|
Mahkamah Majistret: Hakim nasihat kawal emosi
SHAH ALAM: Seorang pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di Seksyen 6, di sini yang menghadapi dakwaan di Mahkamah Majistret Shah Alam kerana mencederakan gurunya, dinasihatkan supaya mengawal emosi dan kemarahannya.
Majistret Azmil Muntapha Abas turut menyarankan tertuduh yang berusia 19 tahun itu, Muhammad Firdauz Rahim supaya bersukan atau mempunyai hobi bagi mengawal marah.
揚erbuatan ini (menumbuk guru) di luar batasan sebagai anak sekolah. Ini kurang ajar. Nasib baik cikgu kamu hendak maafkan kamu. Kalau tidak, saya terpaksa jatuh hukum.
揝aya bagi peluang pada kamu supaya baiki diri kamu. Marah kamu tidak tentu pasal. Kamu patut cuba cari cara lain untuk kawal emosi kamu, bersukan ke atau cari hobi. Kamu muda lagi dan jangan sia-siakan hidup, |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Seri dituduh bunuh:
Pengawal peribadi didakwa dengan niat bersama
KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah syarikat broker saham dan sekuriti, Datuk Seri Koh Kim Teck, 50 (gambar kecil bawah), didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh anak saudaranya berusia 14 tahun di banglonya di Cheras, bulan lalu.
Koh dan pengawal peribadinya, Resty Agpalo, 32, seorang rakyat Filipina yang mempunyai taraf pemastautin tetap di Sabah, didakwa dengan niat bersama membunuh Xu Jianhuang, penuntut Mutiara International Grammar School (MIGS).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah bernombor 8, Jalan Mengkuang, Off Jalan Ampang, Cheras di sini, pada jam 11 malam hingga jam 3.30 pagi antara 26 hingga 27 September lalu.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Koh yang diwakili peguam V Sithambaram dan N Rajivan juga didakwa dengan tuduhan pilihan, iaitu bersubahat dengan Resty membunuh Xu, pada tarikh dan masa yang sama.
Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 109 yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama, juga membawa hukuman mandatori, gantung sampai mati.
Resty yang diwakili peguam Wong Kian Kheong juga menghadapi tuduhan pilihan, membunuh Xu pada tarikh dan masa yang sama, mengikut Seksyen 302 kanun yang sama, juga membawa hukuman mati.
Koh yang memakai baju kemeja biru tua dan bertali leher kelabu serta jaket coklat, dibawa ke mahkamah kira-kira jam 11.35 pagi dan kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan terhadapnya, tetapi Resty kelihatan agak resah.
Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah bertindak sebagai peguam pemerhati kepada MGIS. Bagaimanapun, Majistret Aizatul Akmal Maharani tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada kedua-dua tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya Stanley Augustin kemudian memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan ketika itu Wong memohon supaya beliau dibenarkan meneliti kertas tuduhan untuk memeriksa sekiranya terdapat kecacatan terhadap tuduhan berkenaan.
Stanley membantah permohonan itu kerana pihak pendakwaan akan membenarkan peguam melihat tuduhan itu. Aizatul bagaimanapun membenarkannya.
Mengikut laporan sebelum ini, mayat Xu ditemui dalam kolam renang di banglo mewah milik Koh, kira-kira jam 3 pagi, 27 September lalu, oleh seorang pengawal peribadi yang juga pemandu Koh. |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Wang, telefon lesap kena ragut
TELUK INTAN: Seorang wanita kerugian wang tunai RM200 serta sebuah telefon bimbit jenama Nokia apabila beg tangan diragut seorang lelaki bermotosikal di Pekan Baru, di sini, semalam.
Dalam kejadian itu wanita berkenaan dikatakan baru hendak memasuki keretanya yang diletakkan di hadapan pasar selepas beli-belah di situ.
Seorang lelaki yang menunggang motosikal Yamaha yang datang dari arah belakang terus menarik beg yang disandang wanita berkenaan dan terus melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamed berkata, wanita berkenaan yang terkejut tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dengan pantas sehingga dia tidak dapat mengecam nombor pendaftaran motosikal terbabit.
