CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

   Close [Copy link]
Post time 24-5-2010 07:34 AM | Show all posts
selamat berhari isnin...
its working time...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 08:03 AM | Show all posts
nak lala & Yem
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:32 AM | Show all posts
still x de n3 rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 01:08 PM | Show all posts
juna,  lamanya kena tunggu.........
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 03:52 PM | Show all posts
x sabar rasanya he he
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 04:04 PM | Show all posts
arjunnnn, aku dah lama windukan lala ngan yem ni..... tak lena nak tidoq..... tak lalu nak makang......mandi tok basoh, ape lagi yeee,,, ha tok leno nok tidor, dok lalu nak make, jale dok kena jale...... , aku dah ngarut niiii, penangan LALA ngan YEM lerrr nii, adushhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2010 08:12 PM | Show all posts
junaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:10 PM | Show all posts
x de lagi ke .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2010 12:18 AM | Show all posts
sori uols.... smiley veri the busy
.........................................................................................................
Sejak menerima khabar tentang Papanya, Adham nanar. Telefon tak lekang di tangan. Nasib tidak menyebelahi Adham bila ada kebanyakan penerbangan Melbourne – KL penuh kerana ramai pelajar yang memulakan percutian. Panggilan Adham ke rumah memaklumkan yang bapanya masih di ICU. Kak Siah menangis teresak setiap kali dia menelefon menanyakan keadaan bapanya hingga dia tak dapat memahami butir bicara orang tua itu. Cuma yang dapat tangkap pembedahan belum dapat di jalankan kerana  Haji Azmi dalam keadaan kritikal. Adham memanjat doa agar bapanya dapat bertahan.

Perasaan Najlah bercampur baur antara simpati dan marah. Kasihan Papa! Nak sambung rajuk, dia rasa tak patut pula kala Adham di landa musibah. Dia meletakkan dirinya di tempat Adham. Tapi aku tak mampu berlakun seperti tiada apa yang berlaku bila hati aku bagai di kelar seribu. Dengan wajah mencuka dia mengemas pakaian ke dalam beg.

Adham menjeling ke arah Najlah. Mogok masih berterusan. Tengok muka aku pun tak sudi. Dengan sekelip mata bulan madu yang indah bertukar menjadi perang dingin.

“ Sayang, you nak makan? Nanti gastrik” Dia cuba membuka bicara.

“ I tak lapar” Tak ada selera langsung nak menelan makanan. Najlah menyambung kerja melipat pakaian. Beg yang di bawa sudah sarat muatannya. Kena duduk atas beg baru boleh zip.

“ Lala.. I tahu you marah. But I can explain about Miriam.”

Najlah menggeleng. “I don’t want to know. Baik you doa atau baca Yasin untuk Papa. Lagi afdal dari cerita pasal kekasih you. ”

Kerasnya hati Najlah, desis Adham sambil meraup wajah. Hari yang malang bagi aku. Janganlah aku kehilangan kedua dua mereka. Bunyi deringan telefon menampan telinga. Setiap kali telefon berdering hatinya berdegup kencang. Berita baik atau buruk?

“ Yes… yes… thanks so much. I’ll be at the airport as soon as possible” Adham melepas nafas lega lalu menghampiri Najlah.

“ Lala, ada satu tiket yang available untuk flight malam ni. Satu lagi masih on waiting list. Jom kita ke airport”

Najlah mendongak dari sila nya di lantai. “ Kalau tak ada tiket, you balik lah dulu. Don’t worry about me.”

“ Apa ni? Nak dating dengan boyfriend you yang tadi tu? Over my dead body! You are coming home with me” suara Adham meninggi. Fikiran yang berkecamuk membuat dia hilang pertimbangan.

“ Habis tu kalau tak ada tiket, you nak suruh I duduk atas lantai plane? Atau dalam baggage compartment?” sergah Najlah. Bengong betul lah. “ I bukan macam you, pantang ada peluang nak cari orang lain. I tahulah nak jaga diri di sini.”

Sabar…sabar. Adham mengingatkan dirinya. Dia beristighfar dan terus ke bilik air untuk berwuduk. Patutlah syaitan menganggu, dah nak habis waktu Asar. Jamak taakhir belum lagi.

Selesai solat perasaannya lebih tenang. Dia mendekati isterinya yang masih mengatur barang dalam beg. Mereka datang membawa dua beg tapi balik dengan tiga beg. Najlah memasukkan sepersalinan pakaiannya dalam hand luggage. Kalau tak ada tiket nanti dia tak payah menyelongkar beg semula. Biar Adham bawa balik semua beg besar.

“ Lala, I’m sorry. I lost my temper sebab I terlalu stress. Please forgive me. I need you by my side. I tak tahu macam mana nak cope kalau you tak ada di samping I” Rambut Najlah di selit ke belakang telinga. Hati Najlah tersentuh.  Namun dia mendiamkan diri kerana sisa amarah masih berbaki. Adham memegang kedua belah pipinya. Dahi Najlah di kucup.

“ Sayang, you are everything to me. Kalau I kehilangan Papa dan you , I tak ada sesiapa lagi. Jangan buat I macam ni. ” Suaranya serak menahan sebak. Najlah meletakkan jari ke bibir Adham

“ Sshh… I’m sorry juga. I mengaku I terlalu ikut emosi sebab I belum betul betul kenal you lagi. Siapa kawan kawan you, macam mana life you sebelum ni. Semua I tak tahu. I cepat bersangka buruk. Iskandar was a bad experience sampai I susah nak percayakan lelaki. “

“ Well, dah terang tak payah bersuluh you tahu I bukan geng Cik Gayah” Adham menarik Najlah dalam pelukannya. Bebanan berat sudah terangkat dari dadanya.

