|
Sweet Scha Alyahya - Kata Kau - Astro RIA ch 104 setiap Jumaat
[Copy link]
|
|
takde org pun takpe la....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
up kan rmh.....:pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Dengarnya...: Scha tiada dalam Awan Dania musim baru?
Oleh Normah Becok
Credit: Berita Harian Online Rabu, 16 Disember 2009
CIK Normah ini memang antara peminat drama Awan Dania lakonan Scha Alyahya sebab Cik Normah suka melihat gaya lakonannya yang selamba dan bersahaja itu. Tak silap Cik Normah, drama itu mendapat sambutan amat menggalakkan sekali. Kalau tidak, takkanlah drama berkenaan boleh bersambung ke musim kedua. Tak silap musim ketiga pun bakal menyusul, cuma sejauh mana kebenarannya Cik Normah tak pasti.
Cuma desas-desus yang Cik Normah dengar, untuk musim ketiga nanti watak Dania lakonan Scha akan digantikan dengan orang lain. Betul atau tidak, itu tak pasti. Tapi itulah khabar angin yang Cik Normah dengar. Kalau betullah watak Dania akan digantikan dengan orang lain, Cik Normah tak pasti sama ada orang yang menggantikan Scha nanti dapat berlakon dengan selamba seperti Scha. Maklumlah pelakon kita kebanyakannya nak kelihatan cantik saja.
Cik Normah dengar lagi, pelakon yang akan menggantikan tempat Scha nanti perlu membawakan watak Dania dengan gaya selamba. Kiranya apa yang dipaparkan Scha dalam drama bersiri mengenai kisah pramugari itu bukannya sikap sebenar Scha, tetapi ia adalah karakter Dania. Jadi, pihak produksi khabarnya tak mahu pelakon baru yang bakal menggantikan tempat Scha dikatakan meniru gaya lakonan Scha pula.
Maknanya si Scha adalah seorang pelakon yang bagus kerana dia berjaya membawakan karakter diberikan dengan bersahaja sehingga nampak seolah-olah dia membawakan wataknya sendiri. Selain Scha, kalau tak silap Cik Normah lagi, pengarahnya juga akan ditukar. Wah! nampaknya rombakan besar bakal berlaku kepada siri berkenaan. Cik Normah tak nak buat andaian terlalu awal sama ada mampu atau tidak pengarah baru memikul tugas Azizi Chunk. Begitu juga dengan kemampuan pelakon yang bakal membawakan watak Dania.
Memang kita sudah selesa dengan apa yang ada sekarang, tetapi sesekali kita perlu juga beri peluang kepada orang baru. Manalah tahu silap hari bulan sentuhan pengarah dan pelakon baru itu nanti akan menjadikan siri berkenaan lebih meletup. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa beli mangga![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
![](http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs048.snc3/13555_205186071127_174298466127_3626459_3761656_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 18-12-2009 08:58
Sudah jatuh cinta
Credit: Berita Harian Online Jumaat, 18 Disember 2009
![](http://www.bharian.com.my/Friday/Hip/20091218080118/mainpix1.jpg)
Scha
Scha terus fokus kerjaya lakonan yang semakin sebati dengan jiwanya
DUA minggu lagi, kalendar 2009 bakal diucapkan selamat tinggal. Bersempena dengan sambutan Awal Muharam yang jatuh pada hari ini, Hip kembalikan ingatan semua kepada pelakon muda, Scha yang kini bakatnya semakin menyerlah.
Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir adalah antara bintang yang semakin mendapat perhatian dalam bidang diceburinya iaitu lakonan dan kini berkembang sebagai pengacara untuk program TV.
Pembabitan awal dalam dunia seni adalah untuk ‘suka-suka’, tetapi kini apabila sudah jatuh cinta, gadis berusia 26 tahun ini bertukar menjadi serius dengan kerjaya lakonan. Kini penghijrahannya dalam bidang seni diberikan tumpuan serius. Scha juga sedar kalau mahu berjaya ia menuntut kekuatan diri dan fokus berpanjangan. Kejayaan yang dikecapinya kini tidak semudah yang disangka kerana salah percaturan ia pasti menjerat diri.
Sudah banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan termasuk meninggalkan kerjaya sebagai pramugari. Sesekali, dia pernah berasa seperti mahu saja mengundur diri kerana menyifatkan langkahnya ke bidang ini cukup mengerikan. Lumrah bergelar figura awam, hampir setiap gerak-geri langkahnya menjadi tontonan ramai.