揥anita berkenaan tidak dapat menghubungi polis kerana talipon bimbitnya turut dilarikan perompak itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Berita hari ni..
Bapa mati ditetak anak
KLUANG 12 Okt. - Seorang pemuda menetak bapanya dengan pisau pemotong daging sehingga mati selepas berlaku pertengkaran di rumah mereka di Taman Desa di sini pukul 12 tengah hari ini.
Mangsa, Leong Hwa, 68, cedera parah pada kedua-dua lengan, dada, dahi dan lutut menemui ajal di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Malek Harun memberitahu, pemuda berusia 22 tahun itu telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 manakala mayat bapanya dibawa ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.
Seorang jiran memberitahu, kejadian disedari apabila terdengar dua beranak tersebut bertengkar dan kemudian melihat pemuda itu menyerang bapanya.
``Kami berjaya menangkap anaknya tetapi mangsa telah mati ketika ditemui,'' katanya di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anita at 13-10-2004 10:02 AM:
Bapa mati ditetak anak
KLUANG 12 Okt. - Seorang pemuda menetak bapanya dengan pisau pemotong daging sehingga mati selepas berlaku pertengkaran di rumah mereka di Taman Desa di sini pukul 12 tengah ...
Hai Anita....pekabo........awak ni penyampai berita baru ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anita at 13-10-2004 10:02 AM:
Bapa mati ditetak anak
KLUANG 12 Okt. - Seorang pemuda menetak bapanya dengan pisau pemotong daging sehingga mati selepas berlaku pertengkaran di rumah mereka di Taman Desa di sini pukul 12 tengah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
anak beranak pun main tetak-tetak... astaga.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki bakar isteri, anak direman seminggu
IPOH 13 Okt. - Polis menahan reman selama seminggu bermula hari ini seorang lelaki yang bertindak mencurahkan minyak tanah dan membakar dua anak kandung bersama isterinya di rumah mereka di Desa Changkat di sini, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham keluarga dalam kejadian semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Asari Mokhtar berkata, lelaki yang berusia 54 tahun itu ditahan selepas dia menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah pada pukul 6 petang semalam setelah menghilangkan diri sejurus selepas kejadian itu.
``Sehubungan itu, polis telah menahan reman lelaki itu sehingga 20 Oktober ini bagi memudahkan siasatan lanjut berhubung kejadian ngeri yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.
``Bagaimanapun, motif sebenar lelaki terbabit bertindak membakar isteri dan dua anak kandungnya itu masih dalam siasatan lanjut,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi lawatan kerja Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Seri Salleh Mat Som di sini, hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
aper la bakar anak bini.bakar la ayam ke,ikan ke,kerang ke, boleh gak wat bebuka pose |
|
|
|
|
|
|
dgcroach This user has been deleted
|
Originally posted by neeziee at 15-10-2004 07:30 AM:
aper la bakar anak bini.bakar la ayam ke,ikan ke,kerang ke, boleh gak wat bebuka pose
ahhhhh.... bakar ayam lagi bagus daaa..... SODAP beb SODAP!!! : |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Empat beranak rakyat Malaysia ditemui mati dalam kebakaran di pangsapuri mereka di 10th District, Madinat Nasr, Kaherah, Mesir, dipercayai dibunuh sebelum kediaman mereka dibakar oleh seorang warga Indonesia, Jumaat lalu.
Mangsa ialah Mohd Zaki Ayub, 27, pelajar tahun akhir Universiti al-Azhar; isterinya, Nurul Hayati Bohari, 27 dan dua anak mereka, Siti Maryam Hafizah, 3, serta Muhammad Muazz Hafiz, 11 bulan.
Nurul Hayati, Siti Maryam dan Muhammad Muazz ditemui rentung di bilik tidur, tetapi mayat Mohd Zaki yang ditemui di ruang tamu tidak terbakar.
