiah.

"Tak apa Aunty.. Lily tak kisah ! Lily pun bukan ada hal malam ini.."

Bekerja dengan agensi modelling membuatkan Lily selalu sibuk mengatur jadual penggambaran dan pertunjukan fesyen model model jelita dibawah seliaannya.

"Aunty baru balik dari rumah anak saudara Aunty. Cedera sebab diserang.."

Tengku Safiah bercerita tanpa diminta.

"Teruk ke Aunty?"

Lily bertanya, prihatin dengan nasib anak saudara Tengku Safiah. Dewasa ini memang banyak kes jenayah berlaku. Manusia makin hilang kewarasan agaknya. Sempat Lily menganalisis dalam hati.

"Nasib baik luka luka ringan.. Marilah kita makan dulu.. Hari ini Aunty suruh orang gaji Aunty masak special untuk Lily.. Uncle dah tunggu kita dekat meja makan.. Zaf dengan si kembar tengah main game dalam bilik. Kejap lagi turunlah tu..."

Tengku Safiah malas bercerita lanjut mengenai peristiwa yang menimpa Ku Iz. Marahkan Zulkarnain yang suka mencari pasal. Memikirkan besannya Dato' Hanafi menganggap Zulkarnain seperti anak sendiri maka kemarahan terpaksa dipendam.

Lantas menarik lengan Lily menuju ke dewan makan. Mereka berjalan beriringan. Kemesraan terjalin erat meski baru berkenalan.

Lily hanya menurut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2015 11:20 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 01:08 AM

Imej imej dalam whatsapp yang diterima oleh Zack membuat jantung hampir gugur. Nombor telefon penghantar tiada dalam senarai kenalan. Pasti datang dari seorang tidak dikenali. Selera untuk makan malam hilang. Perasaan bercampur baur. Gembira dan kecewa. Silih berganti.

Mesej tertulis dibaca. Zack sukar percaya.

Shahrul yang rancang penculikan dan pemalsuan kematian isteri kau sebab dia ada hubungan sulit dengan Najiha. Isteri kau curang terhadap kau. Gambar gambar ini semua sebagai bukti. Najiha masih hidup dan sedang berbahagia dengan kekasih gelap dia. Kalau kau nak tahu mana mereka bersembunyi, call aku.

Tubuh Zack lemah longlai. Memikir logik Shahrul sanggup mengkhianati persahabatan mereka sebegitu rupa. Pilu mengenang isteri yang dicintai sepenuh hati tega meninggalkan dirinya dan zuriat mereka terkontang kanting untuk bersama Shahrul.

"I ada benda nak tunjuk you !" Nada suara Zack agak keras.

Tanpa menghiraukan Tengku Safiah dan Tan Sri Isa, Zack menarik tangan Lily supaya menuruti langkahnya.

Lily pelik dengan tingkah Zack namun tidak membantah. Meminta diri untuk meninggalkan meja makan. Tengku Safiah hanya senyum, memberi izin.

Zack segera menghubungi Azim. Nampaknya mereka perlu berjumpa untuk berbicara. Azim perlu tahu tentang perkara ini kerana ia melibatkan abang kandungnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 31-8-2015 04:41 PM

Ternyata usaha Viana sia sia. Banglo terpencil yang diserbu oleh mereka kosong. Tiada tanda berpenghuni. Zulkarnain mengarahkan Viana dan beberapa orang suruhan Daddy meninjau kawasan berhampiran manakala Zulkarnain sendiri akan masuk ke dalam memeriksa.

Setelah pasti banglo tidak berpenghuni, Zulkarnain segera merempuh pintu. Gagal untuk membuka. Menembak bertalu talu ke arah kunci sebelum menyepak kuat. Pintu berjaya dibuka. Zulkarnain melangkah masuk pelahan lahan. Bersiaga.

Mata melilau melihat hiasan dalaman banglo itu. Kagum sejenak menatap kecantikan terpapar didalam. Kaki tersepak sesuatu dibalik pintu. Zulkarnain tunduk mengutip. Sebuah beg duit kulit berwarna hitam. Segera membuka untuk melihat isi didalam. Kad pengenalan milik Shahrul ! Bermakna benarlah ini banglo tempat Shahrul dan Jie dijadikan tawanan. Ada kebarangkalian dompet ini jatuh sewaktu Shahrul dibawa ke mari. Akal Zulkarnain mencerna.

