|
Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!
[Copy link]
|
|
Reply #1636 koben19's post
mcm kena badi lak..
..smpat lg ni buat kambek..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan Keputusan/Preview Match 6 LCX Premier Isnin jam 4.30 ptg / 10/11
5 perlawanan lagi berlangsung bagi pasukan LCX Premier petang kelmarin
Keputusannya:
Saro FC 2 - Nasri Kawase FC 3
Pasukan tuan rumah Saro FC rebah buat julung kalinya musim ini apabila tunduk 2-3 di tangan pasukan pelawat Nasri Kawase FC di Stamford Bridge kelmarin. Tambah perit ianya berlaku dihadapan ribuan penyokong mereka sendiri. Pasukan pelawat bermula cemerlang apabila melakukan dua gol pantas dalam masa dua minit iaitu pada minit 10 dan 12 untuk di depan menerusi Germano Cardoso dan Samir Nasri. Pasukan tuan rumah bangkit memberi saingan apabila Larry Calderwood merapatkan kedudukan pada mnit 28. Pasukan pelawat bagaimanapun terus di depan dan kali ini menerusi penyerang mereka Jacques-Yves Saillant pada minit 38. Sebelum wisel babak pertama dibunyikan, tandukan Larry Calderwood pada minit 45 menjadikan kedudukan 2-3. Bagaimanapun, di babak kedua pasukan pelawat bertahan baik dan mengekalkan kedudukan bagi memadamkan rekod bersih Saro FC di laman sendiri. Hanya satu kad kuning dikeluarkan oleh pegawai perlawanan iaitu buat pasukan pelawat.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Ming-Hui Mu
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Th閛dore Celle
Pasukan Saro FC bakal berkelana Khamis nanti untuk bertemu pasukan CFC Koben di Anson Bay manakala pasukan Nasri KawaseFC pula akan menanti kunjungan penyandang juara Rocky FC di HanJiHye Stadion. Perlawanan yang pasinya menjanjikan aksi yang menarik!
pacubob united 2- CFC Koben 3
Pasukan pacubob united dikecewakan menerusi gol lewat Luis de Pedro pada minit 81 bagi pasukan CFC Koben menang bergaya di laman lawan. Pasukan CFC Koben mendahului dua gol di babak pertama menerusi Alessandro Taffarel(6) dan Sadi Karahan(11) sebelum pasukan tuan rumah bangkit dibabak kedua bagi menyikat kedudukan 2-2 menerusi Imanol Salinas(55) dan Pau Hernandez(62). Bagaimanpun Luis de Pedro muncul wira bagi membantu pasukannya mengutip tiga mata penuh dan jaringan keempat peribadinya musim ini bagi menamatkan usaha pasukan tuan rumah bagi meraih mata Satu kadkuning dilayangkan oleh pegawai perlawanan kepada pasukan pelawat.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah:Vicente Oronozo
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Sadi Karahan
Khamis ini, pasukan pasukan pacubob united bakal menanti kunjungan pasukan yang semakin mencuri perhatian Saja Saja F.C di padang majlis daerahmanakala pasukan CFC Koben bakalmenanti kunjungan pasukan Saro FC di Anson Bay.
Saja Saja F.C 2 - testiru 0
Peningkatan yang begitu ketara dari pasukan Saja Saja F.C apabila meneruskan rentetan kemenangan ketiga berturut-turut dengan membenamkan pasukan testiruFC 2-0 di laman sendiri kelmarin. Kedua-dua gol terhasil di babak kedua menerusi penyerang terbaik mereka Arthur Rowlands(46) dan pemain tengah Lennox Brosnan(81). Hanya satu kad kuningdilayangkan oleh pegawai perlawanan dan ianya buat pemain pasukan tuan rumah.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah:Arthur Yates
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Zdravko Bogavac
Pada perlawanan seterusnya khamis nanti, pasukan Saja Saja F.C bakal berkelana ke padang majlis daerah bagi bertemu pasukan pacubob united manakala pasukan testiruFC pula pastinya ingin bangkit apabila bertandang ke Gigssy Lane bagi bertemu pasukan korr fc yang juga dilihat semakin mantap mendaki liga.