Mayat Mohd Zaki yang ditemui berhampiran pintu bilik tidur itu mempunyai tiga kesan tikaman di depan dan belakang badannya, selain kesan kelar di leher dengan percikan darah ditemui di ruang tamu pangsapuri berkenaan, termasuk di dinding dan kipas meja.
Dipercayai selepas Mohd Zaki dan Nurul Hayati dibunuh, bilik tidur itu dibakar. Kebakaran itu dikatakan bermula kira-kira jam 8 pagi waktu Mesir (2 petang waktu Malaysia).
Warga Indonesia terbabit, Dharman Agustari, 33, yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Mohd Zaki ditahan polis 24 jam selepas kejadian. Lelaki itu yang mempunyai kedai makan, menjalankan perniagaan tukaran wang asing dengan Allahyarham.
Rakan Mohd Zaki, Anhar Opir, 28, berkata pihak bomba memadamkan kebakaran kediaman Allahyarham di tingkat satu pangsapuri berkenaan kira-kira jam 10 pagi waktu Mesir (4 petang waktu Malaysia), dan mayat empat beranak itu dihantar ke hospital pada petang hari sama.
揝eorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan itu menyedari kebakaran berkenaan sebelum menghubungi bomba.
揔ebakaran tidak disedari jiran keluarga itu yang mungkin sedang tidur kerana hari berkenaan adalah cuti umum, |
|
|
|
|
|
|
|
Haaa..... puasa baru hari ke 5.. dah ada kes gini....
Budak cedera kena percikan meriam buluh
KOTA TINGGI: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun cedera di muka dan mata terkena percikan api daripada ledakan meriam buluh di Felcra Sungai Ara, kira-kira 42 kilometer dari sini, petang kelmarin.
Suliana Misnan, 8, (gambar) yang dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT), dirujuk ke Unit Pakar Mata Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, pagi semalam selepas mengadu menghadapi masalah penglihatan dan sakit mata.
Ini adalah kes pertama kemalangan akibat bermain mercun dan bunga api dilaporkan pada musim perayaan kali ini.
Ibu mangsa, Saanah Md Said, 45, berkata kejadian jam 5.50 petang itu berlaku ketika Suliana melihat permainan meriam buluh di padang permainan tidak jauh dari rumah mereka.
"Dia yang tidak pernah melihat meriam buluh, pergi untuk menyaksikan sekumpulan budak lelaki bermain meriam itu ke kawasan Blok 5. Tidak lama selepas meriam meletup, beberapa penduduk melihat Suliana menangis.
揂pabila diperiksa, dia cedera di muka, kedua-dua mata dan sedikit rambutnya terbakar. Saya terkejut apabila melihat keadaannya ketika dihantar oleh seorang penduduk di blok itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Pemancing terkejut mayat bayi pada mata kail
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Seorang lelaki yang menyangka pancingnya terkena ikan besar, terkejut apabila mendapati mayat seorang bayi perempuan tersangkut pada mata kailnya.
Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira pukul 1.15 pagi ini ketika lelaki berkenaan sedang memancing di Sungai Klang berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (STAR) Bandaraya, Jalan Raja Laut di sini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi, Deputi Supritendan Wan Ahmad Wan Abas berkata, semasa kejadian pemuda berkenaan dikatakan sedang memancing seorang diri di situ.
``Lelaki itu pada mulanya amat gembira kerana menyangka mata kailnya disambar ikan besar.
``Bagaimanapun, setelah diangkat jorannya, dia amat terkejut apabila mendapati mayat seorang bayi perempuan melekat pada mata kailnya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati bayi tersebut masih mempunyai tali pusat.
``Pemeriksaan awal mendapati ada kesan darah pada badan bayi dipercayai akibat terhantuk dengan batu atau objek lain di tebing sungai. Secara fizikalnya, bayi itu mempunyai cukup sifat,'' katanya.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan bayi perempuan itu baru dilahirkan dan terus dibuang ke dalam sungai.
