Waspada ada pihak guna dokumen palsu logo APM
Foto hiasan
HULU SELANGOR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan dalam talian yang menggunakan dokumen palsu berlogo APM. APM menerima panggilan orang awam yang juga pembekal makanan jam 10.15 malam kelmarin. "Pemanggil mahu pengesahan bayaran atas urusan membekalkan makanan untuk majlis semalam. "Kami mengesyaki berlaku cubaan penipuan menggunakan nama dan dokumen palsu dengan logo rasmi APM," katanya menerusi hantaran di Facebook, di sini. APM Daerah Hulu Selangor membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1308627/waspada-ada-pihak-guna-dokumen-palsu-logo-apm
|