Tahun ini juga, namanya tercalar sikit apabila kontroversi kisah peribadinya yang dikaitkan dengan Fahrin Ahmad terbongkar satu persatu. Biarpun melalui saat perit yang hampir menjatuhkan semangatnya, calon Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) ini tidak terus statik. Dia segera bingkas membetulkan kesilapannya.
![](http://www.bharian.com.my/Friday/Hip/20091218080118/mainpix2.jpg)
Scha terus meniti pengalaman bermakna sekali gus mematangkan dirinya.
Kata Scha, semuanya menjadi pengajaran berguna dan paling penting dia lebih berhati-hati untuk melakukan sesuatu perkara.
“Scha dapat rumuskan tahun ini menjadi tahun pengenalan buat Scha untuk terus kuat menjadi anak seni. Suatu ketika, semangat Scha hampir hilang, namun Scha bersyukur di saat menghadapi pelbagai masalah, ada insan baik yang datang memberi sokongan.
“Misalnya, untuk mengacarakan Sehati Berdansa, biarpun Scha tiada pengalaman dalam bidang pengacaraan, Scha bersyukur ada pasukan kerja serta krew program ini yang sangat menyokong. Daripada mereka dan sokongan peminat juga Scha mendapat keberanian untuk melaluinya tanpa mempedulikan kisah peribadi.
“Mengacara program secara langsung ini sepertinya Scha menempah batu nesan sendiri. Tapi alhamdulillah, lama kelamaan Scha banyak belajar untuk memastikan kelancaran program ini. Harapnya momentum program ini akan terus baik hingga ke penghujung,” katanya yang bakal menjalani penggambaran filem Cun arahan Osman Ali pertengahan Disember ini.
Anak muda kelahiran Sungai Petani, Kedah itu sudah mula menggilap namanya dalam filem menerusi Histeria arahan James Lee dan Papadom (Afdlin Shauki).
Selesa kerja dengan Azizi 'Chunk'
SEPERTI kebanyakan orang lain yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tempatan atau antarabangsa, Scha juga tidak terlepas daripada mengagumi personaliti terkenal. Dia mungkin berangan saja tetapi apa salahnya kalau ‘menyintai’ pelakon Barat yang kini boleh dilihat dalam filem The Twilight Saga: New Moon iaitu Robert Pattison.
“Entahlah! tak dinafikan Scha memang seperti jatuh cinta pandang pertama kepadanya. Sejak kali pertama menonton filem Twilight, Scha akui sudah mula gila bayang kepadanya. Selepas ini, Scha kena mencuri peluang untuk menonton sekuelnya pula.
“Karakter yang dihidupkan oleh Robert Pattison sebagai Edward Cullen seperti bersikap pelindung dan misteri antara ciri yang mungkin boleh Scha pertimbangkan jika mahu mencari kekasih selepas ini. Gaya penuh misteri yang dibawakan Pattinson membuatkan Scha sendiri teruja mengikuti perkembangan dirinya,” katanya sewaktu dihubungi Hip minggu lalu.
Ketika artikel ini ditulis, Scha baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Awan Dania musim kedua yang dibuat di Langkawi.
Sememangnya Awan Dania musim terbaru ini terus meledakkan namanya. Bagaimanapun, timbul pula banyak perkara membabitkan buruk dan baiknya untuk dia terus kekal dalam drama itu.
Ini kerana ada penonton berasakan jalan cerita musim baru Awan Dania sudah mula melalut dan sedikit sebanyak seperti memperbodohkan diri Scha sebagai teraju utama. Paling jelas, drama ini juga sudah mula bersilih ganti pelakon lain. Peranan pelakon Fizo Omar digantikan dengan watak baru lakonan Izwan Pilus. Semakin ke penghujung, semakin ramai pula wajah baru yang diperkenalkan.
Enggan mengulas lanjut perkara itu, Scha memberitahu pihak produksi sudah mula membayangkan kemungkinan menyambung penggambaran bagi musim ketiga.
Scha mengakui betapa watak Dania sudah cukup dekat dengan dirinya dan berbangga kerana drama itu antara yang mendapat rating tertinggi di saluran Astro Ria.
