SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 18 FEBRUARI 2022 PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC (DATA SEHINGGA 17 FEBRUARI 2022) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 17 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19: - Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): dua (2) negeri iaitu Johor (65%) dan Kelantan (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%.
- Katil bukan ICU: sembilan (9) negeri iaitu Perak (99%), Kelantan (96%), Selangor (93%), Perlis (93%), Putrajaya (85%), W.P. Kuala Lumpur (84%), Johor (80%), Sabah (79%), dan Pahang (51%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%.
- Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC): lapan (8) negeri iaitu Perak (74%), Negeri Sembilan (73%), Selangor (71%), Terengganu (60%), Kelantan (59%) Sabah (58%), Kedah (51%), dan Pulau Pinang (50%), menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%.
- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 141 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36%
Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya didapati terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19. Secara keseluruhannya kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19. Namun begitu setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas segera sekiranya didapati kapasiti fasiliti semakin penuh.
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya semasa didiagnosa, mungkin seseorang pesakit tersebut adalah pada kategori 2A dan diisolasi di rumah menggunakan digital Home Surveilance Order (HSO), namun kesihatan beliau merosot ke kategori 3 lalu memerlukan kemasukan ke hospital. Pada 17 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,469 kes. Daripada 1,469 kes ini: - 522 kes (35.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 947 kes (64.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Seperti dilihat di Jadual 4, terdapat kes COVID-19 kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan secara pre-emptive ke PKRC dan hospital. Antara sebab kemasukan pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 ke hospital: - Medical emergency (contohnya: penyakit kencing manis, darah tinggi yang tidak terkawal, dsb);
- Baru dikenalpasti menghidap penyakit tidak berjangkit yang tidak terkawal (contohnya darah tinggi atau kencing manis, dsb) semasa mendapat pemeriksaan di CAC;
- Penjaga kepada pesakit Pediatrik dan Geriatrik;
- Kes Obstetrik yang perlukan pemantauan rapi;
- Pesakit Immunocompromised (HIV, pesakit yang sedang terima rawatan kemoterapi);
- Kemasukan melalui wad kecemasan;
- Keadaan rumah yang kurang sesuai; dan
- Kes kanak-kanak:
- Kekurangan air di dalam badan;
- Demam berpanjangan dan kelesuan;
- Punyai penyakit kronik; dan
KES HARIAN COVID-19 KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Februari 2022; - Kes sembuh: 11,744 kes (2,888,194 kes kumulatif, 92.0%)
- Kes baharu : 26,701 (3,138,215 kes kumulatif);
- Kes import : 132 kes [70 warganegara (53.0%); 62 bukan warganegara (47.0%)];
- Kes tempatan : 26,569 kes [25,919 warganegara (97.6%); 650 bukan warganegara (2.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 216 kes (98 kes disahkan COVID-19; 118 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 141 kes (55 kes disahkan COVID-19; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
KATEGORI KES COVID-19 Daripada 26,701 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; - 118 kes (0.44 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 26,583 kes (99.56 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes; - Kategori 1 : 6,103 kes (22.86%);
- Kategori 2 : 20,480 kes (76.70%);
- Kategori 3 : 77 kes (0.29%);
- Kategori 4 : 19 kes (0.07%); dan
- Kategori 5 : 22 kes (0.08%).
KLUSTER COVID-19 - Jumlah kluster : 6,676 kluster;
- Jumlah kluster baharu :19 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,195 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 481 kluster.
Daripada 118 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 17 Februari 2022: - 22 kes (18.6%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 71 kes (60.2%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19;
- 25 kes (21.2%) telah menerima dos penggalak;
- 53 kes (44.9%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 49 kes (41.5%) mempunyai comorbid;
- 4 kes (3.4%) adalah kes ibu mengandung; dan
- 10 kes (8.5%) telah meninggal dunia, termasuk 2 (1.7%) kes brought-in-dead (BID).
NILAI RT Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 5. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari. Jadual 5: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 16 Februari 2022 NEGERI | NILAI R[size=12.375px]T | WP Labuan | 1.96 | Sarawak | 1.56 | Sabah | 1.51 | Pulau Pinang | 1.41 | Kedah | 1.40 | Terengganu | 1.36 | Kelantan | 1.36 | Negeri Sembilan | 1.36 | Perlis | 1.35 | Selangor | 1.33 | Pahang | 1.30 | WP Kuala Lumpur | 1.30 | Johor | 1.28 | WP Putrajaya | 1.25 | Perak | 1.24 | Melaka | 1.21 | MALAYSIA | 1.32 |
STATUS JANGKITAN COVID-19 DALAM KALANGAN IBU HAMIL DI MALAYSIA Sejak Mac 2020 sehingga Januari 2022, sejumlah 18,277 kes COVID-19 dalam kalangan ibu hamil telah dilaporkan di Malaysia. Bilangan ini merupakan 0.64% daripada jumlah keseluruhan bagi jangkitan COVID-19 yang dilaporkan bagi tempoh yang sama. Bagi tahun 2021, bilangan kes dalam kalangan ibu hamil melonjak naik pada bulan Julai hingga September dan mula menunjukkan tren penurunan pada Oktober 2021 hingga Januari 2022 (Rujuk Rajah 1).
