|
Assalamualaikum..
saya ada kemuskilan berkenaan duduk antara dua sujud dalam solat. saya perhatikan ada yang menegakkan jari kaki belakang dan ada yang tidak. Bagaimanakah cara yang sepatutnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by habibollah at 10-7-2011 22:46
Reply 1658# captainkop
wa alaikum salam,
Bismillah hir rahman nir rahim
dari pemahaman saya, qada sembahyang itu ada 2 pendapat:
1) wajib qada tetapi pahala tidak sama seperti sembahyang pada masuk waktu. So rugilah
2) tidak wajib qada kerana tidak ada dalam hukum mewajibkan qada kecuali puasa, so jika terlepas waktu, lebih bsar kerugiannya.
walauapapun, Allah suka hamba yang memperbaiki amalannya. teruskan dengan beramal ibadah.
wallah wa'lam, ALLAH lebih tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by habibollah at 10-7-2011 22:46
Reply 1659# captainkop
melalui buku Fiqh Empat Mazhab, pg 56-57, tajuk: syarat, rukun dan sifat salat.
Para imam mazhab sepakat bahwa membaca surah Al-Fatihah adalah wajib bagi imam dan orang yang shalat sendirian pada dua rakaat shalat subuh dan pada rakaat pertama dan kedua shalat lain.
Mereka berbeda pendapat tentang membaca surah al-fathihah pada rakaat lainnya. Syafie dan hambali: diwajibkan (membaca surah al Fathihah) pada setiap rakaat shalat fardu. Hanafi: membaca surah al-Fatihah tidak wajib, kecuali pada dua rakaat pertama setiap shalat fardu. Sementara itu, dari Maliki terdapat dua pendapat. Pertama sama dengan pendapat syafie dan Hambali. Kedua, jika tertinggal membaca surah al-Fathihah pada salah satu rakaat shalat selain shalat subuh, hendaklah sujud sahwi. Sedangkan jika pada shalat subuh,diulang lagi shalatnya.
wallah wa'lam, ALLAH lebih tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1662# habibollah
Salam.. Terimakasih atas pnjelasan tuan..
Jika sy brmusafir tp x sempat menqasar Asar adakh d bolehkn utk sy mnqada asar secara qasar..?
Harap tuan boleh mmbantu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by habibollah at 11-7-2011 20:56
Reply 1664# captainkop
wa alaikum salam, jawapan saya adalah seperti yang sebelum ni. menqada(atau tidak kerana mengikut hukum) atau menqada secara qasar, terpulang pada anda. musafir tetap diberi keringanan. ingat, ALLAH suka hamba yang memperbaiki amalnya. Jika mengqada(secara qasar atau tidak) itu boleh membuat anda merasa tenang dan boleh memperbaiki hubungan anda dengan ALLAH, teruskan.ikut gerak hati.
ALLAH lebih tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum,
sy ingin bertanya mengenai zakat simpanan, sy akn keluarkan semua simpanan kwsp jd bagaimana sy nak tau berapa zakat yg perlu dikenakan? sy penah bt sekali saja pengeluaran dalam akaun 2 pd thn nie..
yg keduanya sy ada mendengar ceramah psl zakat, sebaiknya diberikan kpd org yg terdekat dgn kita cthnya saudara mara yg tergolong dlm asnaf yg berhak terima zakat.. jd bleh ke kite terus bagi kpd mereka tanpa memberitahu itu adalah zakat drpd kita?
yg ketiga tentang org2 yg berhak terima zakat antaranya ialah mereka yg mempunyai masalah hutang.. sekiranya sy mempunyai kawan yg ada masalah hutang keliling pinggang nie bleh ke sy berikan wang zakat kepada beliau?
terima kasih kpd yg sudi menjawab.. |
|
|
|
|
|
|
|
Para Cendiakiawan (betul ke eja nih... ) sekalian...
Saya ada beberapa persoalan... Sudilah kiranya kalian/ustaz2/
beri pandangan dari segi hukum dan sebagainya..
