CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69821|Reply: 5

[Tempatan] Nasi kenduri ‘sambut’ jemaah solat Jumaat

[Copy link]
Post time 21-12-2024 07:33 AM | Show all posts |Read mode
Nasi kenduri ‘sambut’ jemaah solat Jumaat
Oleh KOSMO!
20 Disember 2024, 5:08 pm

Jemaah Masjid Kapitan Keling dijamu nasi kenduri percuma sebelum menunaikan solat Jumaat, hari ini

GEORGE TOWN – Pihak pengurusan Masjid Kapitan Keling di sini mengambil pendekatan dengan menjamu para jemaah dengan hidangan nasi kenduri secara percuma bagi menggalakan mereka lebih datang awal untuk menunaikan solat Jumaat.

Pengerusinya, Datuk Faruk V Raja Mohamed berkata, hidangan tersebut disediakan untuk 300 jemaah pada setiap Jumaat, bermula 13 Disember lalu.

Menurutnya, pihak masjid prihatin dengan para jemaah terutama kakitangan pejabat termasuk rider makanan di kawasan ini.

“Pendekatan ini dilihat berjaya menarik perhatian jemaah untuk datang sejam lebih awal dan penuhi sah dalam masjid.

“Mereka dijamu hidangan nasi kenduri dengan ayam sambal, kari daging lembu dan buah kurma. Pendekatan sebegini juga dapat mengimarahkan masjid yang bukan sahaja menjadi tumpuan pada bulan Ramadan malah ketika menunaikan solat Jumaat,” katanya.

Masjid Kapitan Keling dibangunkan pada 1801 dan merupakan antara masjid tertua di Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2024 12:16 PM | Show all posts
pada akula tk elokla
psl confirm lena tido time khutbah ni..
tk percaya?

pi tgk je masa khatib baca khutbah
rata2 tido, kt mana2 masjid pun sama

lagi2 yg baca khutbah tu cm bca buku teks aja

nk bagi mkn tu, lepas solat lagi bgus
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Area kami pun ada yg buat ncm ni. Tapi lepas habis waktu jumaat la...
Mknan siap packing atas meja, di perkarangan msjid, jemaah kluar msjid ambik dan blh trus blk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dengar masjid KK ni bagi takzirah dalam bahasa Tamil.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 07:53 PM | Show all posts
batmana replied at 21-12-2024 12:16 PM
pada akula tk elokla
psl confirm lena tido time khutbah ni..
tk percaya?

tak bg makan pun konfirm tidoq sis

mesjid neh bahasa rasmi dia bahasa tamil so khutbah dia dlm bahasa dia lps tuh baru bahasa melayu so mmg lama la kira bole la lena 4 marhalah gitu

tp syukur ke hadrat Illahi sis pasai masjid neh rotate solat jemahat dgn mesjid achen street pasai dekat sgt and dua2 mesjid purba yg unesco naiktarafkan


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:15 PM | Show all posts
tempat kita org pulak ada juadah makmur

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.047499 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list