CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Buritan

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 27

 Close [Copy link]
Post time 24-12-2020 07:43 AM | Show all posts
Lagi bod sinun-


Dua pelajar di Hong Kong dijangkiti varian baharu COVID-19 UK
Agensi
Disember 23, 2020 23:03 MYT

HONG KONG: Varian baharu COVID-19 yang mula dikesan di United Kingdom (UK), kini turut dikesan di Hong Kong pada Rabu.
Menurut Jabatan Kesihatan Hong Kong, mutasi virus yang menyebabkan tahap jangkitan jauh lebih tinggi itu dikesan menjangkiti dua pelajar yang telah pulang ke negara itu dari UK pada Disember.
“Sampel virus pada dua pelajar itu yang kembali ke Hong Kong adalah sama dengan sampel varian virus di UK,” kata ketua penyakit berjangkit di agensi Jabatan Kesihatan, Dr Chuand Shuk-kwan, yang turut berkata analisis lebih terperinci diperlukan untuk mengesahkan perkara itu.

Pada Selasa, pihak berkuasa Hong Kong telah melarang penerbangan dari UK, menjadikan ia negara pertama untuk bertindak sebegitu dalam usaha mengawal penularan varian baharu koronavirus tersebut.
Sejak bulan Nov, hab kewangan Asia itu telah dilanda gelombang baharu yang menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan penutupan premis dan restoran sehingga jam 6 petang, selain menutup gim dan salon kecantikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2020 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 24-12-2020 02:37 AM
klu Eco RM2.10 tu payah nak ada pasu putih
ni i beli kedai Setia Eco. harga sama rm2.10 cuma nama ...

Wah..ni letak kt dpn pintu ye.. nmpk nau pkpb pun org dok gardening lg..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 24-12-2020 02:48 AM
Semalam pokok alocasia i baru sampai dari N9..
Alhamdulillah pokok i tak layu..


Cantik berkilat pokok keladi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-12-2020 07:23 AM
Tak laku pun photo booth tu...pelik derang buat...siap jatuh tergolek belon2 semua

Hihihi..nasib bkn org yg jatuh tergolek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2020 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-12-2020 07:43 AM
Lagi bod sinun-



Ni bg masuk pulak.. stress aku baca pagi bute ni.. aku nak hempuk sape pun tak tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2020 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-12-2020 07:21 AM
Cari yang komedi...klako...ilang stress...
Saya kadang suka tengok komedi romantik...menarik plot ...

Kita tepek dgn ais pack bila sakit pala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2020 08:14 AM | Show all posts
seribulan replied at 24-12-2020 07:24 AM
Yup...dah balik rumah semula...yang tu dia x kan tunjuk le...mesti grand gila...bekas kerabat kan. ...

kan.. mesti dia xnak tunjuk private life dia tu..rupanya rumah kat kg tu kosong.. semua perabot tu dia bawak la kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 08:19 AM | Show all posts
seribulan replied at 24-12-2020 07:25 AM
Wah...leh cuba...resepi plisss

haha resepi campak2 je..
mula2 goreng ketam dlm kuali.. minyak sikit mcm nk menumis je..then agak2 ketam separuh masak, angkat letak tepi dulu
guna minyak yg sama tumis bawang putih, bawang besar dan halia potong mancis, then buh lasos tiram..garam skit

masukkan air sikit dlm 2 sudu.. kacau2 keypo masukkan tepung jagung skit yg dibancuh air.. nk kasi kuah pekat skit
then masukkan black pepper, cukup rasa kalau nak.. then masukkan ketam.. gaul2 smpai masak.. siap. simple je sbb daun bawang pun xde.. kalau ada boleh masukkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2020 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Leonclay replied at 23-12-2020 09:47 PM
Harap2 bertunas la..lps tu br blh alih..sementara ni cucuk je kt pasu yg ada

Bunga raye pun cantik cantik la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 09:44 AM | Show all posts
Leonclay replied at 24-12-2020 07:00 AM
Hihihi..nasib bkn org yg jatuh tergolek

Tu le pasal

Dah kuar bekpes dgn bff ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 09:45 AM | Show all posts
Buritan replied at 24-12-2020 07:09 AM
Ni bg masuk pulak.. stress aku baca pagi bute ni.. aku nak hempuk sape pun tak tau..

