Gambar sekumpulan ikan sardin berhijrah dari Afrika Selatan ke Lautan Hindi yang lebih panas berjaya dirakamkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, penghijrahan ikan itu mengalami banyak cabaran antaranya ancaman daripada ikan jerung dan lumba-lumba.
Sekumpulan ikan sardin itu memulakan perjalanan dari Port St. John, Afrika Selatan ke Lautan Hindi yang merupakan aktiviti tahunan haiwan tersebut.
Ikan-ikan sardin itu berenang bersama-sama dengan membentuk satu kumpulan besar bagi melindungi diri daripada ancaman ikan yang suka memakannya.
Berbilion-bilion ikan sardin itu akan berhijrah dari bulan Mei hingga Julai dan aktiviti tersebut menjadi daya tarikan pelancong asing di Afrika Selatan.