“Bagi Scha, komen positif dan negatif terhadap drama ini adalah bersifat subjektif dan membina. Scha suka dengan drama ini dan bangga menjadi sebahagian daripadanya terutama kepada proses untuk menghasilkannya. Setiap sudut pandangan, memang ada pro dan kontra.
“Tapi paling seronok ialah Scha dapat bekerja dengan pengarah drama ini iaitu Azizi ‘Chunk’. Scha juga akur setiap pengarah mempunyai sentuhan yang tersendiri. Kreativiti Azizi sangat baik cuma seperti musim pertama, musim kedua turut menyaksikan Azizi hanya mengarah sebahagian daripada keseluruhan siri.
“Selebihnya ditukar dengan pengarah lain. Azizi sangat kreatif dan dia ada cara untuk membuatkan drama ini menjadi lebih menyeronokkan. Mungkin drama ini sudah ada pengikutnya yang tersendiri cuma apabila penonton melihat kelainan yang wujud apabila bertukar pengarah, maka akan timbul persepsi berbeza,” katanya yang akan terus memberi perhatian melunaskan pengacaraan Sehati Berdansa yang bakal berakhir pada 26 Disember ini. |
|
|
|
|
|
|
|
senyap jahh..![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
eh eh mek nadia ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
scha dah ngamuk dlm notes dia.. huhuhu
What do i do
Today at 6:51pm
Salam.
Seperti biasa, its been an okay week for me. but today, im very upset. yes as a public figure and a well known person, theres price i hafta pay. but kadang2 kan lebih baik kalau semua faham yang saya ni pun manusia...
kita ada fundamentall beliefs. masing2 ada philosophy masing2. masing2 ada pendapat dan cara tersendiri. so far, Alhamdulillah, saya cuba entertain semua fans yg nak amik gambar dan sebagainya. but bila saya buat mcm tu, ada suara2 sumbang, oh dia dulu mcm tu lah, sekarang mcm tanak layan lah. pernah tak terfikir yg kami ni semua manusia, ada rasa penat, rasa marah etc. pernah tak?
Gambar skodeng merata2. kat mana etika. be civilised. tak sangka sampai mcm tu sekali orang sanggup buat. semata mata nak dapatkan HIT tinggi, visitor ramai ,iklan banyak dlm blog masing2???
terlalu banyak spekulasi,banyak benda yg di teka, banyak benda yg simple di besarkan tanpa usul periksa. soalan2 yg tak perlu, melaga lagakan orang. apa tu? utk ratings? i mite be doing a risky move by voicing out what i feel but at least, im being honest.
cinta 3 segi. apa tu? God knows and i haf proof that the reason why we broke up is bcoz somthing else. bukan sebab pihak ketiga. please, get it cleared and no more after this. tak payah pandai2 nak bercakap and spread "VIRUS" ni.
twitter. i tweet, kalau i approve request, ada pulak yg tak bertanggungjawab buat benda bukan2. taruk dlm blog,scoop sana scoop sini. lumrah. itulah yg internet buat. bila kita nak lebih dekat dengan peminat, ada pulak yg mencacatkan niat2 tu.
saya, akan bercakap bila perlu, berkongsi bila sampai masa.
sekurang2 kurangnya saya bukan bertopeng
TC
salam
Original post - http://www.facebook.com/note.php?note_id=208935567710 |
|
|
|
|
|
|
|
scha dah ngamuk dlm notes dia.. huhuhu
What do i do
Today at 6:51pm
Salam.
Seperti biasa, its been an okay week for me. but today, im very upset. yes as a public figure and a well known pe ...
avrilizana Post at 20-12-2009 22:45 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
nape ni????![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nape ni????![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
Nadia90 Post at 20-12-2009 23:58 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ada org skodeng twitter dia pastu siap buat gossip kecoh2 dlm blog. takde life kan? sampai skodeng ke situ bagai..
rujuk ni - [url]http://ohartis.com/2009/12/panas-scha-alyahya-in-love-with-awal-ashaari/[/url]
satu lagi dia marah sbb ada fan amik gambar curi2 dr belakang, sbb lepas tu jugak fan tu mintak bergambar dgn dia, dia layan baik cam biasa la.. tp end up fan tu pegi letak kat blog dia.. then blog2 picisan ni gi curik.. ala ada kan topic ni kat bod gossip tuh.. yg pic dia ngan awal kat midvalley tuh |
|
|
|
|
|
|
|
sian kat scha... ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|