“ Babah dah makan antibiotic? Doktor pesan jangan lupa makan 2 kali sehari.” kata Dahlia bila Hj Zul masuk ke dapur.
“ Ambilkan Babah air masak segelas. Lenguh pula tangan Babah”
“ Nak Lia picit? “ Segelas air di letak di meja dapur sebelah sekotak cupcakes yang di tempah oleh Azlin sempena harijadi ke 3 anaknya Nazrul Haq.
“ Tak apa. Lia, semalam Lia pergi mana lepas melawat Babah di hospital?”
Ah-ha. Ini mesti DJ Radio Kuala Kangsar. Baru tadi Usu menjenguk Babah. Mesti dia yang sampaikan topic hangit minggu ini.
“ Lia lepak kat tepi sungai dengan Cikgu Amir. Tak ada mood nak balik ke kedai. Kenapa?”
Hj Zul menggeleng kepala. Bertuah punya budak! Boleh pula tanya kenapa. Anak aku ni suka betul jadi bahan gossip. Cita cita terpendam nak jadi artis sensasi tak tercapai kot.
“ Lia tunang orang. Kenapa pergi duduk berdua dengan Cikgu Amir tu? Tak elok tau. Lia tahu sajalah mulut mulut orang kat sini.”
“ Bukan Lia buat apa pun. Kami borak borak saja. Cerita pasal perangai Farid yang buruk. ” Selamba nada Dahlia. Sikit pun tak ada rasa bersalah.
“ Macam mana kalau Farid dapat tahu. Dia pergi KL, Lia bercengkarama dengan lelaki lain.” Leter Hj Zul.
“ Lagi bagus. Kalau nasib baik, dia putuskan pertunangan.” Dahlia tersengih menunjukkan gigi. Hj Zul mengetap rahang. Budak ni betul betul nak buat aku hilang sabar. Kesan jahitan di tangannya mula berdenyut.
“ Babah malu dekat Uncle Leman dengan Auntie Zu”
“ Malu? Lia lagi malu dapat tunang macam Farid. Mesti di belakang Lia, semua kawan kawan Farid gelakkan Lia. Kalau Babah tahu macam mana buruknya perangai Farid, Babah boleh pengsan tau. Uncle Leman dengan Auntie Zu pun malu nak keluar rumah agaknya.”
“ Kamu jangan nak menuduh kalau tak ada bukti. Fitnah namanya. Entah perempuan mana yang buat cerita pasal Farid tu. Agaknya dia suka kat Farid tapi Farid tak layan.”
“ Okay, fine. Lia cari bukti. Biar Uncle Leman dan Auntie Zu pun tahu siapa anak mereka sebenar. ” Dengan senyuman Dahlia meninggalkan Hj Zul yang masih tak puas hati.
“ Kamu nak ke mana tu?”
“ Lia nak bersiap untuk ke rumah Wan Chor”
Wan Chor panggilan untuk kakak Babah dan ibu Kak Azlin. Pesta harijadi cucunya akan di adakan di sana. Slim cut jeans dan blaus tunik biru cair menjadi pilihannya. Dia sedang menyisir rambut bila terdengar suara Puan Zurina dari pintu depan.
“ Zul, mana Lia? I nak cakap sikit. Ada benda mustahak. ”
“ Kejap lagi dia keluar lah. Apa halnya? Leman tak datang sekali?” Janganlah Zurina nak putuskan pertunangan. Hj Zul mengurut dada.
“ Leman sibuk. Ada banyak appointment. Dia suruh I datang seorang”
Dahlia terus ke depan. Harap harap Auntie Zu pun dah dapat siaran Radio KK. Cuma setahu aku Auntie Zu jenis yang tak suka jaga tepi kain orang. Dia bukan ahli sidang dapur macam Usu.
“ Assalamualaikum Auntie Zu.” Seperti biasa dia di peluk cium oleh bakal ibu mertuanya. Tapi kali ini Dahlia dapat rasa ada sesuatu yang menganggu wanita itu. Wajahnya risau. Apakah ada berita buruk tentang Farid?
