|
EP48 - NUBIE CLUB ~ REQUEST & UNDI SEADANYA AKU...
[Copy link]
|
|
ni dah ada org tepek lom ek?
kredit;murai
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Subhi Karim
Bertuah badan penyanyi remaja popular, Nubhan yang menerima pelbagai hadiah termasuk dompet berjenama LV (Louis Vuitton) daripada peminatnya sempena sambutan hari lahir pada 2 April lalu.
Berkat kemesraan Nubhan dengan peminatnya, kelab peminat Nubhan yang bergelar Nubbies telah bertungkus-lumus mengadakan sebuah majlis ringkas di Times Square, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Nubhan akui sungguhpun menerima banyak hadiah daripada peminat, diai tetap terkenang saat arwah ayahnya menghadiahkan sebuah motosikal.
"Ini kali pertama Nubhan sambut birthday tanpa ayah. Pun begitu, Nubhan masih lagi terbayang saat ayah berikan Nubhan motosikal. Waktu itu Nubhan berumur 20 tahun.
"Ketika itu Nubhan minta ayah belikan motor tapi ayah cakap tak ada duit. Kemudian, macam-macam ayah nasihat sehingga Nubhan kecil hati dan merajuk. Tapi, esok pagi, Nubhan terkejut ayah tiba-tiba berikan nombor plat motor kepada Nubhan. Tak sangka, ayah tunaikan permintaan Nubhan," jelas Nubhan dengan terharu.
Sementara itu, apabila ditanya lebih mendalam mengenai hubungannya dengan arwah ayah Nubhan seboleh-boleh mengelak. Apapun, itu bukan bermakna Nubhan tidak sudi berkongsi tetapi ingatan terhadap ayah akan sentiasa menghibakan dirinya.
"Sebenarnya, kalau boleh Nubhan dah tak mahu cakap pasal arwah ayah. Segala gerak-geri dan pesanan ayah masih lagi segar dalam ingatan Nubhan. Kalau Nubhan dengar saja ahli keluarga cakap tentang ayah, Nubhan akan lari.
"Yang jelas, apabila seseorang itu telah tiada, barulah kita akan terasa sangat dan merinduinya," kata Nubhan.
Mahu bahagiakan ibu selagi terdaya
Sejak ketiadaan ayah, Nubhan berkata, dia dan adik-beradiknya kini sentiasa menghubungi ibu mereka yang keseorangan dan kesepian. Malah, apabila dia teringat mahu pulang ke kampung, tanpa fikir panjang dia akan bergegas pulang.
"Pernah juga Nubhan fikir nak bawa mak pindah KL. Pun begitu, apabila difikirkan semula, lebih baik mak berada di kampung kerana di sana banyak kenangan mak dengan arwah ayah. Lagipun, kalau di KL, ibu akan tambah sunyi dan sukar untuk bergerak kalau saya ada show.
"Kalau di kampung juga, mak banyak kawan-kawan dan dia boleh hiburkan hatinya. Apa yang boleh Nubhan buat cumalah meluangkan lebih masa dengan mak sama telefon atau balik kampung," katanya.
Berbalik kepada majlis hari jadinya, Nubhan akui dia terharu kerana kehadiran peminat sangat menggembirakan hatinya.
"Nubhan terharu dengan sokongan peminat dan Nubbies. Rasa besar hati melihat sikap mereka. Dari segi kerjaya, sekarang Nubhan berazam untuk berlatih dan mempertingkatkan showmanship. Kalau boleh biarlah persembahan selalu meletup," ujar Nubhan bersungguh-sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang lalu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1771 penggwin's post
terharuuuu~~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
nih dah boleh masuk umah baru nih |
|
|
|
|
|
|
|
sunyi sepi umah ni sekrg....
mana pergi penghuni2nye.....
bila album nubhan nak keluar ni???
tak puas ler setakat dengar satu or dua jek lagu dia yg keluar kat radio |
|
|
|
|
|
|
|
baru pasan....
kenapa my credits tinggal 812 ek???my reading access pun turun ni..dari 4 ke 3
sebab da lama tak msk forum ni ker???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|