aku nak tanye la org yg dok semenanjung...
kat sane ade masalah kekurangan minyak diesel tak?
kat tempat aku sandakan nih da dekat seminggu minyak diesel kena catu..
aku tak gune pon diesel tapi aku rimas dengan lori2 panjang dan besar bersidai kat tepi jalan tunggu turn queue masuk petrol pam...
dah la jalan sempit, jem hokey jalan...
ade kaitan dengan PRU ke? kawasan lain area sabah diesel kena catu gak tak?
13 Apr : Fakta berkaitan kehilangan tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur mengejutkan. Tanah rizab Melayu sejak kemerdekaan 1957 hanya tinggal 5.1 peratus saja manakala kaum lain memiliki 94.9 peratus hartanah.
Kebanyakan kaedahnya adalah dengan mengambil tanah rizab Melayu itu, lalu kerajaan negeri di bawah Umno, BN telah menukarkannya kepada status komersial.
Melalui dasar British, maka sekurang-kurangnya 3 juta hektar tanah sudah teriktiraf sebagai tanah rizab. Dasar ini bermula apabila masuknya bangsa lain di Malaya dan British memberi peruntukan tanah untuk Melayu. Dasar ini tidak wujud jika bangsa lain tidak menjadi warganegara dan bukan rakyat di negara ini.
Perlahan-lahan, tanah rizab itu bertukar tangan. Kini, jumlah tanah itu menyusut. Ia bukannya lagi 3 juta hektar. Di Johor, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), tanah seluas 2,217 km persegi (221,634 hektar) beransur-ansur hilang atas nama kemajuan.
Kerana itu, ketika Salahuddin Ayub berkata, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menang di Johor, dan tanah di Kg Melayu Majidee akan diselamatkan, maka ucapan itu menuai cemuhan Umno. Ada pihak menyelar beliau sebagai orang luar dan tidak mengetahui keadaan sebenar negeri
itu.
"... dia membuat cerita seolah-olah dia yang boleh menjadi penyelamat," kata seorang pimpinan Umno.
Hakikat sebenarnya, Umno bukan penyelamat tanah Kg Melayu Majidee di Johor Bahru. Apakah tempat terbesar Melayu (sekali gus kubu kuat Umno dan BN) itu akan tergadai dengan kezaliman Umno, hanya Tuhan yang mampu menawarkan jawapan.
Di Kuala Lumpur, hal ini menjadi teka-teki juga. Apakah Kg Baru akan digadai Umno kalau parti haram itu berhasil merampas kerusi Parlimen Titiwangsa yang sebelum ini mandatnya diberi kepada Almarhumah Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali?
Perjuangan arwah Dr Lo’ Lo’ bukanlah sekerat jalan. Dia meninggalkan pelapisnya. Terkini, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi diumum Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Titiwangsa dalam PRU13.
Berlatarbelakang pendidikan undang-undang guamam, anak muda ini masih meneruskan kerja tertunda yang sebelumnya diperjuang oleh arwah Dr Lo’Lo’. Jadi, pemergiannya sejak Julai, 2011 sudah berganti.
Dalam kenyataannya, Ahmad Zamri kembali menegaskan bahawa tanah milik orang Melayu di Kampung Baru ini tidak akan menerima nasib yang sama seperti tanah di Kg Abdullah Hukum dan Kg Kerinchi yang sebelum ini dirampas Umno-BN.
Baginya, Kg Baru itu nadi serta detak jantung bangsa Melayu di KualaLumpur setelah segala-galanya kini sudah rakus ditelan zaman hasil bikinan tangan penindas Umno dan pengkhianat BN.
"Orang Melayu merempat di tanah sendiri, konon mahu dibuat pembangunan. Walhal ia adalah gedung mewah bagi golongan kaya," katanya dalam dalam satu ceramah di pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR) Titiwangsa.
Pada kesempatan itu, Zamri selaku Penyelaras PKWR mencabar Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Johari Abdul Ghani untuk mendebatkan isu 'Umno gadai tanah Kg Baru'.
"Saya cabar Umno Titiwangsa untuk berdebat, kamu bentangkan fakta kamu dan kita akan kemukakan segala fakta bahawa Umno sedang menggadaikan tanah orang Melayu di Kuala Lumpur untuk kaut keuntungan kepada kroni," katanya.
Ahmad Zamri yang juga Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Pemuda PAS Pusat turut menyentuh beberapa persoalan yang berkaitan dengan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2012 (APPKB). Akta itu banyak kali ditentang oleh penduduk kampung ini.
APPKB itu, kata Ahmad Zamri selaku Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), sudah diluluskan secara tergesa-gesa, dan dibahaskan cuma dalam masa 4 jam sebelum diluluskan di Parlimen.
Ringkasnya, mengundi Umno, BN bererti merelakan leher ditebas akta-akta dan perundangan zalim yang selalu diasah oleh basah lidah tipu daya. Rakyat, khasnya bangsa Melayu itu perlu disedarkan selalu betapa 3 juta hektar tanah rizab Melayu hilang melesap menjelangdetik-detik merdeka.
Dan 1.7 juta hektar lesap pada tahun 1995, (merosot hampir 44 peratus daripada jumlah asal bersamaan 1.2 peratus kemerosotan setiap tahun). Dan, tanah yang dirampas Umno, BN itu tidaklah diganti semula. Demikianlah bagaimana undi anda kepada Umno, bererti usaha menikam ke jantung bumi sendiri.