CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chekshu

TBB V66 Tema : Happy New Year 2014 ;-)

 Close [Copy link]
Post time 28-11-2013 11:55 AM | Show all posts
chekshu posted on 28-11-2013 11:51 AM
morning my laling...

eh dah almost noon lah!

xikhlas pangill lalink
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2013 12:01 PM | Show all posts
chekshu posted on 28-11-2013 11:38 AM
ohhh... kelaparan

terasa nak makan bihun tomyam pedas2

ni sblm baru makan bihun tomyam... marbelos
msk sendiri katanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 12:02 PM | Show all posts
ashburn posted on 28-11-2013 11:39 AM
dino mmg pemes dimana2

hahah... musuh pun ramai long time no see bro....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 01:23 PM | Show all posts
ashburn posted on 28-11-2013 11:55 AM
xikhlas pangill lalink

camne tau nih???



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 01:24 PM | Show all posts
dino posted on 28-11-2013 12:01 PM
ni sblm baru makan bihun tomyam... marbelos
msk sendiri katanya

ohhh... dino terer masak tom yam lah!

lenkali masak lebih2 beb
pastu ajak kami2 kat sini makan sekali
sangat2 afdal ye...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 01:25 PM | Show all posts
Menjadikan PAS parti dominan dalam Pakatan Rakyat - PTM                                               
                       
                                                                        November 26, 2013
                                               
                                                                                                                                                        PTM membaca tulisan Naseh Ulwan, beliau menulis, “PAS mesti diiktiraf sebagai parti dominasi dalam Pakatan Rakyat (PR), sebagaimana Umno menjadi parti dominasi dalam Barisan Nasional (BN)."
        PTM bertanya kembali, “Apa yang PAS perlu dapat dalam PR supaya dianggap sebagai parti dominan?”
        Namun, tiada jawapan yang diberikan sehingga kini.

