CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
 Author| Post time 22-12-2011 06:37 PM | Show all posts
oh ye ke...
dia dah semakin berani la kan sbb murni ngan suami dah tau...
sebelum ni sekali  ...
murninurani Post at 22-12-2011 11:57



Alhamdullilah...
sekurang-kurangnya murni dah luahkan kebimbangan pada suami,
dan korang berdua ambik respon yang baik...

Yelah bila kita kuat,dekatkan diri dengan allah makhluk2 ni tak berani nak rapat...
jadi tahniah murni...berjaya mengatasi kebimbangan dan lebih berani{:4_182:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2011 06:39 PM | Show all posts
Sambung....

     Malam tu selepas isyak para pelajar macam biasa terus ke kelas untuk prep sehing ...
chefmizan Post at 22-12-2011 15:31



cantik cheff cite yang best...takpe kami tau cheff pasti akan sambung cite...kan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:56 PM | Show all posts
Ya allah...laju je cerita2 kat sini...baru jer tinggal beberapa hari...terus dah berpage2 dah....puas nak mengejar....apa2 pun semua cerita / info yg menarik utk di kongsikan.

Saya pun pernah 2 x mimpi mcm seorg perempuan nak bagi keris berbalut kain kuning kat saya...tp saya x ambik ataupun saya akan terus tersedar....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 11:52 PM | Show all posts
Reply 1743# adeek30

Baguslah kalau tak diambik atau terus tersedar..Elakkan mengambilnya kerana dikhuatiri ianya akan memudharatkan..WALLAHUALAM~
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 08:20 AM | Show all posts
Reply  murninurani


    Biasa la tu murni.. Bila kita memperkatakan tentang makhluk2 ni sebenar ...
chefmizan Post at 22-12-2011 11:46



    oo.. patut lah chef eak.. tak salah lah apa yang kawan-kawan kita rasa ya... pernah terjadi sekali kat hest hari tu.. sampai pc teroff sendiri tengok plug semua ok menyala je button on/off tu.. tgk kat cpu pun menyela lagi LED on tu... masa tu lah rasa macam ada satu perasaan yang berat sangat dalam hati.. pastu kepala rasa macam bengal pun ada.. sakit pun ada.. macam di tekan sesuatu cas atau kuasa..
hest kalau dah rasa macam tu... paham lah hest memang ada dia kot kat sebelah...terus bangun.. pegi bilik kawan opis yang lain... kat bilik opis hest, hest duk sorang... lagik la... huhuhu sunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 08:55 AM | Show all posts
alamak...cheff...thg syok baca.. bersambung pulakkkk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2011 10:51 AM | Show all posts
Reply 1683# midori_katana

Seri belajar kat UiTM penang.. flat tu somewhere dekat2 situ la
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:57 AM | Show all posts
Reply 1747# SeriBunga


    Oic... Uitm kat seberang bukan kat pulau...ingatkan kat usm... Hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 01:01 PM | Show all posts
malam tadi babe terbukak entibiseben. ada pulak rancangan cari hantu tu. ada sorang volunteer perempuan, retis kot. mulut punya lah hazabedah. dia dok cabar benda tu soh kuar. siap sepak-sepak kerusi suma. dah tu bila dengar (dia kata la) orang nangis, ketaq lutut pula. pompuan yang sorang lagi dah nangis pasal takut. vongok tul.

betul la macam chef cakap. dia tak kacau kita, kita lak gi sebok-sebok gi cari dia. :@
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 03:58 PM | Show all posts
Salam, just nak share cerita..

Benda ni dah lama terjadi, tp sampai skrg still ingat dgn jelas. Thn 2000 lps abis SPM, saya ikut family member baik pegi berkelah kat PD.. mandi punye mandi, sedar2 time dah maghrib. Kitorg pun cepat2 pegi bilik mandi yg disediakn kat teluk kemang tu. Masa tu bilik mandi baru lepas renovate, jadi macam ada 2 bahagian, 1 bahagian sederet bilik mandi yg baru, 1 bahagian lg sederet bilik mandi yg lama. Nak dijadikan cerita, ramai sgt org tgh beratur kat bahagian baru tu. Kat bahagian lama takde org pegi mandi pun sbb tak de lampu.. cuma harap terang lampu dr bahagian baru tu. Saya dgn member pun decide pegi jer la mandi kat bhgn lama tu, nak cepat punya pasal.

