Edited by jajamis at 3-4-2015 07:08 AM
http://extra.tonton.com.my/enter ... elizad-sharifuddin/
#10Extra - Elizad Sharifuddin Tak Suka Perangai Panas Baran2 April 2015, 09:07
Keputusan untuk membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan membuka lembaran baru buat pelakon Siti Elizad Sharifuddin apabila namanya kembali melonjak naik setelah membintangi drama popular, ‘Teman Lelaki Upahan’ di TV3.
Mungkin ramai yang tidak tahu, aktres berusia 31 tahun ini sudah 20 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air di mana selain menjadi pelakon, dia juga seorang model dan pengacara. Nak tahu lebih lanjut tentang pelakon yang mesra disapa Ejad ini, jom semak senarai di bawah.
1. Datin Tiara Jacquelina dan Datin Sofea Jane merupakan idola Ejad dalam bidang lakonan. 2. Pelakon filem ‘Gangster’ ini sangat menggemari makanan laut dan masakan pedas. 3. Ejad akui fobia dengan gelap. 4. Ciri-ciri lelaki idamannya adalah lelaki berumur. Ejad kini sedang menghitung hari untuk menikahi pasangannya, Shamsul Baharin Rahman, 43, yang merupakan seorang duda anak dua pada 11 April. 5. Jika mempunyai kelapangan, pelakon filem ‘Berlari Ke Langit’ ini gemar menunggang motor berkuasa tinggi pada waktu lapang. 6. Tiga barang yang wajib ada dalam beg tangan adalah minyak wangi, bedak dan telefon bimbit. 7. Anak keempat dari lima beradik ini merupakan wakil negeri Selangor dalam sukan bola jaring. 8. Perkara pertama yang dilakukan selepas bangun tidur ialah minum air suam. 9. Perangai manusia yang paling tidak disukai ialah sikap panas baran. 10. Watak yang ingin dibawa namun masih belum diterima sehingga sekarang ialah watak psiko.
|