        Bagaimanakah kita perlu menanggapi persoalan ‘dominasi’ ini?
        PTM berpendapat persoalan dominasi ini dapat dibahagi kepada dua faktor iaitu struktur dan dan persepsi.
        Faktor pertama, struktur, adalah kerangka kepemimpinan sesuatu organisasi. Struktur adalah satu indikator yang boleh dilihat dan boleh diukur (measureable). Faktor kedua, persepsi, tidak boleh diukur (unmeasureable) dan dinilai tahap-tahapnya.
        Sebelum kita membuat perbandingan dominasi Umno dalam BN dan dominasi PAS dalam PR, kita mesti faham bagaimana struktur kepemimpinan BN dan PR berfungsi, dan bagaimana ia memberi kesan kepada faktor dominasi parti tertentu.
        Struktur BN
        BN mempunyai struktur kepemimpinan top-down yang jelas, bermula dari Pengerusi (Umno), Timbalan Pengerusi (Umno), Naib Pengerusi (wakil dari 12 parti), Setiausaha Agung (Umno) dan Bendahari Agung (Umno). BN juga mempunyai struktur di peringkat Pemuda (dipengerusi oleh Ketua Pemuda Umno) dan Wanita (dipengerusi oleh Ketua Wanita Umno).
        BN ialah gabungan parti yang berasaskan kaum dan etnik. Umno mewakili Melayu, MCA dan Gerakan mewakili Cina, MIC mewakili India dan beberapa parti lain mewakili etnik masing-masing. Budaya ini sukar untuk dipecahkan kerana ia mengikut template yang ditetapkan penjajah British apabila ingin memberi kemerdekaan dahulu. Komposisi parti (termasuk jumlah pembahagian kerusi bertanding) dalam BN adalah bayangan kepada komposisi kaum di Malaysia.
        Disebabkan komposisi Melayu mencecah 70%, secara tidak langsung ia menterjemahkan dominasi Umno dalam Barisan Nasional. Apatah lagi Umno boleh berpaut pada doktrin ‘hak keistimewaan Melayu’ untuk memastikan status quo-nya kekal dalam BN. Malah, survival parti-parti lain juga bergantung kepada prestasi Umno. Jika undi Umno merudum, maka parti-parti lain turut akan terkubur.
        Faktor lain ialah, BN terikat dengan budaya kuasa pemerintahan Negara. Secara tidak langsung, Pengerusi BN akan disandang oleh Perdana Menteri (secara tabi’inya adalah Presiden Umno), Timbalan Pengerusi BN oleh Timbalan Perdana Menteri (secara tabi’inya adalah Timbalan Presiden Umno) dan juga beberapa jawatan penting yang lain.
        Struktur PR
        Pembentukan Pakatan Rakyat adalah respon kepada keperluan politik semasa pra dan pasca PRU 2008. Meskipun struktur kepemimpinan PR tidak sekompleks BN, tetapi ia mampu bertahan dan semakin mengukuh sehingga hari ini.
        PAS, PKR dan DAP ibarat tiga tuku yang menampung sebiji kawah, iaitu Pakatan Rakyat. Konsep kepemimpinan PR bukan bersifat top-down, tetapi bersifat setara-horizontal. Konsep ini diterjemahkan melalui Majlis Presiden. Secara teknikalnya, setiap Presiden Parti tidak ada yang lebih tinggi dari yang lain. Sebagaimana amalan organisasi yang biasa, majoriti jawatankuasa Majlis Presiden bersetuju memilih Anwar Ibrahim sebagai pengerusi untuk memudahcara perjalanan PR. Majlis Presiden dibantu oleh penubuhan Sekretariat Bersama, antaranya ialah Sekretariat Bajet.
        Sebagai pengerusi PR, dan berdasarkan pengalaman beliau dalam kerajaan dan karisma kepemimpinan yang ada, majoriti Ahli Parlimen PR memilih Anwar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
        Struktur Pakatan Rakyat tidak membuka ruang untuk seseorang wakil parti menjadi autokratik dalam membuat keputusan. Pembentukan PR didasarkan oleh perjanjian bertulis dan komitmen asas kenegaraan Malaysia (Raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, agama persekutuan dan hak istimewa Melayu). Segala dasar, manifesto, pendirian isu akan melalui Sekretariat Bersama dan diluluskan oleh Majlis Presiden.