Bila sampai jer dpn pintu bilik mandi tu, tgk dalam longkang dia penuh dgn pad2 yg dh pakai.. org main campak2 jer dlm longkang tu. Huhuhu... tp kitorg buat tak nampak jer la, terus masuk bilik mandi masing2. Nak dijadikan cerita lg, kenapa ntah kitorg tak masuk bersebelahan, boleh pulak selangkan 1 bilik. Antara bilik mandi saya dgn member, kat tgh2 tu kitorg biarkan kosong. Tgh2 bersihkan badan tu, tetiba saya dengar suara budak baca sifir 9.. mendayu2 jer bunyi dia.. tak sempat dia baca abis, tetiba dia mcm menjerit meronta2 “ayahhh.. tak nak ayahhh.. tak nakkk” saya terfikir mungkin ada family lepak blakang bilik mandi ni kot.. tp bunyi mcm bergema. Saya abaikan..

Teruskan mandi, saya tnye member.. “suzie, nak syampoo tak?” skali budak tu yg jawab “tak nakk..” saya tnye lg member saya tu, “suzieee.. ko nak syampoo takkk??” tak sempat member saya nk jawab, budak tu jawab lg “tak nakkkk” saya dah start bengang.. main2 plak budak ni... baru saya nak sound budak tu, tiba2 member saya ketuk pintu bilik saya kelam kabut. “nozaaa.. nozaaaa.. cpt bukak!” saya blur2, dgn sabun ada lg kat badan bukak jer la pintu tu.. (mandi pakai baju ye.. hehe) cpt2 member tarik tgn saya ajak keluar dr tempat tu.. smpai kat bahagian bilik mandi baru tu, baru member tu ckp, dia tak sedap ati sbb suara budak tu macam bunyi kat bilik tengah antara bilik kitorg mandi tu.. pastu dia boleh pulak pegi tnye org yg ramai2 tgh tunggu turn tu, ada dengar suara budak jerit2 tak? Sorang pun ckp tak dgr ape2 pun..  terus kitorg beratur jugak kat tempat ramai2 tu, sambung bersihkan badan, masuk skali 2 org dlm bilik mandi tu. Huhu..

Dlm kereta, kitorg tetiba jadi mcm pendiam.. mak ayah member dah pelik. Pstu kitorg cerita ape yg jadi, smpai kat rumah dia, ayah dia minta air penawar kat ustaz.. ustaz tu ckp, kitorg kene sbb dah maghrib, baru sibuk nk bersihkn diri.. pastu tempat mandi tu pulak kotor dgn pad2 tu. Memang tempat kesukaan benda2 macam tu la...

Ada susulan dari kejadian tu.. tp saya tak tau la berkait dgn budak yg saya dgr baca sifir tu ke tak..

Kejadian kat rumah saya pulak, 2 hari lps kejadian kat PD tu. Saya dgn adik saya memang tido dalam master bedroom, mak ayah tido kat bawah dgn adik2 yg lain.. master bedroom tu pulak mmg luas sgt. Tgh tido satu malam tu, tetiba saya terdengar bunyi basikal roda empat dlm bilik tu. Mcm ada org tgh main.. saya tak bukak mata lg, tp terfikir la jugak sape la pulak main tgh2 mlm ni.. basikal mmg ada kat luar rumah, tak kan adik saya yg kecik tu larat nak angkat bawak naik kat atas. Tp memang jelas bunyi basikal tu, ulang alik pusing2 dlm bilik. Tgh saya fikir2.. tetiba rasa selimut saya kene tarik lurut ke bawah..

masih dlm keadaan mata tertutup, saya tarik balik selimut tutup dada saya. 2 kali jugak saya main tarik selimut tu.. kali ketiga, saya pegang jer selimut kuat2. Terasa mcm ada yg menarik lagi, selimut jadi tegang.. saya mcm tak tentu arah dah.. jantung berdegup mmg laju la. Last2 saya nekad nak bukak mata tgk apa benda yg kacau ni.. bukak2 jer mata, saya nampak ada lelaki botak bercahaya mcm kaler hijau2 skit tgh senyum kat saya dgn pandangan yg tajam, pastu kepala dia tak bercantum dgn leher. Mcm ada kat tepi leher dia..

ada la dlm 3-4 saat jugak saya bertentang mata dgn dia, pstu cpt2 saya tutup mata blk sambil baca ayat kursi la, al fatihah la.. tu pun saya rasa lintang pukang saya baca. Saya cuba nak kejut adik, tp suara tak terkeluar, mulut jd berat sgt. Saya teruskn jugak baca dlm hati.. ulang2 smpai la saya tetido. Esoknya saya bgn, saya rasa mcm penat sgt.. tekak kering, perit sakit..

