|
Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!
[Copy link]
|
|
seri je... maklumla lawan sesama team turki ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku fobia plak lawan kat home ground....asyik kene belasah jek....kene tuko nama stadium lepas nih.... ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
halo abg,
i nak quit dari league nih boleh tak,i nak join league kwn2 i laa..tolong sack yer,sebab button letak jawatan takde la..thanks for everything..
Surat dari eliza
terpaksa la respek keputusan dia
sari dua lagi la sack
so guys kalau ada kekawan yang nak take over do inform utk apply
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1732 srumut's post
oh eliza... ko pegi tanpa pesan ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by srumut at 21-11-2008 09:05 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
halo abg,
i nak quit dari league nih boleh tak,i nak join league kwn2 i laa..tolong sack yer,sebab button letak jawatan takde la..thanks for everything..
Surat dari eliza
terpaksa la res ...
eliza ni mesti kecewa sebab abg koben dah ada agnes monica..![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Pusingan Pertama berakhir Khamis lepas di semua Division
Bagi ranking LCX Premier setelah pusingan 1 berakhir:
Pasukan Saja Saja F.C terus mendahului liga dengan mencapai 7 kemenangan, tiada seri dan beroleh 2 tewas mengutip 21 mata. Rekod menunjukkan pasukan ini beraksi cemerlang di gelanggang lawan dengan mencapat 4 kemenangan manakala mencipta 3 kemenangan di gelanggang sendiri. Hanya tewas kepasa pasukan Nasri Kawase F.C dan Saro FC di awal musim namun bermula dengan perlawanan keempat liga, pasukan Saja Saja F.C pantas menuai mata dengan belum tewas dalam 6 perlawanan setakat ini. Pencapaian terbaik mereka dalam 3 musim di LCX Premier.
Aksi terbaru : apabila menundukkan pasukan pasukan KaCak FC 3-2 di ol trapod. Ketinggalan 2 kali menerusi jaringan pemain tuan rumah Evaristo Figueirinhas(12) dan Cyril Villatte(19) tidak mengugat semangat juang pemain pasukan pelawat apabila dua kali pemain tengah pasukan Saja Saja F.C, Cyril Villatte berjaya menyamakan kedudukan dari 1-1 kepada 2-2 iaitu minit 18 dan 27 sebelum penalti Arthur Rowlands minit 38 memberi 3 mata mutlak buat pasukan pelawat bagi menutup tirai pusingan pertama. Pasukan KaCak FC berpeluang menyamakan kedudukan 3-3 namun Vin韈ius Ourique gagal mnyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 74.
Kedua pasukan bakal kembali bertemu apabila pasukan KaCak FC bakal berkunjung ke Stadium Saja Saja Isnin ini.
Bagi pasukan KaCak FC, menghuni tangga tercorot untuk pusingan pertama LCX Premier musim 3 merupakan pencapaian terburuk mereka apabila mengutip 3 mata dengan keputusan 3 seri dan tewas enam kali. Mereka perlu pantas bangkit jika tidak mahu terus berada dalam zon penyingkiran.
Pasukan Saro FC pula berada di tanga kedua liga dengan mengutip 20 mata, satu mata dibelakang pendahulu liga dengan 6 kemenangan, 2 seri dan tewas sekali. Terbaru mereka mewaskan penyandang juara Rocky FC di Stamford Bridge dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Jack Davis pada minit 45 dan 80. Bagi pasukan Rocky FC pula, mereka kini berada di tangga kelima liga dengan mengutip 14 mata dengan 4 kemenangan, 2 seri dan tewas tiga kali. Kedua pasukan ini akan sekali bertemu Isnin ini di Sungai Penchala. Pastinya pasukan tuan rumah akan memberi aksi terbaik mereka agar tidak terus tercicir mata.