Hempuk abah kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 09:47 AM | Show all posts
Buritan replied at 24-12-2020 07:11 AM
Kita tepek dgn ais pack bila sakit pala

Kita serupa

Ni cuaca dah panas
Lama tak hujan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 09:48 AM | Show all posts
keypochino replied at 24-12-2020 07:14 AM
kan.. mesti dia xnak tunjuk private life dia tu..rupanya rumah kat kg tu kosong.. semua perabot tu ...

Mesti letak rumah baharu...kang tinggal kerit di anai2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 09:49 AM | Show all posts
keypochino replied at 24-12-2020 07:19 AM
haha resepi campak2 je..
mula2 goreng ketam dlm kuali.. minyak sikit mcm nk menumis je..then aga ...

tinggal beli ketam ni...ingat nak pi recce King Crab rancangan JJCM baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 10:24 AM | Show all posts
keypochino replied at 24-12-2020 07:14 AM
kan.. mesti dia xnak tunjuk private life dia tu..rupanya rumah kat kg tu kosong.. semua perabot tu ...

Wah...bod sinun, penangan Diva AA...

Lagu Cinta Kita trending sejak mula
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - Disember 24, 2020 @ 8:30am


KUALA LUMPUR: Mencipta rekod dalam penghasilan program realiti era pandemik COVID-19, musim kedua Lagu Cinta Kita (LCK2) terbitan TV3, mencatatkan hampir empat juta tontonan saban minggu dan trending setiap kali disiarkan.

Menemui penonton sejak 8 November lalu, episod keenam LCK2 Ahad lalu, memecah rekod apabila menarik 3.84 juta penonton lantas trending, biarpun ketika itu, sebuah stesen televisyen (TV) kabel menyiarkan siaran langsung acara anugerah.

Bakal melabuhkan tirai dua minggu saja lagi, LCK2 yang juga program mencari jodoh sambil mengasah bakat menyanyi, terus konsisten dengan rating penonton dan pengisian penuh kejutan.

Tidak hairanlah, pemerhati industri hiburan mula memperkatakan mengenai LCK2 yang dianggap program realiti sukses yang dipakej dengan elemen mantap baik dalam aspek pengisian termasuk kuasa tarikan, ketika industri penerbitan bangkit dalam berdepan COVID-19.

Penerbit Eksekutif LCK2, Muhammad Sufian Che Isa, berkata, produksi tidak pernah merancang gimik dalam setiap episod LCK2 sehingga trending. Sebaliknya, akui Sufian, semuanya berlaku secara spontan.

"Setiap perkara yang muncul trending dalam LCK2 tidak pernah dirancang. Namun, kami tidak menafikan, ketika dipertanggungjawab menerbitkan program itu, ia memberikan tekanan kepada kami untuk memastikan program itu mampu menyaingi program realiti sedia ada," katanya kepada BH Online.

Sufian berkata, biarpun diadaptasikan daripada program CJ ENM, Love At First Song, namun tanggungjawab digalas, bukannya mudah.

Apatah lagi, berdepan saingan program realiti stesen TV lain yang sudah kukuh jenamanya dan menemui penonton pada waktu kemuncak jam 9 malam, setiap Ahad.

"Dalam menerbitkan LCK2, kami tidak boleh mengubah format nyanyian. Ini kerana ia diadaptasikan daripada program hiburan Korea Selatan.

"Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah menambah intipati rancangan agar menarik. Ketika sesi sumbang saran antara Primework Studios dan Media Prima Omnia kami 'pecah kepala' memikirkan bagaimana LCK2 boleh jadi 'trending'.

"Ini kerana format tidak boleh ditukar secara sesuka hati. Kami cuba mantapkan dengan pemilihan hos yang tepat dan juri yang sesuai," katanya.

