|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak Negeri Sembilan #63
[Copy link]
|
|
CHOCOLATE INDULGENCE CAKE
Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air
Cara
1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.
6.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
7.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
8.Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.
Bahan Mousse Putih
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream
Cara
1.Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream
Cara
1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream
Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Cara Melapis
1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
2.Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
3.Ulang langkah yg same hingga siap.
4.Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
5.Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
6.Simpan dalam peti sejuk 15minit
|
|
|
|
|
|
|
|
Chocolate Cheese (Kukus) 3 Layered
[8" loyang]
* Bahan A Choc
1 cawan minyak masak (minyak sayur)
1 cawan susu cair (full cream milik)
1 cawan gula halus
1 cawan cocoa
1/2 cawan susu pekat (junjung)
.
* Bahan B Cream Cheese (tatura)
250gm cream cheese
60gm gula castor
25gm tepung gandum
25gm susu cair (full cream milk)
1biji telur
**campurkan kesemua bahan adunan cream cheese
.
* 1 Cawan Tepung Gandum + 1 sudu baking powder
* 4biji telur
Cara
- Masak bahan A atas api yg kecil kacau supaya tidak berketul dan sejukkan.
- Pukul 4biji telur sehingga kembang kemudian masukkn bahan A diikuti dengan 1 Cawan Tepung Gandum + 1sudu baking powder. Kacau sehingga sebati
- Sediakan loyang yg telah disapu butter. dan tuangkan adunan coklat ke dlm loyang, kukus sehingga 20minit, kemudian tuangkan adunan cheese pula, kukus sehingga 20minit. **pastikan tutup loyang dgn aluminium foil sebelum kukus
- Tuang lagi adunan coklat yg selebihnya, kukus sehingga masak. Coklat cheese ini akan ada 3 lapisan.
- Untuk memastikan ianya masak, guna lidi dan cucuk ke dalam kek. jika adunan tidak melekat di lidi, maknanya kek anda sudah siap.
- Siap dan sejukkan. Sesuai dihidang sejuk
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 2-3-2022 12:55 PM
sha nasi lemak basmathi lagi...gambar nov dh tgk kan?
Dah tgk. Rs ok ke? Sbb nov prnh msk beras basmathi mkn ngan lauk x konyang |
|
|
|
|
|
|
|
BISKUT TART NENAS
================
Bahan-bahan :
600 gm tepung gandum
160 gm gula ising
300 gm marjerin (dyg guna cap Puteri perisa mentega vanilla)
140 gm mentega
2 biji kuning telur gred A
1 sk esen vanila
3 sudu besar tepung susu
Jem nanas secukupnya
kuning telur + setitik pewarna kuning (utk sapuan)
Cara-cara :
Pukul mentega dan marjerin bersama gula hingga kembang.
Masukkan kuning telur satu demi satu sambil dikacau. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
Masukkan tepung dan tepung susu. Kacau hingga sebati.
Tekapkan atau bentukkan adunan mengikut citarasa masing2. Letakkan inti nanas di tengah2nya dan gulung atau tutup kemas.
Susunkan doh tadi di atas dulang pembakar (griskan dgn sedikit mentega) dan sapukan kuning telur pd permukaan doh tadi.
Bakar selama 20-25 minit atau sehingga keemasan pd suhu 160C.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 2-3-2022 12:55 PM
tgk pokok2 menghijau satu terapi utk mata
Btl tp kwsn perindustrian ni nk dpt pokok bsr pyh |
|
|
|
|
|
|
|
nasi biasa2 je nov, sambal dia tu yg padu...pedas, bukan sambal ore kelate
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 2-3-2022 12:56 PM
ooo pernah guna lebih 3x ya? xpe ke?
Guna je selagi x ckp 30hr . Nov ade snap stock nov tp smpi skrg x leh tepek pic guna phone lg |
|
|
|
|
|
|
|
kaaaan, debu habuk byk ler
|
|
|
|
|
|
|
|
nape nov x try upload di luar cari?
buleh je tepek.
|
|
|
|
|
|
|
|
Puding Ocean Blue
Resepi A ( Warna Biru)
1 pkt agar2 tali 18 gm
1atau 2 tin laici/longan,saya guna dua tin
5 sb gula pasir
Sedikit pewarna biru
Biji selasih 1 pkt kecil( di rendam)
2 cwn air biasa
3 cwn air dari tin laici (asingkan buahnya)
Cara..
Basuh agar2
Masak bersama 2 cwn air, 3 cwn air laici
Gula pasir....masukkan sedikit pewarna biru
Masak sampai larut..kecil kan api
Basahkan loyang/acuan
Masukkan agar2 tadi
Susun..buah laici..hingga penuh dan tenggelam
Taburkan biji selasih yg dah kembang..
Sejukkan sebentar..biar keras sedikit
Sementar itu ..masakkan agar2 susu
Bahan B
1 pkt agar tali 18gm
Air biasa 3 cwn
Susu cair 1 tin
Gula pasir 5 sb
Sedikit esen vanila
Cara..
Masakkan agar2 bersama gula
Dan air hingga larut
Masukkan susu cair dan esen vanila
Masak sampai didih..kecil kan api
Kemudian
Bila agar2 biru dah sedikit keras
Cakarkan permukaan dgn garpu..rata2
Masukkan agar2 susu tadi..