Rocky FC 4 - KaCak FC 0
Penyandang juara meledakkan empat gol di Sungai Penchala kelmarin apabila hatrik Alexandre Rosado dan satu gol menerusi Michael Murfin memberi kemenangan bergaya kepada pasukan Rocky FC bagi mempertahankan kejuaraan mereka. Bagi pasukan KaCak FC pula ia merupakan kekalahan ketiga mereka untuk musim ini dalam enam perlawanan liga. Mereka perlu segera bangkit jika ingin tidak terus dilihat berada dalam zon penyingkiran. Tiga kad kuning dilayangkanoleh pengadil perlawanan dimana dua kepada pasukan tuan rumah dan satu buat pasukan pelawat.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Wilfred Linton
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Vin韈ius Ourique
Aksi seterusnya pasukan Rocky FC bakal bertandang ke HanJiHye Stadion bagi bertemu pasukan Nasri kawase FC manakala pasukan KaCak FC bakal menerimakunjungan pasukan Changloon FC di ol trapod.
Changloon FC 1 - korr fc 4
Pasukan ketiga tuan rumah di LCX Premier yang tewas dikandang sendiri selepas Saro FC dan pacubob united apabila Changloon FC tunduk 1-4 ditangan pasukan korr fc di padang UKK Changloon. Pasukan pelawat bermula garang apabila mendahului dua gol menerusi Al Morgan(15) dan Baltazar Martim(36) sebelum Taner Karababa merapatkan jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit 41. Bagaimanapun dua gol dari tonggak pertahanan korr fc, Kjell-Ove Bramserud pada minit 63 dan 70 menyaksikan pasukan pelawat pulang bergaya membawa tiga mata penuh. Pasukan Changloon FC dilihat perlu segera memikirkan formula terbaik bagi mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong mereka. Satu kad kuning dilayangkan dalam perlawanan kelmarindan ianya buat pemain pasukan korr fc.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Erman Semiz
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Kjell-Ove Bramserud
Khamis nanti, pasukan Changloon FC bakal berkunjung ke ol trapod bagi bertemu pasukan KaCak FC. Bagi pasukan korr fc pula mereka bakal menanti kunjungan pasukan testiruFC di Giggsy Lane.
[ Last edited by srumut at 11-11-2008 08:11 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takdak sapa pon tikam tim haku menang.. ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku lagi susah nk tikam
kekuatan team sekulakita 6 dan tim aku kekuatan 5. lawan kat sekulakita. cemana aku nk teka?
boleh mng ke team aku? seri? aku lebih berat kpd kalah jer bongkos lah tim aku lepas nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ibaratkan xpertpool nih mcm main kutu yg tak berapa pasti dan adil..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
keptusan game 7
premier
2008-11-13 pacubob united - Saja Saja F.C 0 - 3 (0 - 0)
2008-11-13 CFC Koben - Saro FC 1 - 1 (1 - 1)
2008-11-13 KaCak FC - Changloon FC 2 - 4 (1 - 3)
2008-11-13 Korr FC - testiruFC 3 - 0 (1 - 0)
2008-11-13 Nasri Kawase FC - Rocky FC 1 - 1 (0 - 1)
dibisen 1
2008-11-13 asyik kalah fc - darulaman fc 4 - 0 (1 - 0)
2008-11-13 AtomiC FC - Team Kuku Cekam 3 - 3 (1 - 0)
2008-11-13 Negro United - K.B.M 4 - 4 (0 - 1)
2008-11-13 sekulakitaFC - TrueBlue FC 2 - 2 (1 - 2)
2008-11-13 kg boy fc - DonTough FC 2 - 1 (1 - 0)
dibisen 2
2008-11-13 Bitzam FC - kundur united 2 - 4 (0 - 3)
2008-11-13 Pakok United - Haku Power United 4 - 0 (2 - 0)
2008-11-13 PerakMan United - dream f.c 2 - 0 (1 - 0)
2008-11-13 ToneJoule FC - kakarot fc 2 - 0 (1 - 0)
2008-11-13 Kiddo Kickers FC - sigit FC 0 - 0 (0 - 0)
dibisen 3
2008-11-13 padang jawa FC - LiVeRp00L GurRLzZ 2 - 0 (1 - 0)
2008-11-13 Airod FC - Bayangan Merah Jambu 3 - 0 (1 - 0)
2008-11-13 Tip Top FC - arsengal 3 - 1 (1 - 1)
2008-11-13 Mucha Lucha FC - Tempoyak Hotspur 1 - 1 (0 - 0)
2008-11-13 Dubai Red United - Acetylcholine FC 2 - 0 (0 - 0) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saro fc nih saja jek bagi seri...nak cium montot saja2 la tuh..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1655 ibujarikaki's post
tp negro naik dibisen nex sezen...tim dio power wooo...
tim ko pon termasok big 3 gak...
tim aku jek tim kebanyakan...jgn turun dibisen dh...nk tunggu pakok utd nex sizen...heheh...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|