CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BahamRambang

Projek2 Hebat kat Tganu....

[Copy link]
Post time 14-7-2009 08:09 PM | Show all posts
Hotel RM122j di Pantai Merang

SETIU 13 Julai - Keunikan alam semula jadi di kawasan pantai di daerah ini mendorong sebuah syarikat swasta membina sebuah hotel bernilai RM122 juta di Pantai Merang di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib berkata, hotel yang menyediakan 190 bilik itu akan dikendalikan oleh Desa Perantau Sdn. Bhd.

Menurut beliau, hotel berkenaan akan dibina di atas tanah seluas dua hektar yang disewa daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Katanya, pembinaan hotel itu berhampiran dengan Terengganu International Equestrian Park (TIEP) Lembah Bidong di sini, dijangka siap dalam tempoh 30 bulan lagi.

''Pembinaan hotel ini dijangka dapat mempertingkatkan sosial ekonomi masyarakat setempat.

''Hotel ini juga akan memberi peluang pekerjaan kepada 200 penduduk tempatan dalam pelbagai bidang perhotelan sekali gus dapat menjana industri pelancongan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Hotel Eksklusif di Pantai Merang di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Za'abar menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Diraja Sultan Mizan yang wakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Mohd. Fadzli Yusof dengan Desa Perantau Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarah Urusannya, Zainab Yusof.

Za'abar berkata, kerajaan negeri akan memperbanyakkan lagi produk-produk pelancongan terutama sukan lasak seperti kuda lasak dan Piala Monsun.

''Terengganu mempunyai pelbagai produk pelancongan yang mampu menarik pelancong terutamanya pelancong asing ke negeri ini setiap tahun.

''Ini dapat meningkatkan pendapatan sampingan masyarakat setempat selain mempromosi negeri ini di luar negara,'' ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri menjangka peningkatan kedatangan pelancong tahun ini kepada empat juta orang berbanding 3.53 juta pada tahun lepas.

''Kedatangan pelancong asing ke negeri ini meningkat dari semasa ke semasa kerana mereka tertarik dengan kegiatan pelancongan yang dianjurkan oleh kerajaan," katanya.


-------------

industri pelancongan kat terengganu nampaknya semakin maju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2009 08:46 PM | Show all posts
Hotel Eksklusif Dibina Di Merang



Datuk Za'abar melakukan upacara pecah tanah pembinaan hotel mewah di Merang, Setiu. - Foto SHUHAIMI AHMAD.
Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH

Sebuah Hotel Eksklusif berharga RM122 juta akan dibangunkan di Lot 4189  di Merang, Setiu  dan  menjadi satu lagi mercu tanda dalam usaha menyemarakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Hotel yang mempunyai 190 bilik ini akan dibangunkan secara usahasama antara Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan Syarikat Desa Perantau Sdn Bhd (SDP). Apabila projek itu siap nanti, ia bakal menawarkan lebih 200 pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam pelbagai bidang.

“Dengan pembinaan ini kita harap dapat memberi lebih kepuasan kepada pelancong setiap kali berkunjung ke negeri ini kerana hotel ini menjanjikan banyak keistimewaan kepada pengunjungnya,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za’bar Mohd Adib pada majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah Lot 4189 Mukim Merang antara YDSM dan SDP di Merang, Setiu  hari ini (9 Julai).

Datuk Za'abar melihat gambar ilustrasi hotel eksklusif RM122 juta yang akan dibina di Merang.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah  YDSM, Dato’ Mohd Fadzli Yusof dan Pengarah Urusan SDP, Puan Zainab Yusak.

Datuk Za’bar berkata, usahasama antara YDSM yang menyediakan tapak tanah seluas dua hektar manakala SDP membinanya adalah bertepatan dengan keadaan di situ yang  berdekatan dengan kawasan sukan berkuda  di Lembah Bidong atau Terengganu International Endurance Park (TIEP) yang diadakan sepanjang tahun.

“Kemudahan yang sedia ada akan menambahbaikan lagi dengan kewujudan hotel ini bagi menampung kedatangan pelancong terutama ketika penganjuran kejohanan sukan berkuda peringkat antarabangsa  yang menjadi acara paling berprestij setakat ini,” katanya.

Projek ini akan memakan masa selama 30 bulan dan akan menyediakan kadar sewa paling berpatutan iaitu antara RM250 hingga RM700 semalam.

Gambar ilustrasi hotel mewah bernilai RM122 juta yang akan dibangunkan di Merang.

Datuk Za’abar kemudinnya menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian dan Pecah Tanah antara Dato’ Mohd Fadzli mewakili YDSM  dan Puan Zainab mewakili SDP.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 08:15 AM | Show all posts
ni mesti kat area sutra beach resort waser...............
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 08:11 PM | Show all posts
ni hok tgh nok buat tu ke? rasa dulu design dia mcm traditional..
Leonarzi Post at 10-7-2009 23:16


jangan runtuh sudah...'asyik runtuh je bangunan baru kat trg..
kat paper hari ni ada lagi yang dideclared tak selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 11:23 PM | Show all posts
Guane citer LPT Fasa 2 ke Ganu? Ambe nak balik rayye ni nok waser gok guna highway Ganu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 11:24 PM | Show all posts
1644# kirawang
bangunan maner pulok tu boh? ke projek Derih lagik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2009 12:05 AM | Show all posts
Guane citer LPT Fasa 2 ke Ganu? Ambe nak balik rayye ni nok waser gok guna highway Ganu
maxxsa Post at 23-7-2009 23:23


dok siak lg la abe.......sabo2.............yer tgh wat lg tu.............huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 07:11 AM | Show all posts
1647# tuan_wu
tengoh sabo lah ni dik Wu...takut tukor laluan pulok kan, nak survey tanoh balik lah, ish macam2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2009 12:47 PM | Show all posts
1647# tuan_wu  
tengoh sabo lah ni dik Wu...takut tukor laluan pulok kan, nak survey tanoh balik lah, ish macam2
maxxsa Post at 24-7-2009 07:11


dkt bkt payong tgh rancok wat tu.............flyover letok doss........cuma jalan yer dok tar lg.........progress dalam 70% alek nim....huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2009 02:17 AM | Show all posts
hok belakang menara permint tu die pakai design hok derih rasmi dulu.. yg moden tu hanye angan2 saje...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2009 06:34 PM | Show all posts


Boutiqe Apartment At Chendering, Terengganu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2009 06:39 PM | Show all posts
http://lh3.ggpht.com/xperteam/SAR65k2sqmI/AAAAAAAAAiY/tI1B62I2ns8/3dv1-1%20copy.jpg
KOKITAB HOTEL
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 01:29 AM | Show all posts
selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 10:31 PM | Show all posts
1652# BahamRambang

gmbr project hotel kat lagun kuala ibai tu takde ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2009 10:40 PM | Show all posts
project tu postponed legni.. contractor asal br kene buang.. diorg tgh cr contractor baru nak sambung project tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 02:28 PM | Show all posts
sapa ada info atau gambar kat mana EXIT LPT FASA 2 ni tolong tampal....lagi detail lagi bagus

tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2009 12:40 AM | Show all posts


lebuhraya simpangpulai - koberang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2009 12:43 AM | Show all posts


LPT fasa 2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2009 12:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 07:43 AM | Show all posts
1657# BahamRambang

exit LPT hok akhir sekali mana? bukit jong ? gemuruh ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.233290 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list