Sekiranya isteri telah memohon maaf berkali2 dengan suami
atas sesuatu kesalahan yang mungkin tak disengajakan...
contohnya tertinggi suara, bercakap ayat yang tak sepatutnya..kasar/makian..
dan suami tersebut tetap tidak mahu memaafkan...dan sampai bila2
pun suami tersebut tidak mahu memaafkan...
dan si suami asyik melabelkan si isteri sebagai derhaka dan derhaka...
jadi, apakah tindakan yang harus diambil?
perlukah hidup dalam berdosa untuk selamanya..?
atau memohon dilepaskan supaya tidak seterusnya berada dalam berdosa..?
atau ada pendapat lain2...? |
|
|
|
|
|
|
|
dah lembut benor ke minta maaf tuu????
dah abih strategi ke???
dah doa kuat kuat tak???
manusia.................
terlalu banyak kelemahan
jadi pandai2 le olahkan hatinya
bisa tuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1661# ejan_2007
wa alaikum salam,
Disunnahkan dalam duduk ketika membaca tasyahaud awal dengan duduk iftirasy (duduk dengan melipat kaki kiri di bawah dan melipat kaki kanan di samping serta terlapat kaki kanan ditegakkan) dan untuk tasyahud akhir dengan duduk tawarruk (duduk dengan melipat kaki kiri dibawah dan kaki kanan dilipat di samping serta telapak kaki kanan ditegakkan dan tlapakk kaki kiri dibawah pergelangan kaki kanan). Demikian menurut Syafi'i.
Hanafi: disunnahkan duduk iftirasy pada tasyahud awal dan akhir
maliki: duduk tawarruk pada kedua sasyahud.
Rujukan: FiQiH Empat Mazhab
Penulis: Syaikh Al-'Allamah Muhammad bin 'Abdurrahman ad-Dimasyqi
Page: 61-62
pendapat saya, jika sukar menegakkan kaki kanan, insyaALLAH dimaafkan, tidak semua manusia dapat kelebihan dengan mempunyai
kesihatan dan kecerdasan otot. lakukan yang semampunya.
Wallah wa'lam |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum,
sy ingin bertanya mengenai zakat simpanan, sy akn keluarkan semua simpanan kwsp jd bagaimana sy nak tau berapa zakat yg perlu dikenakan? sy penah bt sekali saja pengeluaran dalam akaun 2 pd thn nie..
yg keduanya sy ada mendengar ceramah psl zakat, sebaiknya diberikan kpd org yg terdekat dgn kita cthnya saudara mara yg tergolong dlm asnaf yg berhak terima zakat.. jd bleh ke kite terus bagi kpd mereka tanpa memberitahu itu adalah zakat drpd kita?
yg ketiga tentang org2 yg berhak terima zakat antaranya ialah mereka yg mempunyai masalah hutang.. sekiranya sy mempunyai kawan yg ada masalah hutang keliling pinggang nie bleh ke sy berikan wang zakat kepada beliau?
terima kasih kpd yg sudi menjawab.
wa alaikum salam, zakat simpanan ni dari pemahaman saya tertakluk kepada tempat anda bermastautin, itu kena refer kepada yang berwajib. contoh:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... -bagi-negeri-melaka
zakat itu hendaklah diniatkan dan sebaik2nya penyerahan zakat adalah melalui amil untuk mengelakkan keraguan. Tanpa niat, ia tidak dikira zakat.
hasil zakat itu tidak boleh diberikan tanpa melakukan pemeriksaan yang terperinci kepada golongan2 yang wajib menerima zakat tu. dari pemahaman saya, golongan gharim (orang yang berhutang) selalunya diberikan sekiranya dia tidak ada langsung atau cukup duit untuk perbelanjaan dapur/seharian dia. walauapa pun, kita kenalah hadapkan zakat kita kepada yang berwajib. itu lebih baik dan mereka tahu bagaimana cara untuk menguruskan. segala persoalan mereka boleh menjawabnya dengan lebih detail lagi.
