Belanjawan 2025: Saluran berpusat diwujudkan di UTC
Foto hiasan - FAIL NSTP
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membentuk saluran berpusat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi membantu golongan memerlukan memohon bantuan merentasi pelbagai agensi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata walaupun kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu rakyat, ada kalanya ia merumitkan rakyat untuk memohon kerana membabitkan pelbagai kementerian dan agensi dengan kriteria berbeza. "Masih terdapat keperluan menambah baik beberapa hal dilihat merumitkan rakyat yang mahu berurusan dengan kerajaan. "Ada sesetengah kes terpaksa mengambil cuti untuk menyelesaikan permohonan.
Ada kala juga perlu beratur panjang untuk nombor giliran dan sekiranya habis, terpaksa datang pada hari lain. "Ini belum lagi rakyat dibebankan dengan mengisi pelbagai borang untuk maklumat yang sama," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1312717/belanjawan-2025-saluran-berpusat-diwujudkan-di-utc
|