        Semua parti ada matlamat perjuangan masing-masing. Tapi perjanjian PR memastikan semua hasrat parti disimpulkan dalam satu dasar, manifesto, dan budaya tertentu. Walaupun salah satu parti hanya mempunyai 5 orang ahli parlimen, namun dasar, polisi, manifesto, dan pendirian terhadap sesuatu isu tetap mengambil kira pendapat semua parti dalam PR kerana ia mesti melalui Majlis Presiden, atau secretariat-sekretariat tertentu.
        Struktur PR tidak menjadikan kaum dan etnik sebagai asas kepada komposisi kepemimpinan. Sebab itu kita boleh lihat antara tokoh utama yang membentuk Sekretariat Bajet ialah Dr. Dzulkefly Ahmad, Rafizi Ramli dan Tony Pua, kerana setiap parti menghantar wakil yang diasaskan kepada merit dan kepakaran, bukan kaum.
        Maknanya, dari segi struktur kepemimpinan Pakatan Rakyat, persoalan dominasi parti tertentu adalah tidak signifikan.
        Struktur pembahagian kerusi
        Pas dikatakan tidak dominan apabila kerusinya di parlimen adalah yang paling sedikit. Pembahagian kerusi untuk parti Pakatan Rakyat mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Contohnya sebelum wujudnya Parti Keadilan, PAS dan DAP tidak menghantar semua calonnya di semua kerusi terutama di Sabah dan Sarawak kerana faktor kelemahan akar umbi di kawasan tertentu. Dan selepas pembentukan PR, semua parti berkompromi untuk memastikan pertandingan dua penjuru dengan BN berlaku.
        Malah pada tahun 2011, Ketua Penerangan Pas telah membuat kenyataan berkenaan prinsip asas kompromi pembahagian kerusi iaitu ‘Secara umumnya kerusi majoriti Melayu untuk Pas, majoriti Cina untuk DAP dan kerusi campuran untuk PKR’.
        Dalam PRU 2008 untuk kerusi Parlimen, PAS bertanding 66 kerusi (2 di Malaysia Timur), PKR 97 kerusi (33 di Malaysia Timur) dan DAP 47 kerusi (12 di Malaysia Timur).
        Untuk kerusi DUN, PAS bertanding 231 kerusi, PKR 177 kerusi dan DAP 102 kerusi. Menariknya ialah, secara keseluruan PAS mendapat kerusi DUN paling banyak dan juga paling banyak di 10 negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Selangor (jumlah kerusi sama dengan PKR), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
        Dalam PRU 2013 untuk kerusi Parlimen, PAS bertanding di 73 kerusi (bertambah 7 kerusi), PKR 99 kerusi dan DAP 51 kerusi (Jumlah 223 kerusi, berlaku pertindihan PAS dan PKR di Labuan). Di peringkat DUN, Pas bertanding di 236 kerusi (meningkat 5 kerusi), PKR 172 kerusi dan DAP 102 kerusi.
        Jika diambil kira jumlah bilangan kerusi ini, secara logiknya Pas adalah parti dominan sekurang-kurangnya di peringkat Negeri. Namun dominasi bukan suatu bentuk pengiktirafan!
        Mempunyai kelebihan kerusi dalam parlimen juga tidak menjadi faktor dominasi parti tertentu kerana sebahagian ahli Parlimen sekadar berfungsi memenuhi korum sahaja. Kombinasi 3 parti atau lebih dalam Pakatan Pembangkang menjadikan kuasa tawar menawar untuk melantik Ketua Pembangkang lebih mengecil.
        Contohnya Pas mahu melantik Tuan Guru Abdul Hadi sebagai Ketua Pembangkang, DAP dan PKR masih memegang kuasa tawar menawar untuk menentukan. Demikian juga jika DAP berhasrat demikian. Akhirnya, parti-parti pakatan akan akur dengan tokoh yang boleh diterima oleh semua pihak.
        Hakikatnya, di dalam mana-mana pakatan parti politik pun akan ada persaingan intra-parti. Masing-masing akan menonjolkan diri dan melebarkan pengaruh ideologinya kerana perkara itu tidak ada pun dalam perjanjian persepakatan. DAP sudah memulakan gerak kerja di Sabah dan Sarawak. PKR sudah bertapak di sana. Sudahkah PAS membuat sesuatu di Sabah dan Sarawak untuk melebarkan sayap di sana? Faktanya ialah Malaysia Timur menyumbang hampir 25% kerusi Parlimen. Siapa cekap mengatur strategi, dialah yang menguasai.
