CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BahamRambang

Projek2 Hebat kat Tganu....

[Copy link]
Post time 9-11-2009 08:31 PM | Show all posts
Terengganu Inc. sasar lebih ramai pelabur asing

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Terengganu Inc. mahu lebih banyak pelabur asing membuat pelaburan di negeri Terengganu dalam usaha membangunkan ekonomi negeri dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Negeri itu mempunyai potensi pelaburan yang luas iaitu dalam perindustrian, kayu-kayan, perladangan, pelancongan dan minyak serta gas.

Negara-negara yang berpotensi untuk melakukan pelaburan di negeri berkenaan dalam tempoh terdekat ini adalah Jepun, Korea Selatan dan China.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mustapha Ahmad Marican berkata, selain perindustrian dan perladangan, pihaknya melihat pelancongan merupakan sektor yang amat berpotensi untuk dibangunkan.

Katanya, para pelabur boleh melabur dengan membina lebih banyak pusat peranginan dan calet di negeri berkenaan.

Tambahnya, Terengganu turut mempunyai banyak pulau dan pantai yang cantik untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Selain itu, jelasnya, tasik di negeri itu juga boleh dikomersialkan supaya menarik perhatian pelancong.

"Walaupun kami membuka luas pelaburan asing, tetapi kami menetapkan syarat iaitu 70 hingga 80 peratus kakitangan yang bekerja dengan pelabur asing hendaklah anak jati Terengganu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau menambah, Terengganu Inc. yang diperbadankan 1 Mac 2006, kini mempunyai 100 buah anak syarikat.

Syarikat-syarikat di bawah Terengganu Inc, menjalankan aktiviti perniagaan dalam pelbagai bidang iaitu khidmat sokongan minyak dan gas, sumber asli, hartanah dan pembinaan, pertanian dan perladangan, pelancongan dan pelaburan.

Mustapha berkata, beliau merancang mewujudkan peluang pekerjaan baru di kalangan anak tempatan melalui anak-anak syarikat di bawah Terengganu Inc.

Katanya, pihaknya turut mengintai golongan profesional untuk mengisi jawatan dalam pelbagai bidang kepakaran masing-masing di Terengganu Inc dan anak-anak syarikat.

"Saya mahu mengubah imej dan pengurusan di setiap anak syarikat supaya ia menjadi lebih berdaya saing, cekap, sistematik dan mempunyai kepakaran yang khusus dalam bidang-bidang tertentu,'' ujarnya.

Ketika ditanya perluasan perniagaan dalam masa terdekat, beliau tidak menolak Terengganu Inc bakal mengintai peluang usaha sama dengan negara-negara Asia Barat dalam projek minyak dan gas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 09:39 PM | Show all posts
Terengganu Rancang Pelbagai Projek Mega Tahun Depan

KUALA TERENGGANU, 10 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk melaksanakan pelbagai projek mega tahun depan dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk negeri terutama mereka yang tinggal di dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), untuk memastikan ia setaraf dengan bandar raya lain dalam negara.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata antara projek mega yang dirancang ialah pembinaan KT Centre, iaitu sebuah perhentian bas dan teksi berpusat di satu kawasan di Bukit Besar di sini.

Beliau berkata pembinaan perhentian bas dan teksi berpusat itu perlu bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di perhentian bas MBKT di tengah-tengah bandar raya ini ketika ini.

"Kerajaan negeri juga merancang untuk membina sebuah bangunan lima tingkat berhampiran Wisma Darul Iman di sini untuk dijadikan tempat meletak kereta bagi mengatasi masalah itu. Bangunan itu boleh menyediakan kira-kira 200 tempat letak kereta pada satu masa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kualiti dan Anugerah Khidmat Cemerlang MBKT di sini Selasa yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar MBKT Datuk Mat Razali Kassim.

Ahmad berkata kerajaan juga sedang merancang untuk membina sebuah bangunan baru 20 tingkat di Kampung Tanjung di sini untuk dijadikan pejabat MBKT tahun depan.

