Wanita rompak 10,000 donat
CANBERRA, Australia – Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an di Australia melarikan sebuah van yang membawa 10,000 keping donat Krispy Kreme, lapor akhbar The Herald Sun.
Rompakan itu berlaku sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) di barat laut Sydney pada Rabu lalu. Suspek didakwa memasuki van itu ketika pemandunya berhenti di sebuah stesen minyak di Carlingford.
Jurucakap Krispy Kreme Australia berkata, van itu dalam perjalanan untuk menghantar 10,000 donat ke beberapa buah kedai di Newcastle.
Ketua rangkaian bekalan Krispy Kreme ANZ, Lenny Reddy berkata, pihaknya segera membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Pasukan kami berusaha menggantikan 10,000 donat dicuri yang dibuat segar setiap hari ke destinasi yang dituju,” katanya.
Suspek dikenal pasti sebagai seorang penduduk di Pulau Selat Torres, berusia dalam lingkungan 30-an, berambut hitam atau perang. – AGENSI
- Oleh KOSMO!
- 2 Disember 2023, 8:00 pm
|