Sejak pandemik COVID-19 bermula pada tahun 2020, sejumlah 191 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan COVID-19, dimana kesemua kematian dilaporkan berlaku pada tahun 2021. Pada tahun 2022, iaitu sehingga 15 Februari 2022; tiada kes kematian ibu hamil yang disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 dilaporkan. Bagi tahun 2021, kemuncak bagi kematian ibu hamil akibat komplikasi jangkitan COVID-19 ialah pada bulan Julai (31 kes), Ogos (77 kes), dan September (44 kes). Kes kematian semakin menurun pada bulan Oktober (12 kes), November (3 kes), dan tiada kes kematian bagi Disember 2021 (Rujuk Jadual 6). Analisa data kematian menunjukkan 79% daripada kes kematian tidak menerima vaksin COVID-19 manakala sebanyak 83% daripada kes kematian mempunyai komorbid. Selain itu, masalah berat badan (berat badan berlebihan atau obesiti) juga merupakan faktor risiko yang kerap dilaporkan. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada penurunan kes kematian ibu hamil akibat komplikasi COVID-19 ialah liputan vaksinasi yang tinggi (94.7%) dalam kalangan populasi dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah dicapai pada bulan Oktober 2021. Berdasarkan pencapaian kempen Ibunisasi, data sehingga akhir Oktober 2021 menunjukkan sebanyak 94% daripada ibu hamil yang mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksin COVID-19 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan daripada jumlah tersebut, 91% telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19. Jadual 6: Data Bilangan Kematian Ibu Hamil Disebabkan Komplikasi Jangkitan COVID-19; Malaysia 2021 Bulan | Bilangan Kematian Ibu Hamil Disebabkan Komplikasi Jangkitan COVID-19 | Januari 2021 | 1 | Februari 2021 | 1 | Mac 2021 | 0 | April 2021 | 1 | Mei 2021 | 2 | Jun 2021 | 19 | Julai 2021 | 31 | Ogos 2021 | 77 | September 2021 | 44 | Oktober 2021 | 12 | November 2021 | 3 | Disember 2021 | 0 | JUMLAH | 191 |
Pesanan kepada ibu hamil dalam mencegah jangkitan serta komplikasi COVID-19: - Memandangkan ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk, langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.
- KKM menyeru semua wanita dan ibu hamil untuk mendapatkan vaksin COVID-19 termasuklah dos penggalak kerana pengambilan vaksin terbukti mengurangkan risiko komplikasi jika dijangkiti COVID-19. Ibu hamil yang masih belum menerima dos penggalak boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat atau klinik swasta yang terpilih bagi mendapatkan janji temu awal.
- Selain itu, langkah-langkah pencegahan seperti berikut mesti dipatuhi oleh ibu hamil dan ahli keluarga:-
- Kekal berada di rumah kecuali untuk tujuan penting dan perlu sahaja;
- Amalkan norma baharu serta mematuhi standard operating procedure (SOP) dalam mencegah jangkitan COVID-19; Ahli keluarga perlu diingatkan untuk tidak menjadi punca jangkitan kepada ibu hamil dengan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah; dan
- Jika terdapat ahli keluarga yang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh sepenuhnya kepada prosedur kuarantin.
- Sekiranya telah disahkan positif COVID-19, semua ibu hamil perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) untuk menjalani penilaian oleh doktor. Ikut nasihat doktor jika perlu dipantau di fasiliti kesihatan.
- Sekiranya ibu hamil dibenarkan menjalani kuarantin dirumah, lakukan pemantauan kendiri. Jika gejala semakin merosot, ibu perlu segera ke CAC atau hospital.
- Jika berlaku kecemasan, boleh hubungi talian 999 atau segera ke hospital berdekatan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
- Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
- Tempoh isolasi (pengasingan) bagi individu positif COVID-19 yang tidak bergejala dan telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19, bergejala dan tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 18 Februari 2022 @ 10.00 pagi. Lampiran 1 Jadual 7: Perbandingan Gejala COVID-19 Kategori 2A (Ringan) Dan 2B (Sederhana) Kategori 2A | Kategori 2B | Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas | Demam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh | Batuk tanpa demam atau sesak nafas | Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea) | Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan | Sakit dada | Hilang deria bau | Tidak boleh makan atau minum | Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur | Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Memerlukan bantuan untuk berjalan | Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Gejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan | Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Perubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar | | Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam |
|