Saya cuba sedapkan hati, mimpi jer smlm tu.. tp saya sedar time tarik2 selimut tu. Sampai skrg saya tak dpt lupe kejadian tu. Time saya menaip ni pun saya bleh ingat muka lelaki kpla botak tu dengan jelas. Huhuhu....  mungkin budak kat PD tu ikut saya blk kot.. pastu ayah dia dtg rumah saya nak jemput blk anak dia. Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 05:04 PM | Show all posts
Reply 1750# ladyz23

Seram cite ko ni ladyz23...yg kat tandas seram...kat rumah pun seram...ish ish ish.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 05:41 PM | Show all posts
Reply 1750# ladyz23


    Iskkk....men tarik2 selimut plakkk...
Jadi skrg masih ada lagi gangguan ke lady?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 06:26 PM | Show all posts
hmm part yang budak tu ckp "taknak ayah.. taknak ayah.. " tu tingat kat my doter.. hehehe
dia kalo kena marah ngn asben mmg akan ckp dialog yg sama..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 07:01 PM | Show all posts
Reply 1620# 7teen


Selepas di tangkap cucu nenek tua tu, Choki & Wan dah berbaik semula ke 7teen?  Wan percaya ke apa yang terjadi kat choki tu?....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by cactus17 at 23-12-2011 21:42

Salam. Saya pun nak share jugak cerita yang pernah saya alami..


Kejadian berlaku semasa saya di tingkatan 4, tahun 2002.Waktu tu saya join perkhemahan badan beruniform sekolah saya antara pengakap,krs dan renjer puteri. Perkhemahan dibuat di sebuah tempat perkelahan yang agak famous di Gombak. Saya wakil krs waktu tu J  dan perkhemahan tu diuruskan oleh budak2 pengakap.


Kejadian berlaku pada malam pertama malam perkhemahan.Seperti biasa kalau ada perkhemahan aktiviti wajib diadakan adalah aktiviti burung hantu. Sebelum tu kami mengadakan bbq and cuaca pun x begitu baik sebab hujan turun. So kami ni rasa lega sebab ingatkan tak payah la buat aktiviti burung hantu tu. Tapi harapan tinggal harapan bila dalam pukul 1 pagi kami diarahkan untuk berkumpul. Budak2 renjer putire dah berura-ura nak bagitau diorang period dengan harapan tak payah join aktiviti tu tapi hampeh sebab semua peserta kena join jugak.


Kami pun berkumpul di satu kawasan lapang, depan kitorg ada sungai dan berhadapan dengan kawasan yang berbukit. Waktu tengah dengar taklimat tu saya dan kawan saya ternampak macam bayang2 putih dekat satu pokok tu tapi kitorang tak cakap apa2 pun, just diam and buat tak tau je. Sebelum bergerak ke tempat aktiviti kitorang diberi 1 password – papan nisan L waktu tu perasaan agak cuak sebab first time nak main aktiviti macam ni dengan password pun agak seram… kitorang diingatkan jangan ikut orang yang menghampiri kami jika password yang diberikan tidak sama.


Setelah mata diikat, kami pun diletakkan di tempat masing2. Saya duduk diam sambil dalam hati tak sudah baca segala surah yang ingat. Tiba2 ada macam orang baling2 pasir kat atas kepala saya. Dalam hati saya fikir ni mesti keje budak2 pengakap yang nak kacau kitorang. Saya pun buat ctau sambil dalam hati terus baca surah.


Tak berapa lama lepas tu, ada seseorang datang kepada saya.Saya pun terus Tanya ‘password?’… sekali orang tu terus jawab papan nisan x3 sambil tarik tangan saya. Saya dah macam cuak sebab password dah betul tapi suara yang menarik tangan saya tu ialah suara perempuan yang garau. Berlaku pulak adegan tarik menarik antara saya dengan perempuan tersebut sebab saya taknak ikut ‘orang’ tu walaupun password yang diberikan betul. Tak lama lepastu tangan saya dilepaskan.


Saya pun terus baca surah sampai la ada sorang budak lelaki datang, kali ni password pun betul dan dia suruh saya ikut dia. Baru beberapa langkah dia cakap tunggu kejap, dia nak cari kayu sebab senang sikit nak bawak saya. Bila budak tu datang saya pun Tanya password and dia bagi password yang salah pulak. Saya pun tak tau nak buat apa terus je duduk kat tempat tu sampai la cikgu saya datang and tolong alihkan saya kat bawah pokok sebab senang saya nak sandar. Dalam sejam lepas tu aktiviti pun selesai and kitorang dibawa balik ke tapak perkhemahan.


