|
|
Qana’ah
Usaha mencari rezeki berjalan dengan jiwa yang syukur dan qana’ah. Qana’ah bererti akur dengan apa yang diperolehi dari kurniaan Allah. Jiwa pun menjadi lapang dan tenang. Fikiran tidak hanya tertumpu kepada persoalan rezeki yang lihat semata, juga yang tidak dilihat oleh mata seperti ilmu, bahagia, cinta, kasih dan tenang. Rezeki bukan dalam bentuk kebendaan semata, juga dalam bentuk yang lain seperti anak-anak, sahabat baik, kesihatan, keamanan dan seumpamanya. Sabda Nabi s.a.w:
مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ آمِنًا فِي سِرْبِهِ مُعَافًى فِي جَسَدِهِ عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا
“Sesiapa yang berpagi dalam keadaan aman pada dirinya, sejahtera jasadnya, baginya makanan hariannya maka seakan dihimpunkan untuk dunia” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dll, hadis hasan).
Demikian insan menilai kehidupan dengan penuh kesyukuran. Bukan menolak yang tiada tetapi bersyukur dengan apa yang dikurniakan. |
|