“ Okay, you tak payah nak prove it. Not now lah” Di cubitnya tangan Adham yang mula menjalar ke bahagian yang tidak sepatutnya. Bapa dia tengah tenat pun sempat lagi tu. Najlah bingkas meleraikan diri.

“ Cepatlah. Kata nak pergi airport sekarang."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 12:22 AM | Show all posts
“ Hi darling, we meet again” suara perempuan menyapa. Najlah tersentak melihat wanita bernama Miriam melingkarkan tangan di keliling bahu Adham. Adham sedikit pun tak mengelak. Malah senyumannya lebar. Perasaan cemburu Najlah meruap. Ada orang nak kena smackdown ni. Dia bangun dari tempat duduk di waiting lounge.

“ Miriam, meet my wife, Najlah. ” Adham menarik lengan Najlah. Najlah dan Miriam bertentang mata. Dari jauh nampak cantik tapi rupanya mekap tebal macam tepung gomak, desis hati Najlah. Dengkinya aku. Bila tersenyum, garis harus jelas kelihatan di sekeliling matanya. Tak ada lah lawa sangat walaupun tubuhnya yang di saluti T shirt dan jeans ketat memang sexy. Berapa umurnya? Nampak jelas dia lebih tua dari Adham.  Tak sangka Adham ni taste cougar.

“ Hi Najlah. So happy to meet you. You are so sweet” Miriam memaut tubuh Najlah dan mencium kedua belah pipinya. Amboi.. mesranya. Mungkin adat negaranya begitu. Pewangi Bulgari Rose yang di pakai Miriam memeningkan kepala Najlah.

“ Are you going back to Malaysia already? Did you have a nice honeymoon? Did you do a lot of shopping here?”

Najlah  mengangguk dengan senyum tawar. Dia masih sangsi dengan Miriam. Cara dia berbual nampak sangat dia pernah ada hubungan intim dengan Adham. Asyik pegang sana , pegang sini.

“ Where are you going Miriam?” tanya Najlah

“ Didn’t Ibrahim tell you? I’m going to Singapore for business and then to Malaysia for a holiday. He finally persuaded me.” Hampir terduduk Najlah di buatnya. Nafasnya tersekat sekat. Kenapa dengan Adham ni? Apa agenda nya? Datang honeymoon, bawa balik madu? Cissss! Matanya mencerlung memandang Adham yang mempamerkan riak tidak bersalah.

“ Mummy! Mummy!” Tiba tiba seorang budak lelaki berusia dalam linkungan lima tahun menerpa dan memeluk kaki Miriam. Si comel itu mewarisi kulit putih kemerahan ibunya. Hidungnya mancung tapi rambut dan matanya hitam. Miriam berambut cokelat keperangan dan bermata cokelat. Sekali lagi Najlah terpempan. Laras kecurigaannya mendadak.

“ Honey, say hello  to my friends” kata Miriam sambil mengusap kepala anaknya.

“ Hi. How are you? ” Si kecil itu memperkenalkan diri pada Najlah dan Adham sambil berjabat tangan. Keletah sungguh gayanya.

“ Tell them your name”

“ I am Ibrahim.”

“ I hope he grows to be a great guy like you. I’ll never forget what you did for me. For us. ” Miriam memeluk anaknya sambil menjeling pada Adham. Najlah menelan airliur. Kepalanya kosong. Detik demi detik berlalu di rasa bagai menonton wayang. Wayang lakunan pelakon terhebat iaitu suaminya dan dot dot dot nya. Mereka bertiga nampak mesra macam keluarga bahagia. Aku yang tersisih. Dengan sayu dia  melihat Miriam dan Adham berpamitan bila penerbangan Miriam di panggil. Sepatutnya dia dan anaknya bersama Adham, dan aku yang pergi.

“ I hope your father gets well, insyaallah. We will catch up again in KL” Nasib baik tak ada aksi laga pipi, ada yang makan sup kasut nanti. Kalau tak fikirkan pasal Papa yang sakit tenat, dah lama aku cekik Adham
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:25 AM | Show all posts
Yes sbg lagi smiley x cukup ganti lama yg tertunggak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 12:29 AM | Show all posts
esok sambung lagi sket
skrg nak tidur dah

gudnite
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:30 AM | Show all posts
baru nak request benda yg sama..
next n3 pls...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:50 AM | Show all posts
persoalan :siapa miriam pada adham
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 07:47 AM | Show all posts
morning...

juna nti tepek lagi panjang ye.. tak puas la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 07:51 AM | Show all posts
k.qimi..

cepat la speku saper miriam...
akak kn terer bab speku2 ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 08:09 AM | Show all posts
eee x sabar nak tau sapa Miriam & Ibrahim kecil tu...kalau anak Yem xkan nama sama he he
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 08:29 AM | Show all posts
tuan rumah,
firstly, thanks for the n3...
second, n3 tue cover utk brp hari punya...
lastly, kalu free letak n3 lagi byk2 punya erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 08:49 AM | Show all posts
thank you smiley....

sapa miriam ni ?

someone yang adham tolong - damsel in distress kind of thing ka ?

najlah kena banyak bersabar, jangan emosi...cool and fikir secara rasional......dont worry adham loves you.... (ish aku plak beremosi...ihihi)

anyway thanks again Smiley....makin best...

seperti biasanya, Next...Next ;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:19 AM | Show all posts
sambung lagi smiley, best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.061286 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list