|
Reply 1714# KAULAT
Betul la tu kaulat.. Saya bukan apa,kalau betul nak uji ketahanan diri buat la betul2.. Ini kalau kita tengok yang banyak dalam blog2 sekarang ni,pegi terjah sampai 3,4buah kereta. Lampu pulak nah pakai spotlight simbah macam stadium tu. Jangan kata cari,seru/puja pun makhuk tu takkan keluar. Lepas tu pertikai pulak kenyataan orang yang pernah terserempak semata2 sebab diorang tak nampak. Benda macam ni saya memandang dalam pelbagai sudut,pro n kontra thats why saya pertikai. Saya langsung tak nampak walau sekelumit pun kebaikan atas perbuatan mereka. Semua orang boleh cakap itu urusan masing2,saya tak nafikan kenyataan tu,tapi fikirkan balik. Wajarkah mereka mengganggu kehidupan makhluk Allah yang lain?.. Adakah mereka nak membahas apa yang tersurat dalam Al-Quran?.. Jin,malaikat,syaitan adalah wujud. Kenapa mereka tak cari malaikat?.. Kenapa mereka nak kejar hantu yang tak wujud?... Sebab apa saya kata tak wujud,dalam Al-Quran takde tertulis hantu.. Kan membuang masa namanya tu. Siap ada 1 geng tu boleh minta dana/derma pulak untuk teruskan aktiviti mereka yang saya kategorikan khurafat.
Sory to say,kalau betul nak tengok sangat,meh saya bukakan hijab tu.. Saya pernah ajukan kepada boleh kata ramai pencari entiti paranormal ni yang saya kenal.. Tapi belum ada seorang pun yang datang atau hubungi saya. Pada saya the reason is simple,takut..!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1722# chefmizan
betul.. saya setuju dgn chefmizan.. diorang takut sebab tu sampai bawak 2 - 3 buah kete. kalau tgk sorg2 tak berani mana pun. kan lebih baik kita mencari Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
bila la dpt khatam benang ni...
mula2 seronok bc...lm2 rs pening ..mata x berkelip duk ngadap pc..m ...
ROSMAWATIE Post at 21-12-2011 16:55
betul kata chef tu kak.. jgn paksa diri.. santai2 saja suda |
|
|
|
|
|
|
|
Reply KAULAT
Yerlaa kan...kalu mcm tue laa pengalaman orang bawak keretapi....mcm mana pu ...
sofiera Post at 21-12-2011 22:08
ye la kak kan... kot ada tak diorang terserempak dengan kuda terbang ke.. atau yang macam zam zam alakazam tu ke kak kan? mustahil tak de kak eak.. nampak kelibat ke... ternampak awan berbentuk Allah ke nabi muhammad ke... kak kan? kan? kan? harap ada yang sudi bercerita |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
lama juga murni tak masuk sini..dan makin ramai pulak kat sini kan..hehe
cite2 kat sini pun memang best..{:4_182:}
sebenarnya murni nak update pasal bau wangi tu..
sejak murni cite kat sini ngan gtau hubby,bau tu semakin menjadi2..tak kira masa..
mula2 dulu murni seram jugak..
tapi entah nape,murni dah rasa ok dah..
bau tu jadi macam pewangi pulak kat rumah..
satu hari tu,suami murni ada cakap,lebih kurang macam ni la...
" Kau makhluk Allah,kami juga makhluk Allah,
kita sama2 akan kembali kepada Allah,
kalau Kau Islam,kau tidak akan mengganggu saudara SeIslam mu,
dan kalau Kau kafir,lebih baik keluar dari rumah ini kerana rumah ini hanya untuk orang yang beribadah dan taat pada perintah Allah"
lepas je suami murni cakap macam tu,bau nya masih ada tapi dah berkurang..
murni pun dah tak rasa seram sejuk macam mula2 dulu....
kalau tak, nak pegi dapur pun takut... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1709# chefmizan
itu la tu. ada satu program tu siap cari volunteers untuk duduk kat satu-satu tempat tunggu benda tu. kalau berani sangat kenapa suruh volunteers yang pergi. duduk la kat situ sendiri, letak je kamera yang konon canggih tu kat tepi. babe kekadang terpikir jugak, kalau dorang tu ada kelebihan macam chef, perlu ke nak ke ceruk rantau bagai mencari benda tu kan?