``Setakat ini polis belum dapat mengenal pasti keturunan bayi tersebut,'' katanya.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapa bayi itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-20702222. |
|
|
|
|
|
|
|
Dirogol angkara mahu buang sial
KLANG: Seorang wanita hamil tujuh bulan dirogol bomoh berusia 60 tahun ketika mendapatkan rawatan kononnya untuk membuang sial pada badannya di Jalan Besar Batu 12 Kapar di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Jamil Ayob, berkata ketika kejadian mangsa hanya tinggal bersama dua anaknya yang berusia empat dan dua tahun manakala suaminya keluar atas arahan bomoh itu.
Beliau berkata, wanita berusia 28 tahun itu dikatakan mempunyai sial di badan hingga menyebabkannya sering sakit dan memerlukan rawatan tradisional bagi menghapuskan penyakitnya.
Katanya, suami mangsa yang mempunyai perniagaan sendiri menjemput bomoh terbabit di Banting di sini, kira-kira jam 8 malam untuk merawat isterinya.
揃omoh itu menyuruh suami mangsa menyediakan kelengkapan untuk memandikan isterinya bagi membuang sial pada badan mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Md Jamil berkata, selepas memandikan wanita berkenaan, bomoh itu mengarahkan suami mangsa membuang sisa bunga dan limau itu di dua sungai berasingan seterusnya menggunakan kesempatan itu untuk merogol mangsa.
Beliau berkata, ketika dirogol wanita terbabit tidak melawan atau menjerit dipercayai dipukau bomoh berkenaan dan kejadian itu disaksikan anak mangsa berusia empat tahun.
揂pabila suami mangsa pulang, beliau melihat isterinya menangis dan memberitahu dirogol bomoh berkenaan yang melarikan diri selepas kejadian, |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki pecah mesin ATM ditahan
BAHAU: Seorang penganggur yang dipercayai berhasrat mencuri wang dari mesin ATM sebuah bank di pekan ini ditahan polis kerana dipercayai memecahkan mesin itu dengan batu bata, Isnin lalu.
Lelaki berusia lingkungan 35 tahun dari Bukit Gelugur, Batu Kikir, dekat sini, itu ditahan kira-kira jam 3.15 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Jempol.
Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima maklumat orang ramai yang melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di mesin ATM berkenaan, sebelum melaporkan kepada polis.
Hasil siasatan awal mendapati cermin mesin ATM berkenaan pecah akibat hentakan dengan batu bata dipercayai dilakukan lelaki terbabit tetapi pemeriksaan oleh pihak bank mendapati tiada berlaku kehilangan wang.
Pihak bank dikatakan kerugian kira-kira RM15,000 akibat kerosakan yang berlaku pada mesin ATM itu.
Berita Harian difahamkan polis sudah mendapatkan perintah menahan reman lelaki itu sejak Isnin lalu hingga esok bagi membantu siasatan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cuba mencuri.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Meyor Hamdan Meyor Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan berkata siasatan kes itu masih dijalankan.
揔ita sedang melengkapkan siasatan sebelum mendakwa lelaki terbabit di mahkamah, |
|
|
|
|
|
|
|
LELAKI MINTA REMAJA MENGIKUTNYA JIKA MAHU DAPATKAN SEMULA BEG
GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 19 tahun dikatakan berjanji menyerahkan semula beg yang diragut daripada seorang remaja perempuan berumur 14 tahun jika mangsa mengikutnya ke suatu tempat.
Bagaimanapun, selepas mengikut arahan untuk mendapatkan semula beg itu, mangsa dirogol dua kali di dua tempat berasingan di kawasan Seberang Prai Tengah (SPT) di sini, Jumaat lalu.
Polis kini sedang mengesan lelaki terbabit yang memperdayakan mangsa secara paksaan selepas diragut.
Sumber polis berkata, kejadian rogol itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Bukit Mertajam, manakala kejadian kedua berlaku berdekatan sebuah tasik di Bukit Tengah, SPT.
Menurutnya, mangsa sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah sebelum lelaki terbabit mendekati dan meragut beg tangannya.