“ Lia, Auntie dapat call dari Farid tadi. Dia terpilih untuk membuat attachment di Maybank Tokyo selama 3 bulan. Habislah rancangan kita untuk buat majlis Lia dengan Farid bulan Ogos ni. Kita kena tukar plan sebab Farid kena bertolak tiga minggu lagi.”
Dahlia hampir tak percaya apa yang di dengar. Hooraaaayyyy! Hip hip hooray! Tak perlu aku susah hati. Minta minta Farid jatuh cinta dengan Michiko atau Hiroko atau Ajinomoto dan tak balik sini lagi. Ataupun kena pancung dengan pedang Samurai sebab mengorat bini orang. Yes… yes..yesss! Selamat aku.
“Oi.. jangan berangan. Orang tunggu jawapan kamu. Macam mana? Lia setuju tak?” Hj Zul meninggikan suara.
Dahlia terkebil sejenak “ Apa Babah tanya? Setuju apa? Kalau boss dia suruh dia pergi Tokyo, dia kenalah pergi. Apa pula kena tanya Lia?“
“ Hai, Lia ni mengelamun memanjang. Ornag tanya benda lain. Babah dengan Auntie Zu rasa baik kita nikahkan kamu dengan Farid sebelum dia ke Tokyo. Kamu boleh ikut dia pergi honeymoon di sana”
Rahang Dahlia terjatuh. Dia menggeleng. Hatinya yang terawang awang kembali merudum ke bumi. Suaranya meninggi.“ Tak.. mana boleh. Lia tak setuju. Kita tak siap apa apa lagi. Lia tak ready lagi. ”
“ Apa yang tak ready pula? Kita buat kenduri kecil saja. Jemput dalam 100 orang. Janji dah selamat nikah. Itu yang penting. Bila Farid balik nanti kita buat lah majlis besar besaran.”
“ Er… tak boleh tunggu sampai Farid balik dari Tokyo kah? Lia nak tempah baju pun tak sempat. Takkan nak pakai baju lama kot. Hantaran pun belum beli. Kad jemputan pun tak ada. Macam kawin koboi saja. Nanti orang mengata… kita kahwin sebab terpaksa lah, sebab Lia dah pregnant lah. LIA TAK NAK!” Dahlia memuncungkan bibir. Puan Zurina terus memaut bahu bakal menantu nya
“ Lia, don’t worry. Kita pergi shopping di Ipoh. Auntie ada kawan yang ada butik pengantin di sana. Lia dapatkan baju dari dia. Seminggu pun boleh siap. Hantaran semua pun kita beli di sana dan suruh dia gubah. Jimat masa, Auntie dengan Lia pun tak pening kepala. Jewellery dah lama Auntie beli untuk Lia. Your handbag and shoes, Auntie suruh saja Farid beli di KL. Dia pandai pilih barang barang perempuan.”
Dahlie tersenyum sinis sambil mengangkat kening pada Hj Zul. Mestilah pandai pilih, dah banyak experience. Kalau suruh beli pakaian dalam untuk perempuan pun dia mesti terror. Jantan keparat!
“ Jadi kalau macam tu semua dah settle lah. I pergi arrange dengan Tok Kadi dan orang masjid. Kita buat pagi Sabtu dua minggu lagi.” Hj Zul memberi kata putus.
Alamak! Macam mana ni. Aku kena bagi tahu Cikgu Amir. OPTF ( Operasi Pecah Tembelang Farid) harus di percepatkan. Ya Allah , bantulah hamba Mu ini. Mata Dahlia mula berair. Sampai hati Babah. Berat sangatkah tanggungjawab dia menjaga aku sampai dia sanggup membiarkan aku kahwin dengan lelaki tak semenggah itu. Dia menyeka airmata.
“ Lia, kenapa sedih sayang? Jangan lah risau. We all love you very much. Sejak emak Lia sakit dulu, dia dah pesan suruh Uncle dan Auntie jaga Lia. Farid pun sayang sangat kat Lia. Cepat atau lambat, jodoh itu Allah yang tentukan. Kita berserah saja”
Senang saja semua orang cakap. Yang nak jadi isteri lelaki tak guna itu ialah aku. Macam mana kalau plan Cikgu Amir tak menjadi? Arghhhh… aku sanggup lari dari rumah.