        Nak minta orang lain iktiraf PAS sebagai ‘pihak yang mendominasi’ bodoh-bodoh begitu, tidak mungkin. Bahkan akan diketawakan. Misalnya dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Ketika di awal permainan, Piya tidak boleh sesuka hati meminta penganjur iktiraf dia sebagai Most Stylish Player sesuka hati. Beliau perlu buktikan penguasaan bola, jaringan gol, sekat kemaraan lawan dan akhirnya, persepsi awam akan mengiktiraf beliau sebagai pemain yang hebat dan mendominasi perlawanan. Malangnya dalam perlawanan itu Piya seolah-olah tidak ada dalam padang, tidak perform. Lalu Bojan Hodak sendiri yang keluarkan beliau dan gantikan dengan pemain lain.
        Persepsi
        Struktur PR tidak memungkinkan salah satu parti mendominasi parti lain, seperti yang PTM jelaskan di atas. PTM berpendapat, dominasi parti yang disebut-sebut itu adalah berdasarkan kepada persepsi orang ramai. Persepsi terbentuk hasil daripada penilaian umum terhadap prestasi dan tindakan sesuatu parti.
        Mari kita jawab satu persatu soalan di bawah.
        1. Adakah PAS, PKR atau DAP yang lebih agresif terhadap sesuatu isu?
        2. Apabila muncul isu ekonomi, siapa yang ke depan?
        3. Parti mana yang menonjolkan pemimpin muda yang kelihatan segar dan menarik perhatian orang muda?
        4. Parti mana atau individu mana yang membentangkan manifesto PTPTN, harga rumah, harga kereta, secara terperinci menggunakan video dan bahan yang menarik?
        5. Siapa yang pandai cari maklumat yang luar dari kebiasaan (rare) parti lain? Contohnya NFC.
        6. Siapa yang lebih cekap dalam mengurus dan mengolah isu untuk menarik sokongan rakyat?
        7. Pemimpin parti mana yang lebih berkarisma; mempunyai gaya dalam ucapan, hujah dan fakta dalam penyampaian, menguasai bahasa Inggeris untuk perhubungan antarabangsa, bijak membina perhubungan dalam jaringan politik domestik dan antarabangsa, dilihat yakin untuk memimpin, diterima oleh semua kaum dan agama, serta pelbagai faktor lain?
        8. Pemimpin parti mana yang menguasai cabang-cabang utama politik dan pentabiran Negara? Contohnya bidang ekonomi dan undang-undang.
        9. Parti mana yang menonjolkan prestasi yang paling cemerlang dalam pentadbiran? Adakah PKR di Selangor, DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan?
        Inilah sebahagian soalan yang perlu dijawab sebelum kamu meminta orang lain mengiktiraf tahap dominasi parti kamu. Ia berkait dengan tindakan politik, kebijakan politik dan persaingan intra-parti dalam mengolah persepsi awam.
        Sebab itulah PTM pernah menulis, PAS mesti mengukuhkan kedudukan professional dan ulama, mengangkat pemimpin yang berkarisma dan multi-disiplin, memposisikan potensi-potensi muda yang kompeten di dalam struktur parti supaya boleh berfungsi dengan cemerlang.
        PAS mesti bersedia untuk menghadapi persaingan intra-parti Pakatan Rakyat dalam segenap segi termasuk intelektualisme, aktivisime, idealism dan advokasi. Gunalah apa sahaja ‘paling-paling’ yang dikatakan ada pada PAS; paling tua, paling lama, paling ramai ahli, paling berpengalaman, paling alim, paling betul, paling benar, paling segala benda - untuk membuktikan prestasi, membentuk think-tank dan menghasilkan polisi-polisi yang berpihak di bumi nyata untuk meyakinkan rakyat. Jika semua terbukti dan menarik perhatian ramai, secara automatik persepsi awam akan mengatakan PAS adalah parti yang mendominasi Pakatan Rakyat.
        Gabungan Pakatan Rakyat bukan seperti gabungan Barisan Nasional yang menggunakan komposisi kaum sebagai struktur kepemimpinan. Pakatan Rakyat adalah gabungan parti yang mendahulukan individu yang amanah dan kompeten (al-amin and al-qawiy) untuk diangkat sebagai pemimpin ‘de facto’.
        Jika PAS menubuhkan gabungan parti yang meletakkan agama sebagai asas pakatan, bolehlah PAS sesuka hati meminta diiktiraf sebagai parti dominan kerana komposisi orang Islam di Malaysia adalah yang tertinggi. - 26 November, 2013.
        * PTM adalah singkatan dari Pemerhati Tetap Muktamar yang menulis melalui Facebooknya.
        * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


