|
bertuah dapat separuh harga.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada "jualan bakul".
|
|
|
|
|
|
|
|
Beli seRAGA atau seBAKUL buku JS hanya RM29 sahaja.
Isilah sebanyak mana buku, asal kan buku tak jatuh dan melepasi paras tangkai raga/bakul ya... DAN raga/bakul tak rosak ya. (Sayangkan raga).
Ini kaksu tunjuk contoh.
Boleh pilih tajuk?
BOLEH TAPI untuk ‘walk-in’ sahaja.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak beli buku masak noor suraya? |
|
|
|
|
|
|
|
buku masak yang mana satu? cover biru, di Popular ada.
Dapur Makcik Raja, MPH ada. beli dengan Kak Sue pun boleh ...
kredit gambar : Noor Suraya Adnan Sallehudin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bianglala replied at 12-12-2018 10:21 PM
buku masak yang mana satu? cover biru, di Popular ada.
Thanks,dah wasep ngan kaksu. Dapur makcik raja. Takziah kaksu,baru tau Imaen dah meninggal. Kesian kaksu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Esok sehari lagi... tata
Sejak tahun 2016 apabila kita membuat keputusan untuk keluar daripada industri buku ini, kita sudah mulakan misi memberi buku-buku kepada perpustakaan.
Kita berharap buku-buku Jemari Seni dan Adiwarna masih dibaca di seluruh negara dalam 4, 5 tahun akan datang. Insya-Allah.
Insya-Allah yang rindu akan buku JS boleh dapatkan di perpustakaan berikut:
1. Perpustakaan Negara Malaysia
2. Perpustakaan Negeri Kedah
3. Perpustakaan Negeri Kelantan
4. Perpustakaan Negeri Terengganu
5. Perpustakaan Negeri Perak
6. Perpustakaan Negeri Selangor
7. Perpustakaan Negeri Sembilan
8. Perpustakaan Negeri Pahang
9. Perpustakaan Negeri Melaka
10. Perpustakaan Negeri Pulau Pinang
Di samping perpustakaan komuniti antaranya;
Selayang, Kerjasama Universiti di Pagoh, DBKL, Puspanita.
Saudara/i,
Kita juga membuat skim buku dalam kotak yang murah-murah — ‘Blind date’; Kotak Misteri; Kotak Kenangan 52; Jualan Bakul RM29, Buku Percuma untuk Sekolah dan macam-macam lagi.
Dan...
Hari ini harap bas Perpustakaan Bergerak muat untuk ambil semua yang masih berbaki ini. Kalau tak, terpaksalah kita panggil Perpustakaan Melaka yang sanggup datang bila-bila masa sahaja — untuk kali ketiga.
Untuk perpustakaan yang kita tak letak di sini, Perlis, Sabah dan Sarawak kita minta maaf sebab tak dapat hadiahkan buku ini sebab sudah kesuntukan waktu. Ada juga negeri yang kita hubungi berkali tidak berjawab dan sukar dihubungi — jadi kita pun minta maaf.
Catatan:
#jualanselamattinggalJS
kaksu dan Kak Mariah Mustapha dan adik-adik ofis Norisah dan Husni rasa semakin lega. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan urusan stok ini dengan kedatangan ‘warga perpustakaan’ yang cinta pada buku, datang dengan wajah ceria.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Nota:
Insya-Allah kalau ada umur yang panjang, tapi suasana tentu berbeza. Jemari Seni Publishing (syarikat awal-awal dulu) masih ada. Tapi kita (kaksu dan Kak Mariah Mustapha) hanya terbitkan karya Noor Suraya dan Hlovate sahaja. Yang kita tutup ini kedua-dua syarikat Sdn Bhd (Jemari Seni Sdn Bhd dan JS Adiwarna Sdn Bhd) sebab sudah tidak mampu bertoleransi dengan kos operasi.
Namun... lepas ni, kita jual sendiri dan hantar ke MPH sahaja.
♥️ biar hilang di mata, di hati jangan, ya!
https://www.facebook.com/noorsuraya.adnansallehudin |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
arwah Imaen meninggal sakit apa ye? ada sesapa tau? terkejut jgk baca status kaksu,sebab tiba2 je. sebelum tu penulis Melur Jelita meninggal. sampai ke hari ni rasa mcm tak tergamak nak repeat baca novel kak melur sebab rasa mcm dia hidup lagik
|
|
|
|
|
|
|
|
zennaya replied at 31-12-2018 07:09 PM
arwah Imaen meninggal sakit apa ye? ada sesapa tau? terkejut jgk baca status kaksu,sebab tiba2 je. ...
Ada baca kat satu blog ni katanya arwah Imaen demam panas. Tapi iols tak pasti benar ke tidak berita tu sebab kaksu sendiri takde pun nyatakan arwah suami dia sakit apa kat posts fb kaksu. Jadi, iols tak dapat menjawab persoalan uols tu.
Kematian arwah Melur dan Imaen cuma beza sehari je kan. Al-fatihah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|