Sejukkan hingga keras ..
Baru kuarkan dari acuan..
Kalau nak mudah kene masak asing..agar2 biru dan susu..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kek kukus gebu
bahan2
6 biji telur
1 sb ovalate
180-200g gula halus
perasa 1 sb
pewarna 1sb
ikut korg nak perisa ape dan warna ape
mix smpai kembang gebu
sementara tu ayak
220g tepung gandum
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1sk cream off tartar
masuk kan dalam bahan mix yg dah kembang td pakai volume paling slow mixer berselang dgn minyak 150g
last gaul sebati
masuk dalam acuan saiz 8
lapik plastik permukaan
kukus 45 mnt
|
|
|
|
|
|
|
|
morning mira
apa khabar hari ini
ooo... semua sedara mara dah ddk kl
kwn2 pun org kl, jd sekali sekali blk kelantan
kalau ada urusan kan
sakit tekat selsema biasa je
selalu mkn vitc, air lemon x tinggal
|
|
|
|
|
|
|
|
morning kengkawan
masuk tolak jap |
|
|
|
|
|
|
|
manalah mamat ni
kata nk dtg pkl 10
tak nmpk bayang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
petang n mlm nanti kawe xleh aktif moyan, ada projek baking...nanti korang tolak2 la sampai runtuh yer |
|
|
|
|
|
|
|
Kasui pandan
RESEPI
(Kaswi pandan gediksss)
2 cwn tpg gandum
1 cwn tpg ubi
1 cwn gula
1 cwn air daun pandan
4 cwn air
Garam
Sedikit kapur makan
Caranya: campurkn kesemua bhn2 tersebut dn kacau bagi sebati. sblm tue sapu minyak ke dlm loyang supaya nti kuih xmelekat. masukkn adunan ke dlm loyang. sblm itu masak air hingga mendidih. bila air dh mendidih brulh di kukus. kukus hingga masak (lebih kurang 40min)...cucuk dgn lidi..klu xlekat d lidi tu dh masak kaswinya.
Saya letak pewarna hijau epal campur dgn air daun pandan*sbb daun pandan tk cukup.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nona Manis
Bahan A
700ml santan kara
1000ml air
160g tepung gandum
3 sudu teh garam
**Campur semua bahan, kacau atas api hingga keluar bubble yang pertama terus tutup api.
Bahan B
350ml santan kara
500ml air
Telur 6 biji
400g gula halus
400g tepung gandum
** Kacau semua bahan hingga sebati.
Bahan C
350ml santan kara
600ml air pandan
120g tepung jagung
200g gula halus
1 sudu teh garam
sedikit pandan paste (lebih kurang ¼ sudu teh)
** Campurkan semua bahan dan masak atas api hingga likat. Kacau sehingga tiada buih
Masukkan separuh Bahan B dalam C dan kacau sebati.
Setelah itu, masukkan B+C tadi dalam B (kan ada baki separuh tadi ????).
Kacau adunan hingga mesra gitu..
Minyakkan 100pcs acuan lompang (saya guna saiz yang besar, 2oz).
Masukkan 3¾ adunan pandan dalam acuan, kemudian baru Bahan A (santan tadi) hingga hampir penuh. Jangan risau takkan bercampur 2 bahan ni sebab masing2 punya kelikatan yang berbeza.
Kukus selama 10minit. Buka penutup untuk buang wap pada 5 minit pertama.
|
|
|
|
|
|
|
|
KUIH BADAK BERENDAM
Bahan Bahan :
Bahan Doh :
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air pandan
Bahan Inti :
1 1/2 cawan kelapa parut
1 cawan gula melaka / gula merah
1/4 cawan air
1 sb gula ( optional )
1 sb tepung gandum
daun pandan
Bahan Kuah :
2 cawan santan
1 cawan air
1 sb tepung jagung
daun pandan
garam dan gula secukupnya
Bahan Lain :
air untuk merebus
Cara Cara :
satukan Bahan Doh , air mestilah dituang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh .
ketepikan seketika .
untuk membuat inti , masak gula bersama air sehingga larut .
masukkan juga daun pandan .
kemudian tapiskan dan masak semula sehingga mendidih .
masukkan kelapa parut dan kacau sebati .
apabila inti hampir kering , masukkan tepung gandum dan kacau rata .
masak sehingga kering .
tutupkan api dan sejukkan seketika .
ambil sedikit doh tadi , bulatkan dan leperkan .
letakkan inti di bahagian tengah dan tutup semula doh dengan kemas .
jadikan seperti bebola .
ulang sehingga habis .
isikan air di dalam periuk dan masak sehingga mendidih .
sementara itu kita sediakan pula Bahan Kuah , satukan ke semua Bahan Kuah dan kacau sebati hingga tiada tepung yang berketul .
kemudian masak di atas dapur sehingga pekat .
tutupkan api .
masukkan doh yang telah siap tadi ke dalam air yang telah mendidih .
masak sehingga doh timbul di permukaan .
angkat dan masukkan ke dalam Bahan Kuah .
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|