|
Reply 1677# Quinny
wa alaikum salam,
ingin menambah jawapan syeikh ibnur,
tentu anda sudah tahu:
-sembahyang berjemaah itu lebih baik dari sembahyang berseorangan
-hukum sah dan terima solat itu adalah urusan ALLAH
-anak itu adalah amanah dari ALLAH so keselamatannya itu penting
tetapi cuba kurangkan terlalu bersandar pada ibu bapa kita dalam menjaga anak kita sendiri. kasihanilah mereka. saya rasa anda pun faham apa yang saya maksudkan. |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
nak tanya pasal mengaji, boleh?
- dalam al-fatihah, kalau baca sambung, bagaimana bunyinya? adakah:
a) iyyakana' buduwa iyyakanas tai'n uhdinas sirotolmustaqi~m. ATAU
b) iyyakana' buduwa iyyakanas tai'nu ihdinas sirotolmustaqi~m. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebabnya hanya kerana saya tua setahun dari anaknya dan saya tidak bekerja kerajaan yang dianggap ...
anak_sahara Post at 21-8-2011 15:32
Apa ada pada sebab? hihihi.. maafkan saya..
Dalam kehidupan kita seharian ini, kita tidak pernah leka untuk diberi ujian dari Tuhan kita ni.. Bukan kepada kita jer, juga kepada sekelian ciptaanNya yang terdiri dari apa yang ada di langit dan dibumi berseta diperantaraannya.. antara Terjemahan dari ayat kursi : "Tuhan tidak tidur dan tidak mengantuk.."
Jadi, sebagai manusia, sudah menjadi lumrah lah sentiasa tidak berpuas hati dengan ujian-ujian yang diterima dari Tuhan..
Sepertinya merasa durian.. Yang tidak memiliki durian, dia hanya mendapat baunya sahaja.. bau dari jauh saja lah.. hehehe.. Tetapi ada juga yang tak suka bau dan rasa durian tersebut. Bagi "kamu" yang sudah memiliki durian tersebut, sedap bau ataupun rasanya, "kamu" lah yang kene makan dan telan... jika busuk, "kamu" jualah yang akan membuangkannya atau di transform kepada tempoyak/ pengat durian..
Jadi, Apa yang kita nampak?? kita sentiasa tidak puas hati dengan keadaan orang lain yang lebih baik dari kita, manakala orang lain pun tak puas hati dengan diri kita yang pada dia, kita lebih baik.. PriHal yang sebegini kita Nak buat camana? apa daya upaya kita untuk menghalang orang yang tak puas hati tu? kalau ada undang-undang yang berkuat kuasa, leh jer saman masuk mahkanah.. hehehe..
Hurmmm... kes Sama ngan masalah yang di utarakan ni.. so, sebagai muslim, kita perlu mengamalkan "Bersangka Baik".. biar apa dia nak buat (ia bukan urusan kita), Urusan kita adalah jaga keluarga kita dengan benar.. jujur dan ikhlas.. kita didik keluarga kita dengan didikan yang benar.. Mengaku jika ada kesilapan dan sentiasa mengucapkan "maafkan saya".. Errr.. Mungkin terlalu bannyakkk jika nak diceritakan satu persatu (kebanyakkannya memang dah tahu).. Jadi, saya ringkaskan jer lah yer..
1. Setiap apa kelakuan mertua, carilah bukti dan cuba berbincang dengan suami mengenainya dengan cara baik (serius atau berlawak) ikutlah mana selesa.. (Ingat.. Sentiasa MENGALAH kerana mertua kamu bukan mertua suami kamu!!!) tujuannya bukan nak menghukum mertua, tetapi menjaga perlakuan mertua yang tak elok..
2. Sentiasa update perkembangan Suami, anak dan rumah atau keluargaa dan berborak dengan suami dengan ikhlas dan dalam keadaan seronok.. pasti ada satu "nur" dari Allah jika diri dalam keadaan ikhlas..
