Salah satu tanda kebaikan pergaulan seseorang adalah manakala ia mampu menguasai dirinya untuk tidak mencari keburukan orang lain. Kerana baginya menyibukkan diri terhadap hal yang baik lebih utama daripada mencari aib orang lain. Dia pun menyedari bahawa mencari aib orang lain atau menyingkapnya adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah.
“....Dan janganlah mencari kesalahan orang lain dan janganlah menggunjingkan satu sama lain...” ( AL- Hujurat : 12 ).
“ Jika kamu mencari keburukan manusia bererti kamu telah merosak mereka atau hampir –hampir merosak mereka. “ ( HR. Abu Dawud ).
Saudaraku..mencari keburukan orang lain akan menimbulkan perselisihan dan renggangnya tali persaudaraan. Kita harus menyedari bahawa tak ada manusia yang sempurna tanpa kesalahan. Oleh kerana itu jauhilah sikap saling mencari keburukan . Andaikan kita menemukan aib saudara kita alangkah bijaknya jika kita bersedia menutupnya tanpa menyebarkan kepada yang lain. Jikalau kita memiliki sikap gemar mencari aib orang lain lantas menyebarkan, tidak mustahil suatu ketika aib kita pun akan tersingkap juga.
Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda :
“ Sesama muslim adalah bersaudara, tidak menzaliminya, tidak menyerahkannya kepada musuh. Barangsiapa mencukupi keperluan saudaranya, maka Allah akan mencukupi keperluannya , barangsiapa yang membebaskan seorang muslim dari kesusahan di dunia , maka Allah akan membebaskannya dari kesusahan hari kiamat, barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat. “ ( HR. Bukhari dan Muslim ).
Saudaraku.. tugas kita sebagai muslim yang baik adalah sebagai penyeru dan penyebar kebaikan. Andaikan kita melihat aib atau kesalahan saudara kita maka tutuplah , jangan disebarkan kepada yang lain dan nasihatilah dengan santun. Andaikan tidak menerima nasihat bahkan kejahatan semakin menjadi- jadi maka tinggalkan untuk sementara waktu , jangan mendebatnya kerana boleh berkembang kepada kejahatan yang lebih besar. Meskipun demikian, sebagai hamba Allah yang bersaudara sudah seharusnya kita mendoakan agar Allah memberikan hidayah untuknya.
sama la ngan N...
anniez08 Post at 17-12-2011 13:48
huaaaaa td heols ckp rambutan n durian kt rmh dia dh blh petik,,,,mak dia soh mas bwk ayh esp nyer blk kmpg theyols sb nk soh bwk durian blik....huaaaaa klu la ayh nk g.....huhuhuhu
bila sebut kene kacau masa solat.. N pown penah gakk..kdg kala masa ngah solat sorang dlm umah p ...
anniez08 Post at 14-12-2011 15:01
kat rumah akak nie pernah plesit masuk N
dia x dapat kacau akak dia cuba kacau cik Tembam
masa dapat tgkp asben akak x bunuh dia pun just buang aje seraya berkata jgn kacau kami
tp dia mai lagi
last2 anak buah akak yg bunuh
nampak nya kudrat akak xmcm zaman remaja dlu kan...ana pon sama.mudah cepat letih je.kena mkn su ...
chit_ana Post at 14-12-2011 20:32
samada disebabkan pertambahan usia atau pertambahan berat badan atau mungkin kurang senaman jugak sbb tue cepat letih, supplemen akak makan gak supaya dapat tambah tenaga dan mood
mmg muda tapi klu dah jodoh nak wat guano kan, bagus gak dah ada yg jaga xdelah susah mak ayah dia nak jaga dia lagi