iols akan tukar tajuk thread
nak kena tunggu skit lah
internet connection here is very-very-very bad
usahkan nak apdet blog
nak masuk tiwtter pun nak tunggu berjam2
siap kena refresh berkali2 baru dapat masuk twit2....
blom lagi nak reply komen ke hapa!
yg dinantikan - bonus lumayan utk staff gomen atau atau kenaikan gaji sektor awam
Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam
KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.
Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Najib (gambar - gambar iols tak disertakan... tak kan uols dah lupa rupa abg bijaN!! ) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
saja paste berita ni
bagi mengukuhkan tajuk thread