Keputusan menggandingkan pengacara berpengalaman, Azwan Ali yang sudah lama tidak muncul di kaca TV bersama Elly Mazlein juga diakui Sufian sebagai pilihan tepat.

Gandingan mereka menjadi bahan bualan ramai hingga LCK2 menjadi perhatian dan tarikan saban minggu.

Selain itu, kata Sufian, produksi juga menitik beratkan pemilihan juri mantap. Ternyata, pelantikan Mas Idayu, Ajai dan Hael Husaini tidak mengecewakan malah menjadi faktor menarik penonton apatah lagi dengan 'drama' dicetuskan mereka di set.

"Ketika membuat pemilihan juri, kami lihat faktor kesesuaian juri untuk ditampilkan. Kami mahukan juri yang bersahaja. Apa sahaja komen mereka lontarkan adalah jujur dan tidak dibuat-buat.

"Atas sebab itu, kami memilih Mas Idayu kerana beliau sering tampil dengan komen yang tidak berlapik. Kami tahu ia boleh menjadi tarikan untuk penonton terus melekat dengan program itu.

"Ajai pula tidak memberikan komen kosong. Dia berilmu manakala Hael pula bertindak sebagai pelindung," katanya.

Sufian berkata, LCK2 yang bersiaran dua jam memberi cabaran untuk memastikan penonton 'melekat' di hadapan TV.

"Itulah sebabnya kami perlu memastikan pemilihan pengacara dan juri yang tepat. Malah, kami tidak sangka, pemilihan Azwan dan Elly memberi impak besar kepada program itu," katanya yang dipertanggungjawabkan mengendali program realiti terbitan TV3 sejak 2005.

Tambah Sufian, pengalaman lebih 15 tahun menerbitkan program realiti banyak membantu terutama dalam merancang bagaimana hendak menjadikan kandungannya menarik.

Apatah lagi, katanya, penonton semakin bijak dalam menilai sesebuah program. Justeru, mereka tidak boleh menghasilkan program sambil lewa lebih-lebih lagi LCK2 adalah sebuah program baharu.

"Untuk program baharu, kami perlu tahu bagaimana mahu menarik perhatian audiens," katanya.

Sufian berkata, antara langkah diambil, setiap minggu, mereka mengundang ahli panel berbeza untuk berbicara mengenai topik cinta.

Bagi minggu separuh akhir dan pentas akhir, katanya, produksi tidak merangka sebarang gimik sebaliknya elemen spontan yang diharap viral.

Lapan pasangan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir ialah Syafiq & Serra, Fariqwan & Mina, Kael & Evie dan Adly & Darlin. Turut bersaing Iss & Mya, Amir & Balqis, Khareez & Nadeera dan Hafiz & Mafa.

Pada musim pertama, Lagu Cinta Kita menobatkan Naqi Nasri dan Nur Ayuni Sapuan sebagai juara. Keserasian yang wujud antara sekali gus membibitkan perasaan cinta sehingga ke jenjang pelamin pada 25 Julai lalu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-12-2020 09:47 AM
Kita serupa

Ni cuaca dah panas

Kek sini ala ala nak ujan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-12-2020 09:45 AM
Hempuk abah kot

Ontah laaa.. dulu aku nyibuk gak politik.ni.. laa ni i is malas.. my pm is joe biden... hahaha.. class fittew
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 24-12-2020 10:33 AM
Kek sini ala ala nak ujan..

Sini panas tapi awan mula mendung lak
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 24-12-2020 10:35 AM
Ontah laaa.. dulu aku nyibuk gak politik.ni.. laa ni i is malas.. my pm is joe biden... hahaha.. c ...

Hihi...glemer Biden ni no...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 03:05 PM | Show all posts
seribulan replied at 24-12-2020 09:48 AM
Mesti letak rumah baharu...kang tinggal kerit di anai2 ...

perabot dia bukan murah2.. harus la ambil balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.832709 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list