Wallah wa'llam. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih dengan info yg diterangkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1671# ejan_2007
Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ejan_2007
Alhamdulillah
habibollah Post at 20-7-2011 11:15
Salam Tuan,
Mohon pertanyaan berkenaan cara2 Muslimat menunaikan solat bg yg bekerja di negara yg bukan majoriti masyarakat Islam. Bolehkah diqasar dan dijamakkan solat tersebut? Mcm mana pula untuk solat jumaat seandainya Masjid jauh dari tempat bekerja? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1673# shawlife
wa alaikum salam,
dari pemahaman saya, sesorang itu hanya dikira musafir dalam masa hitungan yang tertentu sahaja. jika lebih dari masa itu, ia adalah dikira sudah bermastautin disana.
boleh rujuk ni,
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/04/tempoh-harus-jamak-dan-qasar-solat-di.html
http://soaljawab.wordpress.com/category/jama-dan-qasar/
Alhamdulillah link ni boleh dipercayai sebagai rujukan.
berkenaan dengan masjid jauh dari tempat kerja,
pertama: jika perjalanan anda jauh sehingga tidak sempat sembahyang jumaat, mungkin ianya dikira "uzur" tetapi ini bukan bererti anda tidak berusaha langsung untuk datang lebih awal.
kedua: jadikan itu sebagai suatu perjuangan anda menuju ALLAH. kita tak tahu apa ALLAH akan berikan kita sebagai ganjaran atas usaha kita itu.
ketiga: jika sembahyang jumaat tak sempat atas sebab2 yang kukuh, anda boleh lakukan sembahyang zohor.
ALLAH lebih tahu |
|
|
|
|
|
|
|
BERGANTUNG KEPADA NIAT..APA2 PERKARA PUN EVEN AMALAN BAIK KALAU NIATNYA JAHAT MAKA AKAN KEMBALI KEPADA NIAT TADI..SO HARAP DAPAT KITA KONGSIKAN..TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ingin bertanya adakah derhaka seorang anak lelaki jika tidak mengikut cakap ibunya yang menyuruh anaknya menceraikan isterinya tanpa sebab munasabah yang lebih kepada cemburu dengan hubungan anak dan menantunya yang bahagia.....? Mohon ada jawapan dari yang ada pendangan.......
Adakah pasangan ini akan bahagia tanpa restu ibu dimasa masa akan datang? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Saya ingin bertanya, boleh kah seseorang itu senghaja masbuk sembahyang kerana ingin menjaga anaknya yg berusia 1 1/2 tahun . kerana takut anaknya berjalan semasa dia sembahyg berjemaah.. jadinya dia senghaja melambatkan sedikit sembahyang agar ibunya dpt menggantikan nya menjaga anaknya sebaik ibunya selesai sembahyang. sekurang2 nya tidak lah jauh anaknya merayau semasa dia sembhyg... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ingin bertanya adakah derhaka seorang anak lelaki jika tidak mengikut cakap ibunya yang menyuru ...
anak_sahara Post at 10-8-2011 15:29
Takkan sebab pasangan bahagia ibu suruh cerai? Mungkin ada sebab lain. Cuba selidik dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Saya ingin bertanya, boleh kah seseorang itu senghaja masbuk sembahyang kerana ingin menja ...
Quinny Post at 16-8-2011 09:15
Yang nak masbuk tu siapa? ayah ke ibu anak itu? yang ibunya solat dahulu tu pulak siapa? nenek budak kecik tu ke?
Kalau ayah budak tu nak masbuk, kenapa tak suruh ibu budak tu jaga dulu? Sebab ayah wajib solat jemaah bila dengar azan. |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan sebab pasangan bahagia ibu suruh cerai? Mungkin ada sebab lain. Cuba selidik dahulu.
ibnur Post at 21-8-2011 13:08
Sebabnya hanya kerana saya tua setahun dari anaknya dan saya tidak bekerja kerajaan yang dianggap membebankan anak kesayangannya. Dah hampir 6thn dan kami telah dikurniakan sepasang cahayamata, ibu mertua sentiasa menghasut suami menuduh saya menggunakan khidmat bomoh kenakan suami. Hingga 1 tahap ibu mertua suruh menceraikan saya... Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|