揕elaki itu kemudian memberitahu mangsa, jika dia mahukan beg tangannya, dia mesti mengikutnya ke sebuah pusat beli-belah berdekatan.
揝uspek membawa mangsa ke tingkat empat bangunan itu dan mengarahkan remaja perempuan itu menunggunya di situ.
揕elaki itu datang kembali ke situ dan memeluk mangsa sebelum membawanya ke satu ruang sunyi serta merogolnya, |
|
|
|
|
|
|
|
uikss..... dalam tandas pun boleh samun ni.... dah lebih nih...
Edisi Utara: Samun dalam tandas wanita
ALOR STAR: Seorang lelaki berpura-pura `tersilap |
|
|
|
|
|
|
|
Suami didakwa bakar isteri
BATU GAJAH: Seorang pekerja kontrak didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh dengan niat isterinya dengan membakar mangsa serta mencederakan dua anak perempuannya, 11 Oktober lalu.
P Balan Subramaniam, 50, dituduh membunuh R Angeladavi, 48, di rumah mereka di No 164, Jalan Anggerik Desa, Changkat Batu Gajah, dekat sini.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), iaitu melakukan perbuatan itu dengan mencurahkan minyak tanah ke atas mangsa dan membakarnya.
Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Balan Subramaniam turut menghadapi dua lagi pertuduhan, iaitu dengan niat melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan kepada dua anak perempuannya, B Manini, 23 dan B Anuradha, 20.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Semua tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syamsul Rezal Datuk Md Ariff.
Tertuduh yang memakai seluar jeans dan baju T kelihatan tenang dan menganggukkan kepala ketika tuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil.
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh bagi ketiga-tiga tuduhan itu.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor R Ganasan.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi ketiga-tiga tuduhan berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, 11 Oktober lalu, tertuduh didakwa mencurahkan minyak tanah ke atas isterinya dan Anuradha, penuntut sebuah kolej di Kuala Lumpur yang pulang bercuti di rumahnya, sebelum membakar mereka yang ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Manini yang bertugas sebagai pembantu hospital di Hospital Ipoh pula terbakar ketika cuba keluar apabila terjaga dari tidur selepas menyedari rumahnya terbakar.
Angeladavi yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas kejadian itu, mati pada jam 7.25 pagi keesokannya ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ipoh (HI). |
|
|
|
|
|
|
|
Suami didakwa bakar isteri
BATU GAJAH: Seorang pekerja kontrak didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh dengan niat isterinya dengan membakar mangsa serta mencederakan dua anak perempuannya, 11 Oktober lalu.
P Balan Subramaniam, 50, dituduh membunuh R Angeladavi, 48, di rumah mereka di No 164, Jalan Anggerik Desa, Changkat Batu Gajah, dekat sini.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), iaitu melakukan perbuatan itu dengan mencurahkan minyak tanah ke atas mangsa dan membakarnya.
Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Balan Subramaniam turut menghadapi dua lagi pertuduhan, iaitu dengan niat melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan kepada dua anak perempuannya, B Manini, 23 dan B Anuradha, 20.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Semua tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syamsul Rezal Datuk Md Ariff.
Tertuduh yang memakai seluar jeans dan baju T kelihatan tenang dan menganggukkan kepala ketika tuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil.
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh bagi ketiga-tiga tuduhan itu.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor R Ganasan.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi ketiga-tiga tuduhan berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, 11 Oktober lalu, tertuduh didakwa mencurahkan minyak tanah ke atas isterinya dan Anuradha, penuntut sebuah kolej di Kuala Lumpur yang pulang bercuti di rumahnya, sebelum membakar mereka yang ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Manini yang bertugas sebagai pembantu hospital di Hospital Ipoh pula terbakar ketika cuba keluar apabila terjaga dari tidur selepas menyedari rumahnya terbakar.
Angeladavi yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas kejadian itu, mati pada jam 7.25 pagi keesokannya ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ipoh (HI). |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|