Besoknya sebelum nak balik ke sekolah saya and kawan sayapun tengoklah kat tempat kawasan berbukit tu kalau2 ada kain tersangkut kat pokok yang kitorang Nampak semalam tapi tak jumpa apa2 kain pun. Nasib Cuma Nampak bayangan macam tu je. And bila balik ke sekolah saya pun cerita la pasal kejadian tarik tangan tu kat budak2 pengakap yang jaga kitorang waktu aktiviti tu. Diorang pun terkejut dengar cerita saya sambil akap takde cikgu perempuan pun yang join aktiviti tu, semua tunggu kat tapak khemah. Lagipun cikgu2 yang join semua suara lembut2 je, takde yang garau macam tu. Lagi satu diorang cakap diorang letak saya kat tempat dekat dengan cikgu yang mengawal aktiviti tu,tapi pelik takde sape pun yang perasan kejadian tu.


Nasib baik la saya tak ikut ‘orang’ tu kalau tak, tak tau la apa jadi kat saya. Waktu bertukar2 cerita tu pulak budak2 pengakap ni cakap ada budak kena alih tempat sebab tertido waktu aktiviti dijalankan, means diorang letak kat lain tapi bila cari budak tu jumpa kat kawasan surau agak jauh sikit dari tapak perkhemahan.


Wallahualam.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by girl7 at 23-12-2011 22:23

Dah ketagih baca cerita cerita kat sini. Saya ada byk pengalaman dgn benda2 ni. Tp setakat ni, tak pernah lagi la nmpk real face. Ala2 samar2 je saya nampak.  Ni saya nak ceritakan pengalaman saya masa study kat uitm jengka..


Masa ni tahun 2009, 1st year saya kat sana.. saya tinggal kat asrama perempuan yang memang pihak universiti sediakan.. 1 bilik 4orang.. saya dpt tingkat yg paling atas skali, tgkat 4..2 bulan pertama tak ada apa apa pun.. tapi lama2, ada 1 bilik satu level dgn bilik saya tu, boleh dikatakan tiap tiap hari, mesti ada sorang budak tu akan histeria. Mula mula takut jgk, yela, jengka kan. Hutan je keliling tu. Tapi dah lama2, bila budak tu histeria, ktorg dah lali. Call je warden yang rumah dia bawah blok kitorang tu, kitorang duduk diam2 dalam bilik kunci pintu..  tapi selalunya roommates dia la yg call. Kitorg ni tau2 je dah dgr orang jerit2. Roommates dia cakap dia histeria sbb nmpk babi yg berdarah2 dlm toilet..


Okay, habis psl bdk ni… bila dah dekat nak final, biasalah student kan, mesti stay up mlm2 nak study.. masa ni saya dgn kawan2 saya tgh study sambil bukak lagu kris dayanti, ‘cobalah utk setia’ tu.. saya study atas katil, katil ktorang double decker tu. Saya kat tgkt atas, kawan saya kat tngkt bwh.. sorang lagi study kat lantai, dekat dgn laptop yg tgh pasang lagu tu…tengah hafal2, tiba2 lagu kris dayanti tu bertukar suara.. suara lelaki yang garau+besar.. time tu terkedu jap. Saya pndg kawan saya tu, dia pandang saya. Last2 saya terus tarik selimut, tutup muka tidur terus.. kawan saya tu terus cabut plug laptop tu, lompat naik atas katil tidur..


Esok tu, ktorang bukak balik lagu tu.. yela mana tau kan ntah2 mmg kris dayanti ada duet ke ape ke.. tapi takde pun. Elok je kris dayanti nyanyi sampai habis.. huhu.. lepas tu ktorang dgr2 dari senior, dorang kata sebelum ni, aras yang kami duduk tu, pihak U tak guna pun..  dah 4-5 tahun tutup sbb ada orang nampak orang minyak kat aras tu..


Wallahualam


Saya ada byk lagi cerita. Cuma tak rajin je nak karang ;p

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 11:21 PM | Show all posts
Reply 1756# girl7


    Xpa...nnt free citer la lagi
Itm mmg legend kalo bab2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 11:30 PM | Show all posts
as-salam.....alhamdulillah...habis jugak membacanyer...tp melompat@ sket la.....dan masih menunggu cerita dr chef....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 11:55 PM | Show all posts
Reply 1756# girl7


as salam, girl7, gun pon blaja kt uitm jengka ney..story la lgik{:4_189:}
sgt2 curious ni..nk tau gak story tempat gun blaja skang..hihihi{:4_181:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 08:19 AM | Show all posts
Assalammualalikum,
Selamat pagi....singgah jap...kelas belum mula lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.079239 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list