3. Pastikan keluarga dalam keadaan tenang.. banyaklah berlawak dan "create mode" a.k.a suasana keluarga yang "open" dan berpandangan luas dan terbuka.. Perbanyakkan membaca kisah teladan.. kisah sang kancil dan buaya pun ok..
kalo nak lagik, nanti mintak sambung lah.. cerita berat nih.. hehee |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih atas pandangan tersebut......tp adakah derhaka suami saya ingkar arahan ibunya yang suruh menceraikan saya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Quinny
wa alaikum salam,
ingin menambah jawapan syeikh ibnur,
tentu anda sudah t ...
habibollah Post at 21-8-2011 15:33
habib saya nak tanya satu soalan pasal solat ni kan.. ustaz buat ceramah kata.. sapa2 yg sembahyang sorang ni makmum dia org setan.. yang pompuan tu makmum dia toyol ngan pontianak.. betul ke.. dgr camni saya dah seram... dia galakkan sembahyang berjemaah... tapi nak tahu betul ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1686# want2bhappy
tak ada disebut didalam AlQuran perkara tersebut, tetapi jika ada makhluk halus ikut berjemaah, marilah kita mengislamkan mereka. jika makhluk jin sedunia ini islam, dunia ini menjadi lebih aman. insyaALLAH. |
|
|
|
|
|
|
|
salam, nak tanye,
kalau badan kita ni ada alkohol, solat tak diterima/ tak sah solat ye?
contoh alkohol:
- deodorent
- minyak wangi
- minyak rambut
- hair tonic |
|
|
|
|
|
|
|
takdop orang ke ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1689# kroit92
erk, bukankah ente sedang mengaji di IIUM ketika ini? ramainya ostat disana kan? hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1690# yowa2
memang benar di IIUM, tapi segan nak tanye kengkawan
lagipun kalau tanye kat forum, boleh serta dengan rujukan banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
hai... saya nak tanya.. saya dah melahirkan anak tak sah taraf... hasil hubungan saya dengan kekasih saya yg kini suami saya. saya berkahwin dengan kekasih saya ketika anak saya berusia 6 bulan... so skang saya nak tanya batal tak air sembahyang anak saya (perempuan) dengan suami saya... dan batal tak air sembahyang dengan anak abang ipar saya??? saya juga ada anak 2 orang dengan perkahwinan terdahulu batal tak air sembahyang mereka... dan sekiranya saya mengandung lagi terbatal tak air sembahyang anak tak sah taraf saya tue dengan anak yg dilahirkan nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1688# kroit92
Minyak yang berbau wangi itu bukannya datang dari alkocol tapi esther spirit.
Terdapat juga wangian semula jadi seperti bunga mawar ( dan lain lain bungaan ) yang mengeluarkan esther spirit.
Untuk memanjangkan hayat wangian ini maka di magangkan ( di proses ) lalu ianya bertukar menjadi alkohol.
Semua jenis alkohol dalam konsep ini, pemakaian nya jika tidak melalaikan ( menghayalkan ) atau mendatangkan medarat dari melakukan ibadah adalah dibolehkan.
Contohnya : jika terdapat luka kecil dan dibubuh alkohol ditempat tersebut an kemudian mendatangkan kesakitan kecil akibat reaksi penyembuhan maka sudah tentu apabila mengerjakan solat akan mengganggu tumpuan ( kerana sakit sakit imut yang dirasakan )
Jika memakai wangian dan kemudiannya mengerjakan solat ( pada rambut ) dan apabila sujud maka terbau dan dengan itu sedikit sebanyak mengambil perhatian kita kepada wangian tersebut daripada mengingati Allah swt.
Allahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by habibollah at 10-9-2011 18:56
Reply 1682# yowa2
kalau ragu2 tinggalkan, kalau mahu memantapkan bacaan, kenalah belajar tajuid. jangan belajar dari buku, belajarlah dari yang tahu. no short cut |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1692# kicauku
Anak luar nikah yang dapat dibagi atas:
a. anak luar nikah dapat diakui sahnya iaitu: anak yang lahir di mana antara laki-laki dan perempuan itu belum kawin atau keduanya tidak ada hubungan darah;
b. anak luar nikah yang tidak dapat diakui sah, iaitu:
anak sumbang (anak yang lahir di mana anak laki-laki dan perempuan itu mempunyai hubungan darah) dan anak zina iaitu anak laki-laki dan perempuan itu yang keduanya atau salah satunya telah terikat oleh suatu perkawinan yang sah.
Mengenai hubungan hukum antara anak luar nikah dengan orang tuanya. Dengan kata “natuurlijk kind” (anak luar nikah), orang
menggantikan: semua anak tidak sah, kecuali yang dihasilkan dari zina dan anak sumbang.
Kelahiran itu sendiri hanya ada hubungan antara ibu dan anak.