Sementara di halaman luar menghala ke arah hutan, Viana terpandang sesuatu dibalik rumput. Sapu tangan berwarna merah. Minda mengingati isyarat rahsia antara mereka dua beradik.

Jika berlaku kesukaran, tinggalkan petanda. Viana dan Jie memilih sapu tangan sebagai medium meninggalkan pesan. Mungkin Jie berjaya larikan diri ke arah hutan. Itu teori Viana.

Lantas Viana mengambil sapu tangan yang agak kusam. Mencari jahitan nama adiknya. Jumpa jalinan benang emas tersusun membentuk perkataan 'Jie'. Baik Jie atau Viana tidak akan lupa membawa sapu tangan milik mereka. Ditempah khas untuk mereka dua beradik.

Enggan membuang masa, Viana masuk ke dalam banglo untuk mendapatkan Zulkarnain. Ingin mengajak Zulkarnain meredah hutan mencari jejak Jie.

Jika benar Jie masih hidup, ada kemungkinan Jie berada didalam hutan dan kesesatan.

Vee akan cari Jie sampai jumpa ! Viana tekad untuk menjayakan misi pencarian ini. Berdoa Jie dalam keadaan selamat walau dimana saja berada. Begitu juga dengan Shahrul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 03:42 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-8-2015 03:46 AM

Azim kaget melihat paparan imej Jie dan Shahrul didalam skrin telefon bimbit Zack. Keduanya tampak bahagia menikmati masa bersama. Persekitaran dalam gambar diteliti. Barangkali Jie dan Shahrul berada dikawasan terpencil memandangkan kiri kanan diselubungi pohon nan merimbun. Satu lokasi sesuai untuk menyorok dari dikesan. Mungkin benar Jie dan Shahrul berhubungan sulit. Wujud prasangka difikiran Azim.

Mengenali Shahrul, abang sulungnya walau tampak moden agak berpengetahuan luas dalam bidang agama. Hal ini memandangkan Shahrul juga memiliki latar belakang pendidikan syariah. Mustahil pula Shahrul keliru membezakan baik buruk. Tidakkah Shahrul terlintas bertapa besar dosa menjalin hubungan dengan isteri orang ? Di tambah pula dengan status Shahrul sebagai tunangan Lily. Azim buntu memikir.

"Aku tak yakin Shahrul buat semua ini.. Lagipun Najiha bukan perempuan murahan macam tu.. Kenapa mereka nak jalinkan hubungan sulit? Ini perangkap, bro !"

Azim pasti ada penjelasan lain disebalik semua ini.

Zack serabut. Otak berbelit untuk mencerna fakta yang diterima. Sudah menghubungi nombor si penghantar whatsapp gambar isterinya dan Shahrul. Sakit hati mendengar kenyataan tadi.

Lily disisi berair mata. Memikir tergamak Shahrul melakukan semua ini. Cinta dan kesetiaan selama ini hancur musnah lantaran kecurangan Shahrul.

"Shah pernah cintakan Jie.. Tak mustahil ! Well, hati manusia boleh berubah, kan?"

Zeeta yang juga berada di Villa Safiah menyampuk tiba tiba. Sempat mencuri dengar perbualan tadi. Naluri ingin tahu membuat diri bertindak begitu. Sementelah melihat wajah serabut Zack dan air mata Lily.

"You jangan nak mengarut, Zeeta ! I kenal abang I !"

Azim tetap mempertahankan Shahrul.

"I cuma cakap benda betul saja.. Terpulang pada you nak percaya ke tak.." Selamba saja Zeeta berkata begitu sebelum berlalu masuk semula ke ruang tamu.

Sorakan bergema dalam hati kerana berjaya menimbulkan spekulasi negatif mengaitkan Jie dan Shahrul.

"Kita kena jumpa Shahrul dan Najiha.. Kau tahu mana mereka berada sekarang?"

Kata kata Zeeta membuatkan Azim juga resah. Pelbagai persoalan muncul menagih jawapan.

Zack angguk. Menunjukkan alamat yang diberikan oleh lelaki asing melalui aplikasi whatsapp. Mungkin Azim benar. Mereka perlu bertemu empat mata dengan Jie dan Shahrul untuk merungkai semua rahsia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 23-8-2015 06:16 AM

Hareez berjalan menjingkit menaiki anak tangga kayu. Mengatur langkah pelahan. Bimbang didengari oleh sesiapa. Pengikutnya sedang berada dilaman. Mengepung sekitar rumah. Mengawasi untuk mengelakkan tawanan mereka dari terlepas lagi.