"Sehingga ini MBKT adalah satu-satunya bandar raya yang tidak mempunyai bangunan sendiri di mana sekarang pejabat MBKT hanya menyewa di sebuah bangunan kepunyaan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)," katanya.

Bagaimanapun menurutnya peruntukan bagi semua projek berkenaan masih belum diputuskan lagi.

Sementara itu Ahmad berkata kerajaan juga merancang untuk membesarkan Jambatan Manir dan Jambatan Buluh Gading yang menyeberangi Sungai Terengganu daripada dua lorong ketika ini menjadi empat lorong.

"Kerajaan negeri juga merancang untuk membina sebuah jambatan menghubungkan Kampung Losong-Pulau Sekati-Teluk Pasu, bagi mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud sekarang," katanya.

"Ia sudah diluluskan oleh kerajaan pusat sebelum ini, namun kerajaan negeri minta diubah menjadi empat lorong daripada dua lorong yang dicadangkan sebelum ini. Sebab itu berlaku kelewatan kerana ada ubah suai dan pengambilan tanah," tambahnya.

Pada majlis itu 77 warga MBKT menerima Anugerah Khidmat Cemerlang daripada Ahmad.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 09:12 AM | Show all posts
1702# tuan_wu

paper pun....jgn la jd cam stdium ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 11:12 PM | Show all posts
sape penah pegi smyg kat masjid hadhari kat jerteh?

luar nampak cantek..dlm mcm bau busuk..sebabnye byk atap bocor..kene siling kapur n kene karpet..aku rase bile banjir nanti makin byklaa air dlm masjid tu..jgn runtuh udah ler..sesape baik dgn MB TRG yg dulu tlglaa informkan die awal22..tkt2 malu besar lagi jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 04:11 PM | Show all posts


PROPOSAL FOR MENARA PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU
Hotel and office tower with traditional shopping mall
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 10:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by palmolive at 23-11-2009 10:35

yg jalan cm hiway kt jalan pasir tinggi ke telemong tu hiway ke haper...ke LPT fasa ke-2....

1 lg, bakpelaa org2 besar ganu tak terpikir nak bangunkan teknologi nelayan leh g ke laut masa musim tengkujuh cm Jepun...kan ker kapal Jepun leh keluar ke laut tak kira musim....so tak yah laa import ikan dri siam, takder laa taun..dri duk anjur Monson Cup yg takder pekdah pada rakyat langsung....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2009 12:06 PM | Show all posts
1706# palmolive
LPT fasa 2 le tu.............
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:02 PM | Show all posts
byak bgnan hebat2 kat trg darul iman, sapa tak kenal masjid terapung kak kuala ibai,...w.pun aku anak jati trg, dah merantau lbh 20 ke sgor, baru dp pijakkan kaki pada thn '09. Waktu maghrib yg tiba gamit aku gi solat..tp rekabtk dlmannya tak seindah luaran, tandas sempit, laluan tangga ke tmpt solat wanita, sorang je teluh lalu nk banding masjig Maran  di Phg kat atas bukit tu,  masjid shah alam jauh lbh selesa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2009 06:02 PM | Show all posts
nak komparekan masjid terapung dgn masjid shahalam.. mmg jauh beza.. mcm kite comparekan surau dgn masjid besilah.. hehehe.. tp kos utk contruct masjid trapung lagi tggi kerna masjid ni adalah masjid ptama d malaysia yg trapung diatas tasik... lepas tu di mjadi trend... cube tgk masjid putra kat putrajaya.. same jugak.. byk defect jugak...
mcmnilah asalkan kite smayang selesa.. itu dah cukup memandai... sekian
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 10:58 PM | Show all posts
byak bgnan hebat2 kat trg darul iman, sapa tak kenal masjid terapung kak kuala ibai,...w.pun aku anak jati trg, dah merantau lbh 20 ke sgor, baru dp pijakkan kaki pada thn '09. Waktu maghrib yg tiba g ...
honeysue Post at 23-11-2009 16:02


nama masjid terapung, makcik...
jangan lah assume selavish dan luas macam masjid atas darat...
yang kat shah alam yang duduk atas tanah atau masjid maran tempat area area tanah kampung,
boleh nak buat besar2...
tandas besar besar bilik tidur atau laluan tangga untuk makcik2 pakcik2 badan 90kg jalan beringan..
jangan marah,,gurau je...