Hubungan anak dengan laki-laki yang membuahkannya tidak ada.
Barulah kerana pengakuannya lahirlah hubungan-hubungan hukum antara anak dan laki-laki yang mengakuinya.
Walaupun kedudukannya tetap terbelakang dibandingkan dengan anak sah, terutama dalam hukum waris.
Selain itu anak luar nikah baik yang diakui maupun tidak berada di bawah kekuasaan orang tua melainkan di bawah perwalian.
Mengenai erti pengakuan itu sendiri tidak ada kesatuan pendapat.
Apakah pengakuan itu merupakan bukti adanya hubungan darah, adanya hubungan kekeluargaan yang alamiah ataukah pengakuan itu
adalah suatu perbuatan hukum yang menimbulkan hubungan kekeluargaan sehingga bukan keturunanlah melainkan pengakuannya itu
yang menjadi sumber huungan hukum antara anak dan orang tua.
Sejak kelahiran seorang anak, terjadilah hubungan pertalian antara orang tua dan anak. Hubungan yang demikian terjadi dengan sendirinya kerana kelahiran. Jadi dengan kelahirannya maka anak yang tidak sah itu menjadi anak luar nikah dari si ibu.
Dengan pengakuan si ayah ia menjadi anak luar nikah dari si ayah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1692# kicauku
Maka dalam kes ini suami puan haruslah mendapatkan surat sumpah yang mengatakan bahawa anak puan yang berada di luar pernikahan itu adalah anak darinya sendiri.
Maka dengan itu anak yang lahir dari pernikahan sekarang adalah muhrim di antara mereka.
Anak puan dari perkahwinan lain akan di kira bukan muhrim jika selagi tiada persetubuhan berlaku di antara puan dan suami namun mereka akan menjadi muhrim sebaik sahaja ianya berlaku.
Wallahu'allam..
Seelok eloknya rujuk kepada Jabatan Agama Islam Malaysia.
(sebab saya mengaji pondok, pengetahuan ada...sijil tak ada) |
|
|
|
|
|
|
|
sedikit pembetulan tentang hukum anak luar nikah...
jika puan berkahwin ketika kandungan telah berusia 6 bulan anak status yang lahir adalah anak luar nikah... tidak boleh dibintikan kepada bapanya dan status dengan bapanya adalah bukan mahram (bapanya tidak boleh menjadi wali menikahkan anak perempuan ni - wali hakim).
fatwa anak luar nikah Malaysia... jika anak itu lahir selepas 6 bulan dari tarikh menikah baru boleh dibintikan kepada bapanya (bermakna puan menikah dengan sah ketika kandungan berusia kurang dari 3 bulan).
Fatwa dari mazhab lain langsung tidak boleh menikah sehingga anak itu dilahirkan.
WA |
|
|
|
|
|
|
|
salam forumer,
saya ada soalan, saya telah berumah tangga dan berniat ingin bertaubat serta menutup aurat. masalah saya, suami saya tidak membenarkan saya menutup aurat sehingga diberitahu boleh menutup aurat.
adakah saya perlu mendengar kata suami atau teruskan niat saya menutup aurat? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kupia at 7-10-2011 15:17
salam forumer,
saya ada soalan, saya telah berumah tangga dan berniat ingin bertaubat serta menutup aurat. masalah saya, suami saya tidak membenarkan saya menutup aurat sehingga diberitahu boleh menutup aurat.
adakah saya perlu mendengar kata suami atau teruskan niat saya menutup aurat?
epal^ijau Post at 5-10-2011 11:35
Di jawab oleh Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-Utsaimin rahimahullah dalam Durus wa Fatawa Al-Haram Al-Makki:
1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam rangka bermaksiat kepada Allah.”(Hadits Riwayat Ahmad)
2. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ إِنَّمَا الطَّا عَةُ فِي الْمَعْرُوفِ
“Tidak ada ketaatan di dalam kemaksiatan apapun. Hanyalah ketaatan itu di dalam perkara yang baik.” (Muttafaqun ‘Alaihi)
3. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ
“Wajib bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat selama tidak diperintah di dalam kemaksiatan. Jika dia diperintah di dalam kemaksiatan maka tidak boleh mendengar dan taat.” (Muttafaqun ‘Alaihi).
WA. Dikutip dari darussalaf offline, Buletin Dakwah At-Tashfiyyah |
|
|
|
|
|
|
| |
|