----
nak tempek sat.... hebat tul sedara aku sorang ni... sibuk dok gaduh je.... royanan die kat fb dpt perhatian rupanya...
saja nak share ngan korang..... sedara aku ni hampir nak masuk wad gile..




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2013 01:26 PM | Show all posts
chekshu posted on 28-11-2013 01:24 PM
ohhh... dino terer masak tom yam lah!

lenkali masak lebih2 beb

insyaAllah cheksu... bile kite dok rumah sendiri nanti hiks....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 01:34 PM | Show all posts
dino posted on 28-11-2013 01:25 PM
Menjadikan PAS parti dominan dalam Pakatan Rakyat - PTM                                               
                                                                                                November 26, 2013
                                                 ...

PTM stand for what? who? whom? whose?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2013 01:35 PM | Show all posts
dino posted on 28-11-2013 01:26 PM
insyaAllah cheksu... bile kite dok rumah sendiri nanti hiks....

so.. cepat2 lah beli rumah sendiri ye!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 01:49 PM | Show all posts
chekshu posted on 28-11-2013 01:34 PM
PTM stand for what? who? whom? whose?

pemerhati tetap muktamar...
cheksu sedara aku sorang tu byk menulis kat fb... siap bergaduh lg.....die tak berapa nak sihat..... hr tu masuk spital siap patah gigi dok gaduh.....
penyakit die pantang org pertikai pndpt die....masa bulan pose lepas.... die dtg rumah.... mak aku ajak aaa berbuka sekali..... time tu adik aku yg bongsu pompuan pun ade..... adik aku tu tgh belajor lg... time makan2 die dgn selamba kodoknya.... p nasihat ayah aku.... anak2 pompuan kena kawin cepat.... takyah tunggu sampai hbis blaja.... mcm2 aaa die nak tazkirah ayah aku tuh...... ayah aku tu dah start berbulu dah..... tp sabo je mengenang die tak brp sihat.....

aku sendiri pun tak berani nak argue ape2 ngan ayah aku yg mcm komando tuh.... die selamba kodok je nak nasihat.....  mak aku cite aku tak tahan nak gelak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 01:50 PM | Show all posts
chekshu posted on 28-11-2013 01:35 PM
so.. cepat2 lah beli rumah sendiri ye!

doa2kan.....hiks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 02:50 PM | Show all posts
dino posted on 28-11-2013 01:25 PM
Menjadikan PAS parti dominan dalam Pakatan Rakyat - PTM                                               
                                                                                                November 26, 2013
                                                 ...

panjang banget



hak hak hak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 02:51 PM | Show all posts
dino posted on 28-11-2013 01:49 PM
pemerhati tetap muktamar...
cheksu sedara aku sorang tu byk menulis kat fb... siap bergaduh ...

orang tak cukup sekilo ni
memang tak berapa ok kalo kita nak patah kan cakap dia...
sebab dia bukannya cukup akal utk fikir di luar kotak....

jadik kekadang tu - jalan terbaik walopon tak semestinya betul
ya kan aje....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 02:52 PM | Show all posts
dino posted on 28-11-2013 01:50 PM
doa2kan.....hiks

insyaallah beb....
ada rezeki tu nanti....



Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 02:54 PM | Show all posts
chekshu posted on 28-11-2013 01:24 PM
ohhh... dino terer masak tom yam lah!

lenkali masak lebih2 beb

di sokong !
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 02:55 PM | Show all posts
chekshu posted on 28-11-2013 02:51 PM
orang tak cukup sekilo ni
memang tak berapa ok kalo kita nak patah kan cakap dia...
sebab dia bu ...

die time ok... no prob.... time die mari naik sheikh mmg prob..... ngan abg die pun kena tumbuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2013 02:56 PM | Show all posts
dino posted on 28-11-2013 01:50 PM
doa2kan.....hiks

amin......

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 03:36 PM | Show all posts
cloudnine_mm posted on 28-11-2013 02:54 PM
di sokong !





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 03:37 PM | Show all posts
dino posted on 28-11-2013 02:55 PM
die time ok... no prob.... time die mari naik sheikh mmg prob..... ngan abg die pun kena tumbuk :m ...

of kos...
tu antara characteristic orang yg tak cukup sekilo....
emosi tak stabil
mood swing sesedap rasa aje kekadang tu



Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 04:05 PM | Show all posts
assalam
n
selamat petang semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.214060 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list