Yerlaa kan...kalu mcm tue laa pengalaman orang bawak keretapi....mcm mana pulak pilot yg bawak plane tue kan....mesti mcm2 yg dorang nampak....kan tempat yg luas semesta....
sofiera Post at 21-12-2011 22:08
pilot dorang bawak kapalterbang tak perlu tengok ke luar tingkap sangat kak, kecuali masa nak take off dengan nak landing. mata dorang lebih fokus pada button dengan mesin-mesin (tak tau nak describe cam mana) kat depan mata. pastu berborak-borak. bukan cam kita, bila naik flight perak' nak tengok luar tingkap |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1729# murninurani
Biasa la tu murni.. Bila kita memperkatakan tentang makhluk2 ni sebenarnya akan menarik mereka untuk mendekati kita. Kadang2 sebagai contoh kalau kita baca kisah2 kat sini malam2 buta. Mula la rasa meremang,silap2 boleh terasa akan kehadiran makhluk ni tadi. Apa yang boleh saya perkatakan ye,memang mereka ada sekeliling kita masa tu. Samada nampak atau tidak itu terpulang kepada tahap pancaindra masing2. Saya sendiri tidak menafikan perkara ni,sebab tu setiap malam bila saya buka dan baca thread ni,akan ada gangguan kecil yang berlaku di sekeliling sebelah luar bilik saya. Ketuk tingkap,bunyi ber'dehem',suara berbisik,ketawa kecil dan sebagainya. Kerana bila kita memperkatakan tentang makhluk2 ni sebenarnya mereka tau dan seronok..
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply murninurani
Biasa la tu murni.. Bila kita memperkatakan tentang makhluk2 ni sebenar ...
chefmizan Post at 22-12-2011 11:46
oh ye ke...
dia dah semakin berani la kan sbb murni ngan suami dah tau...
sebelum ni sekali sekala je...
takpela chef..asalkan dia tak melampau2 nak menganggu cukup la..
InsyaAllah,murni tengah bina kekuatan diri..
dan bermohon pada Allah supaya murni kuat nak hadapi dugaan..
thanks chef for your respons.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye la kak kan... kot ada tak diorang terserempak dengan kuda terbang ke.. atau yang maca ...
hest Post at 22-12-2011 09:09
Yer2,,,mungkin juga esp waktu malam flight tue....lagie bila3 cuaca mendung n kilat,,,,mcm2 laa yg dilihat |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung....
Malam tu selepas isyak para pelajar macam biasa terus ke kelas untuk prep sehingga pukul 11malam. Saya n the geng kene balik asrama sebab ada kes. Ustaz suruh saya monitor keadaan sementara beliau sampai. Setibanya kat asrama saya dapat rasa kelainan pada bangunan dan sekeliling. Masa tu dari pandangan saya bangunan asrama nampak terlalu usang seolah2 dah lama tak berpenghuni. Kawan2 saya pulak terhidu bau yang sangat busuk. Masing2 dah takut untuk terus menuju ke tingkat atas. Saya kemudian bersama Syukri (imam sekolah) naik keatas untuk meninjau. Tingkat 1 alhamdulillah takde apa2. Cuma Syukri kata bau semakin kuat. On the way ke tingkat 2 Syukri tegur ada 1 penampakan kat hujung tangga bangunan blok A yang grill berkunci. Penampakkan tu katanya sedang memerhatikan kami. Saya perhatikan tak nampak apa2 tapi yang saya nampak adalah sejenis makhluk seolah2 macam orang hutan yang sangat besar.
Syukri masa tu memang tak berhenti membaca surah2 yang dihafal. Sampai tingkat 2 saya nampak makhluk tadi dah berada didepan bilik tengah2 bangunan. Seolah2 sedang mengagah supaya kami membatalkan hasrat untuk terus naik ke tingkat atas. Masa tu saya mula baca surah Al-Quran untuk mengelak makhluk tersebu mendekati kami. Syukri pulak ketika tu memang tak nampak apa2. Dia cuma terbau bau yang busuk tu je. Saya pesan kat dia sekiranya apa2 berlaku,lari terus keluar dari perkarangan kawasan asrama. Dengan kekuatan yang saya ada saya cuba mengadap makhluk tu. Tapi macam kaki ni kene kunci pulak. Syukri dah menggigil2 pegang saya. Macam2 soalan yang di tanya bila dengar saya menghafaz Quran. Habis je ayat 33 saya baca,makhluk tadi hilang dari pandangan.