btw, aku yang merantau ke KL, bila balik, sokmo sokmo pijakkan kaki ku kesana..
bukan pijak je,,,,siap basuh kaki, dan sembahyang..

tempat dia cukup nyaman,,,,
lepas sembahyang dok beranda....rasa tenang je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:00 PM | Show all posts
nak komparekan masjid terapung dgn masjid shahalam.. mmg jauh beza.. mcm kite comparekan surau dgn masjid besilah.. hehehe.. tp kos utk contruct masjid trapung lagi tggi kerna masjid ni adalah masjid  ...
BahamRambang Post at 23-11-2009 18:02


itu le..some people, love to critic...

tapi, kena jadi realistic..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:06 PM | Show all posts
http://i451.photobucket.com/albums/qq232/dezartch/2.jpg

PROPOSAL FOR MENARA PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU
Hotel and office tower with traditional shopping mall
BahamRambang Post at 21-11-2009 16:11


KT ni kena banyak tempat shopping...
baru lah minah minah dan mamat kg tok imam lapar, kata negeri maju..
pasal benchmark mereka, nak kata maju, kena tempat shopping yang bertingkat tingkat..
bukan kemudahan awam macam jalanraya, transportation, dll...

ada sorang minah  dulu, kata tak maju pasal dia frust  tak jumpa  kasut apa tah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:08 PM | Show all posts
sape penah pegi smyg kat masjid hadhari kat jerteh?

luar nampak cantek..dlm mcm bau busuk..sebabnye byk atap bocor..kene siling kapur n kene karpet..aku rase bile banjir nanti makin byklaa air dlm  ...
alia_sumaiyyah Post at 11-11-2009 23:12


Trg ni antara negeri yang kuat merasuah..
mentaliti mereka macam org Indon..India.,..dll...
sikit2 rasuah...

itu le jadi runtuh, kucar lanar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by kirawang at 23-11-2009 23:26



apartment comel ni, jadi dok,,nak buat tepi laut chendering ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 10:15 AM | Show all posts
KT ni kena banyak tempat shopping...
baru lah minah minah dan mamat kg tok imam lapar, kata negeri maju..
pasal benchmark mereka, nak kata maju, kena tempat shopping yang bertingkat tingkat..
b ...
kirawang Post at 23-11-2009 11:06 PM


kalo tempat shopping byk tp rakyat duk melopong nak masuk tak berani dalam shopping complex apa guna ada shopping complex..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 12:49 PM | Show all posts
kalo tempat shopping byk tp rakyat duk melopong nak masuk tak berani dalam shopping complex apa guna ada shopping complex..
palmolive Post at 24-11-2009 10:15



yg pasti mydin jugak yg jadi pililhan utama ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2009 01:00 PM | Show all posts
1716# auntie_tienaa


gorg pun dok paham... apekebende mrk buat dok tau rama sokmo...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 02:19 PM | Show all posts
ntah ler ....
abg tienaa..penah ckp ....
datang laa tesco , gaint , care4 kt ganu nih ...
mydin akan tetap jd pilihan org ganu ...
x tao arr bakpe ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 02:36 PM | Show all posts
mydin dah menawan hati org ganu sejak sekian lama..lagipun giant kt ganu mahal laa barang2 dia..compare ngan giant kt negeri lain
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 10:13 PM | Show all posts
1719# palmolive

sama je barang dia punya price..
tapi Giant, tesco, Carrefour pandai buat sales gimmick..

certain barang mereka slash down harga dan publish kat newspaper,,
tapi barang2 lain, mereka mahal ...

mungkin mydin ni..semua murah kot..
itu tak payah nak sibuk2 buat iklan kat paper tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.893360 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list