Terlalu rindu, Noh Salleh dedah wajah Musa
PETALING JAYA – Bukan lagi rahsia apabila penyanyi Noh Salleh akhirnya mendedahkan wajah anak angkatnya, Musa bersempena sambutan ulang tahun kelahiran yang kedua.
Menerusi hantaran dimuat naik Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 38, dalam Instagram miliknya, vokalis kumpulan Hujan itu turut meluahkan rasa rindu terhadap Musa yang dipercayai sudah lama tidak bertemu.
“Selamat hari jadi kedua tahun Musa Mohammad Noh. Rindu betul bapak dengan kitak (ayah dengan awak). Allah SWT sahaja yang tahu betapa sakit menahan rindu mahu berjumpa.
“Semoga Allah satukan kita suatu hari nanti. Jadi, awak akan dapat layanan seorang ayah betul-betul,” tulisnya.
Dalam hantaran itu, Noh telah memuat naik foto mendukung Musa yang dilihat memakai pakaian berwarna hitam, tanpa menutup wajahnya dengan simbol emoji seperti sebelum ini.
Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya turut meninggalkan ucapan selamat hari jadi buat Musa, selain memuji wajahnya yang comel.
“Selamat hari jadi Musa. Semoga membesar dengan sihat,” ujar seorang netizen.
|