Merasakan keadaan dah ok,kami turun dan maklumkan pada pak guard. Sebab kebetulan masa tu pak guard tengah meronda. Lepas je kami sampai di dewan makan para pelajar pun sampai,dah abis prep. So dalam dewan makan tu saya suruh Syukri umumkan pada semua bila naik ke bilik masing2 jangan buat bising,melalak atau sebagainya yang bercanggah dengan adat asrama. Sebelum tidur pastikan berwuduk,baca Yassin dan kemudian pasang kelambu. Mana yang takde,letakkan Yassin dibawah bantal. Bila Syukri buat pengumuman macam tu kecoh la dewan makan. Biasa la kan masing2 dengan pendapat masing2. Malangnya bila naik bilik,ramai yang lupa apa yang Syukri pesan. So berlaku lah sesuatu yang memang tidak dijangka malam tu.
Kejadian pertama berlaku semasa saya,Syukri,Wali dan Ustaz Husin tengah berbincang kat gelanggang takraw yang betul2 mengadap ruang tengah asrama (asrama ni bentuk 'U',tengah2 ada kerusi dan 2 batang pokok setinggi 1 tingkat).. Yang ni agak kelakar sikit,sebab pelajar ni junior form 1 dalam keadaan mamai datang kepada kami bertanya mana toilet. Saya masa tu dah pecah perut ketawa sebab budak junior ni gelaran dia adalah 'kanyo@stim'.. Sambil senyum dia pusing. Dengan tiba2 suara dia berubah menjadi garau sambil sound saya 'Ko gelak ye'.. Terus saya terdiam. Sah ni bukan kanyo. Wali terus blocking dia dengan kain pelikat. Masih tersenyum sinis kanyo tunjuk ke tangga blok A yang dikunci. Dari luar kami perhatikan di tangga tu penuh dengan bangkai2 ikan. Ustaz pun apa lagi,tanya saya dan Syukri.
Setelah diterangkan ustaz suruh tunjuk tempat kami tanam ikan siang tadi. Pegi sana gali balik tengok sekor pun dah takde. Masa tu memang beristighfar panjang la saya dan Syukri. Ustaz suruh kami ambil wuduk siap2. Masa tu dah dengar hiruk pikuk di tingkat 2 dan 3 seolah2 budak2 dalam bilik2 kat atas tu histeria. Ada yang terjerit2,ada yang menangis,ada yang bersiul,ada yang ketawa dan etc. Saya dengan Syukri sibuk la nak terjah naik,tapi ustaz kata abaikan,itu mainan mereka untuk tarik kita. Duduk je kat sini,apa2 pun kita pulihkan utusan dia ni dulu (si kanyo)..
Untuk kesekian kalinya.... Bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1734# chefmizan
Nak lagi,boleyh?
Kalau abang chefmizan tak sibuk lah...Hehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1734# chefmizan
dh jd macam tread mark pulak chefmizan nie tau.. adeh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1735# 7teen
Setujuuuuu!!!! Chef...nak story lagiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1734# chefmizan
Ermm erm 7 suap popcorn dah bersambung....adoooi....hehehe nak gie buat kopi laa....hahahaha
takper2 guys cheff ambik FEEL dulu...{:4_230:} |
|
|
|
|
|
|
|
hohoho..
menarik betul kisah chefmizan ni. Aku plak dulu memang budak asrama so boleh bayangkan apa yang jadi dengan jelas. Cuma asrama aku tak pakai kelambu jer.
Haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum...
selamat petang...emmmm hari yang memenatkan... |
|
|
|
|
|
|
|
oh ye ke...
dia dah semakin berani la kan sbb murni ngan suami dah tau...
sebelum ni sekali ...
murninurani Post at 22-12-2011 11:57
Alhamdullilah...
sekurang-kurangnya murni dah luahkan kebimbangan pada suami,
dan korang berdua ambik respon yang baik...
Yelah bila kita kuat,dekatkan diri dengan allah makhluk2 ni tak berani nak rapat...
jadi tahniah murni...berjaya mengatasi kebimbangan dan lebih berani{:4_182:} |
|
|
|
|
|
|
| |
|