Cuba mengumpil tingkap untuk membuka. Percubaan gagal kerana diselak dari dalam. Tiada pilihan lain. Hareez terpaksa menendang kuat dipintu. Nampaknya struktur binaan pintu memang teguh melindungi penghuni didalam. Sepakan kali kedua. Berharap usaha membuahkan hasil.

Telinga Shahrul menangkap kebisingan diluar rumah. Meminta Jie bertenang sementara mata mengintai dicelahan papan untuk mengawasi kedudukan musuh. Mujur pistol yang dirampas dari pengawal sewaktu mereka melarikan diri dari tawanan dulu masih ada. Sepucuk pistol diserah kepada Jie. Peluru penuh berisi. Shahrul bersedia dengan pisau ditangan. Menanti kehadiran musuh dengan penuh debaran. Walau nyawa sendiri tergadai, Shahrul rela demi memastikan Jie selamat.

"Najiha.. I tahu you ada dekat dalam.. Elok you keluar sebelum I yang masuk !"

Hareez bersuara setelah usaha untuk masuk gagal. Enggan berputus asa lalu mengarahkan pengikutnya merempuh dipintu. Beberapa kali rempuhan padu akhirnya membuatkan struktur pintu regang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terbuka luas.

Shahrul sudah lama menanti didepan pintu tangkas menikam musuh satu demi satu. Kemahiran menggunakan senjata tajam dimanfaatkan sepenuhnya. Kelincahan pergerakan memberi kelebihan pada Shahrul untuk menumpaskan lawan.

Hareez membiarkan saja para pengikutnya mengalahkan Shahrul. Menyusup laju ke dalam untuk mencari Jie. Memasuki bilik. Mata meliar pandang. Melilau disegenap ruang. Namun bayangan Jie gagal ditemui.

Demi terpandangkan tingkap yang terkuak,  Hareez bergegas meninjau.  Yakin Jie baru saja meloloskan diri. Samar melihat susuk tubuh Jie di dalam kegelapan malam sedang menghala pistol ke arah pengikutnya. Serentak itu, bunyi tembakan kedengaran.

Isyarat dari Jie. Shahrul mengira sehingga 5 kali tembakan bergema sambil mencuba mengalahkan lawan seramai mungkin.

Masa untuk bertindak. Segera mencapai andang. Memberi sepakan terakhir kepada musuh supaya berundur. Bekas berisi minyak tanah dicapai dan disimbah ke arah musuh. Sepantas kilat membaling pelita yang masih bernyala. Api laju menyambar bahagian lantai. Shahrul berlari menuju ke halaman depan. Kemudian, mengunci pintu dari luar. Membiarkan musuh terperangkap dalam rumah.

Jahanam !  Hareez mendengus marah.

Api makin marak menyambar seluruh ruang. Hareez segera terjun melalui tingkap. Langkah sumbang lalu terhempas ke tanah. Kepedihan merajai seluruh tubuh. Mengaduh kesakitan.

Nampaknya, Jie berjaya menumpaskan hampir kesemua pengikutnya. Tiada satu pun tembakan Jie tersasar. Semua mengenai sasaran. Mayat bergelimpangan disana sini. Ada yang terkena tembakan dikepala. Ada juga peluru menembusi dada. Bau hanyir darah menusuk ke hidung.

Shahrul menarik tangan Jie supaya melarikan diri. Mungkin ini tindakan gila. Hanya ada satu cara untuk pergi dari sini. Patah balik ke banglo tempat mereka ditahan dulu. Mungkin ada kereta atau kenderaan lain boleh digunakan.  

Jie dan Shahrul perlu cepat sebelum musuh berjaya memintas. Shahrul memaut Jie dibelakang tubuh untuk mempercepatkan perjalanan mereka. Perut sarat Jie menyukarkan Jie berlari pantas. Dan, Shahrul lebih rela bersusah payah begini dari mengambil risiko keselamatan Jie dan anak dalam kandungan.

Penat lelah sudah tidak dihirau. Larian Shahrul makin pantas merentasi semak samun belukar. Onak duri melukai kaki bukan penghalang. Berharap agar semua ini akan berakhir dengan baik. Mudah mudahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.074752 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list