Pasukan Nasri Kawase pula berada di tangga ketiga liga dengan mengutip 15 mata hasil dari 4 kemennagan , 3 seri dan tewas dua kali. Pasukan ini amat menyerlah musim ini berbanding musim-musim lalu dan dilihat antara pencabar utama kejuaraan liga kali ini. Biarpun begitu, dalam aksi terbaru mereka tunduk 2-4 kepada kebangkitan pasukan juara LCX Div 1 musim lalu, testiruFC di stade de bleublanch. Dalam perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah yang masih dibayangi kemenagan pertama musim ke atas KaCak FC 4-0 pantas di depan menerusi gol pada minit ke 3 babak pertama. Pasukan Nasri Kawase FC menyamakan kedudukan menerusi Alexandre Fenillat pada minit 27 sebelum tuan rumah kembali dengan kelebihan 2 gol pasukan menerusi Sima Radinovic(33) dan Dejan Bulajic(57). Pasukan Nasri Kawase FC kembali cuba menyaingi tuan rumah dengan gol Samir Nasri pada minit 63. Namun gol Ognjen Bare pada minit 83 ternyata mengecewakan pasukan pelawat yang cuba untuk mengikat kedudukan. Bagi pasukan testiruFC, kebangkitan mereka dalam 2 perlawanan terakhir di gelanggang sendiri dengan mengutip 6 mata merupakan aksi terbaik mereka. Berada ditangga 8 dengan mencapai 2 kemenangan, 3 seri dan tewas 4 kal mengutip 9 mata. Dengan baki 9 perlawanan lagi di pusingan kedua, pasukan ini dilihat boleh bangkit untuk memberi saingan ke atas pasukan di tangga atas mereka dan sekaligus mengelakkan dari terjerumus kembali ke LCX Div 1 musim depan.
Bagi CFC Koben pula, mereka berada di tangga ke 4 liga dengan mengumpul 15 mata hasil dari 4 kemenangan, seri 3 dan tewas hanya 2 kali. Dengan adunan mantap di semua posisi, pasukan ini turut dilihat antara pasukan yang konsisten namun seperti juga pasukan lain, masalah kecederaan sedikit merumitkan bagi pengurus mereka menurunkan kesebelasan terbaik dalam setiap perlawanan. Dalam aksi terbaru., mereka seri 2-2 di gelanggang lawan apabila berrtandang ke padang UKK Changloon apabila bertemu pasukan Changloon FC. Dua kali pasukan tuan rumah di depan menerusi Ozan 謟tonga(7) dan (65) namun pasukan CFC Koben berjaya mengikat kedudukan menerusi 2 gol Luis de Pedro pada minit 32 dan 82. Bagi pasukan Changloon FC mereka kini berada di tangga ke 7 dengan 10 mata melalui 3 kemenangan, 1 seri dan tewas lima kali. Sinonim dengan beraksi agak buruk di gelanggang sendiri namun berbeza ketika bertandang ke gelanggang lawan. Namun psuingan kedua nanti, pasukan ini dilihat mampu menyerlah jika persefahaman antara pemain semakin baik.
Pasukan korr fc setelah tamat pusingan pertama berada di tangga ke 6 dengan mengutip 12 mata dengan 3 kemenangan, 3 seri dan tewas 3 kali. Pasukan ini pada musim terdahulu sering dilabelkan pakar seri namun musim ini agak sedikit perlahan namun mula bangkit di pertengahan liga. Pembelian beberapa tonggak pertahanan dan tengah dilihat kembali menyuntik moral pasukan bagi mengahdapi saingan serterusnya di pusingan kedua nanti. Dalam aksi terbaru mereka, pasukan korr fc seri 0-0 ketika melayani kunjungan pasukan pacubob united di Giggsy Lane. Bagi pasukan pacubob united, penampilan pertama di LCX Premier menyaksikan mereka antara pasukan yang disebut-sebut bakal memberi saingan yang sengit kepad apasukan LCX Premier yang lain. Namun setelah pusingan pertama berakhir. mereka menghuni tangga ke 9 dengan mengutip 5 mata dengan 1 kemenangan, 2 keputusan seri dan tewas 6 kali. Bagaimanapun, pembelian terbaru 2 tonggak pertahanan yang berskil tinggi Payton Strummer dan Payton Strummer dilihat usaha pengurusan dalam memperkuatkan cabaran mereka di pusingan kedua nanti.
Kesemua pasukan di semua Divison baik Premier, Div 1, 2 dan 3 pastinya sudah boleh menilai keupayaan pasukan masing setelah musim 3 kini berada di separuh jalan. Tinggal 9 perlawanan lagi bagi semua pasukan membuktikan sesuatu kepada pengurusan dan penyokong pasukan mereka.
Selamat menempuh pusingam kedua pada hari Isnin nanti!
[ Last edited by srumut at 22-11-2008 11:00 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1737 pacubob\ catat
kalo gibab..welkam back to dibisyen one... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
saja bg kalah ngan negro..tentu epi suka..mmg murah hati team kuku cekam neh..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|